336,435
Kategori:
Genre:
Bab 50
Aku melangkah perlahan masuk ke office. Hari ni aku semangat, ceria dan semakin sihat. Haikal tak bagi aku masuk office tapi aku berkeras juga nak juga masuk. Lagipun kerja banyak kut. Kasihan dia handle sorang-sorang.

" Morning Cik Aliaa.. " tegur Syirah dengan senyuman. P.A baru aku.

" Morning.. Ada apa-apa appointment tak hari ni?!" Tanyaku padanya.

"Hari ni cuma appointment sama itu Arkitek dari KL dan Encik Andy after lunch.." Jelasnya sambil terus melihat jadual aku.

"Dari KL?! Eh!! Hari ni ke?!" Aku berkerut.

" Ya Cik Aliaa.. Hari ni.."

" Laa...!! Saya ingat lusa, okey tak apa. Encik Haikal dah masuk?!" Tanya ku lagi.

" Belum.. Encik Haikal masuk lewat tapi tidak tahu jam berapa. Dia tidak cakap.." Aku angguk-angguk kepala.

" Okey tak apa. Nanti saya call dia. Syirah.. Boleh tak buatkan saya nescafe?!" Pintaku dengan senyuman.

" Boleh bah Cik Aliaa.. Nanti saya hantar di bilik Cik Aliaa.." Lembut je suara Syirah ni. Sopan je.

"Thanks Syirah. Saya masuk dulu ya.. " Aku terus berlalu meninggalkan Syirah. Pintu bilik ku buka, handphone ku keluarkan dari dalam handbag dan terus simpan handbag. Tidak lama kemudian, Syirah masuk dengan membawa air nescafe aku. Dari pintu lagi dah bau aroma kopinya. Nyaman rasa. Syirah meletakkan mug hitam itu diatas meja.

" Syirah.. Nanti mintakan marketing report for this month pada Nancy ya.." pintaku.

" Baiklah Cik Aliaa. Saya keluar dulu ya..!!" Aku angguk dan Syirah terus keluar. Mug ku ambil, sebelum memulakan kerja.  Layan dulu nescafe. Fuhh!! Terbaiklah.. Relax je rasa. Layan nescafe ni macam mengkhayal pula. Memang nyaman. Hehe!! Alamak.. Khayalan terbantutlah pula apabila telefon berdering. Kacau betullah.

" Assalammualaikum.. Morning..!!" Jawabku ceria.

" Waalaikumsalam.. Ceria hari ni?! Dah betul-betul sihat ke ni" Haikal rupanya. Aku senyum.

" Dah sihat dah. Haikal.. Hari ni ke Faliq datang?!" Tanyaku ingin kepastian.

" Iya.. Tengahari nanti dia sampai.." katanya.

"Awak jemput dia di airport?!"

"Taklah.. Saya minta Pak Din jemput bawa ke office. Eh!! Saya masuk after lunch nanti ya. Ada hal sikit ni.. "

" Okey boleh je. Haikal.. Tapi saya taknak jumpa Faliq tau. Awak uruskan kan.."

" Iya Aliaa.. Saya tahu. Jangan risau, sebelum dia sampai nanti saya akan sampai dulu.." jawabnya.

" Tapi awak jangan sentuh pasal saya walaupun sikit tau.."

" Hehe.. Iya.. Saya janji. Lagipun dia tak kenal saya pun.." katanya.

" Tak kenal? Maksud awak?!" Aku dah pelik dah. Dah kenapa tak kenal pula.

" Kan saya guna nama Harris.."

"Eh!! Kenapa awak tukar nama Harris pula?!" Lagi sekali aku pelik. Berkerut tak sudah.

" Hahahaaa.. Aik!! Rasanya dah lama kita kerja sama. Nama saya pun awak tak ingat ye. Sampai hati..." Aku sengeh.

"Bukan macam tu. Yang saya tahu nama awak H. Haikal bin  Dato' Hairul. Kan.. Betul tak? Celah mana pula datangnya Harris?!"

" Hahaahaa.. H tu Harris. Harris Haikal..!!" Jelasnya. Gelak.

"Laaaa iyeke. Hahaahaa..!! Sorry.. Sorryy..!! Saya tak tahu. Jangan marah tau. Payah pula saya nak pujuk nanti.." Haikal gelak lagi. Seronok pula kawan dengan dia ni.

" Lagi satu.. Jangan sebut nama saya Aliaa Sofea tau. Nanti Faliq tahu pula. Just cakap nama Sofea je tau. Pesan dekat Encik Andy. Ingat.. Biar pecah di perut jangan pecah di mulut.." pesanku lagi dan lagi.

"Amboii.. sampai macam tu sekali ye.. Hahahaa.. Baiklah Cik Sofea.. Jangan risau. Okeylah.. Saya ada patient ni.."

"Patient?! Patient apa?" Dah lagi sekali aku pelik.

"Tak ada apa. Okey.. bye..!!" Terus dia matikan talian.

Patient? Aku masih berfikir. Dia doktor ke ada patient bagai. Kalau doktor takkan urus bisnes ni kut. Tapi dia ada cakap, dia ambil alih syarikat ni sebab papa dia suruh. Sebab papa dia sayang dengan syarikat ni walaupun share dengan Dato' Hamid. Takkan dua kerja dia buat dalam satu masa. Boleh ke macam tu? Isshh!! Haikal ni pelik sebenarnya. Banyak rahsia dia ni. Pendiam tapi berisi. Takut pula aku jadinya. Arh! Biarlah. Janji dia happy dan bahagia.

Tok.. tok...!! Syirah muncul dengan membawa marketing report yang aku minta.


" Thanks.. Hmm Syirah.. Saya nak minta tolong ni. Nanti masa Arkitek tu sampai. Jangan panggil saya Cik Aliaa ya. Jangan sebut nama tu tau.." pesanku pada Syirah. Serius.

" Eh!! Kenapa pula Cik Aliaa? Habis mahu panggil Cik Aliaa apa?!" Berkerut Syirah. Aku gelak kecil. Mesti dia pelik.

"Panggil saya Cik Sofea. Dan tolong pesan dekat semua sekali tau..!! Jangan sampai sebut nama Aliaa tu.. " Aku sengeh. Dengan semua aku pesan.

" Baiklah Cik Aliaa. Don't worry!!" Syirah angguk. Muka masih pelik. Hehe..!! Lawak..

"Terima kasih Syirah. Sayang awak!!" Sengaja aku ambil hati Syirah. Syirah senyum je. Dia keluar dengan tanda tanya. Alamak!! Baru teringat ada nama di pintuku lah. Cepat-cepat aku bangun dan ke pintu. Nama Aliaa Sofea, aku tanggalkan. Aku biarkan ia kosong je. Aku gelak sendiri. Syirah nampak aku pun gelak kecil. Okey selesai sudah.

Dah pesan dekat Haikal, dekat staff pun dah pesan. Oh ya!! Nak kena pesan dekat Pak Din pula ni. Alamak!! Aku mana ada nombor telefon Pak Din. Bahaya Pak Din ni. Pak Din peramah sangat, suka bercerita. Lagi-lagi bab kerja. Mahunya setiap seorang staff di ceritakannya nanti. Tak pasal-pasal terkantoi pula nanti. Masakkk aku.

Okey idea datang! Apa susah, Haikal kan ada.  Aku terus whatsapp Haikal minta dia info Pak Din. Haikal pun layan aku jelah. Gelak Haikal dengan perangai aku yang gila-gila ni. Selesai masalah aku. Hahaha..!! Apa yang penting, aku taknak Faliq tahu siapa aku disini. Biarlah jadi rahsia. Tak apa, Boss kedua ada. Boleh tolong aku dan cover aku. Macam-macam hal. Jangan marah ya Haikal.

Kerja punya kerja. Tak sedar dah lunch. Perut dah berbunyi dah ni. Nak turun makan, malas. Tak makan nanti, perut meragam. Takut gastrik datang balik. Dah lama tak kena gastrik. Kalau kena, boleh bikin semput aku. Aku jalan perlahan ke dapur, clear office, semua staff turun lunch. Aku tengok makanan di kabinet, cuma ada biskut lemak dan biskut Chipsmore je. Bolehlah buat alas perut. Terpaksa punya pasal. Aku keluarkan beberapa keping biskut Chipsmore dan letak dalam piring dan bawa masuk dalam bilik. Jadilah makan ni je. Aku sambung buat kerja. Layan punya layan. Pintu diketuk lagi. Busy betul aku hari ini.

"Haiii...!" Muncul Haikal. Senyum manis. Berseri muka dia hari ni. Aku balas senyumannya. Dia seperti biasa duduk dihadapanku.

"Makan biskut je ke? Kenapa tak turun makan?" Tanyanya apabila nampak biskut diatas meja. Aku sengeh.

" Malas.."

" Malas?? Awak.. Kesihatan tu penting. Kalau dah sakit nanti macam mana. Nak ke sakit?! " Haikal geleng kepala. Aku sengeh je. Mata terus menghadap laptop dan mengunyah biskut. Sesekali minum air suam. Macam berdiet pula ni. Haikal hanya perhatikan aku je.

 Handphone Haikal berbunyi. Pak Din dah sampai bermakna Faliq pun dah sampailah juga. Tiba-tiba berdebar jantungku. Pula dah.

" Aliaa.. Saya keluar dulu ya. Diaorang dah sampai.." kata Haikal dan terus berdiri.

"Awak bawa dia bincang dekat sini ke?!" Tanyaku lagi ingin tahu.

"Iyalah. Habis dekat mana lagi.." jawabnya tenang.

"Jadi saya tak boleh keluarlah ni selagi perbincangan tak habis?!" Aku mencebik.

" Hahahaa..!! Keluar jelah.." Digelakkannya aku pula.

"Ishh!!Taknak lah. Nanti kalau terkantoi macam mana. Berapa orang yang datang.."

"Tak silap Faliq dan pembantunya je.."

" Ha?! Pembantu? Pembantu dia Tasya lah.." terkejut  beruk aku.

"Bukanlah..  Pembantunya lelaki. Saya tak ingat namanya pula.." jelas Haikal.

"Oh!! Okeylah kalau macam tu.. Haikal.. Haikal.. Tapi nanti kalau awak nak gerak ke tapak projek. Awak info saya tau.. wajib.. !!"  Kataku lagi. Pesan dan pesan lagi.

" Iyalah.. Saya ingat setiap pesanan awak. Jangan risau.. Okeylah saya keluar dulu. Diaorang dah tunggu dah tu.." Aku senyum.

"Okey..!! Bye..!!"

"Nak kirim salam dekat Faliq tak?!"

"Haikal..!!" Aku berkerut. Pandai pula dia nak kenakan aku. Haikal gelak je. Lalu terus keluar. Aku buka pintu sedikit, cuba untuk mengintai. Haikal terus masuk bilik meeting. Aku tutup pintu rapat. Dan, duduk menghadap laptop lah lagi. Hati berdebar-debar.

Sekarang ni memang aku tak menghadap si Arkitek tu. Tapi nanti memang akan kena menghadap juga. Kalau ketiga-tiga pihak setuju, nak kena sign agreement pula. Yang kena sign confirm lah aku. Waktu tu memang tak boleh mengelak. Tapi bukan waktu terdekat kut. Semestinya selepas selesai kes aku dan dia nanti kut. Okey lah tu.

Aku tak sabar nak dengar cerita dari Haikal ni. Mesti Faliq terkejut juga tu sebab Haikal. Aku rasa mesti dia dapat syak kut. Aku dengan Haikal. Tapi dia mana tahu jawatan aku dekat sini. Dia cuma tahu aku admin je. Kalau dia tahu, macam mana agaknya ya. Hmm.. Lagi-lagi kalau si meroyan tu tahu. Apa dia fikir agaknya ya. Mesti terkejut kut. Iyalah.. selama ni dia kutuk aku, hina aku. Konon aku kerja kerani je. Sebab tu, Faliq tinggalkan aku dan kejar dia yang bekerjaya tu. Setakat mulut orang cakap aku Boss ke apa ke. Mana si meroyan tu nak percaya. Dia tak boleh kalah dengan aku. Dia je nak menang. Dia je betul. Hmm..  Orang macam ni pun ada juga. Dunia oh dunia!!

Previous: Bab 49
Next: Bab 51

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.