336,669
Kategori:
Genre:
Bab 169
"Arghhhh!!! Sial..!! Setannnn..!!" Menjerit-jerit Tasya di dalam bilik hotel mewah itu. Handbag terus dicampak ke lantai, selimut bantal semua dicampak juga. Dia dah seperti dirasuk iblis. Menjerit, mengilai, memaki hamun. Segala kata-kata kotor dan kesat terpacul dari mulutnya. Melepaskan api kemarahan yang sedang bersarang didalam hatinya. Semakin membara dendamnya pada Aliaa.

Mukanya merah padam seperti udang dibakar. Dia bangun dan menghampiri cermin. Direnung wajahnya sendiri. Wajahnya yang cantik berubah menjadi wajah si sihir. Rambutnya dibiarkan mengerbang seperti sarang tebuan. Jubahnya dibuka dan dicampak entah kemana. Dia hanya memakai singlet ketat dan  berseluar pendek paras peha. Direnung lagi dan lagi wajahnya sendiri. Kemudian, hahaahahahaa!! Dia gelak semahu-mahunya. Dia gelak besar sebesar-besarnya seperti dunia ini miliknya. Kemudian, dia senyap. Di renung lagi wajahnya. Berkerut sejuta dahinya. Turun naik nafasnya pula. Bengis wajahnya.

" Kau buat aku kan Aliaa. Kau sakiti hati aku. Kau ketawakan aku. Kau kenakan aku. Kau musnahkan plan aku. Kau ganggu aku dengan Faliq. Kau sengaja cari pasal dengan aku. Aku tak akan lepaskan kau Aliaa. Tak akan!! Dah sampai masa, aku akan bertindak diluar kawalan aku. Aku akan pastikan darah pekat kau memercik ke wajah aku, supaya aku dapat rasakan betapa pahitnya darah kau. Sepahit hidup kau, sepahit hati jahanam kau. Tangan ini Aliaa, tangan ini yang akan jadi saksi disetiap titisan darah pahit kau. Hahahahaa!! Matilah kau Aliaa. Matiiii..!!" Tasya mengilai lagi. Kemudian, dia terus jatuhkan badannya diatas tilam empuk itu. Rambutnya menutupi seluruh wajahnya. Dia sambung ketawa lagi.

Bilik mewah itu sudah seperti tonkang pecah, bersepah. Tasya bangun dari tilam dan mencari handbag yang dia campak tadi. Di sudut hujung bilik, diambil semula dan diletakkan diatas katil. Mencari sesuatu didalamnya. Mengeluarkan beberapa bungkus serbuk putih dan disusun diatas tilam. Kemudian, dia mengeluarkan handphone nya pula. Menghubungi seseorang.

" You dekat mana? I dah lama tunggu you?"

"Sampai dah..!"

" Okey..!!" Tersenyum lebar dia sendiri. Dia terus angkat bantal yang bersepah dilantai ke atas tilam. Menyikat rambutnya dan mengikat kemas, menyemburkan minyak wangi ke seluruh badan. Menanti seseorang. Tidak lama, pintu diketuk. Dengan happy dia terus buka pintu. Tercegat si hitam manis depan pintu dan terus terjah masuk ke dalam bilik. Senyum menggoda. Dan terus memeluk Tasya, erat.

"Kenapa bersepah sangat ni?!"

" Sorry..!!" Tasya melentukkan kepala di dada Pian. Dan melepaskan pelukkan. Tasya terus menunjukkan deretan bungkusan serbuk tadi pada Pian.

" Tinggal ni je. Tadi i dah guna satu. Ambillah..!!" Pian angguk. Terus ambil dan masukkan dalam plastik yang dikeluarkan dari poket seluarnya, lalu diletakkan bungkusan plakstik itu diatas meja.

"Macam mana plan you tadi.." tanya Pian. Duduk di kerusi.

" Huh!! Kalau berjaya, i dah bersama Faliq dalam bilik ni. Taklah i panggil you.. Dan i dah merdeka dah tapi  i kecewa sangat. I tak tahu macam mana Aliaa boleh tahu semua plan i. Dia tahu, i letak dadah dalam gelas Faliq. Dia hancurkan plan i. I rasa dia follow i kut atau dia follow Faliq.. Ish!! Sakit hati betul lah.."

" Boleh jadi. You nak apa lagi dengan Faliq. You dah ada i, Mr. K you tu pun ada. Ni kalau Mr. K tahu pasal kita. Mahu i dibunuh hidup-hidup.." kata Pian.

" Alaaa.. !! Pasal kita ni, hanya kita berdua je yang tahu. Kalau pecah rahsia maknanya you sendirilah yang pecahkan. Lagipun, you dan Mr.K tu, you lagi hebat tau sayang. Sebab tu i sayang you lebih dari dia. Dia tu cuma scandal i je, i cuma nak pergunakan pangkat dia. Anak Dato' kan.. " Senyum. Tasya bangun dari katil dan jalan menghampiri Pian. Bermulalah aksi mengoda dia.

"Dan i nak Faliq sebab i nak pisahkan dia dan Aliaa. Macam yang i cerita dekat you tu.." sambung Tasya lagi.

" Aliaa tu i tengok dia, budak baik. Faliq pun.. Kadang rasa tak sampai pula i nak buat jahat dekat dia.."
"Kenapa semua orang cakap dia baik? Kalau dia baik, taklah dia ambil Faliq dari i dulu.." Terus Tasya jadi marah apabila dipuji oleh Pian.

"Bukan you ke yang ambil Faliq dari dia"
jawab Pian selamba.

"Apapun, dimata i. Aliaa tetap jahat, tetap musuh i. I tetap akan hapuskan dia.." tambah Tasya lagi. Duduk di katil menghadap Pian.

Pian angkat bahu. Dia dah kenal sangat dengan perangai Tasya. Kalau dia dah cakap, tak boleh siapa menghalang.

"Pagi tadi, Mr. K call i. Dia cakap, dia nak hantar barang sendiri pada Aliaa. Tapi i tak sure bila dia nak hantar.." Tasya memandang pelik pada Pian. Berkerut.

"  Kenapa dia nak hantar? I tak suruh pun.."

"Entah.. Dia cuma cakap, nak tengok Aliaa depan-depan.." jawab Pian. Tasya terdiam. Dia fikir sesuatu.

" Jangan bagi. I takut Aliaa kenal dia. Aliaa ni anak angkat Dato'. Client Aliaa majority golongan vvip. Kalau kebetulan Mr. K ni client dia. Macam mana? I taknak sampai pecah rahsia ni. Kalau Aliaa kenal Mr. K ni, habislah.." Tasya dah mula rasa takut.

" Kenapa you nak takut? I tak fikir Mr.K ni client Aliaa. Lagipun, biarlah Mr. K terus hubungi Aliaa. Bila mereka rapat, mesti Faliq jelous dan tamat..!"

"Hey! Kalau dia dan Faliq tamat. I tak kisah. Tapi kalau kita yang tamat. Macam mana?"

"Apa maksud you?!"

"Aliaa bukan bodoh Pian. Aliaa tu bijak. Kalau setakat Mr. K tu, senang je dia nak korek rahsia. Dan, you bukan tak tahu Mr. K tu macam mana. Lurus bendul. Harap muka je hensem. Kalau Aliaa tanya Mr.K mana dapat nombor dia, dan Mr. K cerita semua pasal you dan i. Tak mati kita. Dahlah Aliaa tahu, i yang langgar dia tempuh hari, i yang follow dia, dan terbaru tadi, dia tahu i masukkan dadah dalam gelas Faliq. Bayangkan kalau dia report polis. Bukan setakat i je kena cekup. Mahu dengan you dan geng kita sekali. Dahlah kita memang wanted. I taknak okey..!!" Pian angguk-angguk kepala.

" Betul juga kan.. !"

"Lagi satu, jangan sampai Mr. K tahu kegiatan luar kita ni. Dia cuma tahu i kerja di club je, bab-bab barang, dan lain-lain dia tak tahu. Kalau dia tanya you apa-apa pasal i. Macam biasalah you cakap je, tak tahu. I cuma nak pergunakan dia je. Sebab tulah i suruh dia ayat Aliaa, dia kan pandai mengayat. Ingat tau Pian pesanan i..!" Tasya memberi warning pada Pian. Pian hanya angguk. Seperti biasa hanya mengikut arahan.

" I okey je. Janji masyukkkk!! Oh ya!! Lusa i nak stok lebih sikit. Banyak permintaanlah.."

" Okey..!! Nanti i minta Big Boss!!" Jawab Tasya.

" Esok macam mana? Nak hantar barang apa dekat Aliaa. Esok i ada hal, i suruh budak bunga hantar. Lusa i free, i boleh hantar.. " Tanya Pian.

" Hmm okey!!  Nanti i bagi you duit, sukahati youlah nak beli apa. Lepas tu macam biasa info i.." Pian angguk kepala.

" You.. Bab duit, you jangan risau. Berapa you nak, you cakap je. I boleh je bagi tapi you kena ikut dan buat apa saja yang i nak. Boleh?!" Tasya menghampiri Pian yang sedang duduk dikerusi. Dengan gaya yang mengoda. Telan liur si Pian. Ikan depan mata, siapa yang taknak. Walaupun dah selalu makan ikan yang sama. Ikan free lah katakan. Sudahlah free dapat pula duit. Bukan sikit-sikit punya habuan. Sekali dapat memang kalah gaji Mr. Arkitek. Untunglah hidup.

" Opss..!! Relax Sayang.. Jangan gelojoh. I tak ke mana. Bagi i bersihkan badan dulu. Nanti dah wangi baru best kan..!" Kata Pian. Senyum menggoda. Melepaskan pelukkan Tasya.

"Okey!! Jangan lama-lama tau. I tunggu..!!" Pian terus masuk dalam bilik air. Tasya hanya memandang dengan lirikan mata menggoda.

Tut... tuttt...!! Handphone Tasya berbunyi.

"Siapa pula call ni. Menganggu je..!" Merungutnya sendiri. Huh!!

"Iya Darling..!!"

" Angel... You dekat mana?"

"Hmm... I di PJ sekarang, ada hal sikit. Kenapa darling? I tahu, you mesti rindu i kan..!!" Buat muka bosan.

" Bijak pun you..!! I nak jumpa you malam ni. Tempat biasa.. " kata lelaki itu.

" Alamak darling.. !! Malam ni tak sempat, hal i tak settle lagi. Sorry darling..!!" Kata Tasya.

" Kecewanya i. Tapi i rindu sangat kat you..!! Lagipun i bosan ni, parents i semua tak ada. Ingat you boleh

 temankan kebosanan i ni.." kata lelaki itu lemah. 


"Alaaa kasihannya. Kasihan you darling. Tapi sorry, memang tak boleh. Alaaaa.. I tahulah, you bukan rindu i pun you cuma rindu...." belum sempat Tasya habiskan ayat. Lelaki itu terus gelak. Tasya senyum sinis. Hmm.. Lelaki.. semua sama. Kata hatinya.

"Sebab tu i sayang you.. You memang bijak.." Tasya senyum.

" Mestilah.. Kalau i tak bijak, taklah i pilih you kan. Tapi sorry darling. Malam ni memang tak boleh jumpa you. Lagipun i penat, banyak kerja.   Malam esok i promise, i akan luangkan masa sepenuhnya untuk you.." Tambah Tasya lagi.

" Okey!! Jumpa esok..!! Take care my dear. Love you sooo much..! Good night..!!" Kata lelaki itu mengakhiri perbualan. Tasya senyum. Talian dimatikan.

"Siapa call?!" Tanya Pian yang baru keluar dari bilik air dengan hanya memakai tuala mandi. Haruman badannya menusuk ke dalam hidung Tasya.

" Biasalah. Siapa lagi kalau bukan Mr. K..!" jawab Tasya.

"You nak jumpa dia ke?!" Pian menghampiri Tasya. Tasya mula menyentuh badan Pian.

" Taklah.. Malam ni kan, malam kita berdua. I taknak sesiapa pun ganggu.." Tasya mencapai handphone nya dan switch off kemudian diletakkan semula handphone.

"Thank you Angel..!!" Tasya membuka ikatan rambutnya. Dan lampu dipadamkan.

Bilik mewah untuk dia bersama Faliq bertukar orang. Sanggup berhabis duit semata-mata mahu melakukan perkara terkutuk. Apalah nilai duit di mata Tasya, duit ibarat daun kering yang boleh dibuang sesuka hati. Berkepul-kepul duitnya. Semua dari sumber yang salah dan haram. Dia tidak hairan dengan duit sekarang, sekali petik segunung dapat. Kalau tidak bekerja pun, duitnya boleh digunakan sampai tujuh keturunan. Fuh!!! Tasya.. Tasya..!! 
Previous: Bab 168
Next: Bab 170

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.