336,537
Kategori:
Genre:
Bab 42
Ada saja masalahnya. Dah naik give up dah Faliq. Tak tahu nak buat apa lagi dah. Tak habis-habis masalah datang. Dia melangkah lemah menuju ke lobi. Langsung hilang segala mood mahu masuk office, mahu kerja pun jadi malas. Macam mana tak jadi malas. Kalau apa yang dia buat semuanya gagal. Semuanya ada masalah. Aduhaiii... Faliq mendaki anak-anak tangga.

"Eh!! Nizam.. Nizam.. !" Ternampak Nizam yang baru keluar dari liff bersama isterinya, Mira. Nizam memberhentikan langkah. Dan, berdiri di tepi dinding tidak mahu menghalang orang keluar masuk liff. Mira masih bersamanya.

"Ada apa Encik Faliq?!" Tanya Nizam.

"Awak kerja dekat mana sekarang?!" Tanya Faliq teragak-agak mahu bertanya.

"Kenapa Encik Faliq tanya?!" Nizam bertanya semula.

" Hmm.. Macam ni.. Okey lah saya terus terang. Awak masuk kerja semula ya.." kata Faliq.

"Kenapa nak saya kerja semula? Encik Faliq dah ada Tasya. Cukup kan..!"

" Broo.. kita.. kita lupakan dia boleh? Saya nak awak kerja dengan saya. Dato' pun minta.."

"Macam yang saya cakap. Saya takkan kerja semula jika ada Tasya. Cukuplah Encik Faliq. Saya taknak dah bersubahat. Dah terlalu banyak dosa saya.. " jawab Nizam jujur.

"Tapi Nizam.. Mungkin lepas ni Tasya dah tak kerja dengan saya. Dato' nak tukarkan dia department lain.. " Faliq terus memujuk.

"Tapi dia tetap ada dalam pejabat itu. Dan dia tetap dengan Encik Faliq. Sama je Encik Faliq.. Saya minta maaf. Saya tak boleh terima.." Kata Nizam tegas.

"Bro.. Please bro.. Dato' nak awak masuk. Saya.. saya tak boleh buat kerja sorang. Tasya langsung tak reti buat kerja. Banyak kerja terbengkalai.." Faliq meluah.

" Baru Encik Faliq tahu kan. Selama ni apa saya cakap Encik Faliq langsung tak percaya. Encik Faliq lebih percaya cakap perempuan tu. Encik Faliq maki hamun saya macam saya ni tak ada maruah.. Maaf Encik Faliq. Saya tetap dengan keputusan saya.." Terdiam Faliq. Nizam luah segalanya.

" Nizam.. Saya minta maaf. Saya tahu saya salah. Saya merayu pada awak. Tolonglah saya kali ni. Kalau tak, saya akan dipecat.. Tolonglah  Nizam. Saya sayang kerja ni.." Faliq merayu dan merayu. Nizam jadi serba salah. Sebenarnya Nizam kasihan dengan Faliq. Tapi kerana Tasya... hmm.. Nizam senyap. Dia pandang Mira. Mata bertentangan.

"Nantilah saya fikirkan. Tapi saya tak janji. Apa-apa saya akan call Encik Faliq.. " jawab Nizam. Faliq senyum tawar dan mengangguk perlahan.

" Baiklah. Kalau boleh tolonglah ye Nizam. Kita dah kenal lama kan.. Tolonglah saya..!!" Rayu Faliq lagi.

"Saya fikirkan dulu tapi jangan mengharap. Okeylah.. Saya minta diri dulu.. Assalammualaikum.."

" Waalaikumsalam.." Nizam terus berlalu berpegang tangan bersama isterinya. Faliq hanya memerhati saja. Menarik nafas dalam. Terus menaiki liff.

Melangkah pula masuk ke office. Terus ke biliknya. Fail diletak diatas meja. Menyandarkan badan. Letih, penat. Bukan badan saja letih dan penat. Fikiran pun sama. Dia menundukkan kepala di meja. Tension sungguh!!

Muncul Tasya dengan gaya menggodanya. Dengam senyuman terus menghampiri Faliq. Mengurut-urut bahu Faliq.

" Youu.. Kenapa ni? Janganlah stress macam ni.."

"Entahlah.. Pening kepala. Tak tahu nak buat apa lagi dah. Give up dah!!" Keluh Faliq. Menekup muka sendiri.

"Sabarlah.. I percaya, semuanya akan okey macam sebelum ni.." lembut saja suara Tasya.

"Tapi bila? I dah penat dah. Semua tau.. semua kerja i gagal. Tak tahulah kenapa sampai jadi macam ni.." Keluh dan keluh lagi. Tasya senyum. Inilah masanya nak cucuk fikiran Faliq.

"I rasa.. i tahu kenapa you jadi macam ni.." kata Tasya. Faliq mengangkat muka pandang muka Tasya yang masih lagi mengurut bahunya.

" You tahu? Kenapa?!" Tanya Faliq ingin tahu.

"Mungkin sebab you tak lepaskan Aliaa.."

"Apa you merepek ni. Ini kerja i tau, tak ada kena mengena dengan Aliaa. So, jangan you nak paksa i untuk lepaskan Aliaa. I tak kan lepaskan dia walau apapun terjadi..!!" Marah Faliq.

" Hmm.. Itulah. Kalau i cakap. You bukan nak percaya pun. You fikirlah sayang.. Dia tu masih sah isteri you tau. You 

tahu kan, kalau isteri sakit hati atas perbuatan suami.


Apa akan jadi. Rezeki you jadi sempit. You pun lepas tangan dan tak bertanggungjawab. Tengok keadaan you ni. Sebab apa? Sebab Aliaa lah. Kenapa semua tander dan projek you gagal. Sebab Aliaa. Dia sakit hati dengan you sebab you still dengan i. Bila dia sakit hati, mungkin dia dendam. Tak mustahil dia akan doakan yang tak baik untuk you.. Orang kalau dah sakit hati. Macam-macam lah dia buat. Bayangkan kalau you masih simpan dia lagi sampai bila-bila. Jadi, sampai bila-bila pun hidup you akan jadi macam ni lah.." sedapnya mulut Tasya ni. Menghasut dan menghasut.

" Jangan nak merepeklah.. Aliaa bukan jenis pendendam. I kenal lah isteri i.."

" Memanglah you kenal sebab tu you kena berhati-hati. Orang yang you kenal itulah sebenarnya lebih bahaya. Kira dia pun teraniaya juga dengan you kan. Doa orang teraniaya tu kan makbul. Jadi, you fikirlah.." Pandai pula dia cakap. Ishh!! Perempuan ni.

" Sorrylah i bukan nak paksa you untuk lepaskan dia. Tapi i terfikir dan i tak sanggup tengok hidup you macam ni sayang. You terikat dengan dia. Bila you all dah tak ada apa-apa hubungan, you dah tak terikat dengan dia dan dia pun dah tak terikat dengan you. Jadi, you bebas buat apa je yang you nak. Dan, you pun tak tanggung dosa dia. Hidup bebas. Mungkin lepas you ceraikan dia rezeki you bertambah. Betul tak?!" Panjang lebar Tasya menghasut. Bijak betul Tasya ni. Pandai bermain dengan kata-kata dengan gaya bahasa godanya. Fuh!!

Faliq diam. Memikirkan sesuatu. Ish!! Kalau sampai Faliq ikut cakap Tasya. Memang.. Ish!! Entahlah..

" You fikirlah baik-baik ye apa yang i cakapkan. You jangan risau, i dah sedia nak kahwin dengan you. I janji i akan jadi isteri yang terbaik untuk you. Selama Aliaa tak ada pun, you dengan i kan. Ada tak abaikan you. Tak ada kan sayang.. Sebab i sayang you sangat-sangat..  Okeylah, i nak siapkan kerja i dulu. You fikirkan tau.. Bye sayang..!!" Dengan rasa bangga Tasya melangkah keluar. Sebelum menutup pintu dia menoleh pada Faliq. Dan senyum sinis. Macam ada peluang. Haahahaha!! Gelak besar hatinya.

Faliq merenung ke meja. Memikirkan sesuatu. Mengambil fail projek di Sabah. Sekarang ni harapan hanya pada projek ni saja. Kalau lulus saja maknanya dia masih berpeluang untuk terus bekerja dan memegang jawatan ini. Tapi jika tak lulus maknanya. Bungkuslah segalanya Faliq. Dia mesti buat sehabis baik kali ini. Untuk kekalkan jawatan. Macam mana sekalipun. Dia kena juga pujuk Nizam. Biarlah Tasya ditukar department lain pun dia tak kisah. Yang penting jawatan ini. Lagipun Tasya masih bekerja, masih boleh jumpa.

" Arhh!! Kalau Nizam taknak kerja lagi pun tak apa. Aku boleh buat sendiri.." katanya sendiri. Yakin. Apa yang penting nekadnya.

" Pearl Holding. Kota Kinabalu, Sabah. Macam pernah dengar je company ni.." berkerut dahinya mengingati. Ada dua nombor telefon yang dia kena hubungi. Tapi tak pula tahu namanya siapa. Jadi, dia kena pandai-pandailah.

Sekarang ni dia taknak fikir pasal benda lain. Dia hanya mahu fokus pada tawaran ni saja. Bukan mudah nak dapat tawaran macam ni. Ini peluang dia mahu kekalkan pencapaiannya. Padahal pencapaiannya dah kelaut pun dek kerana si kekasih gelap. Tapi masih lagi tak ada kesedaran. Hmm.. Faliq.. Faliq.. Memang tak ada kesedaran sivik langsung.

Faliq bangun dan keluar dari biliknya. Jalan menuju ke dapur. Dia membancuh air nescafe. Bau aroma keenakkan nescafe menusuk ke rongga hidung dan terus teringat pada Aliaa. Tapi dia dah tak kisah dah, teringat sekadar ingat saja. Kekasih gelap dah ada depan mata, dah ada pengganti. Dia menghirup nescafe, fuh!! Nyaman.. Patutlah Aliaa suka minum nescafe ni. Dia membawa mug masuk ke dalam biliknya. Mata sempat memandang staff lain. Masing-masing sibuk buat kerja. Pintu dikuak.

"You buat apa dengan handphone i tu?!" Berkerut Faliq bila melihat Tasya sedang asyik dengan handphone Faliq. Terkejut Tasya dan terus meletakkan handphone.

"Tak ada apalah. You buat air ke?! Kenapa tak suruh i je. I boleh buatkan lah.." Pandainya Tasya menutup kesalahan. Bangun dari kerusi dan membenarkan Faliq duduk.

" Tak apa. I boleh buat sendiri.." jawab Faliq endah tak endah. Mata terus tertumpu pada screen laptop. Tasya disebelahnya langsung tak dihiraukannya. Kerja perlu diselesaikan secepat mungkin. Kalau tidak, semakin bertimbun.

"You.. You dah fikirkan tak apa yang i cakapkan tadi tu??" Tasya bertanya. Faliq masih fokus pada kerja. Senyap..!

"I bukan apa you. Actually, i tak sabar nak jadi wife you. Nak masakan untuk you, nak cuci baju you, nak hidup dengan you. You kan tahu.. i sayang you sangat. I tak boleh hidup tanpa you tau sayang..!!" Meggediknya Tasya ni. Melentok-lentokkan badan pada Faliq.

" Boleh tak you tinggalkan i sekarang. I tengah kusut dan tengah busy sangat sekarang ni. Ni semua kerja you tau. I yang kena siapkan. You satu apapun tak boleh buat. Kerja you dah siap belum??" Kata Faliq tegas. Muka serius. Kecut perut Tasya.

"Hmm.. Belum. Janganlah marah i. Sorry lah.." Tasya sengeh. Faliq menjeling dan terus sambung kerja.

" Kalau belum. Apa lagi tunggu. Pergilah siapkan..!!" Faliq marah. Terus Tasya buat bengang.

"Kalau ia pun, janganlah tengking i macam tu. Ingat i tak ada hati perasaan ke. Benci lah..." Tasya terus keluar. Sakitnya hati dia. Faliq mengeluh dan menarik nafas.

"Marah sikit je merajuk. Pelik betul lah. Lama-lama aku yang jadi mental. Bini aku pun tak macam ni.. Hmm.. Ish!! Buat apa aku ingat dia lagi. Dia bukan ingat aku pun. Dia yang pergi tak balik.. Sukahatilah Aliaa.. " bercakap sendiri. Mudahnya dia salahkan Aliaa. Padahal kesalahan pada diri dia sendiri. Ego lelaki!!

" Tit..titt.." whatsapp masuk. Faliq mencapai handphone dan membaca whatsapp. Nombor tiada nama. Bersandar di kerusi. Berkerut.

" Terima kasih atas semua tuduhan dan fitnah dan semua gambar kamu berdua. Saya tahu, yang hantar semua ni adalah awak, Tasya. Tapi kalau Faliq sekalipun. Tak apa, saya terima segala tuduhan dan fitnah ni sebagai semangat saya untuk terus bangkit. Awak jangan risau. Saya takkan ganggu kebahagiaan kamu berdua. Malah saya akan doakan semoga kamu berdua diberi petunjuk dan hidayah dari Allah. Semoga yang haram jadikan yang halal. Saya dah malas nak fikir, saya dah tak mampu nak halang. Kalau Faliq nak terus dengan awak. Tahniahh!! Saya akan berundur demi kebahagiaan suami saya. Tolong jangan ganggu hidup saya lagi. Saya taknak ada apa-apa lagi dengan awak. Saya tak kenal awak dan awak tak kenal saya. Saya malas nak gaduh-gaduh. Penat. Letih..!!  Tolong faham ya!! Byee!!" Faliq menarik nafas dalam.

"Aliaa..!! Ya Allah..! Apa Tasya dah buat ni? Ni mesti dia ada hantar sesuatu pada Aliaa.." keluhnya. Dia melihat semula segala whatsapp yang Tasya hantar padanya. Lagi sekali dia keluh. Menggeleng kepala. Lalu, handphone diletakkan semula. Ha?? Macam tu saja??! Kenapa Faliq tak marah Tasya? Kenapa biarkan Tasya lakukan seperti itu? Seolah-olah menyokong apa yang Tasya lakukan. Hanya mengeluh saja. Melampau Faliq ni. Melampau..!! Sanggup dia biarkan hati isteri disakiti oleh kekasih gelapnya. Sungguh kejam..!!  Tak ada perasaan.. Huh!!

Previous: Bab 41
Next: Bab 43

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.