336,449
Kategori:
Genre:
Bab 92
Akhirnya.. Sampai juga dia di Hotel Impian Morib, Banting, Selangor. Tak jauh pun dari KL,  sejam lebih saja perjalanan. Nizam pun dah tahu jalan ke Banting ni, mudahlah. Tak payah tengok GPS lagi. Cuma Faliq saja, pertama kali jejak tempat ni. Lawa juga tempat ni. Bandar Banting pun boleh tahan besar. Seronok juga kawasan hotel ni. Sempat lagi dia meronda-ronda sekitar lobi hotel. Cantik. Sambil mata meliar mencari Aliaa. Dia menuju ke kaunter pertanyaan. Tapi tiada pula orang. Ada loceng, baru saja mahu menekan tiba-tiba ditegur oleh seorang budak perempuan India dengan membawa penyapu.

" Incik Palit ka ni?!" Tanyanya dengan pelat Tamil.

"Faliq bukan Palit.." Faliq angguk dan gelak kecil.

"Ya.. Ya..!! Mari ikut saya. Itu kakak ada disana tu. Ada nampak?!" Budak itu menunjukkan tangannya ke arah taman.

"Okey.. Okey.. Nampak!! Terima kasih ya..!!" Ucap Faliq.

"Sama-sama..!" Terus saja budak perempuan tu berlalu meneruskan kerjanya. Faliq senyum dan terus melangkah ke arah Aliaa yang sedang duduk sendirian. Aliaa bangun dan berjalan pula ke tembok di tepi pantai. Aliaa langsung tidak perasaan akan kehadiran Faliq. Faliq pula diam-diam hanya mengekori saja. Menyorok-yorok pula disebalik pokok bunga. Konon taknak Aliaa perasanlah tu.

Aliaa duduk di tembok batu menghadap laut. Air pasang, seronok tengok air ombak mengalun-alun tenang. Angin pagi menghembus ke mukanya terasa nyaman sekali. Apabila melihat laut hati akan tenang. Sebab itulah Aliaa suka laut. Shawl warna coklat lembut melambai-lambai dipukul angin. Senyum Aliaa sendiri. Bernyanyi-nyanyi perlahan. Faliq menghampiri, senyuman dia jangan cakaplah. Senyum ke telinga. Berseri muka. Sejambak bunga Mawar merah dipegang erat. Berdiri di belakang Aliaa.

" Jadikan malam ku lebih indah,
Jadikan siang ku lebih terang,
Biarkan bungaku mewangi,
Selamanya..
Hati ini akan selalu memujamu,
Mencintaimu,
Seumur hidupku hanyalah padamu.."

Faliq bernyanyi. Aliaa terus menoleh ke belakang dan berdiri. Senyum melihat Faliq. Dua mata bertentangan. Mawar merah dihulurkan pada Aliaa. Tapi Aliaa tak terus ambil. Dia pandang tepat ke mata Faliq.

" Ini sebagai apa?!" Tanya Aliaa memuncungkan mulut kearah bunga.

"Sebagai rasa rindu saya pada awak..!!" Jawabnya.

" Rindu? Tapi saya tak rindu awak?!"

" Okey..!! Kalau tak rindu. Ni sebagai rasa kasih sayang dan cinta saya pada awak!" Faliq senyum dan kenyit mata pada Aliaa.

"Tapi saya tak rasa kasih sayang dan cinta awak!" Balas Aliaa lagi. Sinis. Sengaja.

"Hmm.. Kalau macam tu. Bunga ni sebagai teman tapi mesra ke?!" Faliq mencebik manja.

" Ha..!! Itu betul. Teman tapi mesra. Jadi saya ambil sebagai teman tapi mesra tau. Tak lebih.. Okey Encik Potret..!!" Aliaa senyum manis dan terus ambil bunga itu. Lalu, terus dihidunya.

" Teman tapi mesra pun bolehlah. Janji awak sekarang ni ada depan mata saya..!"

" Hehe.. Harumnya bunga ni. Thanks ya teman tapi mesra.." Aliaa gelak kecil. Aliaa duduk semula di tembok batu, menghadap ke laut semula. Faliq duduk disebelah Aliaa. Senyum tak putus dari tadi.

"Kenapa tiba-tiba hilang ni. Semua risaukan awak. Abang awak paling risau.." tanya Faliq lembut suara.

" Tak ada apa. Saya perlu menyendiri sekejab. Tenangkan hati, tenangkan jiwa, tenangkan perasaan, tenangkan kepala. Tenangkan semuanya.." jawab Aliaa mata masih tetap pandang kelaut.

"Jadi, sekarang dah tenang tak?!"

" Hmm... Sudah kut.." jawab Aliaa senyum.

" Lain kali kalau nak merajuk. Ajaklah saya sekali. Jangan merajuk sorang-sorang.."

"Ish!! Buat apa ajak awak. Buang masa je. Bukan ketenangan saya dapat tapi makin serabut nanti tau..!!"

"Amboiii...!! Serabut ya..!! Kalau awak ajak saya, sekurang-kurangnya awak ada kawan. Tengok ni, awak merajuk ni, saya juga yang awak call kan. Jadi, maknanya saya ni masih pentinglah dalam hidup awak kan.. kan.. kan..!!" Kata Faliq mengenyit mata lagi pada Aliaa.

"Eee perasannya. Tak ada maknalah penting-penting bagai. Untuk pengetahuan awak, sekejab lagi saya nak check out dan nak balik KL. Saya minta awak datang sini nak minta awak drive kereta ke KL sebab saya malas nak drive..." balas Aliaa.


"Haa?!! Ooo pandai ye. Bertuah punya sayang aku ni. Tak apalah, demimu sayang buat apa je saya sanggup.." Faliq ketuk kepala.

" Hahahaa.. Saya memang pandai pun. Baru tahu ke..!!" Aliaa gelak besar. Faliq sangat terhibur. Lama dah tak tengok wajah Aliaa ni gelak dan ceria macam ni. Bahagia pula rasanya. Faliq senyum saja.

" Awak pernah datang sini tak?!" Tanya Aliaa.

" Tak pernah. Ni kali pertamalah ni jejak kaki ke sini.." jujurnya.

"Saya suka tempat ni. Tenang dan aman je.."

"Selalu ke datang sini?!"

" Taklah. Kalau rasa tension kesinilah.." Aliaa masih pandang laut.

" Jadi lepas ni, saya dah tahulah. Kalau awak hilang je mesti kesini. Betul tak?!" Teka Faliq.

"Tak juga. Kalau tiba-tiba mood nak ke London pula macam mana?!" Aliaa menoleh pada Faliq.

"Aikk!! Takkan merajuk sampai ke London kut. Parah ni..!!"

" Iyalah.. Habis dekat Malaysia asyik buat saya sakit hati je. Merajuklah ke sana pula. Baru padan semua tak dapat cari saya..!" Kata Aliaa.

" Tapi jangan lupa ajak saya sekali tau. Kita honeymoon sekali. Honeymoon buat kali kedua.. Mesti best kan.. kan..!!" Menjeling manja-manja pula si Faliq ni.

" Hello Encik Faliq Alfie.. Jangan nak menggedik ya. Siapa jelah nak honeymoon dengan dia. Tak kuasalah...!" Aliaa membalas sinis.

"Tak kuasa konon. Nanti bila dah sampai jerat saya, takkan boleh terlepas lagi tau. Memang kali ni saya akan ikat kuat-kuat. Biar 24jam dalam pelukkan saya. Baru tahu...!!" Aliaa mencebik muka pelik.

"Eee gila.."

"Memanglah. Gilakan awaklah apa lagi. Kalau dulu gila sekali je tapi ni gila bertubi-tubi. Haahahaa!!" Gelak besar Faliq.

" Amboii..!! Gila bertubi-tubi pula. Haahahaa..!!" Dua-dua gelak besar. Aliaa bangun dan terus melangkah meninggalkan Faliq yang masih duduk dan gelak.

" Nak pergi mana tu?!"

" Taknaklah duduk dengan orang gila bertubi-tubi. Nanti saya pun jadi gila juga.." jerit Aliaa terus berjalan.

" Oittt..!! Tunggu-tunggu..!!" Faliq mengejar Aliaa. Meriah mereka berdua. Gelak tawa ceria bersama. Mereka saja yang kecoh disitu.

"Saya nak makanlah. Lapar.. "

" Okey..!!" Mereka berjalan pula menuju ke lobi. Melalui taman yang bersih dan cantik sekali. Kolam renang yang besar dan tenang. Tiada orang langsung. Sunyi dan sepi. Mereka memasuki lobi hotel pun tiada orang. Seronoknya. Menuju pula ke Temasya Cafe. Mengambil makanan. Dan kemudian duduk. Aliaa cuma ambil beberapa ketul kuih saja. Faliq tak makan pun. Hanya minum. Faliq duduk ditepi Aliaa.

" Kenapa awak tengok saya macam tu?!" Aliaa jadi tak selesa. Apabila Faliq merenungnya tajam.

"Rindu awak!! Aliaa.. Awak memang tak boleh nak terima saya lagi ke?!"tanya Faliq lembut saja. Aliaa pandang Faliq dan kemudian mengalihkan padangan ke gelas kaca.

" Saya tak berani nak cakap apa-apa. Hati saya milik Allah. Saya serah semua padaNya. Andai Allah bukakan pintu hati saya untuk terima awak semula. Insha Allah kerana Allah saya terima. Andai tidak. Maknanya jodoh kita sekadar teman tapi mesra.." Aliaa senyum. Harap Faliq faham apa maksudnya.

" Baiklah. Selama mana pun saya akan tunggu.."

"Tapi kalau dah ada yang terbaik untuk awak. Tak salah awak terima. Awak pun ada hak untuk cari bahagia awak. Mungkin jodoh kita hanya teman tapi mesra.." sambung Aliaa lagi.

"Tak ada yang terbaik selain awak. Tak ada bahagia dari yang lain selain bahagia itu hanya dari awak. Doa saya tak akan pernah terputus agar teman tapi mesra menjadi teman sehidup semati.." Senyum berseri Faliq. Yakin penuh yakin.

" Iyalah. Mana-mana jelah..!" Aliaa senyum. Buat masa ni dia lebih selesa berkawan dengan Faliq. Tak terfikir lagi untuk menerimanya semula sebagai suami. Sedihnya pada Haikal masih belum habis. Entahlah selama mana lagi. Kasihan Haikal. Arrhh!! Tiba-tiba teringat pula dia pada Haikal. Tak silap hari ni dia nikah dengan Erin. Tapi tak tahu bila masanya. Kalau boleh dia nak jumpa Haikal sebelum Haikal nikah tapi tak boleh. Pasti Datin Zita tak izinkan.

Selepas makan, Aliaa masuk ke biliknya untuk mengambil beg pakaiannya. Faliq membantu. Aliaa menghantar kunci di kaunter dan. terus berjalan menuju ke kereta Adil. Faliq menghidupkan enjin kereta, menghidupkan penghawa dingin dan Aliaa duduk disebelah. Aliaa mengeluarkan dua botol ubat dari dalam beg pakaiannya dan mengambil dua biji pil setiap satu botol. Kemudian memasukkannya semula ke dalam beg. Air mineral diambil dan meneguknya. Pil ditelan dan meneguk air mineral lagi. Faliq memerhati saja. Aliaa menoleh pada Faliq dan senyum. 


" Awak bawa ubat?!" Tanya Faliq.

" Iya.. Saya memang bawa ubat ni kemana-mana. Saya kena makan ubat ni kalau tak nanti mati.."jawab Aliaa selamba.

" Kenapa cakap macam tu. Tak baiklah..!"

"Hahahaa..!!" Aliaa gelak. Faliq memulakan pemanduan. Mereka berbual kosong. Fikiran Aliaa masih pada Haikal. Tak sedap pula hatinya. Tak tahu kenapa macam ni.

"Faliq.. Boleh tak call kan abang. Saya nak cakap dengan abang.." Faliq angguk. Handphone dikeluarkan dan beri pada Aliaa. Aliaa terus menghubungi Adil.

"Iya bro..!!"

"Abang..!! Adik ni..!" Jawab Aliaa.

"Adik..!! Adik dekat mana? Risau abang dibuatnya. Adik dengan Faliq ke ni.." tanya Adil.

"Iya dengan Faliq. Nak balik KL ni. Abang.. Haikal ada call tak?!" Aliaa bertanya. Faliq menoleh pada Aliaa.

"Ada. Dia nak jumpa adik sebelum nikah. Lepas maghrib malam ni dia nikah.."jelas Adil.

" Lepas maghrib?! Adik tak sedap hatilah abang. Boleh tak kalau adik nak jumpa dia.." Aliaa minta izin.

"Adik nak jumpa dia dekat mana? Dengan siapa? Jangan pergi sorang-sorang.."

"Abang jangan risau. Faliq boleh temankan adik. Boleh kan abang. Kejab je..!!"

"Baiklah. Tapi jangan lama-lama tau. Lepas tu balik runah terus..!" Adil mengizinkan. Aliaa senyum.

"Terima kasih abang. Nanti abang call kan dia, cakap jumpa adik dekat Tasik Shah Alam. Adik on the way ke sana ni.."sambung Aliaa lagi.

" Baiklah. Bagi Faliq. Abang nak cakap dengan dia..!" Aliaa terus beri handphone pada Faliq.

"Ya Boss..!!"

"Kau temankan adik aku ya Liq. Jangan biarkan dia sorang-sorang. Jangan bagi lama-lama jumpa Haikal tu. Aku risau pula ni. Lepas tu balik rumah terus okey?!" Arah Adil pada Faliq.

"Okey Boss!! Roger and out..!!" Aliaa gelak kecil. Faliq terus matikan handphone.

"Iya Cik Aliaa Sofea.. Kenapa gelak?!" Faliq angkat kening.

"Tak ada apa. Lawak je..!!"

"Lawak?! Saya ni bertindak mengikut arahan. Bila Boss Adil suruh temankan si adiknya. Saya menurut perintah jelah. Layak tak saya jadi bodyguard. Dengan spek saya ni, gaya saya yang macho ni. Hensem pula tu. Kacak lagi.." Mula dah si Faliq ni dengan perasannya.

" Hahahaa.. Tak layak langsung. Bodyguard badan kena sado bukan lidi macam ni. Awak layak jadi patung pakaian dekat mall tu ha. Hahaaha!!" Gelak besar Aliaa.

" Patung pakaian?! Ada ke patut. Mana ada lidi macam ni, dulu lidilah sekarang ni lawa apa badan saya ni. Setakat nak angkat awak sebelah tangan jelah. Nak try ke..!!" Faliq angkat kening.

" Sebelah tangan konon. Dan-dan cerita. Kalau dah lidi tu lidi juga.." Aliaa gelak.

" Ni awak tengok saya macam je lidi tapi kalau saya buka baju sado tau. Berketul-ketul badan ni ha.."

" Aha..!! Sadolah sangat.."

" Aikk!! Tak percaya. Nak saya buka baju.  Sekarang ni juga saya buka.."

"Oiii gila..!! Hahahaaa..." Aliaa gelak.

" Gila konon. Dulu okey je..!!"

"Hello... Dulu saya bini awak. Buka apa je pun boleh sekarang ni tak boleh. Haramm!! Faham?!!" Kata Aliaa.

"Kalau sekarang haram. Apalagi, halalkanlah.. kan..kan..kan.." Faliq senyum menggedik.

" Sorry ye..!! Tak ada makna...!!" Jawab Aliaa keras. Lepas tu, dua-dua gelak.

Seronok mereka. Gelak dan gelak. Bergurau senda bersama. Kadang Aliaa terfikir, dari kekasih menjadi suami, berpisah kasih berpisah suami isteri dan punya perasaan benci dan sakit hati. Tapi kini berkawan baik semula. Lebih mesra, lebih ceria. Tak sangka Aliaa dan tak pernah terlintas boleh berkawan dan rapat semula dengan bekas suami. Jarang ada perhubungan yang telah berpisah dan kembali berkawan. Aliaa rasa seperti inilah hikmahnya diatas perpisahan mereka. Hubungan menjadi lebih mesra. Mungkinkah perhubungan teman tapi mesra ini akan menjadi teman sehati sejiwa? Inikah permulaan. kebahagiaannya? Adakah sinar pelangi itu hampir kepadanya? Allahualam.. Semuanya biarlah Allah yang tentukan. Aliaa serah segalanya pada Allah yang mentakbir hatinya, dirinya dan hidupnya.

" Ya Allah!! Andai dia adalah jodohku dunia akhirat. Kau kembalikanlah rasa kasih sayang cinta keyakinan dan kepercayaanku kepadanya semula. Segala rasa yang telah hilang. Andai dia bukan jodohku dunia akhirat, maka Kau jauhkanlah dia dariku dan jauhkanlah aku darinya. Berikanlah dia kebahagiaan yang dia cari selama ini dan berikanlah aku dan anakku kebahagiaan kami. Aaminn Ya Rabbal Alaminn..!"  Doa Aliaa disetiap solatnya.

Jodoh pertemuan ditangan Allah. Sebagai hamba, kena redha. Setiap apa yang Allah takdirkan itu adalah yang terbaik untuk setiap hambanya. Redha..!!
Previous: Bab 91
Next: Bab 93

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.