336,735
Kategori:
Genre:
Bab 95
Adil meletakkan surah Yassin diatas meja. Hanya kedengaran mesin bantuan pernafasan sahaja. Tangan Aliaa digenggam dan diciumnya. Menitis airmata seorang abang. Inilah saat-saat yang paling dia takuti. Takut Aliaa akan pergi meninggalkannya. Sedih, sayu semua ada. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Dugaan demi dugaan. Mujur ada sahabat sejati yang sentiasa setia bersamanya. Yang sentiasa memberi semangat padanya. Yang sentiasa bersamanya susah senang suka duka. Satu-satunya sahabat yang amat disayanginya dan bapa pada anak buahnya. Terima kasih Faliq, kau sentiasa bersama aku dikala aku jatuh dan lemah. Terima kasih beri semangat padaku. Kata hatinya.

Pembedahan jantung keatas Aliaa sudah berjaya. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Kata doktor Aliaa sepatutnya dah sedar semalam, tapi tak tahu kenapa sampai sekarang masih belum sedar. Kuasa Allah tiada siapa tahu. Adil jadi semakin risau. Dia bergilir-gilir dengan Faliq menjaga Aliaa di hospital ni. Bukan Faliq saja, tapi Asnida dan Puan Asmah juga turut menjaga Aliaa. Betapa sayangnya mereka pada Aliaa. Hari ini, masuk hari ketiga Aliaa masih tak sedarkan diri lagi. Bermakna, sudah tiga hari juga Arwah Haikal meninggal. Satu hal lagi, mahu beritahu Aliaa bila Aliaa sudah sedar nanti dan bertanyakan mengenai Haikal. Tak tahu macam mana nak beritahu Aliaa. Berat hatinya.

Faliq muncul dengan membawa bungkusan  air dan nasi untuk Adil. Dia tahu sahabatnya itu masih belum makan.

" Makan dulu Dil. Ni ada nasi.."

" Nantilah. Tak ada selera..!!"

" Janganlah macam ni. Nanti kau pula yang sakit.. Makanlah sikit.." pujuk Faliq. Adil tak menjawab. Mata terus memandang Aliaa yang terbujur kaku.

" Kenapa Aliaa masih tak sedar lagi Liq? Doktor cakap, semua dah okey tapi kenapa tak sedar lagi. Aku risau Liq.. Risau sangat. Macam mana kalau adik aku tinggalkan aku pula Liq..!" Menitis lagi airmatanya.

"Sabar Dil.. Kuatkan semangat..! Ni semua kuasa Allah. Kita doa je banyak-banyak.." sambung Faliq lagi.

Seorang jururawat masuk ke dalam bilik.

"Encik Adil.. Doktor Raziq nak jumpa sekarang. Ada hal sikit. Dia tunggu di biliknya.." kata jururawat itu.

"Baiklah. Terima kasih ya. Liq.. Kau temankan Aliaa sekejab ya. Aku nak jumpa doktor kejab.." kata Adil dan terus keluar. Hal apa pula ni. Risau pula Adil. Tak sanggup nak dengar kalau ianya berita tidak baik.

Sampai di depan pintu bilik Doktor Raziq, terdengar suara agak kecoh dari dalam. Adil mengetuk pintu dan terus masuk apabila suara Doktor Raziq menyuruhnya masuk. Pintu dikuak perlahan. Bengis muka Datin Zita memandang Adil. Adil mengukir senyuman. Seorang wanita muda bersama Datin Zita. Adil tidak mengenalinya.

" Ada apa Doktor panggil saya?"

" Ada perkara yang saya nak bincangkan disini. Saya taknak perkara ni akan jadi isu nanti."

"Maksud doktor?!"

" Auntie.. Memang betul, arwah ada mendaftar sebagai penderma organ sebelum kematiannya. Dah lama dah. Tapi dalam kes ini. Arwah tak dermakan organ jantungnya pada sesiapa atau pada Aliaa. Tak ada.." kata Doktor Raziq.

"Saya tak percaya. Sebab sebelum kematian Karl dia ada cakap pada saya."

"Dia cuma cakap, tapi ia tak berlaku pun. Bukan senang-senang saya bagi organ simati pada orang. Salah tu Auntie. Kena ada persetujuan dari ahli keluarga dan jika ahli keluarga tak setuju kami tak boleh buat apa walaupun itu adalah wasiat dari simati. Memang Aliaa ada masalah jantung tapi masih diperingkat awal. Sebab tu arwah nak Aliaa jalani rawatan dan pembedahan segera sebab peratus sembuh tu amat tinggi. Arwah taknak lambatkan rawatan Aliaa sebab kalau lambat akan jadi lebih teruk. Saya tegaskan disini. Memang tak ada apa-apa pemindahan organ jantung dari simati pada Aliaa. Tidak ada.."
Panjang lebar Doktor Raziq jelaskan. Datin Zita masih tak puas hati lagi. Dia ingat mudah ke nak pindahkan organ. Sabar sajalah.

Adil menggeleng kepala. Tak faham betul dia dengan sikap Datin Zita ni. Tahu nak mengalahkan orang saja. Pening Adil.

" Okey!! Tak apa. Auntie percaya. Sebab auntie sikit pun taknak ada sangkut paut dengan Aliaa. Sebab Aliaa lah, Karl mati.


Sebab Aliaa.." Marah betul Datin Zita. Masih tak boleh terima kenyataan.

" Mama.. Sudahlah ma. Abang meninggal bukan sebab sesiapa. Ini semua dah ditentukan Allah ma. Hidup mati kita itu rahsia Allah.." kata wanita muda itu. Mungkin anaknya kut, teka Adil didalam hati.

" Apapun, bagi mama Aliaa tetap pembunuh abang..!!" Bengis wajahnya.

"Datin.. Ajal maut, jodoh pertemuan  tu sudah ditentukan sejak azali lagi. Tiada siapa tahu pun. Yang hidup ni akan mati. Sudah sampai ajal Haikal dijemput ilahi, kita yang hidup ini akan menyusul. Terimalah hakikat Datin.." Nasihat Adil.

" Tak payah nak nasihatkan saya. Saya tahu apa yang saya buat. Dahlah.. Jom..!!" Terus saja Datin Zita keluar dari bilik itu. Doktor Raziq menggeleng kepala.

" Maaf Encik Adil.. Datin Zita tu memang macam tu, jangan ambil hati ya..!" Kata Doktor Raziq. Dah faham sangat akan Datin Zita. Memang selalu complain, ada saja tak betul. Dia dan arwah Haikal memang rapat. Selalu juga arwah Haikal luah pada Doktor Raziq mengenai mamanya.

Datin Zita masih lagi merungut tidak puashati. Entah apa yang dia nakkan lagi. Jika Aliaa mati baru dia puashati agaknya. Anak perempuannya pun naik tension dengan sikapnya.

"Ash!!! Ashh!!" Datin Zita menjerit memanggil Asnida yang baru saja keluar dari toilet.

"Eh!! Datin Zita.. You buat apa dekat sini?!" Asnida terus menghampiri Datin Zita. Bersalaman mesra. Senyum.

"I jumpa Doktor Raziq. Ada hal sikit. Yang you buat apa disini. Siapa sakit?!" Tanyanya pada Asnida.

"Ex sister in law i sakit. Ni baru i dapat melawat dia.." terang Asnida.

"Ex sister in law yang you cerita dekat i tu ke?!" Berkerut.

" Iyalah.. Adik i kan ada sorang je.." Sambung Asnida lagi.

"Boleh i melawat dia sekali.." pinta Datin Zita.

"Boleh sangat. Jomlah..!!" Mereka jalan seiring. Berbual-bual. Sampai di wad, Asnida menolak pintu, diikuti oleh Datin Zita dan anaknya. Kelihatan Faliq sedang membaca surah Yassin. Datin Zita berdiri memerhati.

"Macam mana dengan Aliaa? Masih belum sedar lagi?!" Tanya Asnida pada Faliq.

"Belum lagi Ngah. Tak ada apa-apa tindakbalas pun. Doktor pun taktahu kenapa. Kalau ikutkan dia dah sedar dah. Tapi entahlah...!" Sedih saja Faliq.

"Sabarlah Alang.. Doakanlah banyak-banyak untuknya. Insha Allah, Aliaa akan sedar juga nanti.." Asnida mencium dahi Aliaa. Muka Aliaa sangat pucat. Menitis airmata Asnida. Sedih melihat Aliaa.

" Oh ya!! Kawan Angah datang nak melawat Aliaa. Datin.. Inilah adik i, Faliq..!" Faliq menoleh ke belakang. Terkejut Faliq dan terkejut Datin Zita. Terpaku kaku.

" Ni kawan Angah? Datin ni..? " Tanya Faliq.

"Iya.. Alang kenal ke?!" Datin Zita jalan perlahan menghampiri katil Aliaa. Mata terus tertumpu pada sekujur tubuh diatas katil.

" Dia yang tolak Aliaa sampai Aliaa jadi macam ni. Dia ni Angah. Dia nak Aliaa mati.. Dia tuduh Aliaa bunuh anaknya tapi dia sendiri yang buat Aliaa macam ni.." Kata Faliq tersekat-sekat suaranya menahan marah. Merenung tepat pada Datin Zita. Sakitnya hati. Asnida tercengang. Kurang faham apa yang Faliq cakapkan.

" Ash.. !! Dia ni ke.. yang.. yang.. derma 20k untuk anak yatim persatuan? Dia ni ke yang tolong i bina semula rumah anak yatim?!" Terketar-ketar suara Datin Zita. Mata mula berkaca.

"Iya.. Dialah. Ex sister in law i. Kenapa Datin you kenal dia? Alang kenal Datin Zita ni ke?!" Asnida bertanya.

Tiba-tiba Adil muncul. Terkejut dia melihat Datin Zita berada di katil Aliaa.

"Buat apa Datin masuk bilik ni? Datin nak buat apa pada Aliaa? Lebih baik Datin keluar sekarang.." arah Adil. Marah.

" Adil kejab.. Ini kawan i. Dia nak tengok Aliaa..!" Kata Asnida.

"Kawan??!"

"Saya minta maaf. Saya tak tahu orang yang derma dan bantu saya bina rumah anak yatim tu semula adalah Aliaa. Saya minta maaf. Saya tak tahu.." kata Datin Zita menangis. Menyesal dia dan rasa bersalah.

" Derma? Anak yatim? Apa ni Ash!! Saya tak faham.."

"Macam ni.. Aliaa ada derma 20k pada anak-anak yatim persatuan Datin Zita ni. Dan, Aliaa ada tolong bina semula rumah anak yatim yang hampir nak tutup dulu sebab Datin ada masalah kewangan. waktu tu. Tapi Aliaa tak bagi i info siapa dia. Tapi ni tadi boleh pula i terlepas cakap pada Datin ni.." jelas Asnida. 


" Saya minta maaf Adil. Saya minta maaf.." Deras airmata Datin Zita memohon maaf pada Adil. Adil berpandangan dengan Faliq. Tak tahu dia nak cakap apa.

" Datin minta maaflah pada Aliaa. Itupun kalau umur Aliaa panjang. Kalau tak panjang, Datin carilah dia dipadang masyar nanti.." tersentak Datin Zita dengan kata-kata Adil. Sungguh Adil sangat kecil hati dengan sikap Datin Zita pada Aliaa.

Tersedu-sedu Datin Zita menangis. Menyesal akan perbuatannya. Lain kali jangan suka-suka nak menghina orang. Kadang orang yang dihina itulah sebenarnya yang banyak bantu kita. Menyesal tak sudah. 
Previous: Bab 94
Next: Bab 96

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.