336,475
Kategori:
Genre:
Bab 3
" Sampai hati..!! Sampai hati Abang cakap macam tu. Teruk sangat ke aku ni, aku bukan sengaja macam ni. Aku taknak pun macam ni.  Badan aku tak kuat. Aku dah cuba lawan segala kelemahan tapi aku tak mampu. Ya Allah!! Ampunkan segala dosa-dosa aku. Andai aku menyusahkan dan membebani suami aku, kau kuatkan badanku agar aku sihat seperti sediakala.." Airmata aku deras mengalir. Hati aku sangat tersentuh. Terasa betul-betul bersalah dan tak guna. Aku duduk di katil. Aku membelai-belai perutku. Terasa pergerakan baby. Aku senyum dalam tangisan. Mesti baby juga merasai kesedihanku.

"Baby..!! Mama sayang baby. Baby sihat kan? Baby sayang mama kan? Apapun terjadi, kita akan hadapi bersama. Baby kekuatan mama.. " kataku perlahan berbual-bual dengan bayi dalam kandunganku ini. Ditendang kuat perut aku memberi tindakbalas. Aku gelak sendiri dan mengesat airmata. Happy aku.

Tiba-tiba aku rasa rindu dekat abang. Sejak aku mengandung ni hanya sekali je dapat jumpa abang. Memandangkan aku pun tak sihat dan abang pun semakin busy. Selalu kena outstation. Tak silap abang outstation ke Labuan 3bulan. Tak tahulah dah balik atau belum. Aku whatsapp abang je. Tapi tulah, macam sebelum ni juga. Lepas sehari dua baru abang akan balas. Abang masih macam dulu. Tak kahwin lagi tapi dan bertunang dengan siapa lagi kalau bukan dengan Doktor Dina. Doktor Dina pun busy memanjang.

Aku ambil handphone. Buka aplikasi whatsapp. Mencari nama abang. Nak hantar whatsapp pada abang. Entah bilalah dia akan baca dan akan balas. Tak apalah. Nanti mesti dia akan baca.

" Abang.. Adik rindu abang..! Rindu sangat..! Adik nak jumpa abang..!"

 Lalu, aku sent whatsapp. Handphone ku letak semula. Aku bangun perlahan. Masuk ke bilik air. Ambil wuduk dan solat zohor. Disebabkan perut yang dah besar ni aku buat solat duduk je. Alhamdulilah, dipermudahkan segalanya. Aku mengadu pada Allah. Aku luahkan segala rasa kesedihan padaNya. Hanya padaNya lah tempat mengadu yang memahami segala isi hatiku. Teresak-esak aku menangis. Aku tahu Allah mendengar setiap luahanku. Bila sudah meluahkan segalanya. Aku rasa lega sangat. Terima kasih Ya Allah!! Hanya Engkau yang mengetahui dan memahami perasaan hambamu yang serba lemah dan serba kurang ini.

Aku melipat kain telekung dan sejadah. Ku letak dipenjuru katil. Aku duduk bersandar dikepala katil. Segelas air suam diatas meja lampu ku ambil dan kuteguk. Lega tekak. Aku memandang sekeliling bilik. Luas dan kemas saja. Sentuhan tangan suamiku yang kemas, susun atur bilik. Semua dia yang buat. Terima kasih Abang. Banyak tolong sayang. Aku senyum. Aku ternampak tuala mandi. Aku bangun perlahan dan mengambil tuala itu dan masukan ke dalam bakul. Ada beberapa helai pakaian kotor dibakul. Hari ni aku kena kuat, aku kena lawan juga rasa mabuk ni. Aku nak buat kerja rumah sikit-sikit. Aku taknak susahkan suami aku. Kasihan dia, penat bekerja dan bila balik kena urus rumah pula. Insha Allah aku kuat. Aku boleh.

Tokk.. Tokk..!! Pintu bilikku diketuk. Aku terdiam. Nak buka atau tak. Dua hati.

" Aliaa.. Buka pintu ni sayang. Mama ni..!!" Kedengaran suara lembut mama dari luar. Aku dengan perlahan menuju ke pintu. Dan membuka kunci pintu. Mama tercegat didepan pintu. Aku senyum tawar dan mempersilakan mama masuk. Aku duduk dikatil, mama duduk disebelahku dan menghadap kearahku. Tanganku dipegang dan digenggam erat.

" Aliaa.. Mama minta maaf bagi pihak Alang.." sedih muka Mama. Aku senyum.

" Tak apalah ma. Apa yang abang cakap tu pun betul. Aliaa yang banyak menyusahkan abang. Aliaa tak patut terus melayan mabuk ni. Dan sepatutnya Aliaa kena lawan.." kataku.

" Aliaa.. Mama tahu. Aliaa cuba nak lawan mabuk tu, banyak kali dah mama perhatikan. Tapi apa daya, badan Aliaa tak kuat. Mama pernah rasa mabuk teruk macam ni sewaktu mengandungkan Alang. Mama faham. Seksanya, deritanya. Kalau Aliaa tak percaya, Aliaa tanya papa. Papa yang menghadap mama tiap hari. Semua kerja papa buat.."

" Tapi papa tak mengeluh kan mama?!" Mama terdiam. Terus berubah airmukanya. Aku tunduk pandang bawah.

Mataku mula berkaca.

" Sayang.. !! Lelaki tak rasa apa yang kita rasa. Sabar ya.. Alang pun menyesal dengan apa yang dia cakapkan tadi. Dia tak sengaja. Maafkan Alang ya sayang..!!" Mama pujuk aku. Aku angguk perlahan.

" Aliaa balik rumah mama nak tak?! Ni dah akhir-akhir nak bersalin ni. Mama nak jaga Aliaa. Mama risau nak tinggalkan Aliaa sorang-sorang.."

" Eh! Tak apalah ma. Abang kan ada. Mama dah temankan dan jaga Aliaa siang ni pun Aliaa rasa bersalah pula. Aliaa taknak susahkan mama atau siapa-siapa ma.." kataku jujur.

" Tak ada susahlah sayang. Mama tak pernah pun rasa Aliaa menyusahkan. Aliaa lah penghibur hati mama.." kata mama lembut je. Aku sangat terharu.

" Tak apalah ma. Aliaa dah okey. Hari ni Aliaa sihat. Insha Allah akan sihat sampai bersalin nanti. Mama jangan risau ya..!!" Aku tolak  dengan baik. Aku cium tangan mama. Mamalah segalanya bagi aku. Pengganti arwah ibu dan pengganti Mak Long. Aku rindu arwah ibu, aku rindu Mak Long. Aku jarang balik kampung. Lagi-lagi sejak mengandung ni. Kadang-kadang bila rindu Mak Long ajak Faliq balik tapi Faliq cakap tunggu lepas bersalin baru balik. Semua tunggu lepas bersalin. Iyalah.. Dengan keadaan aku macam ni yang tak stabil. Dia risau kalau apa-apa terjadi pada aku. Aku faham.

" Sekejab lagi Angah datang ambil mama. Mama kena balik awal, nak buat kuih hantar dekat masjid. Aliaa okey tak ni..!!"

"Okey lah mama. Mama janganlah risau. Aliaa sihat dah ni. Lagipun kejab lagi abang balik. Mama jangan risau ya.." aku senyum. Aku yakinkan mama. Mama mengangguk. Berat hati dia nak tinggalkan aku sendiri.

"Mama balik dulu ya. Aliaa jangan buat kerja berat-berat. Jangan paksa badan kalau tak kuat. Lupakan apa yang Alang cakap tadi ye. Aliaa kena kuat. Ni cucu nenek ni pun kena kuat semangat ni. Jaga mama baik-baik ya sayang..!!" Mama mengusap perut aku. Bercakap dengan baby. Happy aku dengan layanan mama. Mama sangat baik. Sayang mama sangat-sangat. Sebelum keluar, aku cium tangan mama dan mama cium pipi aku. Setiap hari yang dia lakukan sebelum balik. Mama keluar dan menutup rapat pintu bilik.  Aku pun bangun dan bawa bakul pakaian kotor ke bilik pencuci.

Aku memasukkan pakaian kotor ke dalam mesin basuh. Cecair sabun kumasukkan juga dan menekan button wash di mesin itu. Bila aku teringat kata-kata Faliq tadi. Hati jadi sayu dan sedih. Bukannya aku tak buat kerja langsung. Cuma tak semua aku boleh buat dan aku buat mana yang mampu je. Mana yang larat je. Tapi tak apalah. Dah memang salah aku. Aku menarik nafas panjang. Dan aku ke dapur pula. Kemas dan bersih saja. Tak lama lagi, Faliq balik. Aku buat cucur bilis. Bau ikan bilis sangat meloyakan. Habis semua keluar. Huhu!! Aku masuk ke bilik ambil tuala kecil dan letak minyak angin cap kapak banyak-banyak kemudian ku tutup hidung dengan tuala tersebut dan ikat di belakang leher. Bau minyak angin je. Yang macam selalu ku buat kalau didapur. Jadi, taklah aku bau minyak panas dan bau ikan bilis yang hanyir ni. Aku memulakan goreng cucur bilis. Alhamdulilah, tak muntah lagi. Sebab tak bau minyak. Habis sebotol minyak angin aku bubuh. Mana tak sedozen Faliq beli. Hehe.. Siap!! Air teh o panas pun siap. Siap ku hidang diatas meja.

Kemudian aku ke bilik pencuci. Selesaikan kain. Pakaian kotor tak banyak pun. Lalu ku sidai pula. Aduhaiii.. Sakitnya perut ditendang. Baby ni pun nak tolong mama sidai kain kut. Tunggu ye sayang. Nanti dah besar boleh tolong mama okey.. kataku sambil membelai perut. Senyum happy aku dibuatnya.

Siap sidai kain. Aku ke ruang tamu pula. Aku mengambil penyapu dan sapu setiap sudut ruang tamu. Bila aku rasa penat aku duduk sekejab. Dan, aku kuatkan juga untuk habiskan menyapu satu rumah. Berjaya juga.

 Aku ke koridor pula. Duduk menghadap keindahan bangunan pencakar langit. Pintu sliding door ku tutup. Mengenang nasib. Bermain-main dengan baby didalam perut. Bila aku berbual dengannya dia akan bergerak. Seronok sangat. Tak sabar nak baby keluar. Macam muka siapalah agaknya ya. Jantina pun aku tak tahu. Sengaja taknak scan, nak surprise. Mesti seronok. Semua persiapan dah selesai.


Kami dah prepair awal-awal keperluan baby. Faliq lah excited sangat. Semua lengkap. Tak ada sikit pun tertinggal. Bahagia rasa.

Aku terdengar bunyi pintu dibuka. Aku mendiamkan diri saja. Tak ada mood nak bersuara. Hati masih lagi terasa. Merajuk lagi.

" Sayang..!! Sayang dekat mana!! Sayang..!!" Faliq ke bilik cari aku. Panggil-panggil nama aku. Aku masih membisu. Kemudian, aku dengar dia ke dapur pula. Awal pula dia balik.

"Sayang!! Mana pula ni. Takkan mama bawa dia balik kut. Aduhaii..!" Aku dengar je. Aku tetap membisu. Tahu risau. Dia pergi ke bilik tetamu pula. Masih memanggil-manggil nama aku. Dan, kembali ke ruang tamu.

" Call mama lah.. " katanya sendiri.

" Hello ma..!! Ma, Aliaa ada dengan mama ke?!  Ha? Tak ada?" Suara mulai risau. Pelik. Takkan tak nampak aku dekat koridor ni kut. Dah tahu  petang-petang aku selalu duduk sini tunggu dia balik. Hmm..

" Alang tak tahu. Alang baru sampai rumah ni tengok dia tak ada. Tak apalah ma. Nanti Alang call dia.." Nak call buat apa, handphone aku dekat bilik. Aku tak kemana pun. Ada je ni. Dia sendiri yang huru-hara. Siapa suruh sakitkan hati aku. Kan aku dah diam-diam je ni. Aku memandang nun disana. Melihat Menara Berkembar Petronas yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Indah je.

Pintu sliding dibuka. Aku buat tak tahu je.

"Ya Allah..!! Dekat sini rupanya. Punyalah risau abang cari sayang.." katanya. Duduk disebelahku. Aku masih membisu.

" Jom masuk.. !!" Tanganku ditarik perlahan. Aku ikutkan je tanpa bersuara langsung. Dia suruh aku duduk disofa tapi aku menolak. Aku ke dapur dan ambil cucur bilis berserta secawan teh o suam, letak dalam dulang dan bawa ke ruang tamu. Aku hidangkan diatas meja.

" Sayang buat ke ni..  Sedapnya..!!" Aku duduk disebelahnya. Tapi tak rapat. Tengok tv.

" Sayang..!! Meh pandang abang ni. Abang minta maaf. Abang tak sengaja nak cakap macam tu tadi. Abang betul-betul menyesal. Maafkan abang ye.." lembut suaranya. Aku masih membisu. Tak ada mood nak cakap. Hanya senyum je.

" Sayang..!! Please say something. Jangan diam je macam ni.. " dia merenung muka aku. Aku hanya balas dengan senyuman.

" Saya nak ke bilik nak solat.. " aku terus meninggalkannya sendiri.

Sebenarnya dari tadi aku fikir. Aku dah makan ubat ke belum. Lupa pula. Tengahari tadi aku tak makan ubat rasanya. Aku terus keluarkan ubat tambah darah yang dibekalkan doktor kelmarin. Hb aku masih rendah, bacaan hanya 8mg/dl. Aku kena naikan hb ni. Tak boleh tak makan ubat. Memandangkan aku ada Anemia yang teruk tempoh hari. Doktor beri aku ubat tambah darah dan beberapa vitamin lagi. Mana tak teruk asyik nak pitam, cepat penat, sesak nafas. Kalau dah sesak nafas ni. Rasa nyawa tu dihujung tanduk je. Antara hidup dan mati. Setiap kali rasa sesak nafas, Faliq tak ada, pergi kerja jadi dia tak tahu apa yang aku alami.

Aku telan ubat. Naik jemu sebenarnya. Tapi apakan daya. Demi baby kesayanganku ini dan demi suami aku. Selesai makan ubat aku membersihkan diri dan solat. 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.