336,451
Kategori:
Genre:
Bab 192
Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Usia kandungan Aliaa sudah masuk 3 bulan. Tiada alahan teruk. Cuma kesihatannya saja yang tidak begitu baik. Disebabkan itu juga, Encik Kamaruddin dan Puan Asmah tidak membenarkan Faliq berpindah rumah selagi kesihatan Aliaa tidak betul-betul stabil. Risau mereka. Sekurang-kurangnya, Puan Asmah boleh menjaga Aliaa dirumah mereka. Risau sangat dia membiarkan Aliaa dirumahnya sendiri nanti. Walaupun ada Sis Tuti tapi Sis Tuti sibuk uruskan kerja rumah dan uruskan Dhia.

Aliaa masih bekerja seperti biasa. Bila tidak sihat, memang dia akan ambil cuti. Dato' Hamid sangat memahami Aliaa. Dia pun tidak kisah yang penting Aliaa tidak berhenti kerja.

Selepas berjumpa dengan Doktor Intan, menjalani rawatan antenatal. Faliq menghantar Aliaa pulang ke rumah. Tahap hemoglobin masih diparas rendah. Kalau masih tiada perubahan, dia terpaksa dimasukkan ke wad untuk tambah darah. Aliaa dibekalkan ubat dan vitamin. Lagi dua minggu kena jumpa doktor lagi. Redha sajalah.

Sampai saja dirumah, Aliaa keluar dari kereta dan jalan perlahan menuju ke pintu rumah. Terus jadi pening kepalanya, berkerut dahi menahan sakit. Ish!! Dah kenapa tiba-tiba pula ni.

"Sayang kenapa ni?!" Faliq terus memaut pinggang Aliaa. Aliaa memicit kepala.

"Tak tahulah abang. Tiba-tiba jadi pening pula ni.."

" Larat jalan tak ni, kalau tak larat abang dukung..!"

"Ish!! Abang ni.. Merepek je. Sayang laratlah. Pening sikit je ni.."Faliq senyum. Memimpin Aliaa masuk ke dalam rumah dan terus naik ke biliknya.

Aliaa duduk dikatil, memicit-micit kepala. Kenapa tiba-tiba sakit kepala pula ni, cetus hatinya.

"Kasihannya isteri abang ni. Sayang rehatlah ye.." Aliaa melabuhkan badan ditilam. Faliq memicit kepala Aliaa.

" Abang balik bila?"

"Tengahari nanti abang balik. Kalau ada apa-apa panggil je mama ye.."jawab Faliq lembut.

" Abang..!! Sayang minta maaf banyak-banyak ye. Banyak sangat menyusahkan abang.."

"Kenapa cakap macam ni. Sayang kan isteri abang. Dahlah.. tak payah cakap macam ni lagi. Tidurlah.." Faliq menyelimuti badan Aliaa. Aliaa senyum.

"Abang pergi dulu ya..!" Faliq bangun. Baru saja mahu melangkah, tangannya ditarik oleh Aliaa.

"Abang.. Jangan balik lambat ya. Sayang tunggu abang tau.."perlahan suara Aliaa.

"Iya sayang..!!" Faliq mencium dahi Aliaa. Tak tahu kenapa dia rasa sesuatu pada Aliaa. Wajah Aliaa sangat pucat dan tidak bermaya. Nak kata tak makan, tadi dah makan. Banyak juga dia makan nasi lemak tadi. Ubat dan vitamin pun dia dah makan. Mungkin tak cukup tidur kut. Sebab malam tadi, dia alami sesak nafas sampai ke subuh. Berat pula hatinya mahu tinggalkan Aliaa.

Sebelum keluar dari bilik, sempat lagi Faliq memandang wajah pucat Aliaa. Perlahan-lahan pintu ditutup tapi tak rapat. Risau pula kalau terjadi apa-apa pada Aliaa. Pengorbanan isteri padanya sangat besar demi memberi zuriat untuknya. Bukan mudah mengandung dalam keadaan kesihatan yang tidak baik. Tapi Aliaa kuatkan juga demi suami tercinta.

" Aliaa mana?"tegur Puan Asmah meliar mata mencari Aliaa.

"Ada kat atas. Rehat. Sakit kepala. Risaulah ma.. "

" Sabarlah Alang. Doktor cakap apa je. Kandungan okey tak?!" Tanya Puan Asmah lagi.

"Kandungan alhamdulilah okey. Cuma darah masih rendah. Tu yang Alang risau. Lagi dua minggu kalau tahap hb masih rendah, terpaksa masuk wad tambah darah.." jelas Faliq. Memang nampak sangat kerisauan diwajahnya.

" Iyeke..!! Tapi Aliaa memang ada enemia kan.."

"Iya ma. Alang risau ma. Tadi doktor ada cakap, Aliaa alami anemia yang teruk kali ni. Kalau tak dipantau boleh bawa maut ma. Alang tak sanggup tengok dia pucat macam tu. Ya Allah..!! Tak tahu nak cakap apa. Kadang fikir, tak apalah. Cukuplah Dhia seorang je. Dari tengok Aliaa macam ni.." Faliq meluah rasa hatinya.

" Alang.. Apa yang berlaku mesti ada hikmah. Itulah pengorbanan seorang isteri, sanggup gadai nyawa semata-mata untuk suami. Sabarlah ye.." Puan Asmah menepuk lembut bahu Faliq.

" Insha Allah ma.. Okeylah ma, Alang nak masuk office. Tengahari nanti Alang balik. Mama..

Minta tolong tengokkan Aliaa ye. Dia baru tidur tu.." pinta Faliq.

" Iyalah. Jangan risau ya. Kerjalah elok-elok.."

"Alang pergi dulu ma.." Faliq salam Puan Asmah dan terus menuju ke keretanya. Puan Asmah masuk ke dalam rumah. Terus ke dapur.

Faliq memandu laju ke office. Agak sibuk beberapa bulan ini, banyak juga kontrak dia dapat. Memang seronok sangat dia. Dapat pula anugerah pekerja cemerlang baru-baru ini. Memang dia menjadi kebanggaan Dato' Muhsin. Bagi Faliq semua ini adalah rezeki anak-anaknya. Murah rezekinya dan bertambah rezekinya setelah bersatu kembali dengan Aliaa. Dan kembali bersama keluarganya. Berkat doa isteri dan anaknya dan mama papanya. Bersyukur ke hadrat ilahi.

Kaki melangkah masuk ke dalam office. Wani, P.A Dato' Muhsin memanggilnya. Faliq memberhentikan langkahnya.

"Encik Faliq.. Tadi Dato' ada pesan. Dia minta Encik Faliq bagi dokumen ni pada Encik Zaid nanti. Dia tak dapat ikut meeting nanti, ada hal penting katanya. Jadi, Dato' minta Encik Faliq uruskan.." kata Wani lembut.

"Pula. Okeylah.. Nizam mana ek?! Tak nampak pun.." Faliq mengambil dokumen itu.

"Encik Nizam tadi ada, mungkin ke toilet kut.."

" Nanti minta dia jumpa saya ya. So, ada apa-apa lagi tak?!"

"Oh ya!! Dato' pesan lagi. Lepas habis metting nanti, dia minta Encik Faliq call dia.."

" Hmm.. Dia nak result lah tu. Okey-okey. Terima kasih ya. Jangan lupa suruh Nizam jumpa saya.." Faliq senyum dan terus berlalu.

Masuk ke dalam bilik, beg kerja terus dibuka. Mengeluarkan beberapa fail dan diletakkan diatas meja. Satu persatu fail disemaknya. Kemudian,mengambil beberapa gulungan pelan di meja belakang. Dibuka gulungan tersebut dan diteliti setiap hasil kerjanya. Berkerut-kerut dahinya.

Pintu diketuk perlahan dan muncul Nizam dengan senyuman. Duduk dihadapan Faliq. Faliq menggulung semula pelan setelah rasa puashati. Diletak ditepi fail tadi bersama dokumen yang diberi oleh Wani.

" Dato' tak join tau. Kelam-kabut dia keluar tadi. Ada hal penting katanya. Wani ada bagi dokumen dekat Encik Faliq tak?!" kata Nizam.

" Ada ni.. Tak apalah, kita uruskan. Insha Allah, saya yakin kita akan dapat projek ni.." jawab Faliq penuh keyakinan. Senyum.

" Saya on je. Siapa tak kenal Encik Faliq kan. Apa je projek yang Encik Faliq handle pasti boleh berjaya punyalah. Kejab lagi confirm naik pangkat lagi ni.. Kan.. kan..!!" Puji melambung Nizam.

" Pandailah awak kan. Ni puji ni ada makna ni.."

"Hahahaa.. Tak adalah Encik Faliq. Puji ikhlas tau.. Encik Faliq, macam mana Cik Aliaa? Kandungan okey?!" Tanya Nizam ingin tahu.

"Kandungan alhamdulilah, okey!! Cuma kesihatan dia je tak berapa nak okey.." jawab Faliq sedih.

"Mabuk teruk ke?!"

"Tak. Pregnant kedua ni dia tak mabuk pun. Dia kan ada masalah jantung dan kurang darah. Tu yang saya risau sangat ni Zam. Kasihan dia Zam. Kadang, saya rasa bersalah dan berdosa pula pada dia.." luah Faliq.

" Sabarlah Encik Faliq. Ini dugaan untuk Encik Faliq. Encik Faliq kena kuat, dia perlukan Encik Faliq.." kata Nizam.

" Iya Zam. Saya memang kena kuat demi dia dan anak kami." Faliq senyum tawar.

" Eh!! Petang nanti ada apa-apa appointment ke?!"

"Hari ni cuma metting dengan Encik Zaid je. Petang tak ada" jawab Nizam.

"Okey good!! Hari ni saya halfday ya. Isteri saya tak sihat, tak tenang hati ni.." Faliq memasukkan fail dan dokumen ke dalam begnya semula.

" Okey Encik Faliq.." Nizam mengambil gulungan pelan tadi dan membawanya. Mereka terus keluar. Butang liff ditekan. Masih berbual. Macam-macam dibualnya. Gelak tawa mengiringi. Pintu liff terbuka, cepat-cepat mereka masuk. Tiada orang didalam liff. Sambung berbual. Kemudian, pintu liff terbuka semula. Mereka melangkah keluar dan menuruni anak tangga terus jalan ke kereta Faliq.

Faliq memandu laju ke destinasi yang dituju. Dalam perjalanan, handphone nya berbunyi. Panggilan dari Aliaa. Dia memasang earphone ditelinga dan menjawab panggilan.

" Iya sayang..!!"

" Abang busy ke?!" Suara perlahan Aliaa kedengaran.

"Abang on the way ke Ampang ni. Ada metting. Kenapa sayang? Sayang okey tak ni.."

" Sayang okey!! Abang.. Sayang nak makan buah kurma.." pinta Aliaa. 


" Buah kurma? Okey nanti abang cari ya. Kepala masih sakit lagi ke sayang?!" Tanya Faliq pula.

" Thanks abang. Dah kurang dah. Cuma rasa penat sangat.." jawab Aliaa.

"Sama-sama. Sesak nafas lagi?!"

"Taklah. Okeylah abang, hati-hati memandu ya. Kerja elok-elok tau. Assalammualaikum.." Aliaa terus matikan talian.

" Insha Allah.. Waalaikumsalam.." Faliq mencabut earphone dari telinganya. Nizam menoleh padanya.

" Mana nak cari Buah Kurma?!" Tanya Faliq pada Nizam.

"Cik Aliaa mengidam ke?!"

"Mungkin kut. Tak pernah lagi dia minta apa-apa sebelum ni. Ni baru minta buah kurma. Mana nak cari ek?!"

"Encik Faliq cari dekat kedai-kedai jamu atau kedai-kedai jual barangan umrah. Insha Allah ada dijual.."

" Alright!! Ni kalau awak nampak kedai tu info ya. Singgah sekali.." kata Faliq.

"Okey Encik Faliq. No problem.."  Nizam angguk.

Faliq terus memandu laju membelah kesesakkan lalu lintas. Apabila melalui shop lot, mata meliar mencari kedai jamu yang diberitahu oleh Nizam. Sampai di hadapan kedai jamu tersebut, Faliq terus masuk ke kedai itu. Tidak lama kemudian, Faliq keluar semula dari kedai jamu itu dengan senyuman. Ditangannya membawa sebungkus plastik.  Nizam senyum.

"Alhamdulilah. Thank you Nizam. Dapat pun. Fuh!! Lega.." Nizam gelak kecil melihat gelagat Faliq.

" Lega kan bila dapat apa yang isteri idamkan. Kalau sayalah kan. Selagi apa yang isteri mengidamkan tak dapat, selagi tu saya rasa hidup tu tak tenang tau Encik Faliq.." kata Nizam.

" Ya betul..! Saya setuju.. Sangat setuju. Pula tu bila tengok dia makan berselera. Rasa happy sangat.." sambung Faliq pula.

Senyum ke telinga si Faliq. Demi isteri tercinta, apa pun yang isteri minta, akan diusahakan juga cari. Dengan harapan, moga Aliaa tak minta yang pelik-pelik sudah. Pembawakan budak katanya. Tak apalah. Ikutkan sajalah. Bukan senang nak dapat macam ni. Melayan ibu mengandung.

Alhamdulilah, selesai semua urusan Faliq. Bersyukur tidak terhingga, segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Seperti yang Nizam katakan, apa saja projek yang Faliq handle pasti berjaya. Seronok Dato' Muhsin dapat berita gembira itu. Tanpa buang masa, Faliq terus memandu balik ke office untuk menghantar Nizam dan kemudian terus pecut balik ke rumah.

Dia pun tak sabar mahu menceritakan berita gembira ni pada Aliaa. Memang selalu jika dapat mana-mana projek orang pertama yang harus tahu adalah Aliaa. Sokongan dan semangat dari si isteri. Isterilah pembakar semangatnya. Sumber inspirasinya.

Faliq memandang bungkusan buah kurma diseat sebelah. Senyum lebar. Teringat dia semasa Aliaa mengandungkan Dhia dulu. Aliaa pun mengidam buah kurma juga. Gelak kecil sendiri mengingati semula. Perjalanan pun lancar saja, tak banyak kenderaan. Kejab saja dah sampai rumah. Masuk ke perkarangan rumah, mematikan enjin kereta. Beg kerja diambil diseat belakang. Kemudian, mengambil buah kurma pula. Pintu kereta ditutup dan dia berjalan dengan bernyanyi-nyanyi kecil masuk ke dalam rumah. Pintu dibuka. Bau masakkan menusuk ke rongga hidungnya. Beg kerja diletak diatas meja. Dan menuju kedapur dengan membawa buah kurma. Puan Asmah dan Sis Tuti sedang berbual dan masak untuk makan tengahari.

"Hai mama.. Wah!! Masak apa ni. Sedapnya bau..!" Tegur Faliq.

" Hmm.. Ni ha, masak pindang ikan bawal untuk Aliaa. Apa tu Alang..?!" Jawab Puan Asmah sambil mengacau kuah pindang didalam periuk.

" Buah kurma ni. Aliaa nak.." Faliq membuka kotak Buah Kurma. Mangkuk tupperware kecil diambilnya, lalu mengisi buah kurma didalamnya.

" Bagus tu untuk kandungannya.. " Puan Asmah mengangguk.

" Aliaa dah okey ke ma?! Ada turun tak?!" Tanya Faliq.

" Tadi ma jenguk dia, ada ma letak susu. Tak tahu dia minum atau tak sebab tadi dia tidur lagi. Macam panas pula badan dia, Alang. Demam kut.." Puan Asmah beritahu Faliq.

"Demam?!" Terkejut Faliq dengar.

"Assalammualaikum.. Aik!! Alang pun ada. Tak kerja ke Alang?!" Muncul Asnida tiba-tiba. Menghampiri Puan Asmah dan Faliq.

" Waalaikumsalam." Puan Asmah dan Faliq jawab serentak.

"Halfday hari ni. Aliaa tak sihat.." jawab Faliq.

"Laa iyeke?! Baru nak ajak dia shopping. Mabuk ke?!" Tanya Asnida dan duduk disebelah Faliq.

" Tak. Sakit kepala. Ni mama cakap, badannya panas pula. Alang baru sampai rumah ni tak tengok dia lagi pun.." jelas Faliq.

" Kasihannya adik ipar Angah. Ni makan kurma, belum puasa kut.."

" Ni untuk Aliaa lah. Dia nak.."

"Oh..!!"

"Angah datang nak ambil Dhia ke. Lokman dah ambil Dhia dah.." kata Puan Asmah.

" Aha.. Ada dia info tadi. Angah ingat nak ajak Aliaa shopping, nak beli barang baby sikit. Tu yang singgah kejab ni.."

"Tak apalah Angah, lain kali je. Tunggu Aliaa dah sihat nanti.." Balas Puan Asmah.

"Alang.. Angah nak tengok Aliaa kejab ye..!"

" Pergilah.. !" Asnida terus berlalu. Faliq menuang air sirap ais didalam gelas dan meneguknya perlahan.

"Alang...!! Alang...!!" Terbeliak mata Faliq mendengar jeritan kuat suara Asnida. Berpandangan pada Puan Asmah.

"Alang cepattt!!" Terus berdegup kencang jantung Faliq. Suara nyaring Asnida memanggilnya, cemas.

"Aliaa...!!" Dengan pantas Faliq terus berlari dengan membawa mangkuk buah kurma ke atas. Diikuti Puan Asmah.

Terus terjah masuk ke dalam biliknya. Terpaku kaku. Mangkuk buah kurma terlepas dari tangannya dan berselerak diatas lantai. Puan Asmah juga terkedu. Faliq terus mendekati Aliaa yang terbaring dilantai itu.

" Ya Allah..!! Sayang.. Sayang bangun sayang..!! Sayang bangun..!!" Ditampar-tampar pipi Aliaa. Aliaa tak sedar.

" Angah call ambulans sekarang Angah. Cepat!!" Arah Puan Asmah.

"Sayang bangun sayang..!! Mama.. Aliaa ma.. Sayang.. Ya Allah!!" Faliq goncang-goncang badan Aliaa pula tapi langsung tiada tindak balas.

 Kain batik Aliaa habis lencun dengan darah pekat. Titisan darah dari arah toilet. Terlalu banyak darah. Wajah Aliaa sangat pucat. Seperti langsung tiada darah dibadannya. Suasana sangat sedih. Faliq tidak dapat kawal emosi, airmata gugur ke pipi. Faliq memangku Aliaa. Dicium dan dipeluk tubuh kaku Aliaa. Faliq cuba juga mengejutkan Aliaa. Tapi masih kaku. Aliaa lemah longlai dalam dakapannya. Faliq memeriksa nadi Aliaa, lemah.

"Sayang bangun sayang..!! Jangan buat abang macam ni. Abang perlukan sayang. Bangun sayang bangun..!!" Semakin deras airmata jantannya keluar. Bertambah sedih melihat darah yang terlalu banyak. Bagai nak gugur jantungnya.

" Mama.. Aliaa ma.. Aliaa!!" Faliq mencium Aliaa berkali-kali. Dipeluknya lagi dan erat.
Sedih yang teramat sangat.

" Sabar Alang.. Sabar!! " Falia tak dapat tahan emosi.  Memang sedih.

Tidak lama kemudian, ambulans sampai. Pembantu perubatan dengan pantas  menguruskan Aliaa. Pantas dan cekap. Nyawa pesakit perlu diutamakan. Keadaan menjadi kelam-kabut. Aliaa dimasukkan ke dalam ambulans dan ambulans segera bertolak ke hospital dengan lajunya. Keluar saja ambulans dari perkarangan rumah, Faliq menjadi lemah seluruh badan. Terus duduk melutut dilantai di depan pintu rumah.

" Alang jangan macam ni Alang. Alang kena kuat.." pujuk Puan Asmah. Menangis bersama.

"Aliaa ma.. Alang sayang dia ma. Ya Allah..!! Isteri aku... "

" Ya Allah Alang.. ! Istighfar banyak-banyak. Ingat Allah.. Doakan yang baik-baik untuk Aliaa.." Puan Asmah memeluk bahu Faliq. Faliq masih menangis dan menangis.

" Sabar Alang. Kuatkan semangat. Jom kita pergi hospital.." pujuk Asnida pula. Perlahan-lahan Faliq bangun dan jalan perlahan kearah kereta Asnida. Asnida memecut kereta menuju ke hospital.

Dugaan lagi dan lagi. Faliq hanya berdiam sepanjang perjalanan. Doa tidak putus. Faliq tak fikir mengenai kandungan Aliaa, baginya jika kandungan tidak dapat diselamatkan. Dia redha, tiada rezeki untuk mereka tapi yang paling dia risaukan adalah keadaan diri Aliaa sendiri. Bagaimana jika nyawa Aliaa yang terancam? Terniang-niang ditelinganya apa yang doktor cakapkan pagi tadi.

Ish!! Tak mungkin. Tak mungkin. Aliaa kuat semangat, Aliaa cekal hati. Dia akan sentiasa memberi semangat pada Aliaa. Akan sentiasa berada disamping Aliaa. Ya!! Isterinya kuat.


Previous: Bab 191
Next: Bab 193

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.