336,710
Kategori:
Genre:
Bab 146
Talian terus dimatikannya. Turun naik nafasnya menahan marah. Terkejut sangat dia mendengar berita dari mamanya pagi itu. Terus hilang moodnya mahu ke butik. Faliq belum sempat memberitahunya lagi mengenai Aliaa yang terlibat dalam kemalangan semalam. Cuma yang dia tahu, Black ada infonya semalam menyatakan Aliaa diekori seseorang. Tapi maklumat tak jelas, itu saja. Selebihnya dia tidak pasti apa terjadi. Faliq pun baru beritahu Puan Asmah subuh tadi. Memang sangat-sangat terkejut. Lalu dia terus menghubungi Black.

"Kau dekat mana? Kau tahu tak Aliaa accident semalam tengahari? Langgar lari.." Terus Asnida bersuara.

" Apa? Accident? Aku tak tahu. Patutlah aku call dia banyak kali tak dapat. Hospital mana? Teruk ke?!" Terkejut Black.

" Putrajaya. Adik aku cakap, hilang ingatan sementara. Tapi aku tak pasti macam mana keadaannya. Black.. Kau cari budak tu. Aku syak dia je punya kerja. Tak ada orang lain lagi dah.." Arah Asnida.

" Okey..!! Sorry kak. Aku semalam memang ada hal. Aku tak dapat nak ekori Aliaa. Tak sangka pula.." rasa bersalah pula Black.

" Tak apalah. Sekarang ni, aku nak kau cari budak tu sampai dapat. Apapun terjadi. Cari bukti yang memang budak tu punya kerja. Kalau dah dapat bukti, info aku. As soon as possible.. !!"

" Alright..!! Bye..!" Talian terus dimatikan. Sakitnya hati dia pada Tasya. Siaplah kalau jumpa.

" Kurang ajar punya betina. Aku ingat dah mengalah, rupanya diam-diam kau buat hal lagi. Memang cari pasal. Elok-elok adik aku nak bersatu dengan Aliaa, kau pula hancurkan. Memang hancur muka kau nanti betina.." marah Asnida sendiri. Dia berdiri, jalan mundar dan mandir. Tak tenang hatinya. Dia cuba menghubungi Faliq pula.

" Iya Angah..!" Suara lembut Faliq ditalian.

" Alang dekat mana ni?"

" On the way balik rumah dari hospital ni.."

" Aliaa macam mana?"

" Masih macam tu juga.."

" Iyeke.. Kasihannya..! Angah nak jumpa Alang sekarang. Ada hal nak bincang. Tunggu Angah kat rumah ye.. Angah gerak ni.." Kata Asnida terus mencapai handbag diatas meja.

"Baiklah..!" Handphone terus dimatikan. Asnida meluru ke keretanya dalam keadaan kelam-kabut. Dia mahu cepat berjumpa Faliq dan mahu melawat Aliaa di hospital. Kereta dipandu laju, dalam hati masih sumpah seranah si Tasya.

"Budak tu tengah menggila agaknya. Tu yang dia buat Aliaa macam tu. Patut orang gila macam tu dimasukkan dalam Tanjung Rambutan je bukan dibiar dan menyusahkan orang macam ni. Mental punya orang..!" Asnida membebel sorang-sorang. Punyalah sakit hati dia pada Tasya.

Setengah jam kemudian, kereta Asnida memasuki ke perkarangan rumah Puan Asmah. Kereta Faliq sudah ada, terus dia matikan enjin kereta dan terus keluar dari kereta dan jalan laju masuk ke dalam rumah pula.

" Assalammualaikum mama... oh mama!!"

"Waalaikumsalam.. !" Puan Asmah keluar dari dapur. Asnida salam mamanya.

" Alang mana ma..?!" Tanya Asnida.

"Ada dekat atas. Baru sampai. Angah tak tengok Aliaa..?!"

" Tengahari nanti Angah pergi. Ada hal sikit pagi ni. Mama nak pergi hospital ke ni? Dengan siapa?"

"Aha.. Sekejab lagi papa ambil.. "

" Kirim salam dekat Aliaa ya ma. Angah naik atas dulu, nak jumpa Alang.." Puan Asmah mengangguk. Asnida terus naik ke atas dan menuju ke bilik Faliq. Pintu bilik diketuk. Tak lama, Faliq membuka pintu.

"Masuk Angah..!" Pelawa Faliq. Muram saja mukanya. Asnida duduk di kerusi.

"Ada hal apa Angah. Macam serius je ni.." tanya Faliq yang juga duduk di katil.

" Angah syak Tasya punya kerja..!" Kata Asnida. Faliq berkerut.

" Ada bukti? Alang taknak menuduh. Tak baik..!"

" Alang.. Siapa lagi musuh Aliaa kalau bukan Tasya. Hanya dia je yang nak hubungan Alang dan Aliaa hancur kut. Dan dia juga yang nak Aliaa mati.." Asnida pandang Faliq tanpa berkelip. Faliq pandang ke lantai.

" Semalam sebelum kejadian. Aliaa ada call Black. Bagitahu yang dia diekori. Aliaa ingat yang ekori dia itu Black tapi bukan.." terang Asnida.

"Aliaa call Black? Aliaa tahu siapa Black?" Terkejut juga Faliq. Mati-mati dia dan Adil rahsiakan mengenai Black pada Aliaa. Kantoi juga.

" Tahulah pun. Dah Aliaa dapat tangkap Black. Di psiko habis. Terpaksa Black terus-terang.."

" Hahahaa.. Macam mana boleh kantoi. Tak hebatlah Black ni.." Faliq gelak. Memang lawak.

" Ishh!! Gelak pula dia. Angah tengah serius ni.."

"Sorry.. Sorry..!! Habis tu. Apa plan Angah.."

" Angah suruh Black cari juga Tasya sampai dapat. Cari bukti. Alang tahu tak yang Tasya tu ada masalah mental.."

"Ha?? Masalah mental? Maksud Angah.." Terkejut lagi Faliq dengar.

" Tasya pernah kahwin lepas habis belajar. Tapi perkahwinan tak lama, suaminya curang sewaktu dia pregnant dan kantoi berasmara di dalam rumah sendiri, ada pergaduhan antara dia dan suami sampai dia mengalami keguguran. Dia tak boleh terima dan jadi tekanan perasaan melampau hingga mengalami masalah mental. Lebih kurang dua tahun, baru keadaannya pulih. Tapi bergantung pada ubat penenang. Lepas pulih je,  dia berhijrah ke Singapore. Tu yang satu office dengan Alang tu. Sejak tu juga, dia berubah dan mula simpan dendam pada lelaki. Dan Alang mangsa dia. Dia memang suka dekat Alang dah lama kan. Tapi Alang tak layan. Dalam pada masa yang sama dia layan semua lelaki yang dia berkenan dan buat kerja tak baik.." jelas Asnida dengan detail.

Sungguh Faliq memang tidak tahu. Tapi dia pernah ternampak Tasya telan ubat sewaktu mereka rapat dulu dan bila ditanya cepat-cepat dia tukar tajuk. Tapi ketika itu Faliq tak syak apa-apa.

" Angah tahu dari mana semua ni?!" Tanya Faliq.

" Orang yang tak hebat tulah yang dapat maklumat ni.." jawab Asnida. Telan liur Faliq. Sengeh.

"Dari maklumat yang Black dapat, katanya dulu Tasya tu memang jenis budak sosial jugalah. Dia kahwin pun sebab kena tangkap basah. Untuk tutup malu family, bapanya paksa kahwinkan juga. Suami dia taknak kahwin pun. Tak ada pilihan, terpaksa. Tapi tulah, dendam dia pada lelaki sampai sekarang nilah. Dan dia pun masih lakukan kegiatan haram dia tu. Dia dah kena pecat. So, kerja dia sekarang ni jadi pelacur di kelab malam Bukit Bintang. Tapi dendamnya pada Aliaa tetap menebal. Angah pun tak tahulah kenapa. Dia sayang Alang lagi kut.." tambah Asnida lagi.

" Alang tahu. Memang dia masih sayang Alang lagi. Tapi rasanya dah senyap kut dia pun dah tak ganggu kami lagi dan tiba-tiba Angah cakap ni. Ishh!! Entahlah.. Jadi risau pula Alang ni.." Faliq mula rasa tak tenang.

" Sebelum Black tu kantoi dengan Aliaa. Tasya ada jumpa Aliaa. Last Tasya kerja. Dia cuba cederakan Aliaa tapi Aliaa dapat lawan. Dia sakit hati dengan Aliaa sebab kena pecat. Aliaa je taknak info Faliq dan Adil. Aliaa taknak besarkan cerita. Mudah kasihan..!"

"Ya Allah..! Iyeke..! Itulah Aliaa, orang dah buat dia, tapi dia tetap lembut hati. Angah tahu tak, pernah dia suruh Alang kahwin dengan Tasya dan dia sanggup bermadu dengan Tasya. Dia nak Alang bimbing Tasya. Ish! Memang keputusan gila.." Luah Faliq.

" Iya.. Aliaa tu nampak je garang, tapi hatinya lembut. Cepat kasihan. Kalau tak, Angah rasa Angah pun dah masuk dalam penjara. Entah dah keluar entah belum sekarang ni. Jadi banduan.." Kata Asnida mengingati perbuatannya pada Aliaa dulu. Faliq gelak.

" Ada hikmah semua ni kan.." kata Faliq. Asnida angguk.

"So, sekarang ni apa kita nak buat?" Sambung Faliq lagi.

" Kita pantau je Aliaa. Jangan biarkan dia sorang-sorang. Tak mustahil Tasya tu akan datang ke hospital pula. Sekarang, tunggu maklumat dari Black. Oh ya! Adam cakap apa pula?!" Tanya Asnida.

" Cuma cakap, polis akan siasat. Tapi Aliaa taknak bagi kerjasama pula. Aliaa taknak cakap apa-apapun. Masalah juga tu" keluh Faliq.

" Macam mana nak cakap kalau Aliaa tu pun tak ingat. Tak boleh paksa dia Alang, biar dia sendiri yang cakap. Angah yakin, Aliaa akan luah nanti. Kalau dipaksa takut nanti Aliaa jadi bertambah tertekan. Fikiran dia tak menentu sekarang. Kita kena bagi semangat pada Aliaa. Jangan bagi dia tekanan. Alang dan Adil kena selalu dengan dia. Korang berdua adalah kekuatan dia. Nanti kalau Aliaa dah tenang sikit, bawa Dhia jumpa Aliaa.." Faliq mengangguk memahami maksud Asnida.

"Jam berapa Alang nak ke hospital ni?" Tanya Asnida.

" Nak mandi kejab. Lepas tu pergilah.Adil pun tak balik lagi tu. Bergilir-gilirlah kami jaga Aliaa.." jelas Faliq.

"Mama pun nak pergi juga tu. Apapun, Alang dan Adil kena kuat. Kena banyak bersabar. Doa banyak-banyak semoga semuanya dipermudahkan.." Pesan Asnida. Faliq senyum dan angguk.

" Insha Allah Angah. Terima kasih banyak-banyak. Alang sayang Aliaa sangat. Alang tak sanggup nak tengok penderitaan dia macam tu Angah. Sedih sangat..!" Luah Faliq. Asnida duduk disebelah Faliq. Menepuk bahu adiknya itu.

" Sabarlah Alang.. Alang jangan lemah, kalau Alang lemah, Adil pun turut lemah. Jangan tunjuk kesedihan depan Aliaa. Angah tahu Alang kuat. Kalau Adil boleh kuat hadapi, kenapa Alang tak? Korang dua-dua kuat, kuat semangat, kuat fizikal mental. Korang adalah kekuatan Aliaa. Ingat tu!!" Asnida memberi semangat pada Faliq. Asnida genggam tangan Faliq memberi kekuatan.

" Thanks Angah..!"

" Okeylah. Angah gerak dulu. Kalau ada apa-apa maklumat dari Black, nanti Angah info Alang. Angah pun nak jumpa Adam nanti. Nak bincang pasal kes ni.." Asnida bangun.

" Alright." Asnida terus keluar dari bilik Faliq. Faliq menarik nafas dalam dan hembus kuat. Termenung memandang potret Aliaa diatas meja tulis.

" Tak sangka Tasya tu ada mental. Patutlah tak faham bahasa. Nak sakit mental pun, sakitlah sendiri. Yang pergi ganggu aku dengan Aliaa dah kenapa. Tak pasal-pasal sayang aku ni jadi mangsa. Maafkan saya sayang..!" Luah Faliq sendiri.

Dia bangun dan mengambil tuala mandi. Masuk ke dalam bilik dan menbersihkan diri. Mahu cepat ke pergi ke hospital. Mahu bersama dengan tersayang. Tak sampai hati mahu tinggalkan lama-lama. Tak tenang hatinya.
Biarlah dia habiskan masa bersama Aliaa. Lagipun dia sudah mohon cuti emergency minggu itu, tidak mahu fikir pasal kerja tapi mahu fikir pasal Aliaa sepenuhnya. Faliq minta cuti terus kepada Dato' Mohsin. Alhamdulilah.. Dato' Mohsin luluskan. Bersyukur segalanya dipermudahkan. 
Previous: Bab 145
Next: Bab 147

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.