336,420
Kategori:
Genre:
Bab 79
Meriah rumah petang itu. Masing-masing sibuk didapur. Dah lama Aku tak rasa suasana begitu. Happy sangat aku hari itu. Berbual, gurau senda dengan abang. Kami berdua di dapur, dengan si kecil yang mulut becok dan Sis Tuti juga sudah cukup riuh rendah rumah. Dah macam kenduri kendara je. Seronok sangat.

Semua menu malam ni adalah pilihan si kecil. Macam-macam dia request pada Abang. Nak taknak Abang kena juga layan. Nasi ayam dan  ikan siakap masam manis. Aku pula nak sotong bakar dan kerabu mangga. Bukan si anak je yang request, mamanya pun sama. Jadi cheff lah abang petang tu untuk adik dan anak saudaranya. Ikutkan sajalah ye abang. Hehe!! Aku pula awal-awal dah siapkan kek birthday untuk Haikal. Kek comel je. Special kek untuk bestfriends forever. Russian Black and White. Kek inilah yang menjadi pilihan customer dahulu sewaktu aku bekerja di butik Kak Asnida untuk kek kahwin dan kek bertunang. Memang kek paling hot. Dah lama dah aku tak buat kek ni, bwrahun sudah, harap-harap masih sedap lah airtangan aku ni. Manalah tahu, boleh buka kedai kek pula. Wahh!! Bestnya. Kedai kain dah ada, kedai kek pula. Perhh!! Tak menang tangan aku dibuatnya nanti. Semua nak buka, semput aku semput. Aku gelak sendiri.

Bahagian aku dah selesai. Aku membantu Abang menyusun pinggan, gelas dan lauk-pauk yang sudah siap dimasak diatas meja. Hari ni aku dan Abang buat semua kerja didapur. Sis Tuti hanya tolong sikit-sikit je sambil melayan puteriku. Si kecil pula, tukang complain dan tukang makan. Tepat jam 5.30 petang, siap semua terhidang. Awal dari jangkaan. Tengok makanan atas meja ni, perut pun berkeroncong pula. Relax ye perut. Tunggu malam ye..

" Alhamdulilah siap semua.. Okey! Sekarang pergi mandi lepas tu kita maghrib sama-sama.." kata Abang pada kami. Abang senyum je.

" Okey!! Dhia nak mama mandikan atau Cik Titi.." tanya aku pada Dhia. Dhia fikir sejenak. Punyalah lama nak bagi jawapan.

"Dengan Cik Titi lah. Dhia nak mandi dengan duck dekat bilik baruu..!!" Katanya. Happynya Dhia.

"Okey..!!" Dhia terus berlari naik ke atas. Pagi tadi, balik saja dari market . Sempat kami bergotong-royong  siapkan bilik khas untuk Dhia. Dhia minta bilik sendiri, nak tidur sendiri. Dah besar katanya. Jadi,kebetulan ada abang ni dan aku pun cuti jadi kami pun hiaslah bilik Dhia bersama-sama. Hmm.. Budak-budak sekarang ni memang bijak, macam-macam permintaannya. Nak itu nak ini. Bertuah betul. Yang rajin melayan Dhia ni, dah tentu abang, segala yang diminta oleh Dhia kalau boleh semua nak dibaginya. Mujurlah anak saudaranya cuma seorang, kalau tiga empat orang, mahu botak juga kepala abang.

"Jam berapa Haikal sampai.." tanya abang yang duduk berehat di sofa.

" Lepas isyak katanya. Okeylah abang, adik naik dulu ya.." Abang mengangguk. Aku bangun dari sofa dan terus naik. Sambil bernyanyi-nyanyi aku pijak satu persatu anak tangga. Tak sabar nak tunggu malam ni. Mesti best makan ramai-ramai. Seronoknya..!!

Aku menutup pintu dan duduk dikatil. Handphone ku ambil. Tiada sebarang panggilan atau whatsapp. Aku memuncungkan bibir. Sebenarnya aku tunggu panggilan dan whatsapp dari siapa ni. Hmm.. Pelik juga aku ni. Hahaa..!! Okey Aliaa.. Sekarang pergi mandi, kemudian turun solat maghrib. Jangan fikir mereka tu. Kata hatiku sendiri. Malu pula aku pada diri sendiri.

Dari atas lagi dah dengar suara Dhia sedang berbual dengan abang. Gelak tawa sungguh meriah. Entah apalah yang digelakkannya.

" Mama dah turun.. Jom uncle..!!" Ajak Dhia dan terus berlari masuk ke bilik solat. Aku gelak kecil. Seronok tengok perkembangan anak membesar. Aku sangat berterima kasih pada Sis Tuti yang banyak bantu aku jaga Dhia. Dia yang banyak ajar Dhia mengaji, ajar solat. Aku sibuk kerja, tak dapat nak fokus sangat pada Dhia. Mujurlah Sis Tuti memahami. Tapi taklah aku abaikan Dhia sepenuhnya, hujung minggu insha Allah dapat juga sama-sama ajar si kecil ni.
Anugerah paling besar dalam hidup aku. Permata hatiku, kebahagiaanku dunia akhirat.

Alhamdulilah.. Selesai menunaikan solat maghrib, kami sambung baca surah Yassin bersama sementara masuk isyak.


Diakhir bacaan, tiba-tiba badan jadi lemah, pernafasan kurang lancar. Rasa sempit je, aku tutup mata dan tarik nafas perlahan-lahan dan cuba relax. Aduhai badan, please lah jangan buat hal. Abang pandang aku, aku balas dengan senyuman. Aku taknak abang risau.

Aku bersyukur sangat diberi peluang hidup begini. Susah senang, sakit derita, bahagia gembira, masih bersama abang dan permata hatiku. Dah cukup buat aku bahagia. Dugaan yang ku terima itu adalah bonus dalam hidupku. Bonus untuk aku lebih matang, bonus untuk aku lebih kuat dan cekal hati. Aku tak mengeluh dengan dugaan walaupun perit tapi inilah hikmahnya. Kebahagiaan bersama abang dan Dhia.

Selesai solat, Dhia dan Sis Tuti menyidai tikar sejadah. Dan terus keluar, aku masih duduk termenung. Rasa penat sangat, dah macam lepas berlari pecut je.

"Adik okey tak ni?!" Tanya abang. Risau muka abang.

" Okey.." jawabku ringkas.

" Abang keluar dulu ya!"aku angguk. Abang menutup pintu rapat. Aku baring ditikar sejadah. Nak lelap sekejab, penat sangat ni. Dapat lelap 10minit pun jadilah. Seharian tak rehat, sibuk didapur tadi. Sakitnya dada. Aku pejamkan mata rapat dan..

Aku berada di pantai, angin laut sangat mendamaikan. Bunyi ombak menghempas pantai sangat menenangkan jiwaku. Aku berjalan perlahan di pasir putih dan meninggalkan tapak kakiku sendiri dan hilang dibawah arus ombak. Aku dengan pakaian serba putih berjalan di persisir pantai. Tenangnya hati, aku senyum sepanjang jalan. Ke mana arah tujuanku? Aku pun tak tahu. Aku berpatah balik. Eh!! Ibu dan ayah senyum memandangku. Manis dan bersih wajah mereka.   Aku membalas senyuman mereka. Betapa rindunya aku pada ibu dan ayah. Aku berlari menghampiri mereka. Aku peluk ibu dan aku peluk ayah. Airmata kerinduan menitis. Aku menggenggam kuat tangan ibu dan ayah. Taknak lepaskan. Ibu dan ayah tarik tanganku dan melangkah perlahan, aku ikut mereka. Tapi tiba-tiba ibu ayah berhenti melangkah. Dan menoleh ke belakang. Aku pun turut menoleh. Abang bersama Dhia, abang memegang tangan Dhia. Tepat pandang mukaku. Sedih muka mereka. Aku ditengah-tengah diantara ibu ayah dan abang dan Dhia. Lalu, ibu dan ayah melepaskan pegangan tanganku. Ibu ayah melangkah perlahan meninggalkan aku. Manakala abang dan Dhia datang menghampiriku. Aku cuba berjalan mahu ikut ibu ayah tapi kakiku seperti terlekat dipasir putih itu. Ibu ayah melambaikan tangan pada aku dan hilang entah kemana. Abang dan Dhia memeluk aku erat.

"Adik.. Adik..!! Bangun dik.. Bangun sayang..!!"Aku dengar suara abang sayup-sayup memanggil aku. Pipiku perit dipukul-pukul. Siapa pula yang pukul pipi aku ni. Perit je rasa. Air apa pula ni jatuh di muka aku. Aku buka mata perlahan. Berat gila mata ni. Aku berkerut pandang abang. Abang menangis?! Dah kenapa pula abang ni. Aku dipangkuan abang.

" Abang..!!" Aku panggil abang perlahan.

" Ya Allah..!! Alhamdulilah... " Abang terus peluk aku erat dengan esak tangisnya. Aku terpinga-pinga. Apa dah jadi? Kenapa abang nangis? Eh!! Haikal pun ada. Bila dia sampai? Kenapa abang tak kejutkan aku dan kenapa Haikal ada dibilik solat ni. Mukanya pun sedih. Dah kenapa mereka ni. Blurr aku jadinya.

Abang melepaskan pelukan. Aku duduk perlahan dibantu abang. Dada masih sempit, peritnya rasa tapi aku kuatkan juga. Aku masih blurr.

" Kenapa abang nangis?" Tanyaku ingin tahu.
Abang senyum dan kesat airmatanya. Aku masih berkerut.

"Tak ada apa-apa.." Abang dan Haikal berpandangan sesama mereka.

" Adik penat sangat. Adik tertidur. Sorry abang..!!" Kataku. Aku masih bertelekung. Abang mengangguk dan senyum.

" Adik..! Abang sayang adik. Abang sayang adik sangat. Adik jangan tinggalkan abang ye sayang..!!" Abang peluk aku lagi, abang cium dahi aku. Airmata abang menitis lagi. Haikal menundukkan kepala.

"Adik nak tinggalkan abang ke mana? Adik ada dekat sini je ni.. Mana ada pergi mana-mana.."kataku jujur. Abang gelak kecil. Abang kesat airmata sendiri.

"Abang.. !! Tadi adik jumpa ibu dan ayah. Ibu ayah peluk adik, ibu ayah nak bawa adik pergi tapi tak jadi. Adik nak ikut ibu ayah.. "aku cerita apa yang aku alami tadi.


"Adik.. Kalau adik ikut ibu ayah. Abang dan Dhia macam mana?! Adik nak tinggalkan kami?! Adik tak sayang abang, tak sayang Dhia? Kami perlukan adik tau.. !!" Abang renung mataku. Redup matanya.

" Adik sayang semua. Adik nak kita sama-sama.." jawabku.

" Dahlah ye. Haikal pun dah sampai. Jom kita keluar, abang dah lapar dah ni. Haikal pun sama.. " abang senyum. Aku angguk. Aku minta abang dan Haikal tunggu diluar. Sementara aku buka dan sidai kain telekung ni. Selepas sidai aku sarungkan tudung dan melangkah keluar.
Aku terus ke dapur. Dhia dan Sis Tuti sedang atur pinggan. Aku keluarkan kek dan panggil Dhia. Aku minta Dhia bawa kek ke ruang tamu.
Aku, Dhia dan Sis Tuti jalan bersama ke ruang tamu. Abang dan Haikal sedang berbual.

"Happy Birthday to you..!! Happy Birthday to yooouuu Uncle Daddy.." Kami bertiga nyanyi bersama. Terkejut muka Haikal. Seronok aku tengok.

" Ni mesti kerja Aliaa ni kan.. Saya pun tak tahu hari ni birthday saya. Terima kasih semua.. !!" Haikal terharu. Berseri wajahnya. Haikal potong kek. Dhia suap kek ke dalam mulut Haikal. Meriah sangat. Best hati aku hari ni. Abang senyum padaku.

"Uncle Daddy sedap tak kek ni..?!" Tanya Dhia pada Haikal.

" Hmm.. Sedapp..!"

"Kek ni mama yang buat tau. Nanti Uncle Daddy boleh order kek dengan mama tau.." Hahaha.. Kami gelak bersama. Pandailah anak ni mempromosikan kek aku.

"Oyeke?! Awak buat ni Aliaa.." Tanya Haikal padaku. Aku angguk. Haikal senyum.

" Jom.. kita makan, uncle dah lapar ni... Jom Haikal..!!" Ajak abang.

"Jommmm!!" Abang terus dukung Dhia dan bawa ke dapur.

" Aliaa.." Haikal panggil aku.

"Iya..!!"

"Terima kasih Aliaa! Terima kasih atas semua ni. Saya terharu sangat.. Terima kasih.." ucap Haikal.

"Sama-sama. Dah jom makan, abang masak special tau.. " kataku dengan senyuman. Kami menuju ke dapur. Mereka dah tunggu kami di meja makan.

" Wow!! Sedapnya..!!"

" Uncle Daddy kena makan banyak-banyak tau. Ni semua uncle masak special untuk uncle Daddy.." keletah Dhia cakap.

" Okey sayang!! Uncle Daddy makan banyak-banyak.." jawab Haikal. Kami gelak je tengok Dhia.

Aku pandang wajah abang. Aku tak tahu kenapa rasa sayu sangat melihat wajahnya. Esok abang nak balik dah. Kalau boleh aku nak ikut abang balik tapi tak boleh, aku ada tanggungjawab disini. Pasti aku akan merindui abang. Aku pandang Dhia pula. Permata hatiku, asetku dunia akhirat. Inilah anugerah paling terindah dan anugerah paling berharga. Terima Faliq, kau berikan aset ini untukku. Aku pandang Haikal pula. Wajah yang sentiasa tersenyum. Seorang bestfriends forever yang sangat memahamiku dan juga doktor peribadiku. Terima kasih dan maafkan aku Haikal. Hatiku bukan untukmu. Aku memandang Sis Tuti pula. Aku senyum lebar. Maid yang sangat baik hati. Dia yang banyak bantu aku uruskan Dhia. Aku alihkan pandangan di atas meja. Dan menyuapkan nasi ke dalam mulut. Eh! Faliq?! Berdiri di satu sudut ruang tamu. Tersenyum manis memandangku. Aku membalas senyumannya. Insan yang pernah menjadi suamiku. Yang aku sayangi, yang aku cintai dan aku rindui. Dia juga yang melukai dan menyakiti hatiku. Kerana kelalaiannya, aku dikhianati.

Semua insan ini, amat aku sayangi. Yang buat aku happy, yang buat aku ceria dan bahagia. Ya Allah!! Terima kasih kerana Kau berikan aku mereka yang amat menyayangiku. Terima kasih atas kurniaanMu ini padaku. Aku bersyukur.
Kepahitan, keperitan dan penderitaanku selama ini adalah kebahagiaanku kini. Aku dapat melihat mereka tersenyum. Sudah cukup buatku bahagia.

Untukmu Faliq..!! Syukur, Alhamdulilah.. Terima kasih Ya Allah. Kau kabulkan doaku. Tidakku minta yang lebih, hanya doaku untukmu Faliq tak pernah terputus selama ini. Walau kau menyakitiku. Walau kau buang aku, tapi aku tetap doakan yang terbaik untukmu dan untuk hidupmu. Andai memang tiada jodoh antara kita lagi. Doaku semoga kau diberi petunjuk dan hidayah dari Allah swt. Dan kau kembali pada keluargamu semula dan kembali pada Allah yang Maha Besar. Allah kabulkan doaku. Aku tak membencimu Faliq. Cuma ada masa bila aku rasa sangat down, perasaanku pun akan down juga.


Tapi sejujurnya, aku tak membenci, aku tidak berdendam. Kerana ku tahu ini adalah bahagian dugaan untukku.

Aku pejamkan mata rapat. Berkerut aku lagi. Kenapa masih rasa susah nak bernafas ni. Perlahan-lahan aku tarik nafas dan perlahan-lahan juga aku hembuskan. Aku buka mata, dan terus senyum. Aku taknak mereka perasan keadaan ini. Abang pandang aku tapi aku buat tak tahu je. Aku lagak seperti tiada apa-apa berlaku. Aku memang degil. Langsung tak peduli pun dengan keadaanku ini. Aku meneguk air suam perlahan. Tarik nafas lagi. Bila rasa pernafasanku lancar. Aku senyum lebar dan dalam hati bersyukur dan berdoa. Semoga tiada apa yang berlaku padaku.

Insha Allah..!! Aku kuat. Selagi aku boleh bertahan, aku akan bertahan. Iya Aliaa.. !! Kau kuat, kau boleh!! Lawan sakitmu itu, biar dia kalah dengan kekuatanmu. Jangan sesekali kau merasa putus asa, pasti sakitmu itu akan gembira meghampiri tubuh badanmu dan akhirnya kau akan tewas. Jangan Aliaa.. Biar apapun terjadi, kau harus kuat dan kena kuat. Kuatlah Aliaa.. Kuat...!! Kata hati kecilku.

Previous: Bab 78
Next: Bab 80

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.