336,420
Kategori:
Genre:
Bab 94
 Faliq duduk termenung di kerusi depan rumah Adil. Menanti Adil pulang ke rumah. Aliaa dah masuk ke dalam rumah. Mahu berehat katanya. Lewat juga mereka sampai di rumah, selepas balik dari jumpa Haikal tadi mereka singgah ke Mid Valley, beli barang sedikit. Jalan pula sesak, nasiblah menghadap kesesakan jalanraya hampir sejam lebih. Ada kemalangan teruk. Hampir jam enam lebih juga sampai rumah. Adil pula ada kerja, pun lewat balik. Setialah Faliq menunggu Adil.

Tidak lama kemudian, kereta yang dipandu oleh Adil memasuki perkarangan rumah. Tersenyum Faliq menyambut kepulangan si sahabat.

"Alamak!! Sorry bro.. Last minute kena siapkan kerja pula. Lama ke kau tunggu ni.." terus saja Adil bersuara.

" Tak apalah. Aku saja je tunggu kau balik. Lagipun Aliaa sorang-sorang. Tak sedap hati pula nak tinggalkan dia.." jawab Faliq.

" So, apa cerita? Dia okey tak? Haikal macam mana?!" Tanya Adil.

" Tu yang risau ni. Aliaa tak berapa sihatlah. Tadi masa nak jumpa Haikal, dia sakit. Risau aku takut dia pengsan je. Tapi dia cakap dia dah biasa dah.." cerita Faliq.

" Tulah dia kalau dicakap. Dah biasalah. Tak ada apa-apalah. Hmm...!! So, Haikal macam mana?!" Tanya Adil lagi.

" Macam tulah beb. Aku tak duduk dekat dengan diaorang. Aku duduk jauh sikit sebab taknak ganggu mereka. Tapi alhamdulilah, semuanya okey!! Sedih gila tengok muka Haikal. Muka pasrah je bro..Pasrah dipaksa nikah. Sedih..!!" sambung Haikal lagi.

" Tulah. Orang baik. Aku pun simpati sebenarnya. Tapi baguslah sekurang-kurang dia dengar cakap mak dia walaupun mak dia tentang hubungan dia dan Aliaa. Kalau orang lain, aku rasa mahunya melawan, bawa kahwin lari. Semoga Haikal jadi anak soleh dan bahagia pernikahannya.."

"Iyalah kan. Macam Wan kan. Pernikahan atas pilihan family. Kira terpaksa juga ke apa? Akhirnya.. Berpisah.. Tapi rasanya mereka bersatu semula kut. Lama dah tak contact dia.." Faliq teringat akan Zahwan.

" Iya.. Bersatu semula. Nak jadi bapa dah pun sahabat kita tu..!"

"Uit.. iya ke?! Dasyat juga dia tu. Bukan baru rujuk ke. Tak silap aku bulan Mac hari tu kan.."

"Ha lah..!! Rezeki Allah bagi.. Aku juga yang masih solo..!!" Keluh Adil sendiri.

"Kau yang tunggu lama-lama, siapa suruh? Boleh je kut kalau kau nak.." kata Faliq.

" Entahlah bro. Dengan keadaan adik aku macam ni, dengar pula sahabat-sahabat aku nikah cerai. Jadi gerun pula aku nak kahwin.." luah Adil.

" Ada ke patut fikir macam tu. Kau tu pun ada hak cari bahagia sendiri. Inikan pengalaman. Jadikan pengajaran jelah. Dina tak cakap apa-apa ke? Bertunang dah lama, majlisnya bila?!"

" Dia pun busy. Sekarang ni dia dekat Kedah. Aku tanya dia, dia boleh cakap. Nantilah. So, apa aku boleh buat. Aku busy dia busy. Entah kekal entah taklah ni. Aku pun tak tahu. Ada jodoh adalah. Tapi yang aku fikir sekarang ni adik aku.. Tu je..!!."

" Pula dah..!! Tu aku tak boleh nak komen lah.."

" Eh!! Dah masuk maghrib dah ni. Jom masuk.. Solat dulu, kemudian kita pergi makan. Nak masak tak sempat dah ni.." pelawa Adil.

" Aku nak mandi dululah. Melekit dah badan ni.."kata Faliq. Adil angguk. Memang ada pakaian Faliq dalam bilik tetamu. Pakaian yang dia belum ambil lagi. Mereka berdua terus masuk ke dalam rumah. 

Selesai solat berjemaah, mereka kembali ke ruang tamu. Dan terus keluar, mahu makan. Aliaa ceria saja. Berbual, sakat menyakat. Happy saja dia.

"Sekarang ni nak makan dekat mana?" Tanya Adil pada mereka.

" Sate, Nasi ayam, Sup tulang.. !" Jawab Aliaa.

"Amboii..!! Badan kecil makan kuat. Boleh tahan..!" Perli Faliq.

"Bukan selalu makan banyak pun. Nanti kalau tak habis, awak habiskan tau..!! Hahaha..!" Aliaa gelak.

" Ingat saya tong drum..!!"

"Awak kata nak sado. Nak jadi bodyguard saya kan.. Jadi kenalah makan banyak-banyak.."jawab Aliaa lagi.

" Kalau nak jadi sado, kena exercise, makan makanan berkhasiat. Bukan makan sate, tu sado perut je nanti tau. Kang kalau sado perut awak taknak saya pula kan..!!"

"Eeee siapa jelah nak dia. Perasannn..!!" Aliaa mencebik mengejek. Adil hanya gelak saja. Meriah mereka, dah lama tak meriah begitu.

Setibanya di gerai makan tempat biasa Adil membeli sate. Mereka duduk di hujung sudut. Jauh sikit dari keramaian orang. Seorang pelayan mengambil pesanan makanan. Sementara makanan sampai mereka berbual lagi. Bau sate menusuk ke hidung. Terus jadi lapar Aliaa.

"Adik.. Esok kita pergi Hospital Serdang ya. Tadi abang dah call kawan Haikal tu, jumpa dia esok pagi. Semua laporan kesihatan adik ada pada dia. Katanya adik kena buat rawatan segera.." jelas Adil. Aliaa mendengar saja dan angguk.

"Abang.. Rawatan tu telan belanja tinggi tau abang.."

"Abang tak kisah pun berapa tinggi, yang penting adik sihat. Duit boleh cari dik, nyawa mana nak cari..!"sambung Adil lagi.

"Betul tu Aliaa.. Kami nak awak sihat. Kami sayang awak. Perlukan awak. Dhia perlukan ibunya. Jangan risau mengenai kos perubatan tu.." sampuk Faliq pula.

" Apa adik nak risau. Adik ada personal insurans kan. Abang pun ada sediakan khas insurans untuk adik dan Dhia. Abang dah buat persediaan dah.." Aliaa angguk.

"Ha! Insurans awak dan Dhia pun saya still on. Tak padam lagi pun. So, sekarang ni awak kena jalani rawatan tu okey!! Demi kesihatan awak. Jangan bagi alasan tau..!!" Aliaa senyum. Terharu dia sendiri. Kanan dan kiri abang dan bekas suami a.k.a teman tapi mesra. Kedua-duanya menyayanginya. Bersyukur ke hadrat ilahi. Memang sejak beberapa minggu ni kesihatannya semakin teruk. Hampir saja setiap hari sakitnya datang. Rasa memang macam nak mati. Badannya pun semakin susut. Selera makan pun kurang. Bagus jugalah Aliaa tidak kerja lagi di Sabah, ada Adil dan Faliq boleh jaga dan pantau dia. Cadangan minggu hadapan mereka mahu ambil Dhia dan Sis Tuti bawa ke KL. Segala barang mahu diangkut sekali. Kedai pula Aliaa minta Kak Su uruskan sepenuhnya. Kontrak Faliq bersama Pearl Holding masih diteruskan.

Memikmati hidangan makan malam. Sangat menyelerakan Aliaa. Dah lama Aliaa tak makan banyak begitu. Nasi ayam habis licin dimakannya. Sup tulang juga licin. Sate dia makan sorang saja pun habis 20cucuk. Tiba-tiba pula jadi besar seleranya. Adil melihat Aliaa dengan seribu persoalan.

"Selama ni Aliaa tak pernah makan banyak ni. Biasa kalau nasi ayam tak habis, sate je. Tapi ini dengan sup tulang satu mangkuk sedang, nasi ayam licin dan sate lagi. Lapar sangat agaknya ni.."bisik hati Adil sendiri dan senyum. Taknak fikir bukan-bukan. Seronok betul mereka makan malam tu. Aliaa minta izin mahu ke toilet. Adil menyedup air tembikai. Dan tiba-tiba, handphone nya berbunyi. Dato' Hamid call. Berkerut dia pandang Faliq.

"Assalammualaikum Pa.. !"

" Waalaikumsalam.. Adil dekat mana?"

"Saya dekat luar ni tengah makan dengan Adik dan Faliq. Ada apa pa..?!" Faliq mendengar saja. Menyedup air fresh orange terakhirnya.

" Haaa?!! Ya Allah..!! Dekat mana sekarang? Baiklah Adil ke sana. Okey pa, jumpa dekat sana nanti..!!" Talian dimatikan. Muka terus berubah.

"Kenapa bro?!" Tanya Faliq. Nampak macam serius. Adil terdiam membisu. Tak tahu macam mana nak cakap.

"Kita kena pergi sekarang. Sekejab aku nak bayar bil.."Faliq berkerut. Terpinga-pinga. Nak pergi mana pula. Kata Faliq sendiri. Tak lama Aliaa sampai dan Adil terus ajak mereka tapi tak beritahu kemana mahu pergi. Cuma cakap adalah dan senyum.

Adil memulakan pemanduan laju. Aliaa senyap saja dibelakang. Faliq menoleh ke belakang. Senyum. Aliaa sedang lena tidur. Kepenatan kali. Kereta memasuki ke kawasan Hospital Serdang. Mencari parking kereta. Mematikan enjin kereta.

" Amboii..!! Lenanya tidur. Dah sampai dah.. Jom..!! " Adil gelak kecil melihat reaksi Aliaa mengeliat macam budak kecil. Menggosok-gosok mata. Keluar dari kereta. Aliaa masih lagi terpinga-pinga baru bangun tidur. Berkerut dahinya. Baru perasan.

" Abang..!! Buat apa kita ke hospital ni. Bukan esok ke abang cakap jumpa doktor tu?!" Tanya Aliaa. Adil mendekati adiknya. Senyum.

" Ikut je..!" Adil menarik tangan Aliaa. Digenggam tangan Aliaa. Mereka jalan perlahan memasuki lobi hospital dan terus berjalan ke bahagian kecemasan. Aliaa masih terpinga-pinga. Hatinya jadi tak sedap. Pandang pada Adil dan Faliq.


Kelihatan dihadapan bilik kecemasan ramai orang. Orang-orang yang Aliaa kenal juga. Aliaa memberhentikan langkah. Diperhati satu persatu wajah. Dato' Hamid, Dato' Azrul, Erisya dan mamanya. Erin yang lengkap berpakaian pengantin dan Datin Zita yang sedang duduk menangis tersedu-sedu. Aliaa terkerut. Dia mencari kelibat Haikal. Mana Haikal? Kenapa semua menangis? Bukanlah malam ni Haikal dan Erin menikah tapi kenapa berada di hospital ni? Aliaa terpaku.

Dato' Hamid nampak kehadiran mereka dan terus datang kepada mereka. Muka sedih.

" Papa.. Kenapa semua ada dekat sini? Mana.. Mana Haikal? Haikal nikah malam ni kan.." Tanya Aliaa perlahan. Berdebar-debar dadanya menanti jawapan Dato' Hamid.

"Sabar sayang..!! Haikal kemalangan..!" Airmata Aliaa terus mengalir. Tapi masih mampu bertenang.

"Kemalangan? Macam mana keadaannya?"
Tanya lagi.

"Keadaannya sangat parah. Pendarahan dikepala. Harapan nipis..!!" Makin deras airmata Aliaa. Adil terus memeluk erat adiknya.

" Kita doakan yang terbaik untuknya moga ada keajaiban. Sabar Aliaa.. Kuatkan semangat..!!" Hanya esak tangis kedengaran.

"Abang.. Haikal abang..!! "

"Iya sayang.. Sabar..!! Sabar...!!" Adil masih memeluk Aliaa. Memberi kekuatan dan menenangkan Aliaa. Faliq terdiam. Baru petang tadi jumpa, tak sangka berita ini yang diterima. Sedih!! Erisya datang pada Aliaa. Adil melepaskan pelukan Aliaa. Kemudian, Aliaa dan  Erisya berpelukkan pula. Betapa sedihnya mereka.

Datin Zita ternampak Aliaa. Dalam esak tangis Datin Zita menghampiri Aliaa. Bengkak mata Datin menangis kesedihan. Semua mata tertumpu pada Datin Zita. Dia berdiri betul-betul dihadapan Aliaa. Bertentang mata. Dan tiba-tiba...

"Panggggg!!!" Datin Zita menampar pipi Aliaa sekuat mungkin. Bengis mukanya tiba-tiba. Semua terkejut. Aliaa terpaku. Adil terus mendapatkan Aliaa.

"Sebab kau.. Sebab kau.. Anak aku kemalangan. Kalau anak aku mati, aku takkan maafkan kau..!!" Datin Zita menjerit-jerit marah.

" Ya Allah..!! Apa Datin cakap ni..!!" Adil bersuara. Airmata Aliaa semakin deras. Perit pipinya.

"Kau jumpa Karl tadi kan ha! Kau ingat aku tak tahu ke. Kalau dia tak jumpa kau tadi, dia takkan kemalangan. Semua sebab kau Aliaa. Sebab kau. Kau memang nak dia matikan sebab kau nak jantung dia. Kalau Karl mati itu sebab Kau pembunuh Aliaa.. Pembunuh..."Masih menjerit.

" Kak.. Mengucap kak. Istighfar kak.. Ingat Allah..!! Bukan salah Aliaa, ini semua takdir Allah.." Dato' Hamid menenangkan Datin Zita. Suasana jadi tegang. Aliaa melepaskan pelukkan Adil perlahan-lahan dan menghampiri Datin Zita. Adil cuba menarik tangan Aliaa tapi Aliaa tepis lembut. Aliaa kuatkan hatinya.

"Maafkan saya Datin. Maafkan saya..!!" Aliaa cuba menyentuh tangan Datin Zita. Dengan pantas Datin Zita terus menolak sekuat hati badan Aliaa. Aliaa jatuh ke lantai.

" Ya Allah.. Adik..!!" Adil terus mendapatkan Aliaa. Aliaa longlai, pengsan tak sedarkan diri.

"Adik.. Adik.. !! Faliq panggil doktor Liq. Panggil doktor..!!!" Adil menjerit. Suasana cemas. Adil mengangkat Aliaa yang terkulai. Datin Zita terpaku kaku.

Dua orang jururawat berlari mendapatkan Aliaa dan menyuruh Adil meletakkan Aliaa di troli. Seorang doktor lelaki muncul . Memeriksa denyutan jantung dan nadi Aliaa. Terus menjerit pada jururawat.

" Tolak masuk bilik kecemasan sekarang. Sediakan oksigen cepat. Jantung lemah.. Cepat.. Cepat..!!" Jururawat terus menolak Aliaa ke dalam bilik kecemasan. Keadaan kelam-kabut.

" Siapa nama pesakit?!" Tanya doktor.

"Aliaa Sofea..!!"

"Aliaa Sofea kawan Doktor Harris?!" Berkerut doktor itu. Adil angguk. Doktor menulis sesuatu di tapak tangannya.

"Awak Abang Aliaa..!!" Adil angguk lagi.

"Doktor.. Patient no response!!" Jerit seorang jururawat dimuka pintu.

"What?? "Terus doktor lari laju masuk ke dalam bilik kecemasan tadi.

"Liq.. Adik aku Liq.!!" Menitis airmata Adil. Menggigil seluruh badan mendengar jeritan jururawat itu. Faliq peluk Adil. Tidak mampu cakap apa lagi dah.

Allahuakhbar!! Tiada siapa tahu apa akan terjadi. Dua insan sedang bertarung nyawa. Suasana sangat sayu, hanya esak tangis saja kedengaran.


Seorang bertarung nyawa akibat kemalangan dan seorang bertarung nyawa akibat penyakit yang dihidapinya. Sedang dirawat di dalam bilik kecemasan yang sama. Ahli keluarga setia menanti penuh debaran. Antara hidup dan mati. Andai ajal menjemput, redha dipenghujung. Hanya doa mengiringi mereka.

Muncul seorang doktor wanita muda bercermin mata. Dengan wajah yang sugul. Menarik nafas. Memandang setiap wajah ahli keluarga pesakit. Cuba untuk senyum. Mereka semua tertumpu pada doktor itu. Termasuk Adil dan Faliq. Penuh debaran.

"Kami dah usahakan yang terbaik. Tapi Allah lebih menyayanginya. Maafkan kami.. "

Previous: Bab 93
Next: Bab 95

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.