336,416
Kategori:
Genre:
Bab 82
Stresssss!!
Rasa macam nak pergi jauh je sekarang ni. Pergi diam-diam tanpa sesiapa pun tahu. Biar hilang terus dari hidup mereka semua. Penat, letih nak hadapi semua ni. Duduk Semenanjung masalah, duduk Sabah pun bermasalah. Kalau macam ni aku nak duduk Jepun lah. Tak pun duduk Melbourne je. Kerja petik buah dekat sana. Aman. Tak ada gangguan. Bawa sekali Dhia, sekolahkan di sana. Lagi syok!! Gaji pun banyak, tak payah fikir apa-apa. Senang!

Macam best je idea ni. Okey tak apa. Settlekan dulu urusan dengan Haikal ni. Kalau tak ada pilihan, aku nak merantau ke negara orang. Cari pengalaman, bina hidup baru. Tenang kut.
Iya.. Aku dan Dhia saja. Tak apa.. Aku akan fikirkan. Jauh dari sini. Hahaha... !!

Aku turun ke bawah. Ke dapur dan minum. Kemudian, ke ruang tamu. Duduk dan baring. Ah!! Bosan. Aku bangun. Naik semula ke atas. Menuju ke bilik anak daraku. Pintu kubuka. Amboiii... Lenanya Dhia tidur siap peluk bantal busuk lagi. Aku senyum dan tutup pintu semula. Aku berjalan pula ke bilikku. Jarum jam dah tepat 1.20pagi. Terkejut juga aku. Rasanya aku turun tadi baru jam 12 lebih. Masa itu berjalan dengan pantas, tanpa kita sedar. Aku duduk dikatil. Handphone ku ambil. Ku buka setiap satu whatsapp termasuk whatsapp dari Datin Zita. Ku baca semula. Setiap kali kubaca ,aku pasti akan menangis.

" Sedarlah diri awak tu Aliaa. Awak ni cuma pengemis. Awak mengemis kasih sayang orang lain. Minta perhatian. Menumpang kasih  sayang orang. Mm..Kasihan Sangat..!! " Whatsappnya sampai bertubi-tubi. Aku tarik nafas panjang.

" Saya sedar diri saya Datin. Saya tak kisah apapun orang nak cakap mengenai saya. Saya terima."balasku.

" Tapi awak kena sedar juga tau. Awak tu janda. Nak pegang jawatan Pengurus Besar memang sangat tak layak. Lagi nak jadi isteri anak saya. Maaflah Aliaa. Saya tak terima barang secondhand. Family kami ni family berpangkat dan dihormati. Kalau mereka tahu ada barang secondhand dalam rumah ni. Boleh tutup muka saya. Lagipun, kami tak layan barang secondhand ni. Rasa macam jijik pun ada.." whatsapp nya lagi. Fuh!! Menusuk ke dalam hati aku. Sampai macam tu sekali dia cakap. Memang mulut puaka betul. Aku baca aku menangis sendiri. Sedih yang teramat.

" Terima kasih atas penghinaan ini Datin. Saya amat hargai. Jangan risau, barang secondhand ni takkan masuk dalam family Datin."! Balasku.

" Bagus Aliaa dan saya memang tak boleh terima janda jadi menantu saya. Haikal satu-satunya anak lelaki saya. Saya nak yang terbaik untuknya. Walaupun saya tahu awak baik tapi maaf. Bagi saya status janda tu terlalu murah. Lagi pula awak dah ada anak. Tak pasal-pasal anak saya kena tanggung anak awak pula. Taknak saya dapat cucu bukan dari darah daging anak saya.. Maafkan saya ya..!" Lagi dan lagi penghinaan aku dapat.

" Tak apa. Saya faham..!! Datin ada apa-apa nak cakap lagi?!" Balasku  lagi.

"Ada satu perkara.. Saya nak awak ingat ni. Apapun terjadi, saya taknak awak rapat lagi dengan Haikal. Sampai bila-bila.. Faham!!" Whatsapp akhirnya.

" Insha Allah.. Terima kasih dan Assalammualaikum..!" Aku duduk sendiri. Termenung memikirkan nasib diri. Menangis dan menangis. Whatsapp inilah yang ku beri pada abang. Sakitnya hati abang bila baca. Nak je dia jumpa Datin Zita dan bagi penampar padunya. Nama je Datin tapi perangai macam.. Ish!! Entahlah. Anak baik je.

Aku baring dikatil. Ambil bantal dan menghumbankan muka dekat bantal. Arhhhhhhhhhhh!!! Sekuat-kuatnya aku menjerit. Kemudian, aku gelak sendiri. Geleng kepala. Lama-lama macam ni boleh jadi gila kut. Aku ambil handphone lagi. Download game. Ini memang betul-betul bosan dan tension. Aku download super mario. Ni je game yang aku suka. Okey layanlah. Mata pun tak dapat nak lelap. Baru je nak layan game. Whatsapp pula masuk. Kacau betul lah.

" Yuhuuuu!! Kenapa tak tidur lagi tu. Rindu saya ye..!!" Whatsapp dari Faliq. Senyum aku.

" Baru nak main game ni, awak pula kacau.." balasku.

"Ni mesti game Super Mario kan.." tekanya.

"Hahahaha.. Game ni je yang saya suka. Yang awak kenapa tak tidur lagi?!" Tanyaku.

"Rindu awak. Tengok whatsapp awak tengah online.."


Aku mengiring ke kanan. Ada juga kawan berbual tengah-tengah malam ni. Taklah stress sangat. Tak lama, dia call pula. Pantang dilayan whatsapp, mesti akan call.

" Haii my dear..!" Suaranya ditalian.

" Awak dekat mana ni?!" Tanyaku.

"Dekat rumah mama, saya tak dapat tidur. Rindu awak lah Aliaa.."Katanya.

" Mama, papa sihat tak?"aku tak jawab pun.

"Sihat alhamdulilah. Mama cakap Dhia comel macam awak. Mereka rindu Dhia.."

"Insha Allah, nanti free saya balik KL, saya bawa Dhia jumpa mama dan papa. Saya pun rindu mereka juga.." kataku.

"Awak tak rindu saya ke..?!" Alamak dia ni.

" Hmm.. No komen.." jawabku ringkas.

" Tahu.. Awak rindu saya tapi taknak cakap kan. Betul tak?!"

"Eee tak kuasalah nak rindu awak. Dari saya rindu awak lebih baik saya rindu bangla security bawah office tu tau tak.."

"Mana ada bangla tu lagi dah. Dah tukar Pak Indon sekarang ni.."

" Oyeke! Okeylah tu, rindu Pak Indon.."

"Haahahaaa.. Bahaya juga taste awak ni. Takut pula saya dengar..!!" Gelak besar Faliq. Tak ingat dunia.

"Ha lah!! Rindu orang Malaysia nak buat apa, buat sakit hati je. Tak reti menghargai. Tukar taste pulalah.." jawabku.

"Aduhai.. tiba-tiba terasa tertikam pula hati saya ni. Hahahahaa..!!" Gelaknya lagi.

"Hahaha.. Sendiri main pisau, sendiri tertikamlah ye Encik Faliq Alfie..!!" Perli ku.

"Iyalah Cik Aliaa Sofea binti Abdul Hadi. Ampunkan saya wahai Cik Pengurus Besar..!"

" Hahahaa.. Tak ada makna Pengurus Besar. Saya ni kuli je wahai Encik Arkitek oiii...!!" Balasku merendah diri.

" Ishh!! Tak baik tu. Cik Pengurus Besar tak bersyukur dengan apa yang Cik Pengurus Besar dapat.." katanya.

" Bukan tak bersyukur tapi bukan company saya sendiri. Jadi, saya tetap pekerja biasa je. Hanya membantu saja. Ada faham wahai Encik Arkitek..?!" Jelasku.

" Hmm.. Kalau macam tu saya tukar Cik Butik lah ye.." Ada saja dia ni punya idea.

" Hahahaha.. Apa-apa jelah.."

" Nak info ni, projek tu dah start kan. Jadi, maybe next week saya terbang ke Sabah. Nanti kita jumpa ye Cik Butik. Boleh kan?!" Katanya lagi.

"Oh yeke!! Tak tahu pula saya. Sebab yang uruskan semua projek ni Haikal. Esok saya tanya dia..!" Aku memang tak tahu pun projek tu sekarang. Haikal yang nak uruskan semua.

" Okey!! Cik Butik.. Kalau saya nak tanya sikiiiittttt je boleh tak?!"

"Tanyalah Encik Arkitek. Saya sedia menjawab.." aku senyum.

" Hmmm... Cik Butik dengan si Haikal tu bercinta ke?!" Aku berkerut. Nak gelak sebenarnya tapi aku tahankan je.

"Encik Arkitek rasa kami ni bercinta atau tak?!" Aku sengaja bertanya balik. Senyum.

"Nak berteka-teki pula ye. Saya taknak jawab saya nak dengar sendiri dari mulut Cik Butik..!" Jawabnya. Aku tahan gelak lagi.

" Kalau ianya betul macam mana?!" Aku bertanya lagi. Saja nak bagi dia bengang. Hehe!!

" Kalau betul maknanya tak apalah saya bawa diri ke Jepunlah macam ni.." katanya perlahan. Sedih je nada suaranya.

" Kalau tak betul. Macam mana pula?!"

" Ni yang nak dengar ni. Hahaha..!! " Amboi besarnya gelak dia. Sakan sungguh.

" Amboiii sukanya Encik Arkitek ni ye.."

" Mestilah. Kalau tak betul maknanya hati Cik Butik tu hanya untuk si hensem, si macho, di kacak ni kan. Kan.. kan.. kan..!!" Mula dah dia dengan perasaan perasannya.

" Eeee perasaaaannnnnya!! Tak ada maknanya wahai Encik Arkitek ye. Hati saya ni dah dipunyai oleh seseorang dari duluuu lagi. Dari saya kecil lagi.." kataku.

" Sudah dipunyai tapi oleh siapa? Sila berterus-terang wahai Cik Butik. Saya sedia mendengar.." Haahahaa... Gelakku dalam hati. Senyum je aku dari tadi. Seronok pula bergurau.

" Seorang yang baik hati, yang bekerjaya, seorang yang beriman, seorang yang cool, seorang yang 10 kali ganda hensem, macho dam kacak dari awak. Bagi saya dialah lelaki perfect dalam hidup saya. Tak ada lelaki lain selain dia di dunia ini.. "kataku dengan panjang lebar. Aku gelak kecil menutup mulut.

"Woww!! Betul-betul hebat lelaki tu. Kalau saya jadi lelaki tu kan bagus.. Tapi siapa ek?!"

"Awak kenal pun..!"

" Wan???!! " Cepat saja dia jawab.

" Hahahaa... Kenapa tiba-tiba awak sebut nama dia.." aku gelak.

"Iyelah. Dia kan cinta pertama awak. Apa yang awak cakap tu ada ciri-ciri padanya. Dia pun single juga macam saya. Manalah tahu.." katanya. Nada jelous tu ada. Haaha lawak.

" Eeee jelouslah tu kan..!" Aku mengusik.

" Mana ada. Cakap je..!!" Faliq menafikan.

" Hahaha.. Taknak mengaku konon. Okeylah nak tahu siapa orang tu tak?!"

" Mestilah nak tahu..!"

" Orang tu.. Dah sah-sahlah Adil Hafiz bin Abdul Hadi. Dialah lelaki paling saya sayang yang sentiasa ada dalam hidup dan hati saya. Dunia akhirat saya. Lelaki perfect..!!" Jelasku jujur sejujurnya.

" OOOoooooooooo!!! Hahahahahaa.. Lega dengar!! Haahaha.." Faliq gelak kuat gila. Aku pun join gelak juga. Dah tengah malam-malam macam ni gelak tawa pula. Memang gilalah.

" Apa lega? Apa? Tak ada makna okey!!" Kataku tegas konon. Hahaa..

" Okey!! Jadi, maksudnya Haikal dan Cik Butik ni tak ada apa-apalah ye?!" Faliq tanya lagi. Selagi tak dengar dari mulut aku sendiri selagi tu dia akan bertanya. Jadi, tak apalah aku jujur je.

" Saya dan Haikal cuma kawan je. Bestfriends forever.." jujurnyalah aku ni.

"Bestfriends forever tu. Kalau Haikal bestfriends forever. Saya apa pula?!" Tanyanya lagi.

" Enemy forever..!!" Jawabku selamba.

" Haaa?! Enemy forever? Aduhdudududuuu.. Rosak terus jantung saya jadinya.."

"Hahahahaha!! Nanti saya gantikan jantung awak dengan jantung pisang ya..!!" Kami gelak kuat. Merepek-repek je perbualan kami tengah-tengah malam ni. Menyedapkan hati masing-masing. Dah lama tak bergurau pelik macam ni.

" Kenapa taknak bagi setengah jantung awak je dekat saya, maknanya sebelah jantung saya dan sebelah jantung awak. Biar awak sentiasa ada disetiap denyutan nadi saya.." Pula dah nak berjiwang-jiwang. Ni yang tak best nak dengar ni.

" Haahahaa.. Okeylah Encik Arkitek. Saya dah mengantuk ni. Borak dengan awak terus jadi ngantuk pula.." kataku mengelak dari terus diberi ayat jiwang.

" Hahaaha.. Baiklah Cik Butik. Sebelum tidur jangan lupa ambil wuduk, doakan untuk kita ya. Saya akan tunggu awak sampai hujung nyawa saya. Jaga diri baik-baik. Saya sayang awak.. saya rindu awak.. Selamat malam sayang! Assalammualaikum..!!"

"Waalaikumsalam..!!" Aku terus matikan handphone. Ku renung handphone dan senyum.

Aku tarik nafas dalam dan hembuskan perlahan. Tiba-tiba airmata mengalir.
Faliq.. aku pun rindu kau juga. Tapi aku tak tahu perasaan ni seperti apa. Entahlah. Tak tahulah. Diam jelah. Tak mampu nak buat apa lagi dah. Hati dan perasaan ku ini pada Faliq biarlah ia menjadi rahsia hati aku sendiri. Biarlah rahsia.!! Biarlah hanya Allah saja yang tahu. Sama juga seperti Haikal. Biarlah.. Biarlah!!

Apa yang penting. Aku kena settlekan dulu urusan pada Haikal dan Dato'. Lepas settle semua ni. Aku akan bangkit dan mulakan langkah pertama untuk hidup tanpa mereka. Kalau boleh selesai semua ni, aku taknak ada apa-apa hubungan dengan Haikal lagi. Cukuplah semuanya. Tapi boleh ke?! Entahlah..

Ini permintaan abang. Aku taknak dah lawan cakap abang. Apapun terjadi, aku akan kembali jua pada abang. Apa yang abang suruh, aku ikut je. Aku tahu abang lakukan terbaik untukku. Hanya abang saja yang aku ada. Hanya abang saja lelaki yang aku percaya yang paling aku sayang. Terima kasih abang.! Doakan adik. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. 

Previous: Bab 81
Next: Bab 83

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.