336,482
Kategori:
Genre:
Bab 168
Cukup.. cukup..!! Tak boleh bagi peluang lama-lama. Dibagi betis nak peha pula nanti si Tasya tu. Tak boleh okey!! Aku membetulkan blouse dan shawl. Dah bersedia mahu mulakan game didepan Tasya. Aku senyum dengan penuh keyakinan. Buat muka biasa. Mulakan dengan doa pada Allah minta dilindungi. Mulakan langkah dengan Bismillah. Baru setapak dua melangkah, kenapa badan aku rasa lain pula ni. Tiba-tiba pandangan gelap sekejab. Kepala jadi pening pula. Cepat-cepat aku berpaut pada dinding. Alamak! Please jangan buat hal time ni kepala. Aku dah lama tak kena macam ni. Aku sandarkan badan kejab bila rasa okey, aku mulakan.

Aku keluarkan handphone, berlakon konon sedang bercakap ditalian. Cakap sendiri dengan sesekali gelak. Jalan perlahan melalui depan cafe, sengaja jalan lenggang-lenggok dengan harapan Faliq nampak dan panggil aku. Aku langsung tak pandang mereka, buat tak tahulah.

"Aliaa...!! Sayang..!!" Kedengaran suara Faliq menjerit panggil aku. Aku senyum lebar dan yess!! Aku  masih pandang ke hadapan. Beberapa kali dia panggil, aku berhentikan langkah dan menoleh padanya. Buat muka pelik dan konon masih layan telefon. Faliq menghampiri aku, dia dah tersengeh-sengeh dah. Kenyitkan mata. Macam tahu pula dia plan aku ni. Hehe..!! Terus je pegang erat tangan aku. Aku masih buat muka selamba.

"Jom..!!" Faliq tarik tangan aku dan bawa aku masuk ke dalam cafe itu. Aku ikut je. Aku pandang muka Tasya, tajam matanya pandang aku. Mesti sakit hatinya tengok aku dan Faliq. Aku senyum padanya dan juga buat tak kenal.

" Sayang..!! Inilah kawan lama saya satu kuliah dulu yang saya cerita dekat awak tu. Anis.." Faliq memperkenalkan Anis padaku.

" Oh yeke..!! Hai..!!"

" Anis.. Ni lah orang rumah aku. Aliaa. Kau tak pernah jumpa lagi kan. Cinta hati aku ni.." kata Faliq.

" Ha?! Hai.. Apa khabar?!" Tanya Anis padaku. Dan, buat pertama kalinya aku bersalaman dengannya.

"Alhamdulilah sihat.." aku jawab. Senyum dan senyum.

" Boleh ke join sekali. Tak menganggu ke?!" Tanyaku pada Anis.

" Apa salahnya. Boleh je..! I kan kawan Faliq jadi kawan you juga kan.." Jawabnya lembut.
Amboii.. baiknya dia. Aku beri senyuman. Tapi aku tak tahulah macam mana reaksi mukanya, senyum ke atau marah ke sebab aku cuma nampak matanya je.

" Terima kasih banyak-banyak. Mesti awak ni seorang yang baik, sebab belum tentu kawan husband saya ni nak kawan dengan saya juga. Biasanya mereka malu, segan nak kawan dengan orang rumah Faliq tapi awak ni tak tahu malu dan tak segan. Bagus tau. Saya suka kawan dengan orang baik macam awak ni.." selamba aku cakap. Ada maksud mendalam tu kalau Tasya boleh fikirlah.

" Taklah baik. I biasa je. Ada baik ada jahat juga. Biasalah manusia. Lagipun, berkawan biar seribu, berkasih tu biar pada yang satu.." Dia membalas pula. Aku senyum je.

" Sayang..!! Awak dari mana? Awak cakap ada appoinment kan tadi. Awak dengan siapa ni? " Faliq bertanya.

" Ha!! Ni mesti awak lupa ye. Kan saya dah info awak tadi. Appointment saya kat sini. Cuba ingat.. cuba ingat.."Aku senyum pada Faliq.

" Iyelah sayang..!! Lupa pula. Banyak kerja hari ni. Ni tadi pun, terlupa ada janji dengan Anis, dah separuh jalan nak sampai rumah baru teringat. Terpaksa patah balik. Sorry ye sayang ye..!!" Pandai Faliq bina ayat. Hahahaa..!!

" Tak apalah sayang..!! Biasalah, umur dah makin meningkat, sebab tu cepat lupa. Kasihan Anis, tunggu lama ke tadi Anis.. Sorry bagi pihak my love ni..!"

"Eh! Tak apa. I pun baru sampai tadi. Baru je duduk tak lama, Faliq sampai.." katanya. Nampak sangat penipu.

" Anis kerja dekat mana? Faliq ada cakap, kata Anis baru pindah KL ni ye.." tanyaku peramah.

" Oh ya..!! Baru pindah dalam 3,4 bulan. I kerja taklah sehebat you all. I cuma admin je.." merendah diri konon. Ceh!!

" Alahai.. Apalah hebatnya kami ni. Kerja awak pun okey juga. Apa yang penting, kerja ikhlas, dapat rezeki halal  dan diredhai Allah.." balasku. Terdiam dia.

"Ya betul." Itu je jawapannya.

"Minumlah air ni Faliq. Dah tak sejuk dah tu.." pelawanya.

"Air awak ye. Saya minum sikit ye. Dahagalah..!" Aku sengaja mengambil gelas itu.

"Sayang..!! Awak mana boleh minum air ni. Air ni masam ni, nanti awak mabuk lagi.." Faliq mengambil gelas dari tanganku dan letak semula. Aku mencebik manja. Lakonan semata-mata. Hahahaa.!!

"Sorry ya Anis. Orang rumah aku ni tengah mabuk. Dia tak boleh minum masam-masam nanti muntah pula. Tak sanggup aku tengok.."

Aik!! Faliq.. Lebih pula lakonan dia ni. Tak ada dalam skrip ni. Hahaha..!!

" Mabuk kenapa?!" Tanya Tasya. Jujur cakap, aku sebenarnya nak gelak. Tapi aku tahankan je.

" Mabuk pregnant lah. Baru sebulan..!" Jawab Faliq lagi, selamba je dia. Tasya terdiam. Tak jawab apapun. Mesti sakit hatinya. Faliq terus bangun dan order air untuk aku. Mata Tasya merenung tajam muka aku. Aku membalas dengan senyuman. Aku tahu waktu itu hati Tasya mesti sedang menggelegak kemarahan. Dari sinar matanya aku dapat rasakan.

Faliq memberi segelas air padaku. Aku menghirup perlahan. Leganya tekak. Kami terdiam sebentar. Aku pandang Faliq, mata kami bertentangan dan senyum. Faliq mengambil gelas air aku dan menghirup air itu juga.

" Eh!! Kenapa you tak minum air you ni Faliq?" Tasya bertanya, hairan.

" Aliaa akan terangkan pada kau kenapa aku tak minum air tu.." Jawab Faliq lembut. Aku toleh pada Faliq lagi, dan Faliq angguk. Aku faham maksudnya. Lakonan kami dah tamat dan kini aku akan bongkar sendiri siapa diri Anis itu.

"Ha?!" Tasya pandang aku. Terdiam. Aku senyum dan senyum. Air kepunyaan Faliq aku ambil dan aku renung air itu. Aku pandang muka Tasya. Aku tolak air itu dihadapan Tasya.

" Kalau saya cabar awak untuk minum air ni, awak nak tak?!" Tanyaku perlahan dan lembut je.

" Air i ni pun tak habis lagi. Kenapa i nak minum air tu pula?" Aku senyum.

"Air awak pun nak habis dah tu. Mesti awak dahagakan. Jadi saya tambah dalam gelas awak ye. Jangan membazir tak baik. Silalah minum..!" Aku menuang air itu ke dalam gelas kepunyaan tanya. Air yang sama. Faliq hanya melihat. Aku senyum pada Tasya.

"Kenapa nak paksa i minum pula ni? Apa masalah you ni? I datang sini nak jumpa Faliq tau, bukan nak jumpa you. Kenapa tiba-tiba you muncul?" Aku senyum. Dia dah mula menunjukkan diri sebenar.

" Hmm.. Tiga soalan yang perlu aku jawab. Aku akan jawab satu persatu. Dengar ya..!" Aku pandang Faliq minta kekuatan. Faliq angguk dan merapatkan kerusi disebelahku dan pegang tanganku beri sokongan. Nafas Tasya turun naik tahan marah, aku nampak pada kain niqab dihidungnya.

" Aku jawab soalan ke tiga dulu. Kau pun tahu kut, mana ada Faliq mestilah ada aku. Kami kan memang tak boleh dipisahkan, macam ada magnet je kami ni, kan sayang kan..!" Jawabku selamba.

" Jawapan dari soalan kedua.. Kenapa kau sendiri pun tak minum air ni? Sebab air ni, kau ada letak sesuatu didalamnya. Mungkin gula, atau baking powder kut. Tapi tak mungkin gula atau baking powder. Bukan nak buat kek pun kan. So, antara dua, sama ada ubat tidur atau dadah. Aku tahu plan kau, kau nak perangkap Faliq.."

" Eh!! Apa you merepek ni. Jangan fitnahlah. Tak takut dosa ke. Takkan i nak buat macam tu pada Faliq. Faliq kenapa teruk sangat bini you ni..!" Dia dah mula menggelabah dan tak senang duduk. Faliq angkat bahu.

" Rasanya kat cafe ni ada cctv. Tu..!! Kalau kau nak tengok aku fitnah atau tak. Boleh je aku request dekat owner cafe ni tunjuk cctv pada kau. Aku kenal sangat owner cafe ni. Kau nak tengok?!" Aku tunjuk pada Tasya cctv. Confident gila aku cakap. Faliq gelak kecil.

"Apa semua ni? You nak apa ni? You ganggu i dan Faliq. Tak masuk akal lah. I datang sini nak cerita pasal projek tau. Faliq kawan i, i nak bagi dia job. Kenapa you ni ha. Ish!!!." Dia cakap pun dah kelam-kabut.

"Hohohohoo..!! Nak bagi job? Nak tolong kawan? Baiknya kawan lama awak ni sayang.." Aku terus berdiri. Gelak kecil. Pandang tepat ke mata Tasya. Handbag aku letak atas meja.

" Sebenarnya bukan aku yang kenapa. Tapi kau tu yang kenapa tak habis-habis ganggu hidup aku dan Faliq. Sudahlah Tasya. Hentikanlah lakonan kau ni. Bukan boleh dapat anugerah pun.." aku bongkar siapa dia. Serius.

"Ooo.. Jadi you dah tahulah i ni siapa? Hmm.. Hebat you Aliaa. Memang hebat. Iya.. Memang i Tasya.." kuat dia gelak. Dia membuka niqabnya, mata terus renung tajam ke dalam mataku. Aku membalas dengan senyuman.

"Dah lama aku tahu pun. Bertaubatlah Tasya. Pintu taubat tu sentiasa terbuka untuk kau. Allah Maha Pengasih, Allah Maha Pengampun..!"

" Hahahaa.. Tak payahlah you nak jadi ustazah dekat sini. I tak sikit pun hadamlah dengan tazkirah you tu. Hey Aliaa..!! I pernah cakap pada you, selagi i tak dapat apa yang i nak. Selagi tu i tak akan puashati. Selagi i tak tengok you mati depan mata i, selagi itu hidup i takkan tenang..!" Katanya dengan penuh dendam.

" Apa yang kau nak lagi? Apa yang Aliaa dah buat dekat kau sampai kau dendam pada dia. Kalau kau tak puashati dekat aku, kau buat jelah aku tapi kenapa Aliaa. Aliaa tak salah..!" Faliq bersuara dan berdiri rapat disebelahku.

"Sebab i sayang you Faliq. You pernah buat i bahagia dan happy. Tapi dia ni, dia ni yang padamkan kebahagiaan i dengan you. Dia ni yang merampas you dari i. I hanya nak dia mati, nak dia lenyap dari dunia i. Kalau i tak dapat you pun tapi sekurang-kurangnya dia dah mampus dan tak wujud lagi di dunia ni. Biar you pun tak dapat dia. Dia ni memang patut mati..!" Merah padam mukanya tahan marah pada aku.

"Aliaa tak salah Tasya. Tolonglah hentikan semua ini..!"

" I akan hentikan kalau dia dah mati.." jawabnya lagi. Aku tarik nafas dalam.

" Kenapa kau tak terus tembak aku, tak terus tikam aku. Kan senang..!" Kataku.

" Macam mana you seksa jiwa i. Macam tu juga i akan seksa jiwa you sikit demi sikit.."

" Ooo kau nak aku jadi mental macam kaulah ye. Ada hilang satu wayar dekat kepala kau tu kan.. Mana pergi wayar tu, salah pasang kut ye. Tasya.. !! Kau ni patut kena jumpa pakar sakit jiwa, pakar sakit otak, pakar sakit mental, pakar sakit hati. Kau kena minta tolong pada pakar segala pakar iaitu Allah swt. Kasi repair segala skrew yang tercabut dalam jiwa kau tu, kasi service baik-baik hati kau, wayar kat kepala kasi tukar yang power punya. Diri kau tu yang tak pernah di service dah sampai hitam legam tu, patut kena tukar dengan diri kau yang baru. Biar putih bersih dan akan terus memutih. Itu patutnya..!!" Panjang lebar aku membebel. Dia dengar je tak komen pun tapi mata dia. Tajam menikam.

" Selagi ada kesempatan, bertaubatlah. Cantik sangat kau pakai macam ni Tasya. Sangat cantik!! Sejuk pula mata aku tengok.. " aku senyum.

Tasya seakan terkejut dengan kata-kata aku. Terkedu sekejab dia. Mungkin dia tak sangka kut aku tahu sejarah kesihatan dia.

"Hey you..!! Tak payahlah nak over. You yang patut bertaubat sebab tak lama lagi you akan mati ditangan i. Tunggu Aliaa!! Dan you Faliq.. Jangan terkejut kalau tak lama lagi, you akan terima mayat kesayangan you ni. You all tunggu..!!" Tasya naik berang. Punyalah sakit hati dia. Aku senyum dan geleng kepala. Terus dia jalan keluar dengan laju sekali.

Aku terduduk sekejab. Kepala masih sakit lagi, ku tahan sejak tadi. Aku pejamkan mata.

" Sayang..!! Awak kenapa ni? Dari tadi saya tengok awak lain macam je. Pucat macam ni.. Awak sakit..!!" Risau sungguh Faliq.

"Saya okey cuma entah tiba-tiba tadi sakit kepala.."

"Okey apa macam ni. Sejak bila ni. Dari tengahari ke macam ni.."

"Tak.. Baru je tadi sebelum masuk cafe ni..!"

"Ya Allah..!! Selamat tak terjadi apa-apa. Ni boleh jalan tak? Okey tak ni? Ubat ada tak?" Banyaknya soalan.

" Mana ada ubat. Okey.. Saya okey lah.. Cuma pening je. Dah okey dah ni..!" Aku gelak kecil.

" Mabuk berisi ye sayang ye.. Hahaaha!!" Faliq gelak. Kami melangkah keluar dari cafe.

" Hahaha.. Aha.. Berisikan segala lemak tepu adalah. Hahahaa... Awak, dalam skrip rasanya tak ada dialog tu kut.." tanyaku.

" Itu dialog tambahan tu. Dialog tu yang mencantikkan jalan cerita. Power tak idea tambahan saya tu. Hahahaa...!!" Sambung gelak.

" Banyaklah power. Macam tak ada idea lain je ek. Idea ke situ pula dia.." Gelak dan gelak. Macam-macamlah Faliq ni. Lawak pun ada. Satu persatu terungkai dan terjawab. Tinggal Mr.K je lagi. Tak apalah tu aku tak kisah sangat. Biarlah pihak berkuasa uruskan. Cuma nak pulangkan semua barang pada Pian je kalau dia datang esok atau bila-bila. 


Aku dan Faliq naik kereta dan Faliq memulakan pemanduan. Aku menyandarkan kepala pada seat. Tarik nafas perlahan. Pandang ke hadapan.

" Sayang.. Awak okey tak ni?"

" Okeylah. Faliq.. Terima kasih ya. Awak sentiasa ada bersama saya. Sentiasa bagi saya semangat dan sokongan.." kataku meluah isi hati.

" Saya yang patut berterima kasih pada awak tau. Kerana awaklah saya kembali menjadi diri saya sekarang.." Aku senyum.

"Maknanya.. Kita sama-sama jatuh dan bangkit, kita sama-sama perlukan antara satu sama lain. Kita sama-sama perlu berterima kasih pada Allah swt. Kerana DIA yang kembalikan rasa kasih sayang dan cinta pada kita semula. DIA yang panjangkan jodoh kita. Semoga jodoh kita kekal ke syurga ilahi.." sambungku penuh rasa kesyukuran.

"Iya Sayang..!! Oh ya! Awak buka dashboard tu dan ambil sampul putih tu dan baca..!" Aku berkerut. Faliq senyum. Sampul kosong tiada tulisan apa pun. Aku keluarkan sekeping kertas putih dan baca.

" Ni tiket flight ke...!!" Aku senyum lebar. Dan toleh pada Faliq. Faliq senyum.

"Iya sayang..!! Itu niat saya, bila awak terima saya semula dan nikah dengan awak semula saya nak bawa awak tunaikan umrah. Awak suka tak?!"

"Alhamdulilah.. Ya Allah!! Terima kasih Faliq. Saya suka sangat dan alhamdulilah rasa bersyukur sangat.." Airmata menitis pula ni. Terharunya. Tak tahu nak cakap apa. Terima kasih bakal imamku.

"Alhamdulilah.. Tapi ni bukan hadiah ke apa tak tau. Ni memang niat saya, tanda rasa bersyukur pada ilahi atas jodoh kita.."

"Apapun, terima kasih bakal imamku. Tapi bagi saya ini dah kira hadiahlah ni.."

" Hadiah untuk awak lain. Tapi tak boleh cakap, kena tunggu dah nikah nanti. Surprise untuk awak..!!" Katanya.

" Aik!! Ada hadiah lain lagi ke. Banyaknya hadiah dan banyaknyalah surprise untuk saya. Saya tak minta tau. Tu semua tak penting, yang penting. Awak terima saya seadanya" kataku jujur.

"Itu dah semestinya sayang. Hadiah dan surprise untuk bidadari syurga saya. Apa salahnya...!" Aku membalas senyuman dia.

Aku sangat bersyukur dengan semua ini. Bukan dengan hadiah atau surprise yang Faliq beri. Tak.. Tak sama sekali. Tapi aku bersyukur sangat dengan dugaan dan ujian yang Allah beri padaku selama ini. Kerana setiap dugaan dan ujian yang menyakitkan dan derita itulah, kini Allah beri aku kebahagiaan yang aku tak pernah fikir akan miliki.

Terima kasih Ya Allah..!! Terima kasih wahai bakal imamku dan terima kasih juga waliku. Tiba-tiba ingat dekat abang kesayanganku.. !! 
Previous: Bab 167
Next: Bab 169

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.