336,606
Kategori:
Genre:
Bab 44
Dari sehari ke sehari ada je yang Tasya tu whatsapp aku, bagi gambar kebahagiaannya bersama Faliq. Tapi satu pun aku tak balas dah. Malas layan. Biarlah dia dengan perangai meroyannya. Ada juga terfikir nak block nombor dia tapi tak perlulah. Kalau aku block nanti dia fikir aku sakit hati,aku jelous. So, biarkan jelah. Setiap gambar yang dia hantar tu aku simpan. Sediakan payung sebelum hujan. Andaikata memang aku dan Faliq dah tak ada jodoh, gambar-gambar tu dan segala whatsapp tu pun boleh dijadikan bukti. So, apa ada kisah.

Lepas balik dari Tawau, aku agak stress sikit. Tak tahulah kenapa. Ada je tak kena. Hati ni macam entahlah. Segala perasaan ada. Sedih, happy, risau takut semua bercampuk aduk. Hati jadi tak keruan. Apahal pula ni. Tadi Kak Su call, bagitahu. Pembekal kain tak dapat hantar stok yang kami order. Ada masalah katanya. Pula dah. Okey tu satu hal. Tak apa, aku boleh handle. Tapi yang buat aku stress ni, pasal akaun company. Macam mana duit boleh hilang. Walaupun tak banyak tapi ia amat membimbangkan. Terpaksalah buat meeting gempak esok dengan bahagian kewangan. Tak pasal-pasal aku nak kena jawab dengan Dato' nanti. Bila aku suarakan rasa risau aku ni pada Haikal. Dia boleh gelakkan aku. Katanya aku cuak. Gila tak cuak. Dia okeylah dah berpengalaman, aku ni baru ni nak menghadap masalah macam ni. Fuh!! Bukan senang pegang jawatan ni. Nak nangis pun ada. Tapi okeylah. Dapat pengalaman.

Sedang fokus semak segala akaun. Handphone berbunyi. Dengan perasaan malas aku capai handphone. Ni mesti Tasya. Aku meneka.

" Assalammualaikum Aliaa.. Saya Mimi.. Kamu sudah berjanji sama saya kan tidak mahu contact Wan lagi? Tapi kenapa kau masih contact dia lagi? Sekarang, dia tidak mahu merujuk sama saya. Kau puashati sekarang?" Katanya. Ha?? Pula dah. Mana dia dapat nombor aku. Aku contact Zahwan? Bila masa?? Last aku jumpa Zahwan minggu lepas dan kami tak berhubung lagi dah sampai sekarang. Macam mana dia boleh cakap aku masih contact bekas suami dia tu. Iya.. Ada juga Zahwan whatsapp dan call aku. Tapi aku langsung tak layan. Waduh.. waduh..!! Bertimpa lagi stress aku.

"Waalaikumsalam.. Maaf Cik Mimi. Saya dah tak contact Wan dah. Saya dah bagitahu dia pun, jangan ganggu saya. Dan, demi Allah kami memang dah tak berhubung lagi. Jujur saya cakap. Cuma ada juga dia whatsapp dan call saya. Tapi saya langsung tak layan. Langsung tak.." aku balas. Kataku jujur.

" Ada orang nampak kamu keluar makan dengan Wan? Terus-terang sajalah. Kau kekasih lama dia, tidak mustahil pun kalau dia mahu kau lagi. Tapi kau fikirlah. Hati saya. Kami mahu merujuk tapi bila kau datang sini. Semua hancur..!" Ya Allah..!! Macam mana aku nak cakap. Dan macam mana aku nak buktikan dekat dia yang aku betul-betul tak layan Zahwan. Zahwan ni pun satu hal.

" Cik Mimi.. Saya tahu perasaan Cik Mimi. Tapi tolonglah percaya. Saya tak contact Wan lagi dah. Iya.. Minggu lepas dia ada datang kedai dan kami pergi minum, itupun sebab nak jelaskan dekat dia supaya jangan kacau saya lagi. Itu je. Selepas itu, memang tak jumpa dah. Kami memang tak ada apa-apapun. Cik Mimi tahu kan, saya sudah bersuami. Jangan risau. Saya ingat janji saya. Saya minta maaf.. Saya datang sini sebab kerja bukan nak hancurkan hubungan sesiapa. Saya minta maaf.." sambungku lagi. Kalau dia nak percaya, percayalah. Kalau tak percaya pun. Tak apalah.

" Baiklah. Saya harap apa yang awak cakap ni awak lakukan. Saya pun minta maaf ya kalau kasar tapi kalau saya tahu awak berhubung dengan dia lagi. Sampai mati saya takkan maafkan awak.. Salam.." Fuh!! Takut aku dengar. Talian dimatikan.

Aku letak handphone diatas meja. Arhh! Apakah semua ini. Nak terjun bangunan bolek tak atau terjun lautlah. Sedih.. Sedih..Sedih! Manusia akan terus diduga. Sama juga dengan aku. Akan terus diduga dan diduga. Rasa down sangat. Aku menyandarkan badan di kerusi. Memejam mata. Selama mana aku harus macam ni. Nak hadapi sendiri, tak tertanggung rasanya. Pada siapa aku nak mengadu. Pada siapa aku nak luahkan segala yang terpendam. Aku perlukan seseorang untuk aku luahkan. Tapi pada siapa? 


Siapa yang nak dengar segala luahan perasaan aku. Kadang terfikir, nak luah mati mak nak ditelan mati bapa. Ya Allah..!! Tolonglah aku. Aku lemah, aku tak kuat, aku tak mampu. Tanpaku sedar. Airmataku jatuh ke pipi. Huwaa!!

Abangg!! Iya.. Hanya abang yang faham aku. Hanya abang yang percaya aku. Aku ambil handphone dan terus menghubungi abang. Lebih lima kali aku cuba menghubungi abang. Tapi abang tak jawab. Mungkin abang busy kut. Tak apalah.. Aku nak jumpa abang, aku nak luah semua. Aku tak larat nak tanggung lagi.

"Ya Allah..!! Aku tak larat nak hadapi semua ni. Aku perlukan seseorang untuk luahkan segalanya. Mana abang ni. Abang.. adik rindu abang..!!" Kataku sendiri dalam tangisan.

"Aliaa..!!" Haikal memanggil aku. Cepat-cepat aku kesat airmata dan pusingkan kerusi ke hadapan. Haikal berdiri memandang redup wajahku. Aku senyum tawar, dan dibalas senyuman darinya juga.

" Kenapa ni? Awak ada masalah ye.." tanya Haikal dan duduk di hadapanku. Merenung tajam mataku. Aku hanya geleng kepala. Dan senyum.

"Saya tahu awak ada masalah. Tapi awak cuba sembunyikan dengan senyuman awak. Luahkanlah.. Luahkan segalanya agar awak lebih rasa tenang.." kata Haikal lembut. Aku tundukan kepala. Aku tak dapat tahan airmata lagi. Memang tak dapat nak tanggung sekarang ni rasanya. Haikal memerhatikan aku. Membiarkan aku bersama airmata. Bukan nak simpati tapi kerana dah tak tahan dah. Aku memang down sangat.. sangat dan sangat.

Aku kesat lagi airmata. Kemudian, aku dongak pandang dia yang masih tersenyum di hadapanku. Aku tetap cuba senyum.

" Nak meluah tak mungkin dan luah hanya pada insan yang tertentu saja. Cukuplah airmata yang mengalir ni untuk rasa tenang seketika.." aku senyum tawar.

" Awak menutupi segala kedukaan awak dengan senyuman Aliaa.. Betapa kuatnya awak hadapi semua ini. Saya kagum.."

"Untuk apa dikagumi kerana saya insan yang lemah. Saya lemah. Kuat pada luaran tapi dalaman. Hanya Allah yang tahu.."

"Itulah bezanya antara lelaki dan wanita. Memang wanita tak sekuat lelaki tapi lelaki tak setabah wanita. Dan wanita itu awak Aliaa..!!"

" Yang baik semua datang dari Allah,dan segala  tak baik datang dari diri saya sendiri.." jawabku. Kami berbalas-balas. Dia masih setia dengan senyuman.

" Sabar dan berdoalah semoga Allah kuatkan hati awak dan percayalah Allah akan bagi pelangi untuk awak. Dahlah, jangan sedih lagi. Awak sedih macam mana sekalipun. Awak tetap kena kuat. Jadi, dahlah ye. Saya taknak tengok awak sedih lagi.." kata Haikal.

" Terima kasih Haikal.." Hanya itu yang mampu aku cakap. Aku senyum.

"Sama-sama. Awak baliklah dulu. Rehat. Tenangkan fikiran. Relax okey..!!" Aku mengangguk. Aku pun tak ada mood dah nak teruskan kerja. Aku ikut cadangan Haikal. Tanpa buang masa aku terus kemas dan baliklah rumah.

Selepas maghrib,selesai solat aku main dengan Dhia. Ajar dia mewarna, lukiskan untuk dia. Punyalah seronok si kecil ni. Melayan Dhia pun boleh hilang stress. Layan karenahnya. Anak oh anak! Penghibur dikala duka. Tengah leka melayan Dhia, kedengaran orang memberi salam. Sis Tuti membuka pintu pagar. Aku masih melayan Dhia.

"Cikpuan.. Ada tetamu mahu ketemu.!" Sis Tuti memberitahu. Aku angguk dan terus sarung selendang. Sis Tuti bawa Dhia bawa masuk bilik. Aku terus melangkah keluar. Di kerusi, kelihatan dua orang lelaki sedang duduk berbual. Haikal? Siapa lagi yag sorang tu.

" Assalammualaikum.. "

" Waalaikumsalam.." jawab mereka serentak. Haikal senyum je bila lihat aku. Lelaki tadi berdiri, dan bila menoleh je. Aku memang terkejut sangat. Airmata terus mengalir. Betapa rinduanya aku pada abang.

"Abanggg...!!" Aku terus peluk abang.
Terubat rindu pada abang. Waktu aku perlukan seseorang, abang datang bertemu aku. Abang tahu apa yang aku rasa. Airmata kerinduan terus mengalir. Haikal hanya melihat jejak kasih kami.

"Sihat tak ni? Rindu abang dekat adik..!!" Abang senyum.

"Adik minta maaf abang. Adik minta maaf..!!"

" Dahlah.. Taknak bagi abang masuk ke? Mana Dhia?"

" Hahaahaa.. Dhia ada main tu.. Jom.. Jom masuk.." Kami pun melangkah masuk kedalam rumah.

" Hmm.. Bro, aku minta diri dululah.." pinta Haikal.

"Eh!! Nantilah dulu. Masuk dulu minum.."

"Iyelah Haikal. Ni abang kandung saya, tahu kan. Ada abang. Tak apa..!!" Haikal mengangguk. Masuk je ke dalam rumah, abang terus dapatkan Dhia. Dipeluk dan dicium Dhia. Melepaskan rindu pada anak saudara kesayangannya. Dhia pun seronok sangat berjumpa abang. Sis Tuti muncul dari dapur dengan membawa air. Setelah menuang air didalam tiga buah cawan Sis Tuti dukung Dhia bawa naik keatas.

"Besar rumah ni, duduk bertiga je ke dik?" Tanya abang sambil mata melihat sekeliling.

"Iyalah abang. Bertiga jelah. Hmm.. Abang, Macam mana abang boleh tahu adik dekat sini?! Siapa yang bagitahu?"  Tanya aku pula.

" Dato'. Abang jumpa Dato' siang tadi, cerita semua dekat dia, dan tanya lokasi adik. Dato' bagi nombor Haikal, abang call Haikal dan abang terus ambil flight. Abang dah agak dah, adik mesti ke Sabah ni." jelas abang. Aku pandang Haikal. Senyum.

" Adik minta maaf. Adik tak ada niat pun nak sembunyikan semua ni dari abang. Terpaksa.. Maaf abang..!"

"Tak apa. Abang faham!! Abang tahu adik abang ni hebat. Abang tahu adik macam mana. Cuma abang risau, tak tahu adik dekat mana. Itu je.." kata abang. Aku hanya berdiam.

" Adik.. Sebenarnya abang datang ni ada hal sangat penting?" Aku alihkan pandangan tepat pada wajah abang. Serius.

"Penting? Apa yang penting sampai abang datang sini. Call pun boleh cakap kut.." jawabku.

"Memang boleh tapi.. "Aku berkerut. Ish!! Kenapa abang ni. Suspen pula ni. Aku pandang Haikal, Haikal juga menundukkan pandangan. Hati aku jadi tak tenang pula ni. Hati terus berdebar-debar.

" Kenapa abang? Apa yang penting tu?!" Abang terdiam pula. Tak sabar aku nak tahu.

" Apa yang abang nak sampaikan ni. Abang harap adik banyak bersabar. Adik ada Dhia, adik ada abang, Mak Long Pak Long. Kami semua sayang adik.." Perlahan abang cakap.

" Insha Allah.. Adik rasa adik tahu apa yang abang nak sampaikan ni.." aku senyum. Rasa macam dapat mengagak. Tak apalah.

" Ini pasal Faliq kan?!" Tekaku selamba. Abang pegang tangan aku. Dipegangnya erat. Memberi kekuatan. Muka abang terus jadi sedih. Senyap seketika. Haikal hanya mendengar dan melihat saja.

" Berat sangat abang nak info ni dik.. Ya Allah..!! Haikal.. Aku tak tahu macam mana nak mulakan lah bro.. " Abang menekup wajahnya sendiri.  Serba salah sebenarnya dia. Aku duga, mesti abang dah cerita pada Haikal. Wajah Haikal tenang je. Hanya senyum.

"Bagitahu je. Nak tak nak Alia kena hadapi juga.." jawab Haikal. Aku pandang Haikal dan pandang abang semula. Dah kenapa pula mereka ni. Nak cakap pun susah sangat. Buat hati aku bertambah berdebar ni. Aku dah boleh terima semua pun. Abang je yang tak sampai hati nak info ni.

" Cakap jelah abang. Kenapa ni? Abang jangan risau. Kalau pasal Faliq, adik dah boleh terima semuanya. Adik dah tak kisah dah.."kataku jujur.

"Baiklah.." Abang mengambil beg sandangnya. Membuka zip pada beg tersebut dan mengeluarkan sekeping surat berwarna putih.

" Ini surat bukan dari Faliq tapi.. Adik bacalah. Bersabarlah sayang..!!" Abang berikan surat itu padaku. Aku ambil dan baca alamat pada luar sampul surat itu. Aku memejamkan mata. Cari kekuatan untuk membuka dan membaca isi surat itu. Abang dan Haikal hanya memerhati.

Dengan tangan yang mula menggigil, perlahan-lahan aku koyakkan tepi sampul itu dan mengeluarkan surat penuh berhati-hati. Debaran semakin memuncak. Aku membuka lipatan surat itu. Aku menarik nafas dalam sedalam-dalamnya. Aku membaca satu persatu isi surat ini.

Allahuakhbar..!! Allahuakhbar..!! Allahuakhbar..!! Lemah seluruh badan. Aku cuba juga tersenyum dan senyum. Walau tanpa ku sedar airmata jernih menitis. Iya.. Aku baca dengan senyuman diiringi juga dengan airmata. Aku kesat airmata ini.

"Sabar sayang..!! Adik kuat kan.." Aku hanya mengangguk dan cuba tersenyum.

Ya Allah..!! Teruskanlah beri aku kekuatan. Tabahkan hatiku.. Sabarkanlah aku untuk hadapi semua ini. Aku perlukan kekuatan dariMu..

Andai ini yang telah ditakdirkan untuk aku..
Terima kasih Ya Allah.. Aku redha..!

Previous: Bab 43
Next: Bab 45

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.