336,496
Kategori:
Genre:
Bab 47
Keluar saja dari bilik Dato' Muhsin terus Tasya jalan laju menuju ke bilik Faliq. Muka marah. Sakitnya hati dia. Semua staff berpandangan sesama mereka. Pintu terus dibuka kasar. Lebih menyirap bila nampak Nizam bersama Faliq membincangkan sesuatu. Terus Faliq dan Nizam memandangnya yang masih tercegat di pintu dengan muka ketat.

" You.. Apa semua ni?" Terus berdiri ditepi meja. Faliq pandang Nizam, Nizam angkat bahu.

"Apasal pula?!"

"Hey you..!! Kenapa you biarkan i ditukar department lain dan turun jawatan. Apa ni you? Kenapa you tak back up i pun. You memang nak usir i kan..!!"  Kata Tasya dengan penuh kemarahan. Nizam selamba saja.

" Kuasa bukan ditangan i. Semua keputusan dari Dato', kenapa you tak direct tanya Dato' je.." jawab Faliq.

" Tapi you sepatutnya back up i Faliq. I kerja dengan you. I pembantu you kan.."

"Pembantu yang langsung tak membantu. Apa yang you bantu i selama you kerja dengan i? Cuba cakap..!" Faliq menjeling Tasya. Nizam senyum.

"You.. I.. i.. bukan taknak membantu tapi i tak tahu nak buat macam mana.." alasan demi alasan.

"Kalau tak tahu boleh tanya dan boleh belajar. Berapa lama dah you kerja tapi satu apapun tak reti. Sebab you, banyak kerja terbengkalai. Banyak projek i ditarik balik, semua sebab you tau tak.." jelas Faliq. Serius.

"Apasal i pula. You yang salah, tak pandai handle nak salahkan i pula. Sebelum ni semua okey je.." Tetap melawan. Pandai pula menyalahkan orang. Hai lah Tasya.

" Sudahlah Tasya.. Mula hari ni i kena tegas bab kerja. Kalau i tak dapatkan projek ni i akan dipecat.. You faham tak?" Kata Faliq.

" Ni semua sebab you kan Nizam. Elok-elok you dah berambus kenapa you datang balik. You sengaja kan tak bagi i kerja dengan Faliq.. Ha?!" Nizam tercengang. Merah mata Tasya marah pada Nizam.

" Ni company Dato' bukan company kau. Dato' yang minta aku kerja semula. Dan, kalau tak kerana Encik Faliq, aku pun tak inginlah tengok muka perempuan haram kau ni..." selamba saja Nizam cakap depan Faliq. Faliq menyapu kepala sendiri.

" Kurang ajar you kan.. !!"

" Hey sudahlah..!! Tasya.. you keluar sekarang.. I banyak kerja. Pleasee!!" Faliq duduk bersandar.

" You..!! You halau i kerana Nizam ni.. ?!"

" Keluar sekarangggg!!" Faliq menengking Tasya.

" Oh.. You tengking i. Dengan bekas isteri you, you boleh cakap lembut-lembut tapi dengan i. You suka-suka tengking i.. " Pula dah. Faliq berdiri.

" Yang you nak libatkan Aliaa tu kenapa ha? Dia masih isteri i, jangan samakan dia dengan you. Sampai bila-bila pun you dan dia takkan sama.." Bengis muka Faliq pandang Tasya.

" Memang i takkan sama dengan Aliaa. Sebab dia lebih hina dari pelacur..!!" Lancang mulut Tasya.

"Kurang ajarr!!!"

Pangg..!! Terus hinggap tapak tangan Faliq di pipi Tasya. Merah pipinya. Terkedu Tasya. Nizam terkejut.

"Jangan sesekali you menghina Aliaa. Kalau sampai i dengar lagi, nahas you..Sekarang you berambuss!!" Faliq terus duduk. Tasya terus berlari keluar. Dengan tangan masih memegang pipinya. Rasakan kau. Jahat sangat mulut.

Faliq terdiam sebentar. Menyapu muka dengan tapak tangannya sendiri. Nizam memerhati sahaja.

"Maaflah broo.. Lama-lama saya boleh jadi gila.." keluh Faliq.

" Sabarlah Encik Faliq.."

"Awak tahu tak. Mama saya dah lama tak bercakap dengan saya. Ni lah balasan saya kut.!"

" Tak bercakap kenapa?!" Tanya Nizam. Berkerut.

" Iya.. Sebab kecewa dengan saya. Family saya dah tahu semua. Aliaa tu kesayangan mereka. Mereka tak boleh terima saya buat Aliaa macam tu.." Faliq mula menluahkan.

" Sesiapa pun tak boleh pun Encik Faliq. Cik Aliaa tu baik, saya tak nampak pun cacat celanya tapi disebaliknya tu saya tak tahulah pula"

" Iya.. Dia memang baik. Isteri dan menantu yang baik. Saya tak salahkan dia, saya yang salah.."

"Encik Faliq sayangkan Cik Aliaa?!"

"Siapa yang tak sayang bini.."

"Kalau sayang kenapa taknak kembali dengan dia. Tinggalkan Tasya, kembalilah dengan dia. Minta maaf padanya, saya yakin dia akan terima Encik semula.."

"Tak boleh Nizam. Saya sayang Tasya juga. Aliaa pernah cakap, dia takkan terima Tasya sampai bila-bila.."


" Tak ada seorang isteri pun yang sanggup hidup bermadu dengan perempuan macam Tasya tu. Encik Faliq masih tak sedar lagi ke? Maaf Encik Faliq.. Encik Faliq tinggalkan Cik Aliaa kerana Tasya.." Faliq diam.

"Saya tahu.. tapi saya dah cuba nak tinggalkan Tasya. Saya sayang dia, sama macam saya sayang Aliaa.." Faliq menekup mula pula.

" Seorang wanita dinikah kerana 4 perkara, Encik Faliq. Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka, hendaklah kamu memilih agamanya, nescaya kamu akan berbahagia dunia akhirat.." nasihat Nizam.

" Maaf.. Saya tanya. Tadi Tasya cakap bekas isteri? Encik Faliq dah ceraikan Cik Aliaa??" Nizam mengatur kata-kata.

"Saya dah failkan. Minggu depan ke mahkamah.." jawabnya perlahan.

"Astagfirullah Al Azim.. Encik Faliq dah fikir masak-masak? Encik Faliq tak menyesal?" Terkejut Nizam dengar.

" Iya.. Saya tahu saya akan menyesal. Tapi ini mungkin terbaik untuk saya dan dia. Saya taknak seksa zahir batin dia, saya tahu dia banyak pendam perasaan. Biarlah dia bebas, saya tak sanggup tengok dia menderita kerana saya. Saya dah banyak seksa dia.. " jelas Faliq lagi. Sedih!!

" Sanggup Encik Faliq lepaskan Cik Aliaa semata-mata sayang Tasya. Saya tahu semua kisah cinta Encik Faliq dan Aliaa, dari mula-mula nak pikat Cik Aliaa lagi. Sampai dah berumahtangga. Tapi kalau perkahwinan dah tak dapat diperbaiki. Saya pun tak boleh campur. Saya harap keputusan yang Encik Faliq buat ni adalah yang terbaik.. " kata Nizam. Simpati dengan nasib Aliaa. Sedih dia.

" Family Encik Faliq tahu perceraian nanti dan mereka boleh terima Tasya?" Sengaja Nizam tanya.

" Mereka tak tahu lagi. Saya takkan beritahu mereka dulu. Mereka tak boleh terima pun. Lagi-lagi mama. Mama cakap, kalau saya tetap dengan Tasya dan kahwin dengan Tasya. Mama tak nak jumpa saya. Mama tak boleh terima dan tak restu.." jelas Faliq lagi.

" Allahuakhbar..!! Melukakan hati ibu bapa satu dosa besar Encik Faliq. Perkahwinan yang tak dapat restu ibu bapa takkan dapat keberkatan dan redha dari Allah swt. Encik Faliq tak takut ke??" Sambung Nizam lagi.

" Saya tahu. Saya dua hati sebenarnya. Saya sayang anak isteri saya. Sangat sayang. Tapi saya sayang Tasya juga. Dua-dua penting. Entahlah.."

" Encik Faliq dah jauh dari Allah. Kembalilah pada Allah. Minta ampun pada Allah. Bertaubatlah.. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk setiap umatnya. Minta petunjuk dari Allah. Buat solat istikharah. Allah akan bantu nanti..Percayalah.." Nizam senyum. Dia harap Faliq boleh fikirkan. Hanya nasihat saja yang mampu dia berikan. Semua terpulang pada hati Faliq sendiri. Nizam tak boleh ubah Faliq tapi Faliq sendiri yang kena ubah dirinya.

"Thanks Nizam. Saya minta maaf.."

"Tak ada apapun salah Encik Faliq pada saya. Mohonlah maaf pada kedua orang tua Encik Faliq. Jangan jadi anak derhaka. Itu je saya nak pesan.." Nizam mengingati.

Faliq terdiam. Itu yang paling dia takutkan. Dia cuba memujuk hati mamanya tapi mamanya tetap tak layan. Selagi Faliq tak jumpa Aliaa selagi tu dia tak mahu bercakap dengan Faliq. Semua terjadi kerana Tasya. Kerana kelalaiannya. Kerana perbuatan yang mengikut hawa nafsu.

" Nizam.. Terima kasih kerja disini semula. Saya harap kita boleh bekerja macam dulu lagi.."

"Boleh.. Tapi jangan ada Tasya. Saya terima semula kerja ni sebab Encik Faliq baik dengan baik. Kalau ikut hati saya, saya taknak pun.." terus-terang Nizam bercakap. Muka Faliq jadi muka bersalah.

"Saya faham. Lusa kita ke Sabah tau. Dapat tawaran projek dekat sana. Harap-harap company sana berpuashati lah. Kalau tak, naya saya naya."

"Okey.!" Jawab Nizam ringkas.

 Risau sungguh Faliq. Inilah peluang terakhirnya. Kalau dia tak berjaya dan kena pecat. Fuh!! Habis hidupnya. Dia hanya ada kerjaya ni saja yang tinggal. Rumahtangga hanya menunggu rebah. Family sudah tidak terima, persahabatan pun sudah terputus dan hanya kerjaya saja. Jika kerjaya pun hilang. Putus harapannya. Eh! Tasya kan ada Faliq. Kekasih gelap yang kau sayang.

Tasya masih lagi menahan rasa sakit hati. Memaki hamun Faliq. Inilah kali pertama Faliq berani menampar pipinya.


Kerana Aliaa. Pipi disentuh perlahan. Rasa perit dirasainya. Gerammm!!

"Kurang ajar kau Aliaa. Sebab kau, aku ditampar. Selama ni Faliq tak pernah sikit pun berkasar dengan aku. Kau memang patut matilah Aliaa. Biar kau hilang dari hidup Faliq. Faliq tu untuk aku seorang. Bukan untuk kau.. !!" Marahnya sendiri. Naik merah muka Tasya.

Handphone diambil. Mahu menghantar whatsapp pada Aliaa. Mahu melepaskan marah pada Aliaa. Mahu menyakiti hati Aliaa.

" You memang kurang ajar Aliaa. Kurang ajar!! Kerana you..  i ditampar oleh Faliq. You patutnya mati, biar Faliq tak payah fikir pasal you. Selagi you ada, selagi tu Faliq akan ingat you.. Pergi matilah you Aliaa..!!!" Fuh!! Dasyat betul Tasya ni. Betul-betul meroyan.

Tasya senyum sinis. Puashati kut. Memang meroyan si parasit ni. Hmm.. Kasihan betul.

" Hahahaahahaaaaa!! Kan saya dah cakap. Faliq tu sayang saya. Hati dia hanya ada saya. Fikiran dia pun ada saya je. Awak kena tampar?? Oh my god..!! Padan muka!! Orang kalau mulut jahat, memang patut ditampar. Eh!! Salah.. Bukan ditampar, tapi patut tembak je biar hancur berkecai. Ok bye!!"

"Arhhhh!!!! Gila... Gila... Gilaa..!!!" Handphone terus dicampak diatas meja. Tak habis-habus nak sakiti hati Aliaa. Cari pasal. Tapi sendiri yang sakit hati. Ingat Aliaa kisah ke kau kena tampar bagai. Memang menjadi bahan lawak sajalah.

Tok... tokkk..!! Pintu diketuk. Muncul seorang staff muda.

"Cik Tasya.. Dato' arahkan Cik Tasya pindah tempat sekarang juga. Sebab bilik ni akan diambil alih oleh Cik Zahara.." katanya.

"Ha?? Sekarang? Tempat i dekat mana?" Berkerut Tasya.

"Tu dekat luar tu. Sebelah Basri.."

"Apa? Tak ada tempat lain ke? I nak bilik privasi. Dahlah sebelah Basri.. I taknak lah.." Suka-suka dia saja.

"Bertindak mengikut arahan ye Cik Tasya. Kalau rasa tak puashati pergi cakap dengan Dato' sendiri ye.." bengang pula staff itu. Menjeling geram.

"Iyelah..!!" Tasya terus bangun dan menyusun segala barang-barangnya di dalam kotak. Sakitnya hati. Menyirapnya darah. Dah lah kena tampar dengan kekasih hati. Kena pula turun jawatan. Padan muka.!! Ambil kau Tasya.  Setelah semua barang siap disusun dan kemas. Dia mengangkat sendiri dan bawa ke mejanya.

"Uit.. Basri.. Kau duduk sebelah parasit. Hati-hati bro. Jangan kau pula jadi mangsa oiii... Habis hidup kau nanti.."perli seorang staff di hujung sudut.

"Oii.. oii.. Janganlah takutkan aku. Gerun aku oii.." Basri membalas. Gelak.

"Hey!! Apa masalah you all ni ha? Buat kerja jelah.."Tasya menjeling tajam dan masuk semula ke biliknya kemudian keluar semula dengan membawa barang peribadinya pula.

"Elok-elok pangkat tinggi. Tiba-tiba terus menjunam jadi admin je. Kasihan..!!" Gelak mereka. Semakin sakit hati Tasya. Setiap hari asyik kena saja dengan mereka. Hmm... Tasya.. Tasya..!! Jadi bahan mereka. Kau yang mulakan, jadi terimalah penangannya.

Setiap perbuatan akan dibalas. Tak dibalas di akhirat tapi Allah bayar cash depan mata. Tapi masih juga tak ada kesedaran. Itu adalah masalah sendiri. Nasiblah...!!

Previous: Bab 46
Next: Bab 48

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.