336,530
Kategori:
Genre:
Bab 178
Beberapa hari ini, keadaan rumah agak sunyi dan sepi. Tiada keceriaan, tiada gelak tawa, tiada gurau senda, tiada gaduh-gaduh manja. Aku hanya memerap saja dalam bilik. Masih dengan perasaanku sendiri. Semakin risau abang dengan keadaan aku. Ditanya sepatah aku jawab sepatah. Bilik sentiasa aku kunci. Aku memang langsung tak nak jumpa sesiapa pun. Rasa memang sangat down. Yang aku tahu hanya menangis dah menangis saja. Entah apalah yang aku fikirkan lagi. Aku pun tak tahu. Abang masih berusaha untuk memberi semangat dan memujukku lagi dan lagi. Macam-macam abang pujuk tapi aku langsung tak endahkan. Kasihan abang! Dan, sudah beberapa hari juga Faliq tidak dapat berjumpa aku kerana abang tak benarkan atas permintaan aku. Ya Allah!! Kasihannya Faliq.

Hanya abang saja yang hantar berita mengenai aku sepanjang masa pada Faliq. Aku tahu Faliq juga tidak putus memberi semangat pada abang supaya pujuk aku. Susah hati mereka. Abang mahu yakinkan aku apa yang aku dengar perbualan mereka itu tidak betul, tapi aku sangat degil. Aku nafikan mati-matian dan aku anggap abang hanya mahu sedapkan hatiku saja. Ya Allah..!! Apa kena dengan aku ni. Kenapa aku sanggup buat itu pada abang dan Faliq. Kenapa aku hukum mereka yang tidak bersalah. Kenapa aku jadi begini tiba-tiba. Ampunkan aku Ya Allah..!! Maafkan adik, abang..!! Maafkan aku, Faliq..!!

Aku tersedar dari tidur. Mata terus jadi segar, seperti ada yang mengejutkan aku dari lena. Aku melihat jam, tepat 3.00 pagi. Aku terus duduk. Termenung sebentar.

"Astaghfirullah Al Azim.. Astaghfirullah Al Azim.. Astaghfirullah Al Azim.." Aku beristigfar beberapa kali. Menyapu muka dengan tapak tangan sendiri.

" Ya Allah.. !! Apa dah terjadi dengan aku ni. Kenapa aku jadi macam ni? Kenapa aku hilang kekuatan diri? Mana perginya Aliaa yang dulu? Aku tak boleh terus macam ni, aku kena bangkit aku kena kuat. Aku ada anak, aku ada abang, aku sayang anak aku, aku sayang abang aku, aku sayang bakal suami aku. Aku kena bangkit..!!" Kataku yang seperti tersedar dari segala khayalan selama ini. Tersedar dari segala perasaan yang negatif. Tersedar dari dunia lain iaitu dunia kejatuhan. Arhh!! Aku tak boleh terus dalam kejatuhan begini. Aku kena bangkit.

Tanpa berlengah, aku terus menuju ke arah bilik air. Membersihkan diri dan menunaikan solat sunat taubat, solat sunat tahajjud, kemudian membaca Al quran. Jujur cakap, sebenarnya aku sendiri pun tak tahu kenapa aku berubah  sampai rasa putus asa seperti ini. Aku seorang yang kuat semangat. Mula rasa sangat berdosa dan bersalah terhadap abang  dan juga pada Faliq. Tanpaku sedar,bila aku berkelakuan begitu sebenarnya aku lebih merisaukan mereka dan menambah kesedihan mereka sedangkan aku tidak mahu lakukan seperti itu. Betapa berdosanya aku pada mereka. Aku nekad aku  kena bangkit dan mulakan melangkah. Aku  tidak boleh terlalu ikutkan hati dan perasaan ini. Aku tidak boleh terlalu emosi. Aku kena terima segala yang berlaku keatas diriku sendiri. Itu semua salah aku sendiri kerana tidak ambil peduli pada kesihatan diri. Dan, bila keputusan kesihatan yang agak membimbangkan, kenapa aku  perlu bersedih. Kenapa mahu meratapi kesakitan. Untuk apa meratapi kerana itulah pilihanku sendiri. Aku yang tidak mahu jalani rawatan sebelum ini sedangkan abang dah bising, dah paksa tapi aku tetap berdegil. Ishh!! Apasal teruk sangat aku ni. Allahu..!!

Aku menangis semahu-mahunya di tikar sejadah. Memohon ampun dan maaf kepada Allah atas segala kelalaianku sendiri. Memohon diberi kekuatan diri. Menangis dan meluahkan segala isi hatiku. Setelah semua diluahkan, setelah berhabis airmata penyesalan mengalir, aku merasai satu ketenangan.

" Ya..!! Aku kena jalani rawatan itu demi kesihatanku. Aku tak nak mati.." kataku sendiri. Tikar sejadah ku lipat bersama kain telekung. Aku menghadap cermin pula. Memandang setiap inci wajah pucatku, senyum sendiri. Dan, keluar dari bilik menuju ke dapur pula. Masih sunyi. Tapi Sis Tuti sudah bersedia mahu buat sarapan. Terkejut dia melihat aku tiba-tiba muncul. Aku gelakkan.

" Awak buat sarapan apa?" Tanyaku lembut.


" Pak Adil mahu sandwic sadin.."

"Ada mee kuning tak?!"

"Iya ada..!" Aku senyum dan terus buka peti sejuk. Keluarkan mee kuning yang tinggal sebungkus. Lalu, aku terus sediakan bahan-bahan untuk buat mee goreng. Dah lama tak buat breakfast. Jadi, hari ini dengan semangat baru. Aku nak buat breakfast untuk abang dan nak jemput Faliq breakfast disini tanda memohon maaf. Kasihan bakal imamku, tak pasal-pasal jadi mangsa. Mesti dia susah hati bila aku cakap tak nak teruskan pernikahan kami. Sedihnya..!!

Aku nekad nak kembalikan keceriaan rumah ni, nak buat abang dan Faliq happy semula. Aku tahu semua ni berpunca dari aku sendiri. Banyak sangat hal yang aku buat. Nilah dia jika terlalu ikutkan hati tanpa berfikir panjang. Tahu diri sendiri je betul. Degil yang amat. Hmm.. Aliaa.. Aliaa..!!

Selesai masak mee goreng, aku hidangkan di atas meja pula. Sis Tuti pun sudah siapkan sandwich yang abang minta. Aku masuk bilik dan ambil handphone. Sudah jam 6.05 pagi. Aku ambil wuduk dan menunaikan solat subuh. Alhamdulilah, aku rasa lebih segar hari ini. Semoga Allah terus beri kekuatan pada aku terus menerus.

Aku melangkah ke dapur semula. Menyediakan pinggan dan cawan diatas meja sambil bernyanyi-nyanyi. Eh!! Tadi nak call Faliq sebenarnya nak jemput dia datang breakfast sama. Boleh pula lupa. Aku hubungi Faliq. Tak dijawab pula. Mungkin solat kut. Kemudian, aku hantar whatsapp je. Tahulah dia baca nanti. Aku letak semula handphone diatas meja dapur dan buka pintu dapur. Aku sarungkan selipar jepun dan jalan di bawah pokok rambutan. Satu-satunya pokok yang ada di rumah. Itupun Pak Long yang tanam dulu. Tapi buahnya tak ada, tak menjadi buah rambutan ni kata Pak Long. Hahaha.. Aku menyedup udara segar. Nyamannya rasa. Tenang hatiku kini.

"Adik..!! Buat apa dekat luar tu?!" Abang panggil aku. Aku menoleh dan senyum pada abang. Dan maduk ke dalam semula.

" Saja nak sedut udara segar.." jawabku. Abang senyum.

"Cepat adik bangun?"

"Iya..!! Abang nak breakfast sekarang ke? Adik ada buat mee goreng..!" Kataku sambil buka tudung saji.

" Adik buat?" Abang seakan terkejut. Aku gelak kecil melihat wajah abang. Aku angguk.

" Sedap bau ni.. Nak breakfast pun awal lagi. Abang nak mandi nak bersiap dulu. Nanti kita breakfast sama ya..!" Terukir senyuman dibibir abang. Senyuman ceria.

" Abang..!!" Tangan abang ku pegang dan aku cium tangan abang.

" Adik minta maaf. Adik terlalu ikutkan perasaan adik. Adik degil sangat tanpa fikir hati abang dan Faliq. Adik tak patut buat perangai macam tu. Semua ni salah adik sendiri. Adik yang degil tak nak buat rawatan tu. Adik minta maaf abang. Adik minta maaf..!!" Airmataku mengalir. Abang senyum dan kesat airmataku.

" Sudahlah, tak payah nangis. Abang faham apa adik rasa. Abang cuma nak adik kuat seperti sebelum ni. Percayalah dik. Kalau adik terus kuat, adik akan sihat tapi kalau adik down, adik akan sakit. Adik nak ke sakit je. Berkurung je dalam bilik. Menangis je. Nanti lama-lama mati kering dalam bilik sorang-sorang. Nak ke?!"

" Tak nak!" Terus aku jawab. Abang gelak kecil.

" Kalau tak nak mati kering. Jadi, adik kena kuatkan hati, kuatkan semangat. Jaga kesihatan.." Abang senyum lagi. Aku balas senyuman abang dan angguk.

"Bila abang nak bawa adik jumpa Doktor Raziq?!"

" Adik dah bersedia?!" Abang tanya aku semula.

" Iya.. Dah sedia..!"

" Alhamdulilah..!! Syukur..!! Nanti abang call Doktor Raziq. Apa-apa nanti abang info ya..!" Makin lebar senyuman abang. Happy abang dengar.

" Okey..!! Abang pergi mandi. Busuk gila dah ni.." Aku saja mengusik.

" Mana ada busuk. Wangi je pun.." aku gelak kecil.

" Adik ada call Faliq tapi dia tak jawab. Adik jemput Faliq datang sini nak breakfast sama dengan dia sekali. Tak tahulah dia nak atau tak. Tapi dah whatsapp.!" Kataku malu-malu.

" Oh iye ke?! Mesti dia nak punya tu. Tunggu je nanti dia datang juga. Dia pun dah terlalu rindu dekat adik. Berapa hari tak jumpa.." kata abang lagi. Aku hanya senyum. Kemudian, abang terus masuk ke biliknya mahu bersiap. Aku pun masuk bilik jugalah. 


Tutt.. Tuttt..!! Handphone aku berbunyi. Hati kembali berbunga-bunga.

" Assalammualaikum..!" Suara lembut Faliq ditalian.

" Waalaikumsalam.." jawabku pula. Kenapa rasa janggal pula ni.

" Sayang apa khabar?" Tanyanya.

" Alhamdulilah.. Sihat. Hmm.. Sorry ganggu pagi-pagi. Saya call awak tak jawab jadi saya whatsapp je. Ada dapat tak whatsapp saya?!" Tuturku berhati-hati.

" Dapat. Saya dalam toilet tadi. Sorry..!! Insha Allah nanti saya datang.. Awak okey?!"

" Okey!! Datang tau! Jangan lambat. Rindu awak.." Eh!! Terlepas cakap pula. Malunyaa!

" Hehe.. Iya.. Saya pun rindu awak sangat-sangat. Okeylah saya nak bersiap ni. Lima minit lagi saya sampai.." Faliq gelak. Bergurau pula dia.

Aku terus matikan talian. Hmm.. Kali ni aku rasa sangat bersalah pada Faliq. Kasihan dia. Aku nak cari idea nak mohon maaf dan nak tebus salah aku. Apa ek?! Yess dapat pun. Tak apa, nanti aku info dia.

Sementara tunggu abang bersiap dan Faliq sampai. Aku ke dapur dan sempat lagi buat cucur pisang. Siap je semua, aku ke ruang tamu. Duduk di sofa dan sandarkan badan. Aku pejamkan mata dan lelaplah sekejab.

Aduh!! Peritnya hidung aku ni. Berkerut dan memegang hidung tapi mata masih tertutup. Eh!! Bau ni macam kenal lah. Aku terus buka mata besar.

"Arhhh!!! " aku menjerit sekuat hati dengan tangan terus tampar muka Faliq. Betul-betul mukanya di depan muka aku, seinci je lagi. Gila!!

"Aduh!! Sakitlah..!" Faliq menggosok-gosok pipinya dan ketawa.

" Padan muka..!! Awak nak cium saya kan.." aku menjeling.

" Mana ada. Saya nak kejutkan awaklah.." jawab Faliq.

" Tipu je.. Saya nak info abang, biar awak kena marah..!" Aku jeling tajam. Faliq gelak lagi. Berseri wajahnya. Tenang tengok.

" Sayang oh sayang...!! " Panggilnya.

"Iya kenapa? "

" Tadi cakap rindu saya kan..!" Ish!! Dia tanya pula, malunya aku.

" Mana ada.." aku menafikan.

" Eleh.. Tak nak ngaku konon.." Faliq gelak lagi. Pandang muka aku yang merah menahan malu ni. Pandang macam nak makan je.

" Jomlah ke dapur. Lambat pula abang ni..!" Aku mengajak. Kami berdua ke dapur dan breakfast.

Tidak lama kemudian, abang muncul dengan senyuman. Sempat kenyitkan mata pada Faliq, aku buat tak tahu je. Aku ambilkan mee goreng untuk abang. Sambil makan sambil berbual. Rasanya macam dah lama sangat tak duduk semeja dengan mereka ni. Lama tak berbual dan bergurau senda. Memang aku rindu waktu macam ni. Semuanya silap aku sendiri yang terlalu ikutkan perasaan. Sangat rasa bersalah pada dua insan kesayanganku ini.

Selesai breakfast, aku temankan mereka ke kereta masing-masing. Aku masih lagi bercuti rehat. Jadi, mereput jelah aku di rumah.

" Abang pergi kerja dulu ya. Nanti abang confirmkan dengan Doktor Raziq, apa-apa abang info. Makan ubat ya.." pesan abang. Aku senyum.

" Baiklah abang..!" Aku salam abang.

"Okey bro.. Aku gerak dulu. Happy kau hari ni ye.."

"Gila tak happy.. Hahaha.." Gelak kuat Faliq. Aku senyum je, faham sangat maksud mereka ni. Abang masuk ke dalam kereta dan memulakan pemanduan. Aku berjalan bersama Faliq ke keretanya pula diluar pagar. Tersengeh-sengeh je dia.

" Awak.. Saya minta maaf. Saya rasa sangat bersalah dekat awak. Tak patut saya buat awak macam... " kataku perlahan. Tak sempat habiskan ayat terus Faliq potong cakap aku.

" Dahlah.. Tak payah cakap lagi. Saya faham keadaan awak. Saya tak ambil hati pun. Biasalah orang perempuan kan, time tak ada mood memang macam-macam yang terkeluar dari mulut tu. Hari ni cakap lain, esok cakap lain pula. Faham sangat dah dengan awak ni sayang oii.." Faliq senyum. Aku gelak je.

"Terima kasih fahami saya..!"

" Sama-sama kasih. Siapa lagi nak fahami awak kalau tak si hensem dan si kacak ni, kan.. kan.. kan.." Katanya.

" Hahahaa.. Iyelah si hensem yang perasan..!!" Kami gelak bersama.

"Hmm.. Awak busy tak hari ni?!" Tanyaku.

" Pagi ni je kut, petang free. Kenapa?"

" Boleh temankan saya tak? Saya nak cari barang.."

" Insha Allah boleh.. Eh! Okeylah. Saya nak pergi dah ni, lewat dah ni. Jumpa nanti petang..!!"

" Okey..!! Take care..! Kerja elok-elok, mata tu jangan meliar sangat.." pesanku sengaja bergurau.

" Hahaha.. Kenapa dengan mata saya? Liar macam mana tu?!"

" Mata awak kan mata keranjang. Pantang nampak perempuan cun, kannn?!" Bergurau lagi.

"  Wow!! Mata keranjang ye. Mata keranjang saya ni untuk awak je. Cukup dah yang depan mata ni.." Hahaha.. Aku gelak je.

Faliq terus masuk dalam kereta dan memandu laju. Aku masih berdiri tercegat, senyum ke telinga. Dan, tutup pagar jalan ke dalam rumah.

Orang kata, dalam perhubungan ada masa kena  gaduh-gaduh, kalau sweet-sweet je pun tak best. Bila gaduh, akan ada agenda pujuk memujuk, beri ayat-ayat sweet. Bila dah berbaik semula, pasti akan lebih erat perhubungan. Rasa dunia ni adalah milik kita. Sentiasa berbunga hati dan perasaan. Itulah hikmah disebalik pergaduhan. Gaduh-gaduh manja. Hehe!!

Aku masuk dalam bilik, duduk di katil. Senyum lagi dan lagi.

" Terima kasih Faliq. Memahami aku yang sangat degil ni. Tak lama lagi, nak jadi bini kau semula. Hahahaa!! Macam tak percaya pun ada. Itulah jodoh.." aku bercakap sendiri.

Walau macam mana jauh terpisah sekalipun. Walau macam-macam halangan dan dugaan pun. Andai sudah tertulis dia adalah jodoh kita, pasti akan tetap bersama juga. Alhamdulilah..


Previous: Bab 177
Next: Bab 179

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.