336,651
Kategori:
Genre:
Bab 155
Selesai kerja aku untuk hari ini. Hari pertama aku masuk office setelah lama jugalah bercuti rehat akibat accident tempoh hari. Jujur cakap, memang sangat bosan duduk rumah. Ni pun aku nak pergi kerja juga. Sekurang-kurangnya bila aku kerja dan sibukkan diri macam ni. Taklah aku terfikir pasal accident tu, taknak fikir pun tapi ish entahlah. Terbayang depan mata saat dilanggar, saat kereta berpusing, saat kepala terhantuk dekat stereng kereta, dengan kaca cermin tingkap, darah meleleh dekat dahi, kepala rasa macam nak tercabut je dan yang paling tak boleh lupa adalah parasit jahanam tu. Punyalah riang ria dia ketawakan aku dalam keadaan aku macam nyawa-nyawa ikan dah. Memang manusia paling kejam. Sejak tu, bayangan itu semua akan muncul bila aku rasa tekanan dan bila aku duduk sendirian. Aku memang jadi trauma. Memang.. memang.. memang akan muncul.

Tapi alhamdulilah, sekarang ni aku boleh kawal sikit trauma tu. Paling-paling pun kalau muncul je muka parasit tu, aku tutup muka dengan tangan, dengan bantal, dengan buku ke atau apa saja benda yang boleh buat tutup muka dan aku baca sikit ayat quran. Abang cakap, itu bayangan syaitan yang nak rosakkan fikiran aku dan hati aku. Jangan dilayan. Kena lawan perasaan tu. Iyalah kan..! Parasit tu pun kiranya syaitan bertopeng manusialah. Buat apa aku nak takut dengan syaitan, aku kena lawan syaitan tu. Aku takkan takut dengan syaitan tu, dahlah perosak, perampas, nak jadi pembunuh pula, memang penyangak punya parasit. Sikit pun aku tak takut. Yang aku takut hanya Allah swt je. Apapun terjadi, aku nekad. Aku takkan mengalah dengan parasit tu. Kalau dia nak buat macam-macam padaku. Okey.. Silakan buat. Tak apa, setiap perbuatan ada balasan. Tapi untuk serahkan bakal imam aku untuk kali kedua ni padanya. Hohohoo.. minta maaf banyak-banyak. Takkan sesekali. Biar kali ni aku pertahankan sendiri. Faliq Alfie aku punya. Hahahaa!! Okey Aliaa..!! Kemas segala yang bersepah atas meja ni. Jom balik..! Balik awal sikit. Eh! Mana ada balik, nak pergi shoppinglah. Pau Mr. Arkitek tu cukup-cukup. Hehehe!!

Lalalalaaa...!! Aku bernyanyi sambil tangan ligat mengemas. Siap semua! Aku terus ambil handbag aku dan melangkah keluar. Mereka yang lain sedang tekun buat kerja. Papa dah balik dah tengahari tadi, kasihan dia kena masuk office selama aku bercuti. Aku senyum pada semua staff dan mereka membalas senyuman. Aku menghampiri meja Kak Intan.

" Kak.. Saya balik dulu tau. Naim tak masuk ke Kak..?!"

" Baiklah.. Tak sempat katanya.. Aliaa macam mana? Okey tak?!" Tanya Kak Intan.

" Alhamdulilah Kak.. Saya okey..!" Jawabku ringkas.

"Minta maaf sangat-sangat tau Aliaa. Akak tak dapat nak ziarah Aliaa di hospital, busy sangat. Ni pun dari pagi tak sudah nak siapkan ni. Nak ajar budak-budak tu lagi.." jelas Kak Intan bersalah pula dia.

"Hehehe..! Tak apalah Kak. Saya faham.. Saya pun okey tak ada masalah. Cedera sikit je, yang lain semua okey. Yang cedera parah, kereta saya.." kataku.

" Syukur alhamdulilah. Terkejut beruk kami dengar Alia accident tu. Nina paling rasa bersalah sebab tak balik dengan Aliaa. Menangis-nangis dia.."

"Alaa kasihannya. Benda nak jadi kan. Apapun terima kasih kat semua. Walaupun tak melawat saya tapi semua tak putus tanya khabar saya. Terharu sangat. Thanks kak.." aku pegang tangan Kak Intan.

"Sama-sama. Kita dah macam satu family kut kan.." tambah Kak Intan lagi.

" Yup betul tu..! Okeylah Kak. Saya minta diri dulu ya. Nanti lambat turun membebel pula di Faliq tu.. Bye..!!"

"Hahahaa... Bye..!" Aku terus keluar dari office. Masuk dan keluar liff. Mataku meliar mencari si Faliq. Katanya dah tunggu dekat bawah. Tak nampak pun. Aku jalan perlahan menuruni anak tangga, dan senyum. Rancaknya dia berborak dengan Pak Mail di tepi bangunan. Entah apalah yang diborakkannya. Aku berhentikan langkah dan berdiri di tepi pasu. Tunggu dia sekejab, taknak kacau. Nampak je aku ni, dia terus melangkah ke arahku pula.

" Lama ke tunggu. Sorry ye..! Syok pula borak dengan Pak Mail tu.."

"Baru je ni.. Tak apa..!"

"Jom..!!"Kami berdua jalan bersama menuju ke kereta.


Panas terik, selamatlah kereta Faliq tak jauh. Dasyat betul tahap kepanasan sekarang ni, ozon semakin nipis. Ditambah pula dengan bahang bangunan. Rasa macam terbakar je badan. Fuhh!!

Aku cepat-cepat masuk dalam kereta. Faliq terus hidupkan enjin dan pasang aircond. Menunggu beberapa minit untuk panaskan enjin kereta. Dan kemudian, dia memulakan pemanduan. Aku senyap je. Tak tahu nak borak apa. Fikiran kosong.

"So, kita nak ke mana ni? Pavillion, KLCC, Sogo..."

"Mana-mana jelah. Saya follow.."

" Okey!!"

Sepanjang perjalanan, Faliq bernyanyi je. Happy betul dia hari ni. Mukanya pun ceria je. Aku pun senyum tengok dia. Nii kalau tiba-tiba aku cakap nak cancel nikah ni. Mahu tengah-tengah jalanraya ni juga dia berhentikan kereta ni. Macam best je. Hahahaa.. Jangan buat hal Aliaa. Aku gelak kecil. Faliq menoleh pada aku pelik, aku buat tak tahu je dan dia sambung nyanyi. Layankan jelah.

Kereta masuk ke.. Laaa.. Suria KLCC. Macam tak ada tempat lain je dia ni. Aku tak suka sangat ke Shopping Mall ni, crowded!! Hmm.. Nasiblah, dah aku cakap mana-mana je.

"Kenapa buat muka tu. Tadi orang tanya nak pergi mana, awak cakap mana-mana kan. So, mana-manalah ni.." Dia perasan pula aku buat muka bosan. Aku diam je dan dia gelak. Kami jalan seiring. Tujuan utama terus cari cincin, alahaiii.. Cari cincin kat kedai barang kemas biasa je pun boleh pun. Ke sini bagai. Sukahati lah Faliq.

"Awak nak cincin ke nak rantai tangan ke nak rantai leher ke.." Amboii.. Baiknya hati. Minta satu set complete nanti baru tahu. Aku sendiri pun tak tahu nak apa. Aku pilih cincin jelah. Semua dia yang pilih, aku on je. Dia pula yang excited. Happy tengok dia, aku pun happy juga.

" Ni cantik, sesuai di jari manis awak ni. Sweet! Rekaannya pun cantik, simple. Ada maksud ni.." Katanya senyum. Ada maksud pula? Ni lah kalau orang jiwa seni, setiap benda pun dia boleh rungkaikan. Aku setuju je. Mana yang cantik bagi dia, cantiklah juga bagi aku.

Sementara Faliq membuat bayaran, aku tengok-tengok barang kemas yang lain. Saja cucimata. Memang cantik-cantik, ni kalau minta Faliq memang dapatlah tapi aku bukan reti pun nak pakai barang kemas ni. Pakai cincin jelah satu-satunya. Itu pun pakai hanya satu je. Yang lain simpan, buat hiasan. Bertuahnya Faliq dapat aku yang tak reti pakai barang kemas. Hahahaa!!

Sedang tengok-tengok, aku perasan seseorang sedang memerhatikan aku dari luar kedai. Pantulan dari cermin kedai ini. Iya.. Orang yang datang hospital hari tulah. Tapi kali ni dia pakai selendang putih dan tetap pakai sunglass. Aku kenal sunglass dia yang besar tu. Aku tak terus menoleh, buat-buat tak perasaan dan aku jalan ketepi hingga ke pintu. Faliq tengah berurusan membuat bayaran yang tak selesai lagi.

Dengan pantas, aku menoleh pada orang itu. Kami bertentangan. Terkejut dia tengok aku perasaan kehadirannya dan terus dia berlari laju. Aku tanpa memberitahu Faliq, terus berlari kejar perempuan itu. Apa pun terjadi, kali ini aku mesti dapatkan dia juga. Dah kami berkejar-kejaran. Dia lari ke kanan, aku kejar ke kanan. Dia ke kiri aku pun kejar ke kiri. Dia naik esklator aku pun naik. Aduhaii.. dekat esklator ni ramai oranglah pula. Ahh!! Peduli. Disebabkan badan aku kecil, so, aku menyelit-nyelitkan badan juga. Sorry !! Emergency kataku pada pengunjung. Mata aku tertumpu pada perempuan tu je, takut dia menghilang pula.

Jenuh juga nak kejar perempuan ni. Satu Suria KLCC ditawafnya. Selagi aku mampu aku akan kejar kau juga. Aku dah tak fikir Faliq dah dan dah tak fikir rasa kepenatan yang amat sangat dah ni. Yang aku fikir, aku mesti dapatkan perempuan tu. Kejar punya kejar, alamak!! Puncalah pasangan couple ni boleh pula dia bersweet-sweet waktu ni, menghalang laluan aku. Dengan selamba, aku menyelit diantara pasangan tu yang sedang berpegangan tangan dan aku ketuk tangan mereka dengan handbag. Terkejut mereka dan terus melepaskan pegangan tangan mereka dan beri aku laluan.

"Sorry ya!! Emergency.. ! Thank you..!" Aku sempat minta maaf dan terus sambung kejar. Ah!! Kasut ni buat aku penat, aku buka kasutku dan pegang dan sambung kejar lagi. Siap kau perempuan kalau aku dapat. Memang kena sebiji dengan aku nanti. Dia lari ke taman pula, aku kejar lagi dan lagi. Dia turun anak tangga, aku pun turunlah juga. Memang jadi tumpuan jugalah agenda kejar-mengejar antara aku dan perempuan yang konon misteri sangat tu. Aku nampak susuk tubuhnya kurus dan tinggi juga. Dia pakai jeans ketat dan bertshirt pendek. Boleh tahan laju jugalah dia lari. Aku kejar dia dah jauh tapi kenapa susah sangat nak tangkap dia ye. Lari dengan berkaki ayam dan tiba-tiba.. Aduhhh!!!


Boleh pula aku tertendang batu. Habis ibu jari kaki aku. Dah kenapa batu ni ada dekat sini ni. Puncalah. Aku pandang perempuan tu, pula dah.!! Dia dah lari jauh ke depan. Hilang dari pandangan. Hmm.. Terlepas lagi. Hampeh!! Huh..!! Aku mengeluh kuat.

"Aduh.. Sakitnya!! Macam nak bercabut je jari ni. Siapa yang letak batu ni dekat sini? Geram betul lah.." Aku membebel sendiri. Sorry lah batu, kena marah dengan aku. Aku duduk sebentar di kerusi. Menyapu-nyapu ibu jari kaki. Luka pula tu. Aku keluarkan tisu dari dalam handbag, menyapu sikit darah akibat luka tertendang batu tadi. Aku sapu tapak kaki juga. Kasut ku sarungkan. Duduk sekejab dan termenung sendiri.

"Siapa perempuan tu ek? Apa dia nak dari aku sebenarnya? Masalahnya sampai dekat sini pun dia boleh jejak aku. Dia follow aku ke selama ni? Tapi untuk apa?" Aku membebel lagi sorang-sorang.

"Tasya ke ek?! Entahlah.. Tak perasan pula. Tapi kalau Tasya pun, kenapa dia tak jumpa aku terus. Kenapa perlu buat macam ni. Nak jadi misteri bagai. Nak skodeng aku bagai. Kenapa tak terus bunuh je. Kan senang. Ini tak,  munculkan diri lepas tu lari. Ceh!! Penakut! Berani jumpa depan-depanlah. Buat penat aku je kejar..." Aku jadi geram pula. Aku bangun dan jalan perlahan nak masuk ke Shopping Mall semula.

Eh.. Faliq!! Lupalah.. Alamak!! Confirm dia cari aku ni dan confirm aku kena bebel dengan dia nanti ni. Aku lajukan langkah. Kan bagus aku call dia, baru teringat. Handphone ku keluarkan. Laaa pula..!! Handphone mati, batery dah habislah ni. Aduhai..! Aku masukkan semula handphone dalam handbag. Nak terus ke parking kereta, masalahnya aku tak ingatlah pula dekat mana. Nak cari dia satu mall ni, jenuh. Macam mana ek. Nasiblah.

Fuh!! Penatnya.. Aku duduk di kerusi menghadap kolam air. Melepaskan lelah kejab, berpeluh satu badan kejar perempuan tu. Gagal sudahnya. Dahlah panas terik macam ni. Mana tak letih. Sekarang ni aku nak cari Faliq dekat mana ni.

"Ya Allah...!! Sayang..!! Sayang pergi mana ni? Tiba-tiba hilang macam ni. Punyalah risau saya. Jenuh saya cari awak satu mall ni tau tak. Sikit lagi kalau tak jumpa juga saya nak report dekat security tau tak? Awak pergi mana ni ha?!" Terkejut aku tiba-tiba Faliq muncul dari arah tepi. Tak perasan.

"Sorry..!! Saya.. saya nak duduk sini. Saya lupa nak info. Sorry!!" Aku sengeh dan tak cakap perkara sebenar. Taknak kena bebel. Jadi, diam-diam je ye. Betul-betul risau dia. Kasihan  pula.

"Huh!! Janganlah buat macam ni lagi ya. Kalau nak pergi mana-mana, info saya. Jangan hilang macam ni. Kalau apa-apa terjadi kat awak, macam mana sayang. Ni kalau abang awak tahu, saya yang kena marah, awak pun kena marah. Nak?? ." Alahai.. sedih pula mukanya. Aku mencebik dan geleng kepala.

"Janganlah info abang. Saya minta maaf. Okey.. Okey..!! Saya tak buat lagi. Janji!! Janganlah marah ye. Jangan buat muka macam ni. Dah macam unta tua je saya tengok. Cuba senyum sikit.. Encik Unta, senyum sikit. Senyumm..!!" Aku bergurau nak ambil hati dia.

" Banyaklah unta. Janji ya jangan buat lagi?!" Faliq senyum.

" Iya Boss..!" Jawabku.

"Dah jom masuk dalam, panas kat luar ni. Nak shopping tak?!"

" Kita minum dulu ya. Penatlah, dahaga..!" Pintaku.

" Okey jom..!!" Tangan aku ditarik.

"Ish!! Tak payahlah pegang. Orang tengok malulah.." aku merungut.

" Biar..!! Jangan lepas. Kalau lepas nanti awak hilang lagi. Susah hati saya.!!" Katanya tegas.

"Saya bukan budak kecil kut.."

"Kalau budak kecil senang saya jaga. Dukung je. Ni dah tua, asyik hilang je. Lagi payah jaga.." Faliq jeling aku. 


" Tak payahlah jaga. Tak suruh pun.."

" Tengok tu menjawab je kalau orang cakap.." Aku merungut dan merungut. Dia buat selamba je. Kuat pula tu pegangan tangannya. Geram je.

Aku masih berfikir lagi mengenai perempuan tu. Aku rasa dah 3, 4kali jugalah perempuan tu muncul depan aku. Tak puashatilah. Selagi tak dapat dan selagi tak tahu siapa empunya badan. Selagi tu aku memang takkan berdiam. Lepas ni kalau nampak je dia, aku akan pastikan aku kejar dia sampai ke hujung dunia. Menganggu gugat fikiran aku. Tak apa.. Jangan serabutkan kepala, jangan terlalu fikir nanti aku sendiri yang stress. Relax Aliaa relax..!! 

Previous: Bab 154
Next: Bab 156

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.