336,635
Kategori:
Genre:
Bab 14
Hari kelima Aliaa koma. Keadaannya masih lagi sama. Sudah hampir 28 pain darah dimasukan ke dalam badannya untuk menyelamatkan nyawanya. Tapi masih lagi tiada perubahan. Tekanan darah yang rendah. Dugaan. Faliq meninggalkan Aliaa yang kaku di pembaringan. Terasa lapar pula perutnya. Lalu melangkah ke kantin. Sebelum ke kantin tadi,dia sempat memberitahu nurse yang bertugas. Jika ada apa-apa yang berlaku segera menghubunginya. Iyalah kan. Perkara tak diduga. Mana tahu bila dia keluar saja dari bilik itu, Aliaa sudah sedar. Positif saja. Hari ni Adil tidak dapat melawat, dia sudah mula kerja. Mungkin petang selepas waktu pejabat baru dia dapat datang.

Faliq membeli nasi campur dan air mineral. Selepas membuat bayaran dia kembali naik ke bilik Aliaa. Sudah macam orang tidak terurus. Serabut keadaanya. Kusut saja rupanya. Dengan keadaan si isteri yang masih belum sedar, dengan kerjanya yang banyak tertangguh sejak pulang dari Jepun. Dan, bertambah kusut kepalanya adalah si Tasya. Setiap hari setiap jam setiap minit menghubunginya. Dengan alasan, kerja. Tapi bila Faliq sendiri call Boss di pejabatnya. Tiada pula kerja untuknya kalau ada pun sudah diberi tugasannya pada yang selayaknya. Lagipun, Faliq sudah pun apply cuti emergency sebab isteri. Dan, permohonan cutinya pun sudah diluluskan. So, tiada istilah kerja dan kerja. Ini semua taktik si Tasya.

Alhamdulilah.. Si comel juga tidak meragam dirumah. Senang dijaga. Seluruh keluarga turut bersimpati dengan nasib Aliaa dan si comel. Si comel seolah-olah memahami keadaan si ibu yang masih terlantar sakit dihospital. Bijak anak ini.

Sampai saja disatu lorong memasuki bilik Aliaa. Faliq melihat seseorang pesakit jalan dalam keadaan lemah longlai, memaut pada dinding. Tanpa ditemani sesiapa pun. Seorang jururawat pun tiada. Dia menghampiri. Terkejut besar Faliq. Orang tersebut adalah isterinya sendiri, Aliaa.

"Ya Allah!! Bini aku...!!" Terus berlari mendapatkan Aliaa. Betapa pucatnya muka Aliaa.

"Sayang.. !! Sayang..!! Sayang nak pergi mana ni? Kenapa jalan?" Tanya Faliq. Sedikit tersenyum. Ini bermakna Aliaa sudah sedar. Alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi. Katanya didalam hati.

" Sayang nak cari anak kita. Ada orang bawa dia tadi. Sayang nak kejar orang tu. Anak kita nangis abang.."suara terketar-ketar dalam tangisan. Terkejut Faliq dengar.

"Anak kita ada. Tak ada siapa yang ambil. Dia sihat sayang.. Jom kita masuk jom.. "Faliq memujuk.

"Tapi mana anak. Sayang nak jumpa anak!" Sambung Aliaa lagi.

" Iya.. Iya.. Nanti abang bawa anak ke sini ya.. Jom kita masuk. Sayang tak stabil lagi ni. Ya Allah..!! Mana nurse ni... Nurse..!! Nurse!!!" Aliaa semakin lemah. Menjerit-jerit memanggil nurse tapi tiada seorang pun. Faliq mula marah. Seorang nurse lari kelam-kabut menghampiri Faliq. Terkejut dia melihat pesakitnya diluar.

" Awak pergi kemana? Kenapa tinggalkan pesakit sorang-sorang. Kalau sampai terjadi sesuatu pada isteri saya. Saya takkan biarkan." sempat lagi Faliq ni. Bertubi-tubi nurse itu meminta maaf. Menurutnya dia ke tandas sebentar dan sebelum ke tandas dia ada tengok keadaan Aliaa. Tapi Aliaa belum sedar. Tak pasal-pasal kena marah.

Melihatkan keadaan Aliaa yang semakin lemah. Faliq terus mengangkat tubuh Aliaa dan bawanya ke katil. Aliaa masih lagi bertanya dan bertanya akan si comel. Jenuh Faliq menjawab.
Doktor datang dan terus memeriksa Aliaa. Faliq tunggu disofa. Menarik nafas lega. Isterinya sudah sedar. Senyum. Bersyukur pada Allah. Betapa gembiranya dia. Faliq segera menghubungi Puan Asmah.

" Ma.. Aliaa dah sedar ma." Kata Faliq sebaik saja mendengar suara Puan Asmah di talian.

" Iyeke?! Alhamdulilah..!! Terima kasih Ya Allah..!! Macam mana dia sekarang ni?!"

" Doktor tengah periksa dia. Dia cari anak kami ma. Dia cakap ada orang bawa anak kami..."

" Kasihannya. Tak apa,nanti mama bawa baby ke sana jumpa mamanya. Aliaa rindu si kecil ni.. Si kecil ni pun merengek je , mungkin dia pun rindu mama dia juga kut.." kata Puan Asmah. Ada nada gembira pada suaranya.

" Baiklah ma. Terima kasih ma.." Talian terus dimatikan. Tersenyum sendiri.


Kemudian, Faliq menghubungi Adil pula. Adil kena tahu berita gembira ni. Pasti Adil akan gembira juga.

" Broo.. Aliaa dah sedar!!"

"Syukur Alhamdulilah. Dia macam mana?!"

" Masih dirawat.."

" Okey!! Aku ada kerja sikit ni. Settle je kerja ni aku terus ke hospital.." kata Adil happy.

" Okey!!" Faliq senyum lagi. Tak lama kemudian, doktor menghampiri dia. Dan doktor mengajak Faliq berbincang sesuatu diluar bilik.
Sempat Faliq menjeling pada Aliaa yang sedang berbual dengan nurse. Mesti bertanyakan mengenai si comel. Senyum Faliq.

Aliaa duduk. Memandang sekeliling bilik itu. Pandangan kosong. Difikiran hanya memikirkan anaknya saja. Tak sabar mahu jumpa. Terdengar-dengar suara tangisannya. Rindu sangat. Kalau ikutkan hatinya, mahu dia balik waktu tu juga. Mahu mendukung anaknya, mahu dicium, mahu dipeluk erat.

" Apa yang berlaku pada saya?!" Tiba-tiba Aliaa bertanya. Macam pelik sekejab.

" Puan Aliaa koma akibat tumpah darah yang serius dan jantung lemah.." jawab nurse itu. Sambil tangan membetulkan wayar yang tersimpul.

" Koma? Berapa lama?!" Agak terkejut.

"Hari ini hari ke enam. Dan alhamdulilah. Puan dah sedar.." sambung nurse lagi.

" Tapi saya nak anak saya. Mana anak saya. Ada orang ambil anak saya tadi, saya nak cari dia. Saya dengar dia menangis. Mesti dia rindu saya.. Saya nak cari anak saya..!!" Tiba-tiba Aliaa jadi tidak terkawal. Di kelopak matanya hanya bayangan si comel.

"  Puan.. Sabar puan.. Sekejab lagi suami puan bawa anak puan ya. Sabar ya..!!" Nurse sedaya upaya cuba memujuk. Tapi Aliaa tetap melawan dan tetap nak anaknya. Allahu!!

Suasana jadi kelam-kabut. Aliaa mula memberontak minta dilepaskan apabila nurse itu memegang tangannya dari menarik wayar.

" Aku nak anak aku. Aku nak anak aku..!!" Aliaa menjerit-jerit seperti dirasuk.

" Doktor..!! Doktor..!!" Nurse tidak dapat kawal Aliaa. Semakin di pegang tangannya semakin dia kuat melawan. Meluru doktor masuk diikuti Faliq. Faliq terus menenangkan Aliaa. Dipeluknya.

" Sayang... Sayang jangan macam ni. Pandang abang ni,  dengar apa abang nak cakap.. Sayang!!" Aliaa masih memberontak.

" Mana anak?!"

" Iya.. Iya..!! Anak kita ada dekat rumah. Mama yang jaga. Anak kita sihat. Sekejab lagi mama sampai bawa dia jumpa sayang. Sekejab je lagi.. Sayang sabar ya!!" Perlahan dan lembut saja Faliq memujuk. Mata Aliaa ditenung. Aliaa membalas renungan.

" Betul?!" Tanya Aliaa mahu kepastian. Doktor dan nurse hanya memerhati. Simpati.

" Iya.. Abang tak tipu. Sekejab lagi dia sampai.."

"Tapi ada perempuan bawa anak kita lari. Perempuan tu cakap, itu anak abang dan dia. Bukan anak sayang. Tapi sayang yang lahirkan dia. Doktor ni yang tolong sambut anak. Anak kita nangis abang. Lepas tu.. lepas tuu...!!" Kata Aliaa. Emosinya tidak stabil. Tak tahu apa yang dia fikirkan.

" Sayang..!! Jangan fikir apa-apa lagi. Anak kita sihat walafiat. Sekarang ni, sayang rehat. Sayang masih lemah lagi ni. Jangan fikir apa-apa, abang ada dengan sayang. Abang temankan sayang ya..!" Pujuk dan pujuk. Aliaa ikut apa yang Faliq cakapkan. Dan, nurse memberikan satu suntikan pada Aliaa. Ubat penenang. Emosinya terganggu dan tak tahu apa yang sedang bermain difikirannya. Mungkin memendam hati kerana Faliq menyebabkan emosi agak terganggu. Mana tidaknya, selama kehamilan sering tidak sihat dengan suami yang buat hal lagi. Menahan rindu pada suami hingga saat melahirkan. Waktu melahirkan pula diuji dengan komplikasi tumpah darah yang serius sehingga koma hampir seminggu lamanya hanya sempat dengar tangisan si comel dan terus hilang tangisan dan bila sedar, anak pula tiada disisi. Terdengar-dengar tangisan. Tak gila jadinya.

Tiada siapa tahu apa yang Aliaa pendamkan. Yang bermain difikirannya. Ahli keluarga memang memainkan peranan untuk kembalikan emosinya. Orang kata, dalam keadaan ini mudah ibu dalam pantang menerim gangguan. Kena sentiasa pantau dan kena sentiasa happykan dan ceriakan hatinya. Takut apa-apa terjadi. Dan boleh jadi juga gila meroyan. Allahuakhbar!! Ish!! Minta dijauhkan. Aliaa seorang yang kuat. Kekuatan dia memang luar biasa.


Tak mungkin akan jadi buruk. Aliaa kuat semangat, tak mudah mengalah. Aliaa boleh atasi semua itu.

Apabila keadaan sudah okey, doktor dan nurse meninggalkan Faliq dan Aliaa. Sebelum keluar, doktor pesan pada Faliq. Minta jaga emosi Aliaa dan jangan biarkan dia sendirian. Emosi mudah terganggu. Faliq hanya mengangguk. Aliaa duduk bersandar semula. Dia terpinga-pinga.

" Sayang nak makan? Abang suapkan ya..!!" Senyum Faliq. Aliaa hanya berdiam dan menggeleng kepala. Tidak senyum langsung. Dipandang sekilas wajah suaminya.

" Roti nak tak?!" Aliaa geleng juga.

" Sayang tak lapar ke?!" Tanya Adil lagi. Aliaa tetap menggeleng kepala. Langsung tidak bersuara. Faliq mula jadi serba- salah. Mengeluh kecil. Aliaa hanya memandang selimut putih yang menutupi kakinya.

" Sayang.. Janganlah macam ni. Jangan diamkan diri macam ni. Sayang kena makan nanti sakit lagi.." Aliaa senyum tawar dan geleng.

" Sayang..!! Abang minta maaf. Abang tahu abang salah. Abang minta maaf..!!" Faliq memegang tangan Aliaa. Memohon maaf atas kesalahannya. Aliaa langsung tak cakap apa-apa. Hanya senyum tawar. Tiada sepatah kata pun. Faliq serba tak kena.

"Sayang ngantok. Nak tidur. Nanti baby sampai tolong kejutkan ya.." Aliaa baring dan terus tutup mata. Kepalanya rasa pening, berat rasa kepala. Dibiarkan Faliq sendirian. Lalu, terlelap jua. Mungkin kesan ubat yang baru disuntik tadi kut.

Faliq merenung wajah isterinya. Setiap inci wajah itu direnung, diamati sebaiknya. Faliq tahu, Aliaa kecewa dengannya. Melihatkan reaksi Aliaa sebentar tadi, buat dia lebih rasa bersalah dan berdosa. Padahal, Aliaa tak fikir mengenai dia pun. Nak fikir kecurangannya. Memang buang masa je. Aliaa hanya fikir anaknya saja, rindu pada si comel dan pula kepalanya pening. Itu yang dia layan kepala. Baring je terus terlelap. Faliq yang terasa sendiri.

 Hmm.. Itulah. Sendiri buat sendiri rasa bersalah. Nasiblah Faliq.. Terima jelah. 

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.