336,670
Kategori:
Genre:
Bab 80
Semakin hari semakin rapat. Semakin hari semakin sayang. Sayang? Iya sayang.. Sayang sebagai bestfriends forever. Tak lebih dari itu. Walaupun dia mengharap sayang itu lebih lagi tapi hatiku tetap menyatakan cukup sampai disitu sahaja. Titik. Sorry Haikal..! Aku selesa dengan kehidupanku kini, tiada ikatan dan tidak terikat. Aku tetap dengan keputusanku. Aku belum sedia untuk menerima mana-mana lelaki pun dalam hidupku. Cukuplah sekadar bestfriends forever sahaja. Jangan dipaksa hati untuk menerima kerana hati tetap tidak akan menerima. Jangan ditanya hati dan perasaan ini. Kerana hati dan perasaan sudah ku letak tanda. Dilarang sentuh !! Kelak hati kecewa sendiri, dan aku akan kata, no komen!! Siapa suruh sentuh, kan sakit kecewa sendiri. Hehe!!

Haikal masih mencuba walau banyak kali sudah ku katakan tidak! Dia memang tak pandai putus asa. Aduhai..!! Aku takut betul dengan lelaki begini. Memang mula beriya-iya nak, usaha sampai dapat tapi bila dah dapat. Good bye, Aliaa!! Wow!! Mudah kan.. Lelaki..!! Aku juga yang makan hati berulam jantung pisang. Bukan nak bersangka buruk padanya atau lelaki tapi takut. Pengalaman mengajar aku untuk lebih berhati-hati dengan cinta. Fuh! Tak sanggup dilukai. Takut sejarah akan berulang. Nak mengenali lelaki dari mula, nak menjaga hatinya, nak mencari keserasian dan nak mula bina hubungan, hohoho bukan mudah. Tidak semudah kata-kata. Lagi-lagi bila kita sendiri yang mempertahankan tapi di pihak meruntuhkan. Cukup-cukuplah. Bukan dendam tapi hati-hati. Tak apa! Aku single, tak perlu fikir semua. Lebih baik fikir anak je. Kan elok tu. Tak menyakiti hati sesiapa dan tidak akan disakiti. Jalan sendiri, bina sendiri dan tanggung sendiri. The best!!!

Aku duduk termenung sebentar. Merehatkan mata yang sejak pagi tadi menghadap skrin laptop. Naik juling mataku sudah. Lama dah aku bercuti sebab tak sihat. Dan minggu pertama masuk office, tertimbun juga kerja. Appointment itu ini jangan cakaplah. Tak habis-habis. Kasihan Haikal urus sendiri selama aku cuti sakit. Sorry Haikal..!! Haikal sporting. Sibuk macam mana pun ,tetap relax dan cool je. Tetap senyum. Dengan kerja office dan tugas sebagai doktor. Memang tak menang tangan. 24 jam busy. Macam mana nak beristeri. Takut bila dah kahwin nanti, isteri lari sebab suami busy kerja 24jam, non stop. Masak kau Haikal!! Ada juga terfikir, kalaulah contoh aku kahwin dengan Haikal. Dah sah-sah dia 24 jam busy, aku pun boleh tahan busy, kerja office dan sambung masuk kedai. Bila masa nak luangkan masa bersama. Dah dua-dua busy, so, 2x5 juga. Single is better! Hahaha..!!

Hari ni Haikal masuk office lewat. Ada emergency kes di hospital katanya. Okey tak apa Haikal. Aku faham!! Sedang asyik menaip dan bernyanyi. Tiba-tiba aku dengar bunyi kecoh diluar. Dah kenapa pula tu? Aku baru nak bangun nak tengok apa yang sedang berlaku. Dengan terkejut beruk aku, seorang wanita separuh usia bertudung dan berbaju blouse bergaya ala-ala Datin gitu terus masuk menerjah ke dalam bilikku. Aku terus berdiri tanda hormat walaupun dia tak berapa nak hormat terjah macam tu. It's okey!!

" Cik Aliaa.. Maafkan saya..!!" Kata Syirah dengan wajah bersalah.

"Tak apa Syirah. Awak boleh keluar dulu ya..!!" Arahku dengan senyuman. Hatiku berdebar dah ni, siapa wanita ini. Aku tak kenal dan tak pernah jumpa pun. Dia kenal aku ke?  Tapi dia siapa?

" Iya Puan..!! Puan nak jumpa saya ke?!" Tanyaku lembut.

" Puan?! Panggil saya Datin Zita.. Awak rupanya Aliaa Sofea. Pengurus Besar Pearl Holding.." Katanya sombong. Handbag diletak diatas meja. Memandang tepat ke anak mataku. Aku senyum.

" Maaf Datin Zita. Iya saya Aliaa Sofea. Saya cuma kerja je disini. Jawatan ni sekadar jawatan je.." balasku dengan rasa rendah diri. Tetap aku berikan senyuman. Rasa tak sedap hati pula.

" Hmm.. Bagus!! Sedar diri pun.." aku telan liur. Tersentak jugalah dengan kata-katanya.

" Insha Allah.. Saya sedar diri saya siapa.." balasku lagi. Jujur.

" Awak tahu tak saya siapa?!"

" Kalau saya tahu Datin ni siapa, taklah saya panggil Datin ni Puan. Kan?!"


" Ya.. Dan, untuk pengetahuan awak. Syarikat Pearl Holding ni adalah milik suami saya dan diserahkan kepada satu-satunya anak lelaki saya iaitu Harris Haikal..!" Terkedu sekejab aku. Agak terkejut.

" Jadi Datin ni, ibu Haikal?!" Tanyaku untuk kepastian.

" Ibu kepada Encik Harris Haikal.. !!" Oh!! Okey!! Jeling tajam padaku. Aku balas dengan senyuman.

"Sorry Datin..!"

" Saya tak tahu macam mana adik saya, Dato' Hamid dan anak saya boleh bagi jawatan ni pada awak. Saya rasa awak memang tak layak pegang jawatan ni.." Katanya lagi dengan sombong. Aku menundukkan kepala. Tak apa, aku faham maksudnya.

"Memang saya tak layak pun Datin. Dan memang saya menolak pada awalnya. Tapi kerana kepercayaan Dato' Hamid dan Encik Haikal pada saya. Saya terima bukan kerana gila kuasa tapi kerana mahu membalas jasa Dato' Hamid pada saya. Saya hormati keputusan dia.." kataku dengan seikhlas hati.

" Mahu membalas jasa atau mahu mengambil kesempatan atas kebaikannya?!" Datin Zita senyum sinis padaku. Tapi aku sedikit pun tidak rasa kecil hati. Sebab aku tahu niat aku.

" Iya..! Semua orang fikir saya mahu ambil kesempatan tapi hakikatnya biarlah hanya saya dan Allah saja yang tahu niat saya. Itu lebih baik,kan?!"

"Hmm.. Whatever!! Haikal ada cerita mengenai awak pada saya. Tapi... Maaflah Aliaa, awak tak sesuai dengan anak saya. Dan, awak tak layak untuknya. Sorry Aliaa!! Saya tak berkenan dengan awak..!" Lancang betul mulutnya. Tak ada tapis-tapis ayat.

" Dan untuk pengetahuan Datin juga. Memang dia ada hati pada saya. Mahu saya jadi isterinya. Tapi maaf juga Datin. Sebab saya tolak cintanya, tolak kasih sayangnya. Sebab saya hanya anggap dia hanya sebagai sahabat saya. Tak lebih dan tak kurang.." aku membalas semula. Berterus-terang, tak salah!

" Baguslah.. Lega hati saya dengar. Sejak awak masuk dalam syarikat ini. Awak merosakkan hubungan saya dengan anak saya.."

"Saya tak faham? Apa maksud Datin?!"

"Sebab awak, dia jarang balik KL sedangkan sebelum awak muncul, hampir setiap minggu dia balik melawat saya dan papanya. Semuanya sebab awak Aliaa. Sampai dia lupa saya. Saya tak tahulah apa yang awak dah buat pada anak saya.."

" Astagfirullah Al Azim. Saya tak buat apa-apa pun pada anak Datin. Kami hanya jumpa di office je, atas urusan kerja. Dia balik office terus bertugas di hospital. Saya pula balik office terus masuk kedai. Tak ada masa nak jumpa pun. Sesekali je Datin.." Sedihnya aku sampai macam tu sekali tanggapan dia padaku.

" Awak ingat saya percaya cakap awak. Orang berak tengah jalan nak mengaku ke?!" Sinis lagi padaku.

"Terpulanglah Datin nak cakap apapun. Saya tak kisah..!"

" Mulai dari hari ini, saya taknak awak rapat dengan Haikal lagi. Atau saya sendiri yang akan pecat awak. Ini syarikat family, lagipun awak bukan sesiapa dalam syarikat ini. So, bila-bila masa saya boleh pecat awak.." Adakah ini satu ugutan? Aduhai...

" Saya kerja disini atas sokongan dan permintaan  Dato' Hamid. Dia dan Erisya nak sangat saya kerja disini. Jadi, yang layak pecat saya adalah Dato' Hamid kut.." Aku menjawab lagi. Senyum.

" Pandai awak bercakap kan..! Saya tak suka nak marah, jadi awak kena fahamlah ye. Saya cuma nak awak tahu. Saya tak suka awak terus rapat dengan Haikal. Dan awak tak layak untuk Haikal. Faham kan maksud saya?!" Aku tarik nafas. Dengan perasaan sedih. Dan, senyuman tawar. Aku angguk perlahan.

" Iya.. Saya tahu dan faham.. Saya sedar siapa saya.."kataku perlahan.

"Baguslah kalau awak faham. Saya datang sini semata-mata mahu berjumpa dengan awak. Saja nak tengok Pengurus Besar Pearl Holding. Tapi.. hmm.. Dari pemakaian awak ni pun, dah nampak jelas. Awak sepatutnya pegang jawatan cleaner je. Itu yang sesuai..!" Fuhh!! Nampak lembut tapi mulut Datin ni mengalahkan puaka. Aduhaiiii... Hinanya aku.

" Iya.. Saya hanya layak jadi cleaner je sebenarnya.." Aku mengiyakan jelah. Malas nak panjang-panjangkan cerita.

" Baguss!! Okeylah. Saya pergi dulu. Jam berapa Haikal masuk office?!" Dahlah hina aku lepas tu tanya pula. Call jelah anak kesayangannya tu terus, kan senang.

"After lunch..!!" Jawabku.


" Ingat tau Aliaa. Ingat setiap apa yang saya cakapkan tadi. Saya tak suka awak walaupun Haikal menyayangi awak. Saya tetap takkan setuju.." Katanya sebagai pesanan terakhir padaku.

" Insha Allah..!!" Jawabku ringkas. Datin Zita mengambil handbag nya. Dan terus keluar meninggalkan bilikku.

Aku menarik nafas dalam. Apa lagi dugaan untukku. Boleh tahan juga ibu Haikal ni. Lain pula dengan anak lelakinya. Memang dia tentang habis hubungan aku dan Haikal. Padahal kami kawan je kut, tu pun tak boleh. Tapi apa yang Haikal cerita pada ibunya sampai dia sanggup datang sini jumpa aku semata-mata nak warning aku. Aduh!! Boleh masuk tanjung Rambutan aku dibuatnya sebab tekanan macam ni. Sabar jelah Aliaa..!!

" Ya Allah..!! Kuatkanlah aku untuk tempuhi semua ini." Doaku sendiri.

Dah sudah Aliaa..!! Sekarang aku nak fokus pada ni ha kerja depan mata ni. Malas nak fikir semua tu. Malas nak fikir pasal orang. Lebih baik fikir pasal diri sendiri. Baru nak happy dengan bestfriends forever, dah kena warning pula. Kalau macam inilah gayanya. Tak payah berkawan lagi baik. Apalah nasib.

Abang.. Kenapa adik kena tanggung semua ni? Kenapa bila adik nak rasa kebahagiaan, tapi ada saja penghalang. Kalau ada abang waktu ni, pasti aku dah nangis depan abang. Aku pernah terfikir perkara ini akan berlaku. Memang betul, kini aku sedang hadapi. Dan memang btul kata Datin Zita. Aku bukan ssesiapa pun. Aku tak patut pegang jawatan ini. Aku sedar siapa aku. Tak apalah. Mesti ada hikmah semua ini. Aku kena bincang dengan abang, minta pendapat abang.

Hmm.. Kalau boleh diberi peluang. Mati dan hidup semula. Biarlah aku hanya kenal keluargaku sendiri je. Taknak kenal orang lain dah. Penat nak kenal orang. Akhirnya.. aku sendiri yang mengalir airmata. Sabar Aliaa.. Sabar..!! Allah Maha Pengasih, Allah Maha Penyayang.

Sekarang ni apa aku nak buat? Arhhh!!! Jeritlah dalam hati sepuas-puasnya. Sekuat- kuatnya. Menangislah semahu-mahunya. Biar hanya aku je yang tahu dan yang tanggung. Kerana disebalik senyumanku ada kedukaan.

Previous: Bab 79
Next: Bab 81

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.