336,801
Kategori:
Genre:
Bab 73
Nizam mencari Faliq di kereta. Tapi tiada. Mana pula perginya si Faliq ni. Merajuk kali. Tapi merajuk dengan siapa. Merajuk dengan Aliaa? Merajuk dengan Haikal? Kecewalah kut. Pening Nizam sendiri. Handphone dikeluarkan masih mencuba menghubungi Faliq. Masih tak dapat juga.

"Mana pula Encik Faliq ni. Hilang tiba-tiba pula ni. Masalah betullah. Jangan dia terjun laut sudah. Ishhh!!..!!" Kata Nizam sendiri dan menyapu kepalanya.

Tutt...tutt...!! Handphone berbunyi. Terus dilihatnya di skrin. Fuhh!! Lega. Baru call.

"Zam.. Saya dekat kantin ni. Meh sini..!!" Kata Faliq.

" Okey!! " Nizam matikan talian dan terus berjalan menuju ke kantin. Jam dilihat, sudah dekat jam 4.00 petang. Dia bertanya pada seorang jururawat arah ke kantin. Dan apabila diberitahu oleh jururawat itu, Nizam terus berjalan.

Mata meliar mencari Faliq. Tertumpu pada sesusuk tubuh dihujung kantin. Nizam membeli air mineral water dan terus berjalan menuju ke arah Faliq yang sedang duduk termenung bermain handphone diatas meja.

"Saya ingat Encik Faliq dah tinggalkan saya tadi.." terus saja Nizam duduk dihadapan Faliq. Faliq pandang Nizam sekilas. Senyum pun tak. Muka sedih.

" Sorrylah. Saya solat tadi. Cari ketenangan.." jawabnya. Nizam senyum.

"Cik Aliaa dah sedar. Encik Haikal cakap, Hb dia rendah kena buat pemindahan darah.." kata Nizam. Faliq menundukkan kepala. Menarik nafas panjang.

" Saya tak sangka, saya ingat selama ni dia sakit biasa je. Cuma tekanan darah rendah je. Tak tahu pun sampai tahap macam ni.." keluhnya.

" Eh!! Bukan Encik Faliq memang tahu ke?! Yang dulu Cik Aliaa koma tu kan, rasanya sebab ni juga..!" Tanya Nizam.

" Iya. Doktor ada cakap tapi saya tak ambil port pun. Just tahu macam tu je. Waktu tu saya tengah gila, mana nak ambil tahu. Bila tahu semua ni sekarang, rasa macam.. Ya Allah..!! Teruknya saya ni.." keluhnya. Menyesal pun tak guna Faliq.

" Hmm.. Benda dah berlaku dah Encik Faliq. Nak menyesal pun tak boleh dah. Lagipun, Cik Aliaa dah bukan isteri Encik Faliq lagi. Redha jelah.." kata Nizam. Faliq diam.

" Memanglah dah tak tapi saya rasa dia masih isteri saya.." kata Faliq.

"Ish!! Mana boleh macam tu. Terimalah hakikat Encik Faliq.."

"Tapi salah ke saya sayang dia..?!"

" Nak sayang tak salah tapi sayang Encik Faliq ni lain macam. Okey sayang sebagai kawan, tapi bukan sebagai isteri. Dia dah tak ada apa-apa ikatan dengan Encik Faliq. Encik Faliq tak boleh terlalu yakin dia akan kembali pada Encik Faliq. Bila Encik Faliq terlalu yakin, dan terlalu mengharap.. Hmm.. Inilah jadinya. Cemburu tak tentu pasal, benda kecil dibesarkan, last kecewa sendiri.. Encik Faliq.. Terima segala ketentuan ilahi. Terima hakikat, Cik Aliaa bukan isteri Encik Faliq lagi.." kata Nizam tegas.

" Saya tahu.."

"Tahu.. Tahu.. tapi buat juga. Saya tahu Encik Faliq jelous dengan Encik Haikal. Tercabar bila tengok Encik Haikal dengan Cik Aliaa..!! Nak jelous pun buat apa, sendiri sakit hati adalah.." Nizam menjeling. Botol air mineral dibuka dan meneguk air. Lega tekak.

" Gila tak jelous!! Aduhai... Apa saya nak buat ni?!" Faliq menekup muka sendiri. Memang kusut wajahnya.

"Kuatkan hati, terima hakikat, terima kenyataan, yang Cik Aliaa bukan isteri Cik Faliq lagi. Bangun dari lamunan Encik Faliq tu, bina hidup baru. Minta Allah kuatkan semangat, kuatkan hati tu.." balas Nizam lagi. Faliq diam.

" Tak apalah. Nanti balik KL, saya bawa Encik Faliq jumpa seorang ustaz. Minta nasihat. Saya pun kalau rasa down, saya minta nasihat dia, belajar sikit-sikit ilmu agama dengannya. Nanti kita belajar sama-sama.." cadang Nizam. Mungkin dengan cara ini boleh buat Faliq rasa tenang dan boleh terima hakikat. Biasalah, orang baru nak berubah kepada kebaikan, nak berubah kembali pada Allah. Bukan sesuatu yang mudah. Hati masih lagi goyah. Macam-macam yang difiirkannya. Pemikiran tak stabil. Bila rasa down, mulalah buat perkara tak elok. Nizam niat mahu membantu Faliq. Dia yang mengetahui segalanya. Tak sampai hati nak biarkan Faliq terus berkeadaan begini. Faliq perlukan kekuatan. Nizam akan bantu setakat yang dia mampu, selebihnya dia. serah pada Allah swt.

" Jom.. !! Saya nak tengok Aliaa kejab..!!" Kata Faliq. Mereka terus bangun dan melangkah meninggalkan kantin. Faliq menghubungi Haikal bertanyakan wad Aliaa.

Pintu dibuka perlahan, kelihatan Aliaa bersama Haikal. Aliaa senyum pandang Faliq. Faliq dan Nizam menghampiri. Haikal bangun dari kerusi dan berdiri. Beri pada Faliq.

" Aliaa.. Saya keluar kejab ye.." Aliaa angguk. Nizam mengekori Haikal. Taknak ganggu mereka.

"Awak macam mana?" Tanya Faliq.

"Macam nilah.." jawab Aliaa. Masih lagi senyum. Muka sangat pucat, kuning. Lemah badannya.

" Saya minta maaf Aliaa. Saya tak tahu awak sampai tahap macam ni.. Saya...!" Percakapannya terhenti. Merenung wajah Aliaa.

"Tak apalah. Perkara dah berlaku. Lagipun saya okey..!!" Kata Aliaa perlahan.

" Awak balik bila?!" Tanya Aliaa pula.

" Lusa.."

" Kalau awak nak jumpa Dhia, cakap ye. Nanti saya minta Haikal bawa.." Aliaa senyum. Faliq mengangguk perlahan.

"Jaga kesihatan ya. Saya minta maaf Aliaa. Saya tak jaga awak, saya abaikan kesihatan awak, saya.. saya.."mengeluh atas kesilapan sendiri.

"Dahlah Faliq. Tak payah ingatkan lagi. Saya taknak awak terus macam ni. Carilah cinta Allah dulu, pasti Allah akan beri cinta sejati pada awak nanti.." kata Aliaa.

" Cinta sejati saya hanya untuk awak Aliaa.." Faliq merenung wajah Aliaa.

"Cinta pada manusia hanya sementara, esok lusa akan pergi meninggalkan tapi cinta pada Alla yang akan kekal abadi.." sambung Aliaa lagi.

" Faliq.. Janganlah terlalu mengharap pada saya. Jangan terlalu yakin. Tak tahu entah esok atau entah lusa, bila Allah tarik nyawa saya, saya akan pergi juga meninggalkan semua.."

"Aliaa.. Kenapa cakap macam ni.."

"Hehe.. Jadi, saya taknak awak meratapi setiap perpisahan. Sebab kita akan meninggalkan dan ditinggalkan. Kena terima dan kena redha.." Aliaa senyum lagi dan lagi. Semakin lemah pula rasa badannya. Aliaa memejamkan mata, berkerut dahinya. Dadanya rasa sempit lagi. Bibirnya rasa kebas. Dia mengetap bibir.

" Aliaa..!! Aliaa..!! Ya Allah.. Aliaa!!" Keadaan jadi cemas. Faliq berdebar. Aliaa tercungap-cungap. Faliq lari keluar dan memanggil Haikal yang sedang duduk berborak dengan Nizam.

"Haikal..!! Aliaa,, cepat..!!" Faliq menjerit.  Dengan pantas, Haikal terus meluru masuk. Melihat keadaan Aliaa, terus saja menekan emergency button. Tak sampai seminit, datang dua orang jururawat. Diikuti dengan Doktor Alex. Seorang jururawat meminta Faliq keluar untuk membuat pemeriksaan rapi pada Aliaa. Faliq mengikut arahan. Berdebar-debar hatinya. Risau yang teramat sangat. Rasa bersalah pula. Haikal keluar. Wajahnya tenang saja. Dan, duduk.

"Aliaa macam mana?!" Tanya Faliq.

" Dah okey!" Jawab Haikal.

"Tapi tadi dia...!"

"Jangan risau dia dah okey. Siptom Anemia macam tulah. Sesak nafas, pucat, cepat letih.." terang Haikal.

" Akan okey ke?!"

" Insha Allah.. Doakanlah untuk dia.. " jawab Haikal. Haikal senyum. Sebenarnya didalam hati dia, hanya Allah yang tahu. Dia akan menghubungi Adil sebentar nanti mahu memberitahu berita ini pada Adil.

 Menurut Doktor Alex, Aliaa ada masalah jantung. Rawatan rapi selanjutnya akan dilakukan. Dan, Haikal sendiri yang akan merawat Aliaa nanti. Cuma, hari ini dia off. Jadi, Doktor Alex yang bantu. Haikal taknak beritahu Faliq. Biarlah ini dirahsiakan. Dan, biarlah abang kandung Aliaa dulu yang tahu. Aliaa pun dia takkan beritahu. Kena bincang dengan Adil dulu. Takut bila Aliaa tahu, Aliaa akan sedih. Haikal taknak tengok Aliaa sedih. Haikal nak tengok Aliaa happy. Dah terlalu banyak kesedihan melanda hidupnya. Tak satu persatu masalah menimpa Aliaa. Dia tak sanggup melihat Aliaa dirundung kesedihan lagi. Apapun terjadi, dia akan buat Aliaa sentiasa tersenyum dan bahagia bersamanya. Itu pun sudah cukup buat dia bahagia. Walaupun tidak memiliki hati Aliaa tapi memiliki Aliaa sebagai bestfriends forever pun dah cukup baik.

Haikal tetap tenang. Cool saja. Mereka senyap. Melayan hati perasaan masing-masing. Pintu bilik dibuka, keluar Doktor Alex dan senyum. Haikal terus mendapatkan Doktor Alex dan berjalan ke kaunter.

Doktor Alex menunjukkan laporan kesihatan Aliaa pada Haikal. Serius. Haikal mengangguk-angguk kepala. Faliq dan Nizam hanya melihat dari jauh. Kemudian, Doktor Alex berlalu. Haikal meminta stetoskop pada jururawat yang sedang bertugas. Sudah hampir jam 7.00 malam. Giliran dia pula sambung kerja di hospital ini. Tak sempat pun nak balik berehat. Dah biasa dengan rutin hariannya. Beginilah dia. Selepas balik office terus sambung bertugas di hospital. Dua tanggungjawab yang perlu dipikul. Haikal masih memegang lagi fail laporan kesihatan Aliaa dan menuju ke arah Faliq dan Nizam.

"Faliq.. Kau baliklah dulu. Rehat. Aliaa tak apa. Aku ada, lagipun dia tengah tidur tu.." kata Haikal.

" Kau yang rawat Aliaa?!"

"Iyalah.. Aku personal doktor dia. Sebab tu 24jam aku dengan dia.."jawab Haikal sengaja. Biar Faliq faham dan tak fikir bukan-bukan. Dalam keadaan Aliaa macam ni, Haikal malas nak gaduh. Lagipun, bukan jenis dia suka bergaduh atau bertekak. Lebih baik dia diam saja.

"Oh!! Okey.. Kalau macam tu. Aku gerak dulu. Malam nanti aku datang lagi.." kata Faliq.

"Kalau kau nak jumpa Dhia. Call je.. Nanti aku bawa Dhia pada kau.."

"Eh!! Tak apa. Aku boleh jumpa Dhia sendiri. Rumah Aliaa dekat mana? " tanya Faliq.

"Maaf Liq. Aku tak boleh bagitahu mana rumah dia. Ini permintaan Aliaa. Dia cuma pesan dekat aku, minta bawa Dhia jumpa kau. Tu je. Sorry!!" Terang Haikal. Faliq berkerut. Aliaa yang tak bagi ke kau yang tak bagi, kata hati Faliq. Masih lagi fikir bukan-bukan. Alahai Faliq.

" Oh!! Okeylah kalau macam tu.. Apa-apa info ya.  Aku gerak dulu.." Haikal angguk. Faliq dan Nizam terus berjalan. Haikal geleng kepala. Dan terus masuk kedalam bilik Aliaa. Wajah Aliaa direnung. Sedih dia tengok Aliaa.

" Aku akan jaga kau sebaiknya Aliaa.." kata Haikal. Senyum. Suasana didalam bilik itu sunyi dan sepi saja. Kasihan dia melihat Aliaa. Hidup sendirian bersama anak. Hidup merantau bukan mudah. Walaupun Aliaa punyai kerjaya yang baik, perniagaan yang maju dan kehidupan yang senang tapi sayang kesihatan yang tidak mengizinkan dan rumahtangga yang hilang. Begitulah rencana Allah. Ada orang diberi kehidupan keluarga bahagia. Punyai anak-anak yang bijak, isteri yang baik tapi dari segi kewangan agak kurang. Ada orang diberi rezeki kewangan yang banyak tapi belum diberi rezeki zuriat.

 Kehidupan ibu tunggal macam-macam dugaan. Kalau tidak kuat pasti akan rebah. Simpati Haikal pada Aliaa. Tapi Haikal kagum dengan semangat Aliaa. Tak pernah putus asa dan putus harapan. Jatuh dan bangun sendiri tanggung. Susah senang sendiri hadapi. Hidup berdua bersama si kecil. Andailah Aliaa menerima dirinya. Pasti dia takkan sia-siakan. Permata yang berharga tidak akan dilepaskan. Rasa cinta dihati terhadap Aliaa semakin menebal. Tapi kerana menghormati keputusan Aliaa, dia terima. Mungkin belum terbuka hati Aliaa untuknya. Doa takkan pernah terputus. Niat takkan pernah berubah. Mahu memberi sepenuh kasih sayang pada Aliaa dan Dhia. Mereka berhak mendapat kasih sayang yang ikhlas dan tulus. Mereka berhak mendapat kebahagiaan.

Dengan kesihatan Aliaa sekarang ni. Sedih sangat. Dia akan beri kebahagiaan pada Aliaa. Agar Aliaa sentiasa happy dengannya. Walaupun sekadar bestfriends forever. 

Previous: Bab 72
Next: Bab 74

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.