336,690
Kategori:
Genre:
Bab 93
Faliq mematikan enjin kereta. Aliaa terdiam sebentar. Jantungnya jadi laju, sangat laju secara tiba-tiba. Tak tahu kenapa. Rasa tak sedap hati. Aliaa pejam mata, menarik nafas dalam. Faliq menoleh pada Aliaa. Aliaa mengetap bibir, terasa kebas bibirnya. Berkerut dahi menahan sakit.

"Aliaa.. Kenapa ni?! Aliaa..!!" Faliq risau. Tangan Aliaa dipegang, Aliaa menggenggam tangan Faliq. Minta kekuatan. Masih berdiam. Menyandarkan kepala diseat. Menarik nafas perlahan-lahan dan hembuskannya perlahan. Faliq risau sangat risau tengok keadaan Aliaa.

"Aliaa.. Kita pergi hospital ya! Saya risau tengok awak macam ni.." kata Faliq lembut. Aliaa buka mata perlahan-lahan. Senyum.

"Saya okey!! Cuma penat je..!!" Kata Aliaa.

"Tapi keadaan awak ni..." Belum sempat Faliq habiskan cakap. Aliaa dah potong cakapnya.

"Saya okey!! Memang macam ni. Tiba-tiba rasa penat, tapi saya boleh kawal. Jangan risau ya..!!" Aliaa senyum lagi.

"Baiklah. Jadi ni awak nak jumpa Haikal?" Faliq mengeluh risau. Redup matanya pandang Aliaa. Sedih tengok keadaan Aliaa.

" Iya.. Mungkin dia dah sampai kut. Awak temankan saya ya. Jom..!!" Kata Aliaa dan senyum.

"Iya sayang.. Saya akan temankan awak..!!" Jawab Faliq. Faliq terus keluar dari kereta. Memimpin Aliaa. Mereka jalan menuju ke kawasan tasik.

Suasana redup di Taman Tasik Shah Alam. Nyaman sekali. Aliaa dan Faliq jalan bersama  dibawah pokok-pokok besar. Dari jauh kelihatan seorang lelaki sedang berdiri menghadap ke tengah tasik. Haikal sudah tunggu. Aliaa senyum. Mereka menghampiri Haikal. Haikal menoleh dan membalas senyuman Aliaa. Haikal dan Faliq bersalaman. Bertanya khabar antara satu sama lain.

" Faliq.. Saya jumpa Haikal kejab ya..!!" Kata Aliaa. Faliq mengangguk. Memahami maksud Aliaa. Dan Faliq meninggalkan mereka berdua. Duduk jauh sikit dari mereka, beri peluang pada mereka berbual. Tapi mata tetap memandang Aliaa. Risau jika sesuatu terjadi pada Aliaa. Faliq mengeluarkan handphone. Menghubungi Adil. Faliq tetap memerhatikan Aliaa dari jauh.

Aliaa dan Haikal bertentang mata. Tiada sebarang kata hanya senyuman. Terkelu lidah sebentar.

" Terima kasih sudi jumpa saya disini. Thanks Aliaa.." Haikal memulakan perbualan.

"Sama-sama.."

" Awak okey tak?! Awak pergi mana Aliaa. Saya risau kesihatan awak..!" Tanya Haikal lembut.

"Saya okey. Jangan risau ya! Saya ada je cuma nak menyendiri.." Jawab Aliaa.

" Maafkan saya Aliaa. Maafkan saya..!! Saya tak ada pilihan. Saya tak sangka semua ni akan berlaku dalam hidup saya.." Haikal mula meluahkan. Tepat mata pandang wajah Aliaa. Sedih mukanya.

" Awak tak ada salah apa-apa pun pada saya Haikal. Ini dugaan untuk awak, awak kena kuat untuk hadapi. Mesti ada hikmah semua ni. Jangan pernah kesali semua ini.." Aliaa memberi semangat padanya.

" Saya tak tahu kenapa mama sanggup buat saya macam ni. Saya dah beri apa yang dia nak, selama ni saya tak pernah bantah. Saya ikut je cakap dia. Sampai sekarang ni pun. Tapi hati saya, mama tak faham.. Saya sedih sangat Aliaa.."

"Haikal.. Jangan cakap macam ni. Mama awak nak yang terbaik untuk awak. Awak anak lelaki, tanggungjawab awak padanya sampai bila-bila. Saya faham perasaan awak, tapi awak kena ingat syurga awak dibawah tapak kaki mama awak.." sambung Aliaa lagi.

"Saya tahu. Tak apalah. Saya terima semua, saya redha andai ini jalan hidup saya. Mama taknak kita berkawan saya masih boleh terima. Tapi saya cuma kesal, sikap mama pada awak. Saya sedih bila awak dihina dengan mama saya sendiri. Saya kenal awak, saya tahu hati budi awak. Tapi mama... Maafkan saya Aliaa..."

"Haikal.. Tak apa. Saya terima semua penghinaan tu. Memang status saya ni akan jadi bahan mereka diluar sana. Bukan saya je majoriti semua orang yang senasib saya akan terima tohmahan ini. Saya tak ambil hati pun. Saya faham. Saya tak marah, tak salahkan mama awak pun. Jujur saya cakap. Tak kisah..!! Sebab saya tahu status ni memang dipandang serong oleh orang.. Redha jelah.." Terus-terang Aliaa.

" Ya Allah!! Aliaa.. Saya sangat berterima kasih pada awak. Saya sangat terharu Aliaa. Mama cakap macam-macam pada awak tapi. boleh relax macam ni.. Saya rasa sangat bersalah pada awak Aliaa.." kata Haikal. Mukanya memangnya muka bersalah. Dia tak tahu, Aliaa nak dapatkan ketenangan dan terima semua itu bukan mudah. Sangat menyakitkan. Kena telan sendiri. Tanggung sendiri. Orang tengok memang mudah tapi yang tanggung. Allahuakhbar..!!

" Memang awak tengok saya relax Haikal, saya senyum, saya gelak tawa tapi awak tak tahu macam mana saya tanggung semua ini. Hanya Allah je yang tahu. Betapa peritnya, betapa pedihnya betapa sakitnya Haikal. Sangat sakit.  Saya tutup semua kedukaan dengan senyuman saya. Sebab saya taknak dipandang lemah, saya kuatkan juga. Apa orang nak cakap, cakaplah. Saya terima semua.." Menitis airmata Aliaa.

" Aliaa.. Saya minta maaf. Janganlah nangis. Saya tak ada niat pun nak buat awak nangis.." Haikal menghampiri Aliaa. Aliaa mengesat airmata.

"Sorry.. Sorry..!! Teremosi pula. Hahaha..!!" Sempat lagi gelak.

" Aliaa saya nak awak tahu. Saya sayang awak seikhlas hati saya. Bukan kerana simpati tapi kerana hati budi awak. Saya sayang awak. Saya tahu awak pun sayang saya juga kan. Tapi sebab mama saya, awak terpaksa nafikan hati awak. Kita sama Aliaa. Kita sama. Maafkan saya..!" Airmata Aliaa mengalir lagi.

" Malam ni lepas maghrib, saya nikah dengan Erin. Nikah terpaksa. Kerana awak saya terima pernikahan ni. Dan saya tak tahu sempat atau tidak lafaz akad. Saya sayang awak Aliaa sampai hujung nyawa saya. Andai tak panjang umur saya, izinkanlah saya bawa cinta awak pergi bersama saya.."luah Haikal.

"Haikal.. apa awak cakap ni. Jangan buat sesuatu diluar kawalan. Awak anak yang baik, awak sahabat yang baik.."Aliaa mula tak sedap hati.

" Jodoh pertemuan, ajal maut semua ditangan Allah. Kita tak tahu kan.." Haikal senyum. Aliaa senyap. Merenung mata Haikal. Redup saja matanya.

"Saya minta maaf Aliaa. Kalau saya ada buat salah pada awak, sakitkan hati awak. Saya minta maaf ya. Saya bahagia selama bersama awak. Awak buat hidup saya happy. Saya sayang Dhia, saya dah anggap Dhia macam anak saya sendiri. Kirim salam sayang saya pada Dhia ya. Lepas ni tak dapat jumpa Dhia lagi. Si kecil yang comel macam mama dia juga ni.." Deras airmata Aliaa.

" Awak ingat pesan saya ni.. Jaga kesihatan baik-baik. Jaga diri, makan ubat tau, jangan degil. Jangan kuat sangat buat kerja. Nanti buat rawatan susulan di Hospital Serdang. Saya dah bagitahu Adil semua. Saya taknak awak sakit. Saya nak awak sihat. Saya nak awak sentiasa happy dan sentiasa senyum. Senyuman awak ni dah cukup buat saya happy..!!" Tenang je wajah Haikal.

" Dahlah. Jangan nangis lagi. Awak nangis ni macam saya nak mati je. Hehe!!"

" Haikal.. Kenapa cakap macam ni. Awak tak sayang saya ke..?!"

" Hahaha.. Kalau macam tu. Jangan nangis lagi ya. Buruk muka ni nangis..!" Mengusik lagi. Haikal mengesat airmata Aliaa. Aliaa senyum dalam tangisan.

" Jadi awak sayang saya?!" Tanya Haikal ingin kepastian.

"Iya.. Saya sayang awak..!" Kata Aliaa akhirnya meluahkan juga. Sebelum ni dia pendam sendiri. Merah muka Aliaa menahan malu. Airmata menitis lagi. Senyum berseri Haikal.

" Terima kasih Aliaa..!!" Aliaa tersedu-sedu.

"Tapi kita terpaksa korbankan kasih sayang kita. Jodoh kita cuma setakat bestfriends forever je kan Haikal.." Haikal senyum.

" Tak apalah. Walaupun setakat bestfriends forever itu dah cukup buat saya bahagia. Mungkin jodoh dunia akhirat awak ada disana tuu. Kasih sayang dan cinta yang tulus darinya untuk awak.." Haikal memuncungkan mulut kearah Faliq. Aliaa memandang Faliq. Haikal melambaikan tangan pada Faliq. Dan Faliq terus menuju ke arah mereka. Aliaa kesat airmata.

"Faliq.. !! Sorry aku pinjam Aliaa sekejab..!" Kata Haikal.

"Tak apa. Adil izinkan. Aku temankan je..!" Jawab Faliq jujur.

"Aku minta maaf Liq. Kalau kau ada marah aku, sakit hati ke apa ke. Aku minta maaf..!"

"Eh!! Taklah bro.. Aku bukan jenis macam tu kut. Yang lepas tu lepaslah. Jangan risau.. Tak ada apa pun salah kau dekat aku.." sambung Faliq lagi. Aliaa menunduk.

" Thanks..!! Kau tahu kan, aku sayang Aliaa. Tapi aku tak dapat miliki dia. Andailah satu hari nanti. hati dia terbuka untuk kau lagi. Jagalah dia baik-baik. Jangan sakiti hati dia, jangan abaikan kasih sayangnya. Berikanlah sepenuh kasih sayang kau padanya. Kalau kau lepaskan dia, bermakna kaulah lelaki paling bodoh didunia ni. Ingat tu..!!" Aliaa menunduk dan menangis. Tak tahu kenapa dia rasa sesuatu yang aneh pada Haikal. Faliq hanya mengangguk. Rasa hatinya memang lain. Tapi dia abaikan. Aliaa hanya mampu mendengar saja.

"Okeylah..!! Aku nak balik. Dah sampai masa. Nanti kalau lambat balik,mama aku membebel lagi. Padahal aku tak ke mana pun. Hehe..!" Haikal gelak kecil.

" Aliaa.. Hey!! Kenapa nangis lagi ni. Dahlah.. Saya nak balik dah ni. Kalau awak macam ni, berat hati saya nak tinggalkan awak. Dah ye..!!" Haikal menyesat airmata Aliaa lagi. Faliq memerhati saja.

"Senyum sikit. Saya nak tengok senyuman akhir awak ni.." Aliaa pandang tepat ke anak mata Haikal dan senyum.

" Ingat pesan saya ya. Saya akan sentiasa ada bersama awak walaupun saya tak ada.. Saya nak balik ni. Kirim salam dekat Adil ya. Jaga diri baik-baik, jasa kesihatan.."

" Insha Allah..!!" Jawab Aliaa perlahan. Haikal merenung wajah Aliaa. Memandang tepat kedalam anak mata Aliaa. Senyum manis. Aliaa membalas senyumannya.

"Saya pergi dulu. Saya sayang awak Aliaa.. Assalammualaikum..!" Haikal terus meninggalkan Aliaa. Tanpa menoleh langsung. Airmata Aliaa mengiringi. Aliaa memandang Haikal hingga hilang dari pandangannya. Faliq memerhati saja. Dia tahu hati dan perasaan Aliaa. Dibiarkan Aliaa. Aliaa berjalan ke tepi tasik. Memandang ke tengah tasik. Menangis dan menangis.

" Kadang.. Apa yang kita nakkan kita tak kan dapat. Sebab Allah akan beri apa yang kita perlukan tepat pada masanya. Allah tak kejam Aliaa.. " kata Faliq berdiri di sebelah Aliaa.

" Bahagia hanya seketika. Kenapa setiap kali saya mahu merasai kebahagia tapi kebahagiaan itu hanya seketika. Kenapa Faliq? Apa salah saya? Apa dosa yang saya telah lakukan.." Menangis lagi dan lagi.

"Sebab Allah nak bagi awak kebahagiaan yang sebenar. Kebahagiaan yang awak inginkan akan Allah beri nanti. Percayalah.. Allah tak kan ambil sesuatu melainkan Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik.. " kata Faliq.

Aliaa mengesat airmata. Masih merenung ke tengah tasik. Melihat burung berterbangan mencari makan. Tiada kata-kata lagi. Masing-masing melayan perasaan. Faliq menoleh pada Aliaa.

"Jom balik..!!" Ajak Aliaa. Aliaa terus berjalan  dan diekori oleh Faliq. Faliq sendiri pun rasa bersalah atas perbuatannya pada Aliaa. Tapi apa boleh buat. Semuanya dah berlaku. Tak boleh berundur lagi.  Redha dan berdoalah. Semoga ada bahagia menanti diluar sana.
Previous: Bab 92
Next: Bab 94

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.