336,505
Kategori:
Genre:
Bab 136
Eh!! Jam berapa sudah ni. Ya Allah..!! Biar betul?! Aku gosok mata berkali-kali tengok jam.  Betullah aku tak silap, 6.10 petang dah. Boleh pula aku tak perasan. Punyalah fokus aku menghadap kerja ni. Ini dah betul-betul lewat ni. Tanpa buang masa, aku terus kemas segala dokumen atas meja, cepat-cepat ambil handbag, matikan lampu dan terus keluar. Tinggal aku sorang je. Dah tak ada orang pun bangunan ni yang ada hanya security bawah je. Bahaya juga. Biasa kalau aku balik lewat ada peneman sama ada Naim, Nina atau papa sendiri. Tapi kalau sorang-sorang macam ni memang tak pernah lagi. Takut pun ada. Nasiblah. Terlajak lewat pula, bukan sengaja pun. Ni kalau abang tahu, mahu kena bebel setahun. Apalah abang, layan aku macam budak kecil je.

Aku terus melangkah keluar dari liff dan jalan perlahan. Senyum pada Pakcik Mail.

" Cik baru balik?!" Tegur Pakcik Mail.

" Iya Pakcik.. Banyak kerja..!" Balasku.

" Jangan selalu balik lewat. Bahaya! Cik perempuan, kalau ada kawan tak apa lagi.." nasihat Pakcik Mail.

"Baik Pakcik.. Saya tak perasan dah jam ni, saya ingat baru jam 5.00 petang..!" Kataku lagi.

" Kuat sangat kerja tu Cik..!" Aku gelak kecil.

" Saya balik dulu ya pakcik. Assalammualaikum..!!" Aku terus melangkah. Rasa malas pula nak berjalan ke parking. Terasa badan ni, penat, letih semua ada. Ni kalau dapat pergi spa mesti best kan. Merehatkan badan. Hmm.. Bilalah nak pergi. Di parking memang sunyi dan sepi. Gerun jugalah sebab aku sorang je. Yang kedengaran hanya bunyi tapak kasut aku je.

Aku terperasan sesuatu. Ada orang ikut aku lagilah. Aku jalan perlahan-lahan je. Orang yang sama rasanya. Aku nampak dia menyorok belakang tiang seberang. Aku buat-buat tak nampak dia, jalan perlahan sambil menyanyi. Aku keluarkan kunci kereta dan sengaja jatuhkan kunci. Aku buka kasut cepat-cepat dan tunduk ambil kunci serentak ambil kasut. Aku sempat jeling pada orang hitam tu. Dia menyorok. Dengan pantas aku lari ke seberang dengan berkaki ayam dan menyorok di belakang kereta orang.  Jadi taklah dengar bunyi tapak kasut. Giliran aku pula mengendap dia. Kasut tumit aku ni, aku jadikan senjata. Best ni kalau ketuk kepala dia, boleh  bocor kepala. Tajam tu. Aku nampak orang itu mencari-cari aku kut. Aku diamkan diri. Sekarang ni, aku nak tahu siapa dia. Aku nekad nak juga tanya, apa jadi pun jadilah. Kasut aku ada ni. Harap boleh membantu. Hehe..

Dia berdiri dan bersandar ditiang. Memang dia tak nampak aku. Dia mengeluarkan handphone. Dia menghubungi seseorang. Inilah masanya aku nak bertindak. Dengan ada sikit asas silat dan level keberanian yang tinggi menggunung ni. So, confident jelah. Dia leka berbual. Aku dapat idea apa nak buat. Aku jalan perlahan-lahan ke arah dia seperti perompak masuk rumah orang dan dengan sepantas kilat. Aku terus rampas handphone nya. Terkejut besar dia. Tercengang sekejab.

" Hoiiii..  Handphone akulah...!" Menjerit kuat orang tu. Aku tak pedulikan pun. Dia pandang aku, konon nak ambil handphone dari aku tapi sorry. Aku lebih bijak.

" Bagi handphone tu..! Kalau tak... " Dia minta lagi.

" Kalau tak apa? Nak buat apa dekat aku? Atau kau nak aku hancurkan handphone ni.." aku balik ugut dia.

" Kau jangan buat hal. Bagi balik"

" Kalau kau nak handphone kau ni. Lebih baik kau cakap sekarang, kenapa kau ikut aku dari kelmarin lagi.."

"Siapa pula yang ikut kau. Aku kerja dekat sini lah.." jawabnya.

"Jangan nak menipu, kau ingat aku bodoh ke? Sekarang ni kau nak cakap ke atau 1, 2...."

"Oii.. Oiii... !! Aduh kau ni..! Okey! Kau nak apa sekarang?!"

" Kenapa kau ikut aku? Kau siapa?" Tanyaku lagi.

" Aku tak boleh cakap. Ini rahsia. Melanggar etika kerja aku.." jawabnya. Aku berkerut.

" Arhh!! Tak kisahlah etika kerja ke,  atikah ke, sekarang ni aku cuma nak tahu tu je. Cepat cakap. Hmm.. Handphone kau ni handphone murah je, kau tak kisah pun handphone ni kan. So, kalau aku hancurkan handphone ni pun okey je kan..!" Kataku sengaja.

"Memanglah handphone tu murah tapi dalam handphone tu banyak benda penting.."

" Ha!! Kalau tahu penting, cepatlah cakap.."
Garu kepala orang hitam ni.


Kena ugut sikit pun dah cuak. Aku masih menunggu jawapan dia. Apalah susah sangat nak cakap.

" Cepatlah cakap, aku nak balik ni. Dah lewat dah. Dahlah, tahun depan jelah kau cakap. Handphone kau ni aku ambil, bye..!!" Aku terus jalan. Malas pula aku nak tunggu. Kasut aku masih aku pegang lagi, standby kalau dia buat sesuatu dekat aku. Senang aku nak ketuk kepalanya.

"Oii.. Handphone akulah..." dia kejar aku. Aku buat tak tahu je. Biarkan dia. Siapa suruh taknak cakap.

" Okey.. Aku cakap.." Aku berhentikan langkah dan senyum. Berjaya pun. Aku menoleh padanya. Buat muka serius.

"Okey cakap cepat.."

" Sebenarnya Kak Ash yang suruh aku ikut kau.."

" Apa? Ash?!" Terkejut aku.

"Iya.. Dia suruh ikut mana je kau pergi. Dia taknak kau dikacau Tasya.." jelas orang tu. Aku terdiam kejab.

" Tapi aku okey je kut. Kenapa sampai hantar kau ikut aku.."

" Sebab dia sayang kaulah. Itu pun tak boleh fikir ke, apalah..!" Aku sengeh.

" Atau ni mesti Faliq juga yang suruh kut kan..!" Aku teka sendiri.

" Tu aku tak tahu. Aku cuma ikut arahan dari Kak Ash je.. Aku bertindak ikut arahan dia.." katanya lagi. Aku angguk-anguk kepala.

"Hmm.. Lepas ni kau tak payahlah ikut aku, rimaslah. Lagipun, tak adanya Tasya nak buat yang tak elok dekat aku. Dia gertak je tu.." kataku. Memang pun rimas. Macam budak kecil pula nak kawal aku. Apalah Angah ni.

" Minta maaf. Aku bertindak ikut arahan Kak Ash..!!" Jawablah lagi tegas.

"Ish!! Sukahati kaulah.."

"Cuma aku nak pesan. Kau kena hati-hati juga dengan Tasya tu. Dia ada masalah sikit tu. Kalau dia bertindak diluar kawalan, silap haribulan nyawa kau boleh terancam tau.." terangnya.

"Ha? Masalah apa? Kau jangan menuduh tak tentu pasal.." Aku tercengang. Tak faham maksud orang hitam ni.

" Menuduh apa pula, aku dah siasat semualah. Dah kerja aku pun.." Katanya. Nampak bengang muka. Aku sengeh.

" Hmm.. Iyalah. So, dia ada masalah apa?!" Aku ingin tahu sangat apa masalah Tasya yang orang hitam ni cakap.

Tut... Tutt...!! Pula dah. Handphone orang hitam ni bunyi pula.

" Bagi handphone tu. Ada orang call tu. Tu mesti Kak Ash..!" Aku terus tengok di skrin handphone. Iyalah, Angah yang call. Aku terus bagi handphone padanya. Dia terus jawab panggilan di hadapanku. Aku dengar saja perbualan pendek mereka. Tak lama, talian dimatikan.

" Aku nak kena pergi sekarang. Ada kerja..! Lepas ni kau terus balik rumah, jangan singgah mana-mana. Abang kau tak ada kan. Pastikan rumah sentiasa berkunci. Aku tetap akan ikut kau, tapi aku minta kau jangan tegur aku lepas ni. Kalau nampak aku kita buat tak kenal okey! Ini demi keselamatan kau.." pesannya panjang lebar.

" Baiklah orang hitam. Eh! Tapi Faliq tahu tak kau ni? Tak pasal-pasal kau pula kena belasah dengan dia nanti sebab ikut aku. Mati kau..!" Kataku.

" Hahaha.. Mestilah dia tahu. Jangan risaulah..!" Dia gelak kuat.

" Okeylah kalau macam tu.."

" Kau ambil nombor telefon aku ni. Kalau Tasya kacau kau atau apa-apa saja bantuan yang kau perlukan. Call je aku, 24 jam on..!" Dia bagi nombor telefonnya padaku. Aku save di handphone.

" 24jam on ek? Kalau tiba-tiba tayar kereta aku pancit ke atau kereta aku rosak tengah jalan. Aku call je ye.."

" Amboiii.. Kau ingat aku mekanik ke? Suka-suka pula..!" Bengang je orang hitam tu. Hehe..

"Iyalah. Dah kau kata apa saja bantuan yang aku perlukan dan 24 jam on kut. Itu pun bantuan jugalah kan.."

" Sukahati kaulah. Nama aku Black.."

"Black? Jadi betullah kau orang hitam. Pakai baju serba hitam, kereta hitam. Nama pun hitam. Cun sangatlah tu.." Dah aku merepek.

" Kau ni membebel je. Dah pergi balik sana. Dah lewat dah ni. Aku blah dulu. Hati-hati..!" Dia terus jalan. Aku pun terus je ke kereta. Aku tahu Black tu tak pergi lagi pun. Masih ada lagi tu. Biarlah dia buat kerja dia.

Aku masuk dalam kereta, hidupkan enjin kereta dan memulakan pemanduan. Aku masih lagi berfikir. Ini semua mesti kerja Faliq dan abanglah ni. Patutlah aku cerita dekat abang tempoh hari tapi abang buat relax je. Rupanya dia punya plan. Hmm.. Sabar jelah dua sahabat tu termasuk Angah.


Aku senyum sendiri. Terasa diri ini sangat disayangi. Syukur sangat.

 Eh! Tadi sebenarnya aku cadang nak jumpa Faliq nak bagi mangkuk tingkat padanya, sekali nak memujuklah kononnya tapi terlupalah pula. Mangkuk tingkat pun aku tak bawa balik, lupalah. Esok jelah. Orang yang tu tengah merajuk, biarkan je dulu. Taknak kacau dia, biar dia relax dan cool dulu. Bagilah dia ruang untuk rasa rindu pada aku. Nak merajuk sangat kan, ambil merajuk awak tu Faliq, hehe..!!

Aku pun tak google lagi ni macam mana cara nak memujuk. Kikiki..! Nak tengok berapa lama dia boleh merajuk dengan aku. Aku ni pun, dah orang tu merajuk makin aku buat. Bukannya nak mengalah. Okey.. !! Esok jelah aku call dan whatsapp dia. Hari ni aku taknak ganggu dia. Lagipun aku dah kepenatan sangat ni. Balik rumah, jumpa si kecil dulu, mandi, solat dan tidur.  Yeah!!

Lalalalalalaaaa!!

Previous: Bab 135
Next: Bab 137

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.