336,736
Kategori:
Genre:
Bab 74
Selepas solat isyak, Haikal mahu ke wad Aliaa. Kebetulan malam ni tidak busy. Jadi, bolehlah dia temankan Aliaa. Pintu bilik dikuak, kelihatan Aliaa sedang leka menonton. Nampak saja Haikal dimuka pintu terus dia senyum. Badan masih lemah, wajah masih pucat.

"Haii.. So, macam mana sekarang?!" Tegur Haikal.

" Okey!!" Jawab Aliaa. Aliaa bangun dan sandarkan badan di kepala katil.

"Awak tak makan lagi? Kenapa tak makan?" Aliaa sengeh.

" Saya tak ada selera nak makan.." kata Aliaa.
Haikal ambil nasi dan sudu diatas meja dan duduk dihadapan Aliaa.

" Awak kena makan. Kalau tak makan macam mana darah nak stabil. Mulai saat ini, saya nak awak makan ikut masa. Tak ada alasan...!!" Kata Haikal tegas.

" Wow!! Saat ini ekk.. Hehe..!!" Aliaa gelak kecil.

" Iya.. Kena ikut arahan. Ubat pun kena makan ikut masa. Faham?!" Sambung Haikal. Serius. Tiada senyuman.

" Baik Doktor Harris. Saya bertindak mengikut arahan. Tapi kalau saya terrrrrlupa macam mana?!" Aliaa sengaja.

" Tak boleh terrr. Kena pasang alarm handphone. Nanti saya pasang alarm di rumah, di office, dalam kereta. Semua..!!"

" Hahaha..!! Sampai macam tu sekali.." Gelak besar Aliaa.

" Yang penting awak sihat. Saya nak awak sihat, nak awak happy. Saya taknak awak sedih.." Haikal renung ke dalam anak mata Aliaa. Redup saja matanya. Aliaa terdiam dan senyum. Terharu sebenarnya.

"Makan ni.. !! Habiskan.." Haikal menyuap nasi ke mulut Aliaa.

"Tak apa. Saya boleh makan sendiri.." Aliaa menolak dari disuap. Malu sebenarnya dia.

"Aliaa.. Makan ni.. !" Haikal serius. Nak taknak terpaksa Aliaa buka mulut. Haikal senyum. Mereka berbual kosong. Aliaa terharu dengan layanan dari Haikal. Betul-betul Haikal mengambil berat pada dirinya dan pada Dhia juga. Setiap jam dia call Sis Tuti bertanyakan mengenai Dhia. Terasa disayangi. Aliaa senyum sendiri. Hmm.. Lepas ni memang tak boleh nak mengelak dari tidak makan ubat dan makan nasi. Sebelum ni selalu terlajak makan. Manalah nak sihat. Dan sekarang, terpaksalah ikut masa, kalau tak nanti kena marah dengan bestfriends forever.

Sedang mereka sembang mesra, pintu dikuak. Muncul Faliq dan Nizam.  Tercengang melihat kemesraan Aliaa dan Haikal.

" Assalammualaikum.."

" Waalaikumsalam.." Aliaa dan Haikal memyambut kedatangan mereka dengan senyuman. Faliq dan Nizam menghampiri. Haikal mengambil gelas dari tangan Aliaa. Pinggan dan gelas diletak diatas meja.

" Awak macam mana? Okey tak?!"tanya Faliq dan duduk dikerusi. Mata terus memandang Aliaa.

"Alhamdulilah okey..!!" Jawab Aliaa. Senyum.

" Aliaa.. Makan ni dulu ye.." Haikal memberikan beberapa biji ubat dan air suam pada Aliaa. Aliaa mengambil dan menelan.

" Eeeee... Kenapa pahit sangat ni.." Berkerut seribu muka Aliaa menahan pahit, kelatnya ubat.

"Mana ada ubat yang manis.." Kata Haikal. Terus mengambil gelas dari tangan Aliaa dan letak diatas meja.

 Dan tiba-tiba segala ubat yang baru ditelan terkeluar semula dari mulut Aliaa. Tak dapat dikawal. Aliaa sempat menadah dan Haikal juga cepat-cepat menadah segala sisa ubat tadi. Mujur hanya muntah ubatan saja. Ubat yang paling pahit dalam dunia.

"Allahuakhbar..!!" Aliaa pandang muka Haikal rasa bersalah.

"Tak apa. Muntahkan je. Jangan tahan.. " kata Haikal lembut. Dia masih menada lagi. Faliq hanya melihat. Kemudian, Haikal terus ke bilik air dan mencuci tangannya. Dia membawa sebekas air paip bercampur sedikit sabun. Dan menyuruh Aliaa mencuci tangannya. Kain kering dilap pada tangan Aliaa.

"Haikal.. Sorry!" Aliaa mencebik muka sedih. Bersalah.

"Nah!! Minum air ni. Tapi nanti kena makan ubat tu juga tau. Ubat ni memang pahit. Tapi yang pahit tulah untuk kesembuhan awak.." Aliaa angguk perlahan. Faliq diam saja dari tadi. Sakit juga matanya melihat Aliaa dan Haikal. Tapi dalam keadaan Aliaa yang tidak sihat, Faliq diamkan saja. Haikal masuk semula ke bilik untuk cuci bekas air tadi. Sengaja dia yang mahu buat semua, sepatutnya dia boleh suruh jururawat. Tapi dia niat mahu menjaga Aliaa sendiri. Dan Haikal tiada niat pun mahu buat Faliq cemburu.

" Maaf.. !" Kata Aliaa pada Faliq. Faliq senyum saja.

Aliaa mengurut-urut tangan kanannya. Terasa kebas dan lenguh tangannya. Kata Haikal memang macam tu.

" Awak dah makan?!" Tanya Aliaa pada Faliq lagi.

"Dah tadi. Adil dah tahu awak masuk hospital?"

"Tak pasti. Rasa Haikal dah info kut.." Jawab Aliaa. Haikal keluar dari bilik air dan menghampiri Aliaa.

"Aliaa.. awak rehat ye. Saya keluar dulu.." Haikal senyum. Baru saja Haikal mahu melangkah, Aliaa tarik tangan Haikal. Aliaa geleng padanya. Tak bagi Haikal tinggalkannya bersama Faliq. Haikal senyum. Memahami maksud Aliaa.

" Saya ada patient ni. Nanti dah selesai saya datang lagi. Lagipun, abang awak dah sampai KK ni. Kejab lagi dia sampai.." kata Haikal. Aliaa angguk kepala. Tangannya melepaskan tangan Haikal.

" Bro.. Temankan Aliaa sekejab ya..!!" Kata Haikal pada Faliq. Sengaja Haikal walaupun dia tahu Aliaa tak selesa. Faliq senyum dan angguk. Haikal meninggalkan mereka berdua. Aliaa menonton tv. Faliq memandang Aliaa seperti mahu telan.  Aliaa mula rasa tak selesa.

"Kenapa pandang saya macam tu?!"

" Dah lama saya tak menatap wajah awak Aliaa. Saya rindu sangat pada awak..!" Faliq mulakan lagi.

" Dahlah Faliq. Kita dah tak ada apa-apa. Tolonglah !!"  Aliaa dah mula bosan.

" Saya tahu. Aliaa.. Saya nak tebus semua kesalahan saya.."

" Tolonglah Faliq. Dah banyak kali saya cakap kan. Tak payah cakap perkara ni lagi.." Aliaa menarik nafas panjang.

"Saya sayang awak. Saya tak boleh hidup tanpa awak.." Aduhai Faliq ni. Kenapa susah sangat nak faham keadaan Aliaa. Suka sangat bagi tekanan pada Aliaa.

" Cukuplah kita sebagai kawan.. Tolonglah Faliq. Jangan buat saya macam ni...." Aliaa terdiam. Dia dah tak tahu nak cakap apa lagi dah.

" Aliaa.. Saya tak boleh tengok awak dengan Haikal. Saya cemburu Aliaa.. Awak milik saya seorang je.. Please lah bagi saya peluang sekali lagi.." Faliq masih mendesak.

" Ya Allah..!!! Ingat tak apa yang saya dah cakap pada awak. Apa yang awak dah janji? Awak lupa ke?!" Aliaa dah mula rasa tertekan dengan sikap Faliq.

"Saya cuma nak awak je. Saya tak ingat semua tu dah. Aliaa..!! Awak sayang saya kan..!" Faliq masih lagi mendesak dan mendesak. Aliaa menundukkan kepala memandang selimut putih. Aliaa diam.

"Aliaa.. Saya perlukan awak. Saya tetap sayang awak. Saya... "

"Faliq.. tolonglah. Tolong jangan buat saya tertekan. Tolonglah. Saya merayu.. Tolong jangan cakap perkara ni lagi.. Please lah..!!" Aliaa menangis tiba-tiba. Dia rasa sangat tertekan, dengan kesihatannya yang tak baik. Dengan desakan demi desakan dari Faliq. Aliaa rasa macam batu menimpa-nimpa kepalanya.

" Aliaa.. Aliaa.. !! Saya minta maaf. Saya tak bermaksud nak buat awak tertekan. Saya cuma sayang awak. Okey! Saya tak cakap lagi.." Faliq mula rasa bersalah.

" Pergilah Faliq. Pergilah. Jangan buat saya macam ni. Awak dah buat saya menderita selama ni. Tolonglah hentikan semua ni. Awak nak buat apa lagi pada saya. Awak nak bunuh saya? Bunuhlah. Biar awak puashati. Bunuhlah saya.." Aliaa menangis teresak-esak. Terketar-ketar suaranya.

"Aliaa.. Apa awak cakap ni?"

" Awak nak saya mati, kan?! Bila saya dah mati, awak akan puashati, Tasya akan happy, Biar semua puashati. Memang patut pun aku mati.." Tekanan demi tekanan Aliaa terima. Jarum ditangannya di cabut kuat. Mujur darah dalam beg sudah habis. Kalau tidak mahu keluar laju dari wayar. Tapi darah keluar dari tangannya. Meleleh darah merah.

"Aliaa apa awak buat ni? Ya Allah.. Aliaa.." Faliq terkejut dengan tindakan Aliaa. Aliaa masih menangis tersedu-sedu. Aliaa turun dari katil dengan tangan berdarah. Dua tiga langkah dia berhenti, dadanya jadi sempit. Peritnya dada. Dia tak pedulikan pun.

" Aliaa.. Saya minta maaf. Awak nak pergi mana ni?!" Risau Faliq. Dia memujuk Aliaa supaya baring dikatil. Tapi tidak dilayan. Aliaa terus berjalan walau keadaannya lemah. Dia taknak menghadap Faliq lagi. Faliq tidak faham keadaan Aliaa. Faliq hanya tahu mendesak saja.

" Aliaa. Rehat ye. Saya pergi sekarang. Saya tak ganggu awak lagi. Awak naik katil dan awak rehat" Faliq terus memujuk. Tapi Aliaa tak peduli. Habislah.

 
Aliaa memang rasa sangat tertekan. Apa yang dia fikir, dia nak pergi. Dia taknak jumpa sesiapa.

Baru saja Aliaa mahu buka pintu, Haikal menolak pintu dari luar. Terkejut Haikal. Aliaa dengan esak tangis terus sembamkan muka didada Haikal. Haikal berkerut dan memenangkan Aliaa.

" Aliaa kenapa ni?! Awak nak pergi mana" Haikal terus pandang pada Faliq. Serius. Faliq menyapu muka dengan tangan. Haikal dapat mengagak. Mesti kerja Faliq ni.

" Saya nak balik. Saya taknak duduk sini. Bawa saya balik.." Tersekat-sekat suara Aliaa bercakap. Haikal memujuk Aliaa. Orang tengah sakit, hati sangat tersentuh.

" Awak tak sihat lagi. Awak rehat dulu. Esok dah sembuh boleh balik. Jom.. Saya temankan.. "  Haikal risau. Keadaan Aliaa masih lemah lagi dan tak stabil. Haikal memimpin Aliaa hingga ke katil.  Tak lama kemudian, Nizam masuk. Melihat gelagat mereka. Nizam dapat meneka. Mesti Faliq buat hal lagi. Nizam ketuk kepala sendiri. Masalah betul.

Haikal uruskan Aliaa. Meminta seorang jururawat membantunya. Mujur Aliaa tidak melakukan sesuatu diluar kawalan. Dalam keadaan kesihatan yang masih lemah, dengan fikiran yang tertekan, bercelaru, macam-macam pesakit boleh lakukan. Kadang, sampai boleh mengamuk. Lagi-lagi bila terima tekanan dari Faliq yang gila talak. Fuh!! Geramnya Haikal pada Faliq.

Nizam mengajak Faliq tunggu diluar. Dan, Faliq hanya mengikut. Haikal menggeleng kepala melihat Faliq yang keluar bersama Nizam. Bikin masalah saja Faliq ni. Sebab tu kalau boleh Haikal tak bagi Faliq datang buat sementara ni. Memandangkan kesihatan Aliaa yang agak serius sebenarnya. Ditambah pula tekanan dari Faliq. Bilalah nak sembuh pesakitnya ni.

Si Faliq pun degil. Di nasihat taknak dengar. Bila dinasihat cakap iya, cakap faham tapi tetap buat juga. Sabar sajalah Haikal. Dugaan. Apa yang penting dia fikir pesakitnya akan kembali sihat. Lagi-lagi pesakit special didepan matanya ini. Akan dipantau 24jam. Lepas ni,  jangan haraplah Faliq dapat jumpa Aliaa lagi. Memang tidak dibenarkan. Baru padan muka Faliq. Siapa suruh buat hal. Elok-elok Aliaa dah okey terus jadi tak okey. Hmm... Sabarlah Aliaa..!!

Previous: Bab 73
Next: Bab 75

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.