336,408
Kategori:
Genre:
Bab 189
 Aliaa duduk termenung di birai katil. Mengenang segala kejadian yang telah berlaku dalam kehidupannya. Satu persatu dugaan yang dia hadapi. Silih berganti. Merasakan terlalu berat tanggungannya. Jika difikirkan semula, memang tak sanggup hadapi tapi kerana berkat doa dan kesabarannya dan juga sokongan dari ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya. Dia kuat dan dapat hadapi dengan tenang. Paling utama adalah sokongan dari abang tersayang dan suami tercinta. Merekalah penguat semangatnya untuk terus hadapi segala kepayahan dan keperitan. Alhamdulilah, bersyukur dengan segala dugaan. Senyuman terukir diwajahnya.

Perlahan-lahan dia bangkit, jalan menuju ke almari solek. Berdiri menghadap cermin. Meneliti setiap inci wajahnya. Merenung ke dalam anak matanya sendiri.

"Terima kasih atas semua ini Ya Allah..!" Katanya sendiri. Dia menarik nafas dalam ,memejamkan mata rapat, menghembuskan perlahan-lahan. Senyum lagi.  Hampir dua bulan dah bergelar isteri. Happy.

"Sayang..!! Dah siap belum?" Lamunannya terhenti apabila Faliq muncul di muka pintu. Aliaa menoleh dan mengangguk. Senyum.

" Nampak ceria hari ni isteri saya.." Faliq menghampiri Aliaa. Aliaa berkerut dan sedikit mendongak memandang redup wajah Faliq.

" Aik!! Sejak saya jadi isteri awak, saya tak ceria ek!"

" Taklah. Awak memang sentiasa ceria pun tapi hari ni double ceria.." Faliq memicit hidung Aliaa. Mengusik.

" Iyalah sayang! Apa-apa jelah. Hmm.. Ni kita nak ke mana sebenarnya" Tanya Aliaa lembut.

" Ikut je. Nanti awak akan tahu juga. Jom..!" Tangan Aliaa ditarik perlahan. Aliaa mengambil handbagnya dan mereka terus berjalan meninggalkan bilik.

Suasana dirumah itu sungguh tenang dan nyaman sekali. Sunyi dan sepi. Puan Asmah, Dhia dan Sis Tuti tiada dirumah. Awal pagi lagi sudah diambil oleh Asnida. Mahu pergi pasar katanya.

Faliq dan Aliaa terus masuk ke dalam kereta. Faliq memulakan pemanduan. Aliaa mengikut saja. Entah apalah surprise yang Faliq mahu buat. Tenang hatinya setelah bergelar isteri. Layanan Faliq pun padanya baik-baik saja. Bersyukur dia pada Allah. Peluang kedua ini amat dihargai oleh Faliq. Semoga ianya akan berterusan. Sinar kebahagiaan baru bermula. Tapi jangan terlalu yakin, dugaan demi dugaan akan menyusul. Bersedialah untuk hadapi, kerana kita sendiri pun tak tahu dugaan apakah yang akan Allah beri. Bersedialah wahai Aliaa Sofea.

Kereta memasuki sebuah taman perumahan baru. Cantik dan moden. Faliq memberhentikan kereta disebuah rumah berpagar kayu yang cantik terukir.

" Tunggu sekejab ya..!" Faliq keluar dari kereta dan terus membuka pintu pagar. Aliaa tercengang. Kenapa Faliq suka-suka pula buka pagar rumah orang. Kata hatinya. Berkerut. Faliq masuk semula ke dalam kereta dengan wajah selamba dan memandu masuk ke perkarangan rumah itu. Enjin kereta dimatikan. Menoleh kearah Aliaa dan senyum lagi. Aliaa buat muka selamba.

" Jom sayang..!!" Faliq terus keluar dari kereta dan juga Aliaa.

"Rumah siapa ni?."kata Aliaa, hairan.

"Hahahaaaa...!!" Faliq gelak besar.

"Saya tanya kut. Kenapa gelak.." Aliaa pelik melihat Faliq. Faliq terus tarik tangan Aliaa dan mengajaknya masuk. Di hadapan pintu utama, Faliq mengeluarkan kunci rumah dan membuka pintu.

" Awak..!! Ni rumah siapa ni. Awak jangan maca-macam. Saya tak nak bersubahat tau.." Faliq masih gelak.

"Jom masuk..!!"

" Ishh!! Tak nak. Selagi awak tak cakap ini rumah siapa. Saya tak nak masuk. Kut-kut rumah scandal awak ke, saya tak nakkk..!!" Kata Aliaa serius. Faliq gelak dan gelak.

"Scandal apa pula ni sayang oii. Awak ni buat lawaklah.." gelak lagi.

"Lawak apa pula. Betul lah saya cakap. Saya tak nak masuk. Taknakkkk!!" Aliaa tetap bertegas. Aliaa duduk di kerusi kayu.

"Tunggu kejab..!" Faliq terus jalan ke kereta dan kemudian datang semula dengan membawa satu dokumen dan terus diserahkan pada Aliaa. Aliaa membaca satu persatu helaian dokumen tersebut. Faliq duduk disebelah Aliaa, membiarkan Aliaa terus membaca.

" Maknanya rumah ini adalah rumah awak?!" Aliaa pandang Faliq.

"Bukan rumah saya tapi rumah kita. Jom..!" Jawab Faliq. Aliaa terdiam dan mengekori


 saja Faliq. Teruja dia melihat kekemasan dalam rumah tersebut. Susun atur perabot yang kemas dan cantik. Terpaku mata melihat perabot yang pernah Faliq menyuruhnya pilih sebelum mereka nikah.

"Awak..! Bila masa pula awak beli rumah ni. Saya tak tahu pun.." tanya Aliaa.

"Kalau saya info awak, tak surpriselah. Dan.. untuk pengetahuan awak. Setiap ruang dalam rumah ni adalah hasil rekaan saya sendiri.  Moden klasik. Awak suka tak?!" Kata Faliq. Berseri wajah.

"Cantik sangat. Mestilah saya suka. Terima kasih..!" Aliaa memeluk pinggang Faliq. Satu ciuman Faliq berikan untuk si isteri tersayang.

"Tapi saya tak minta semua ni. Bagi saya, awak sayang saya, jaga saya dan terima saya seadanya. Itu dah cukup bahagia..!" Sambung Aliaa.

"Iya sayang..! Saya beli rumah ini untuk kita bina hidup baru. Rumahku syurgaku, keluargaku bahagiaku. Isteriku bidadariku. Anak-anakku b hidupku. Lagipun, kan senang. Balik rumah je terus sampai depan pintu. Tak payah nak naik liff bagai. Halaman rumah pun besar, seronok anak-anak kita main nanti. Betul tak?!"

" Hmm.. Anak-anak ye!! Hahaha..  Mana yang baik untuk awak, baiklah untuk saya. Apapun terima kasih banyak-banyak atas semua ini.." Aliaa sangat terharu hampir saja airmatanya menitis. Tapi dikawal. Faliq bawa Aliaa melihat setiap ruang rumah. Pandai Faliq reka rumahnya. Boleh dikatakan 80% adalah citarasa Aliaa. Seboleh-bolehnya dia akan tunaikan apa kemahuan si isteri tercinta.

Setelah puas melihat di bahagian bawah, mereka naik pula di tingkat atas. Satu persatu bilik dimasuknya. Aliaa sangat gembira. Paling seronok bilik mereka. Memang Aliaa sangat suka. Kemudian, mereka kembali turun dan duduk diruang tamu.

" Insha Allah. Minggu depan kita pindah sini ya.."

"Okey! Tapi Kondo awak tu, awak jual ke?!" Tanya Aliaa ingin tahu.

" Pada mulanya memang nak jual. Tapi bila fikir balik, tak jadi. Sebab Kondo itulah rumah pertama saya beli masa mula-mula jadi Arkitek.." jawabnya senyum.

"Tapi kenapa awak beli rumah ni. Kan kita boleh duduk kondo tu je.."

"Tak.. Tak mungkin kita duduk sana. Banyak sangat kenangan dekat rumah tu. Lagipun, kalau kita duduk sana, saya tak nak awak teringat segala kepahitan lama. Walaupun kita dah bersatu semula, awak terima saya semula tapi saya faham, bukan mudah nak lupakan kenangan pahit. Sebab tu saya nekad, sebelum nikah kita. Saya nak beli rumah untuk kita bina hidup baru. Rumah baru, hidup baru. Ni pun atas persetujuan abang awak juga tau.." jelas Faliq dengan panjang lebar. Aliaa angguk. Memang betul pun apa Faliq cakapkan.

" Terima kasih, memahami saya. Terima kasih sangat..!"

"Sama-sama sayang..! Semoga Allah merahmati rumahtangga kita dan semoga kebahagiaan akan jadi milik kita hingga ke syurga.."

" Aaminn..!!"

Mereka berdua senyum bahagia. Tiada apa yang menggembirakan dan membahagiakan kecuali apabila bersama keluarga disisi. Faliq peluk bahu Aliaa.

" Sayang..!! Rasa-rasa kan. Bila agaknya nak tambah orang baru ek?! Dhia tu nak kawan juga tu.." kata Faliq tiba-tiba.

" Ha?? Orang baru?? Dah ada sorang puteri. Cukuplah tu " kata Aliaa selamba. Gurau.

" Kalau ada puteri mesti kena ada putera. Itu baru betul. Kan.. kan..!!" Faliq angkat kening. Senyum.

" Hmm.. Kalau contoh saya pregnant dan dapat baby girl juga, macam mana?!" Saja Aliaa bertanya.

"Pregnant lagilah sampai dapat boy..!" Aliaa membeliakan mata. Faliq buat mula selamba.

" Amboi.. Amboi.. Sedapnya cakap. Ingat saya ni mesin kilang ?!" Aliaa cekak pinggang.

" Hahahaaa..!!. Hebat tau!! Anak ramai itu kan rezeki. Meriah!!" Kuat si Faliq gelak. Tak ingat dunia. Aliaa gelak kecil. Merepek saja.

"Tak kuasalah melayan. Jom!!" Aliaa terus jalan meninggalkan Faliq. Faliq mengejar. Menuruni anak-anak tangga.

" Lepas ni kita pergi rumah abang ye. Dah berapa hari tak jumpa abang ni, tak tahu dia macam mana.."

"Eh! Bukan semalam petang awak cakap nak singgah tengok abang ke?!"

"Cadangnya.. Tapi tak sempat. Kasihan pula awak, balik rumah, bini tak ada. Merajuk pula karang.."

" Tak ada makna merajuklah. Saya ni lelaki gentle, tak ada maknanya merajuk bagai.


Lagipun untuk abang awak, sahabat sejati saya . Tak kisah pun.." Buat muka selamba. Aliaa mencebik mengejek.

" Oooo.. Untuk sahabat sejati. Tak kisah ye.. Hmm.. Kalau macam tu, saya duduk rumah abang jelah. Kan sahabat sejati awak tu kan. Dia pin sorang je, kasihan dia. Boleh Encik Faliq Alfie?!"

"Ishh!! Janganlah sampai duduk sana.." Faliq garu kepala.

" Aik!! Tadi kata tak kisah.." Aliaa sinis.

"Tak kisah kalau awak balik lewat dari sana tapi kalau awak nak bermalam sehari pun. Saya akan kisah sangat. Saya taknak tidur sorang-sorang. Tak ada bantal peluk tak lena tidur..!" Jawab Faliq. Sengeh.

" Iyelah tu..!!" Aliaa jalan ke kereta. Faliq pula mengunci pintu.

Angin bertiup kuat. Nyaman saja rasa. Kawasan perumahan itu pun tenang saja. Sebelum Aliaa masuk ke dalam kereta. Dia memandang sekeliling rumah dua tingkat itu.

 Eh!! Aliaa terpandang di satu sudut kecil di halaman rumah berdekatan dinding batu. Dia berjalan menghampiri. Tersusun indah pokok-pokok bunga mawar merah, pink dan putih yang baru berputik. Lebat. Tersenyum lagi Aliaa. Baru dia perasaan akan taman mini itu. Disentuh setiap daunnya. Faliq melihat saja gelagat si isteri. Menghampiri perlahan.

"Tinggal taman mini ni je yang tak sempat siap. Sorry!!" Aliaa menoleh pada Faliq dan senyum.

"Tak apa. Nanti kita siapkan sama-sama ya.." jawab Aliaa.

" Okey!! Tapi bunga ni baru sikit. Saya ada order lagi tapi pun belum sempat ambil lagi. Minggu depan dah pindah sini baru saya ambil.."

" Ha? Ni pun dah cukup banyaklah awak. Tak larat saya nak menjaganya. Tak reti.. Hehe!!"

" Alaa setakat nak jaga pokok bunga mawar ni. Kacang jelah sayang. Ni ha orangnya. Pakar bab-bab jaga pokok ni.." Lagi sekali bangga Faliq.

" Alhamdulilah. Bertuah saya dapat suami yang baik hati dan pandai jaga pokok ni. Mudah kerja saya.." Aliaa senyum.

Kemudian, mereka menuju ke kereta dan meninggalkan perkarangan rumah baru mereka. Cukup gembira. Hari-hari Aliaa dan Faliq ditemani senyuman dan gelak tawa. Bahagia rasa.

Perjalanan terus ke rumah Adil. Adil dah beransur pulih, lukanya pun dah sembuh. Cuma masih dalam cuti sakit lagi. Pengalaman ditikam sebulan lalu memang membuatkan dia benar-benar tidak menyangka. Sekelip mata. Mujurlah dia yang ditikam oleh Tasya, jika Aliaa yang ditikam. Entahlah apa akan jadi.

Semua ini dugaan. Dia redha. Tasya pun sudah diberkas cuma mahu menunggu keputusan jatuh hukuman saja. Banyak kes Tasya. Macam-macam kejadian berlaku. Sangat memberi pengajaran dalam hidupnya.

Sampai saja di rumah Adil, Faliq meletakkan kereta diluar pagar saja atas permintaan Aliaa. Nak buat surprise kononnya. Pintu pagar dibuka, mereka jalan bersama ke dalam. Sunyi sepi saja. Dalam bilik kut. Teka Aliaa. Pintu berkunci, Aliaa mengeluarkan kunci rumah dan membuka perlahan-lahan. Pintu dikuak, senyum sendiri. Terhendap-hendap masuk ke dalam rumah. Faliq pun layankan juga. Dah macam perompak dah mereka ni.

Faliq duduk di sofa. Gelak kecil melihat gelagat Aliaa. Aliaa ke bilik Adil, tiada orang. Lalu kembali ke ruang tamu.

" Mana abang. Tak ada pun. Kereta ada.."merugut Aliaa sendiri.

"Ada ni ha. Tak ke mana pun...!" Muncul Adil dari dapur. Terus senyum lebar Aliaa. Terus peluk Adil, rindu teramat pada Adil.

" Senyap je. Abang buat apa? Masak ke?" Tanya Aliaa.

"Abang dekat luar sana. Tak masak pun, sorang-sorang duduk rumah, makan dekat luar jelah. Kalau rajin baru masak.." jawab Adil.

" Korang dari mana ni?!"

"Tengok rumah baru.." jawab Faliq.

"Dah pindah ke?"

"Insha Allah minggu depan.."

"Okeylah tu. Eh! Jom keluar makan. Abang laparlah.." Aliaa dan Faliq angguk.

" Kejab.. kejab.. Nak pergi toilet jab ye. Tunggu tau..!" Aliaa terus berlalu. Faliq angguk.

" Aliq.. Adik macam mana? Kesihatan dia?" Tanya Adil ingin tahu.

"Alhamdulilah setakat ni aku tengok dia okey tapi tak tahulah kalau dia sembunyikan. Rawatan pun tak pernah dia tinggal lagi. Tapi anemia dia tetap sama. Tetap rendah juga. Patut dia kena tahan masuk wad, tapi dia taknak.." Jelas Faliq.

" Aku harap sangat kau terimalah dia seadanya Liq, dengan keadaan kesihatan dia yang tak stabil tu. Aku taknak kau rasa terbeban.."

"Ishh!! Apa kau merepek ni Dil. Aku tak fikir sampai macam tu sekali. Aku tak rasa dia membebankan aku ke menyusahkan aku. Tak pernah terlintas pun bro. Aku sayang Aliaa sepenuh hati seikhlas hati.." jelas Faliq. Adil pandang bawah. Risau pula dia. Dah pernah berlaku pada Aliaa, dia sendiri pun jadi risau.

" Baguslah kalau macam tu.." jawab Adil. Aliaa muncul tersengeh-sengeh. Duduk disebelah Adil.   Berbual-bual sebentar.

" Faliq.. Nanti singgah cari kek tiramisu ye. Teringin pula nak makan.." kata Aliaa manja.

" Kek Tiramisu? Okey boleh je.." Faliq senyum.

"Thank you!!"

" Eh!! Adik panggil Faliq apa?" Tanya Adil pada Aliaa.

"Faliq lah. Kenapa?!" Jawab Aliaa. Terus saja Adil tampar mulut Aliaa.

" Aduhhh!! Sakitlah. Kenapa tampar mulut adik pula ni. Abang ni kan.. cari pasal je.." Aliaa menjerit marah. Menjeling tajam pada Adil.

" Awak ingat tu siapa tu. Kawan awak? Tu suami awak kan.." Adil bersuara keras. Faliq melihat saja.

"Ha lah. Suami adiklah tu. Dah kenapa?!" Aliaa pandang Faliq.

"Kalau suami kenapa tak ada rasa hormat. Kenapa panggil nama je. Dah tak reti dah nak panggil abang ke, hubby ke. Tak boleh?!" Aliaa berkerut dan sengeh. Faliq gelakkan dan angkat bahu. Aliaa terdiam. Buat muka tak bersalah.

" Kau pun sama Liq. Suruhlah bini kau ni  panggil kau elok-elok sikit. Marahkan dia kalau taknak.."tegas Adil. Pantang dia kalau isteri panggil suami dengan panggilan nama saja. Bagi dia tak menghormati suami. Sebelum Aliaa dan Faliq bersatu pun sudah dipesan berkali-kali pada Aliaa. Tapi Aliaa bagi alasan tak reti. Memang kenalah dengan Adil.

"Aikk!! Aku pun kena juga..!!" Faliq garu kepala.

"Hahahahaa.." Giliran Aliaa pula gelak kuat. Berlawan-lawan gelak.

" Iyalah bini kau kut. Takkan kau nak biarkan dia kurang ajar dengan kau walaupun setakat panggilan je. Lama-lama nanti jadi kurang ajar lain pula kalau dibiarkan. Isteri kena ni dilentur dari rebung jangan dah jadi buluh baru nak lentur. Kalau dah kurang ajar kang, bini juga yang kau salahkan. Padahal semua dari suami.. Faham?!  " tersentak Faliq. Tersengeh. Kena sebiji. Aliaa gelak dan gelak.

"Baik boss. Aku minta maaf ye. Sayang..!! Awak dengar tu. Abang dah marah dah tu.." jawab Faliq lembut.

"Hehe.. Okey.. Okey..!! Baiklah. Lepas ni saya panggil awak Abang sayang ya. Okey setuju tak?!" Aliaa kenyit mata pada Faliq.

" Okey sayang..!!" Faliq dan Aliaa pandang Adil  serentak dan senyum.

"Macam nilah. Kan elok. Orang lain dengar sejuk je hati. Abang pun senang hati.." Adil senyum. Dan terus peluk bahu Aliaa dan Faliq. Kanan dan kiri. Gelak mereka bertiga.

Kemudian, mereka terus gerak keluar. Seronok melihat keakraban mereka. Bahagia sungguh. Semoga bahagia milikmu Aliaa.


Previous: Bab 188
Next: Bab 190

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.