336,493
Kategori:
Genre:
Bab 130
Hmm... Hujung minggu macam ni. Apa lagi nak buat, duduk rumah jelah layan Dhia dan abang aku. Abang ajak jalan tapi aku malas, tak ada mood. Mood ke laut. Sejak Tasya bagi gambar tempoh hari sampai hari ni, aku terus jadi bad mood. Terasa diri ini tertipu dan tertipu. Faliq whatsapp, aku tak balas pun. Faliq call, sorry lah. Aku memang tak layan. Sehari lebih 30 kali dia call. Nasib dialah. Siapa suruh buat hal. Aku pun tak ada mood nak dengar segala penjelasannya. Entahlah.. Sedih, geram, marah, sakit hati semua perasaan tu ada. Bukan nak salahkan Faliq atau nak sangka buruk tapi.. Hmm.. Entahlah. Sebab pernah dilukai kut. Jadi, agak trauma sikit. Ahhh!!! Sudahlah. Malas nak fikir.

Apa aku nak buat ni? Bosanlah pula. Dhia tengah mandi, Sis Tuti sibuk dekat dapur mencuci pinggan yang kotor selepas breakfast tadi. Abang dalam bilik. Aku duduk sorang-sorang dekat ruang tamu ni. Ambil remote astro dan tukar-tukar channel. Membosankan. Aku padamkan tv. Bangun dan menuju ke halaman rumah. Jalan ditepi rumah. Nak menyapu tapi semua dah clear. Nak cuci kereta tapi tak kotor. Aduhai.. !! Aku duduk pula di kerusi. Pandang kanan pandang kiri. Pandang atas pandang belakang. Kalau kerjakan bagus, taklah bosan macam ni.

"Uit.. Buat apa dekat luar ni?!" Abang menegur dan duduk di hadapanku.

" Bosanlah abang.."

"Abang ajak jalan taknak. Nasiblah..!"

" Malaslah. Tak ada mood.."

" Tak ada mood sebab Faliq lah tu.." Aku mencebik muka. Pandang abang sekilas je.

" Hmm.. Tak baik buat Faliq macam tu dik. Dia betul-betul tak tahu si Tasya tu datang sana. Dia pun tak sangka Tasya tu boleh buat macam tu.." jelas abang memulakan cerita. Ini mesti kes nak pujuk akulah ni.

"Tak logiklah! Dia lelaki kut, takkan kena tolak dengan perempuan boleh kalah dan boleh terus masuk bilik. Kenapa tak lawan? Kenapa tak halang? Lelaki kuat kut. Tasya yang tolak terus jadi lembiklah kan, apalagi.  Poyo je..!!" Aku jeling abang. Perempuan punya fikiran jauh lebih hebat dari lelaki tau. Nak jawab apa sekarang ni.

" Benda tiba-tiba kut depan mata. Terkedu, terpakulah dia. Macam adik, kalau contoh adik nak keluar rumah, tiba-tiba buka pintu je, pontianak depan mata. Apa adik rasa? Mestilah terkedu, terkejut beruk, lemah kaki, ketakutan dan mungkin terkencing-kencing. Betul tak?!" Abang sambung.

" Itu dah sah-sah pontianak. Memang menakutan. Siapa yang nampak pontianak pun akan rasa macam tulah. Tapi ini manusia abang oii.  Yang Faliq selalu jumpa, selalu nampak.."

"Masalahnya Tasya dengan pontianak tu sama je kut. Perangai pun sama, suka kacau orang. So, dalam situasi Faliq tu pun, samalah juga. Adik tak boleh nak salahkan dia 100%. Adik pun tak dengar lagi penjelasan dia kan. Cuba bagi peluang dia nak jelaskan satu persatu dulu. Dengar baik-baik dan kemudian fikirkan semula. Ini tak, ikut keras hati je..!" Start dah abang membebel.

" Dah dia jelaskan pun semua.."kataku perlahan.

"Haa!! Dah tu?!"

" Dah tu apa?!"

" Masih marah lagi? Sudah-sudahlah tu. Maafkan jelah..!"

" Abang ingat senang-senang ke nak percaya cakap dia. Kut-kut ini semua memang plan diaorang ke.. Siapa tahu kan?!" Aku masih lagi tetap dengan pendirian.

" Adik ni boleh tak fikir positif sikit. Asyik nak negatif je. Nampak kan Faliq tu dah banyak berubah, kalaulah dia nak dengan Tasya tu. Taklah selama ni dia tunggu adik, sanggup buat itu ini dan macam-macam pada adik.." abang berkerut. Aku diam.

" Lagi pula, kejadian tu berlaku ada Nizam. Bukan berdua je. Kalau berdua je okeylah juga nak marah. Dah waktu Tasya masuk bilik tu Nizam dalam toilet. Dia keluar toilet je nampak Tasya kejar Faliq dalam bilik. Bukannya Faliq tengah layan Tasya atas katil pun.." jelas abang lagi. Aku tahu abang ni tengah nak confident aku ni. Sebab tu dia semangat nak menangkan sahabat sejatinya tu.

" Hmm.."

" Dik..!! Abang bukan nak menangkan atau menyebelahi Faliq tapi adik tahukan Tasya tu. Dia seboleh-bolehnya memang nak pisahkan korang pun. Sebab tu apa cara sekalipun dia akan buat. Macam gambar adik dengan budak office adik hari tu. Dia tangkap gambar korang di lobi kemudian dia edit konon background dekat mall. Dia hantar gambar pada Faliq dan cakap macam-macam. Faliq tunjuk gambar tu pada Nizam. Bila Nizam tengok gambar tu, nampak sangat gambar edit. Nampak tak permainan Tasya. Kalau korang percaya semua tu. Hmm.. Memang habislah..!" Jelas abang dengan panjang lebar. Aku dengar dan cuba memahami. Betul jugalah apa abang cakap. Hati aku mula rasa tenang sikit. Aku angguk kepala.

" Tapi kan abang. Abang tengok kan, adik dan Faliq tak nikah lagi kut tapi dia tetap nak kacau dan tetap nak pisahkan kami, kalau kami dah nikah nanti. Pasti dia akan terus kacau. Kalau macam tu lebih baik tak payah nikah.." kataku.

" Janganlah fikir sampai macam tu sekali. Dik.. Dengar ni, selagi adik dan Faliq tak nikah selagi tu dia akan ganggu dan dia akan fikir Faliq tak bersungguh dengan adik. Hanya main-main je. Kalau korang dah nikah dan Faliq tak layan dia. Lama-lama dia akan mengalah. Percayalah cakap abang!" Abang tetap mahu confidentkan aku. Aku diam lagi. Memikirkan setiap yang abang cakapkan.

"Hmm... Okeylah..!!" Jawabku ringkas. Abang senyum.

"Macam nilah adik abang. Jangan fikir dan jangan bertindak dengan emosi. Fikirkan sedalam-dalamnya. Kan adik pernah cakap, fikir secara profesional lebih baik dari fikir dengan emosional hanya akan memburukkan keadaan. Ingat tak?!" Aku pandang abang dan senyum. Abang membalas senyumanku.

" Iya..!"

" Nanti Faliq call ke whatsapp ke. Balaslah ye. Kasihan dia. Setiap jam call abang bertanyakan adik. Risau dia, takut adik cancel pernikahan.." aku senyum.

" Okey..!!"

" So, bila nak nikahnya ni?" Tanya abang.

" Entah!" Aku angkat bahu.

" Entah?! Aik..! Ni nak nikah ke taknak..?!"

" Nantilah, Faliq pun tak balik lagi kut. Nantilah kami bincang.."

" Baguslah kalau macam tu..!" Abang senyum lebar.

"Abang..! Jalan jom.. Nak shopping lah.." kataku.

"Aik!! Tadi orang ajak taknak. Ni nak pula.." balas abang.

" Alaaaa tadi mood ke laut tapi ni tiba-tiba mood ke darat pula.." aku sengeh.

" Banyaklah adik punya darat. So, nak shopping mana?!"

" Ioi Mall Putrajaya..!"

" Mesti si kecil tu suka ada ice skating..! Jom siap! " Kata abang. Aku gelak je. Aku dan abang bangun dan mahu melangkah ke dalam. Dan tiba-tiba, ada sebuah kereta berhenti di depan rumah, bunyikan hon. Aku dan abang berpandangan. Siapa pula yang datang ni. Abang terus jalan ke pagar dan buka pintu pagar. Aku masih berdiri.

Aik!! Bila pula dia balik? Tiba-tiba pula muncul. Kata balik hari Selasa. Kenapa hari ni asyik tiba-tiba je ni. Abang mempelawa Faliq masuk. Senyum dia nampak aku.

"Korang boraklah dulu. Aku nak bersiap kejab.." kata abang. Aku dan Faliq angguk lalu abang terus masuk dalam. Aku duduk semula. Diikuti Faliq. Dia pandang aku dan aku pandang dia. Senyap masing-masing. Dia senyum.

"Masih marah saya lagi ke?!" Tanyanya perlahan. Muka bersalah.

" Iya.. Sangat marah! Kenapa tipu saya.." aku sengaja nak kenakan dia. Buat muka serius konon.

" Sayang!! Saya tak bermaksud nak tipu awak. Saya memang tak tahu dan saya tak sang..."

" Awak cakap balik Selasa kan. Kenapa tiba-tiba muncul. Kenapa tipu..?!" Aku terus potong cakap dia.

" Ha??" Faliq terpinga-pinga.

 Oh..!! Hmm.. Surprise..!!" Dia terus gelak.

" Tak habis-habis dengan surprise kan..!!" Aku senyum.

" Nak tunggu Selasa tu lama sangat. Tak sanggup dah menahan rindu..!" Katanya lembut. Aku gelak je.

" Awak tak marah saya lagi?!" Tanyanya pula.

" Hmm.. Ni last tau saya maafkan awak. Next time kalau awak buat saya marah lagi. Tiada maaf bagimu.." kataku tegas dan menjeling manja padanya. Senyum lebar dia.

"Okey Boss!! Insha Allah. Fuh!! Lega saya rasa.." Faliq menarik nafas dalam dan lepaskan kelegaannya. Aku gelak lagi.

" Bila awak balik?! Kenapa balik awal.." Tanya aku.

" Sebab awaklah sayang.  Semalam petang saya balik.." jawab Faliq.

"Boleh ke macam tu..?!" Aku rasa pelik pula. Aku tanya lagi.

"Mestilah boleh. Ini kan Faliq Alfie. Saya cakap ada emergency, tu yang boleh lepas. Hehe..!!" Faliq sengeh.

"Eee.. Tipu ek!! Tak baik tau.."


"Eh!! Apa pula tipu, saya cakap jujurlah. Alasan yang munasabah..!" Katanya.

" Alasan apa?!"

" Saya jumpa direct Tuan Pengarah tau. Saya cakap saya kena balik KL dengan segera sebab ex wife saya tengah marah sangat-sangat. Kalau saya tak pujuk dia nanti dia taknak terima saya semula dan cancel nikah.." jelas Faliq. Aku terkejut dengar.

"Ha?? Awak cakap macam tu?" Terbeliak mataku. Ishh!! Merepek je Faliq ni.

" Iyalah. Memang itu yang saya cakap. Demi Allah..!!" Aku gelak besar. Hahahaha.. Macam lawak je!! Jual nama aku pula tu. Hampeh!!

" Awak ni kan. Bagilah alasan lain pun. Ada ke bagi alasan itu, ex wife juga yang kena..." aku sambung gelak.

" Jujur itukan mulia. Saya kan seorang yang jujur, yang berhati mulia.." pujinya diri sendiri. Senyum bangga.

" Perasaaaannn....!! Nizam pun balik juga ke?!" Tanya ku lagi.

"Taklah. Nizam balik Selasa. Saya seorang je yang lepas.. " katanya lagi.

" Iyalah. Pekerja kesayangan kan. Memanglah boleh lepas.. !" Perliku. Faliq gelak besar.

Tiba-tiba lagi, handphone Faliq berbunyi. Perlahan je. Dia keluarkan handphone dari poket seluarnya. Aku pandang je. Muka dia terus berubah bosan. Pandang aku dan tunjuk handphone padaku. Nombor tidak bernama. Aku senyum dan dapat agak dah.

" Meh bagi saya jawab..!" Pintaku. Faliq beri handphone nya padaku.

" Sayang..!! Sampai hati you, you tinggalkan i dekat sini sorang-sorang. I datang sini semata-mata kerana you sayang. I tunggu you dari pagi tadi. Penat i tunggu. Okey tak apa kalau you taknak keluar dengan i tapi dapat tengok muka you pun jadilah. I love you Faliq..!" Ala-ala mengadanya suara. Naik menyampah dan meluat pula aku dengar.

" Alaa kasihannya..!! Kena tinggal ye..!! Sedihnyaaa..!!"

" Hey!! Kenapa you yang jawab ni. Mana Faliq. I bukan nak cakap dengan you lah. I nak cakap dengan sayang i. Mana dia?!" Marah Tasya.

" Sorry lah ye. Dia taknak cakap dengan kau pun. Buang masa dia je layan kau. Okeylah ye, aku dan Faliq nak cari barang hantaran untuk pernikahan kami. Byeee!!!" Aku terus matikan talian. Gelak sendiri.

"Padan muka kau. Cari pasal lagi dengan aku.." kataku sendiri. Aku beri semula handphone pada Faliq.

"Awak ni pun melayan dia. Mana orang tu tak marah..!" Kata Faliq.

" Siapa suruh dia cari pasal. Padanlah muka dia.." balasku.

" Awak yang selalu ingatkan saya kan. Biar orang buat kita, jangan kita buat orang.."

" Iya tahu. Sesekali saya pun nak game dialah juga.."

" Sayang saya ni kan. Dah pandai sekarang ni kan.. Bertuah betul !" Faliq menggeleng kepala.

" Aliaa dulu dan Aliaa sekarang tak sama tau. Hehe!!" Aku gelak kecil. Faliq senyum.

"Aik..!! Kata nak pergi? Tak siap lagi pun..!" Tegur abang apabila tengok aku masih duduk berborak lagi. Kami pandang abang serentak.

"Ha lah. Nak bersiaplah ni.. " Aku sengeh dan terus bangun menuju ke pintu masuk.

" Nak ke mana Dil? " Tanya Faliq pada abang, dia ingin tahu.

"Nak shopping..!!" Jeritku dari dalam rumah.

" Join ek!" Aku dengar je dari dalam. Ni yang nak dengar ni. Hahaa..!! Tak lama Dhia muncul dari dapur. Dah siap dah anak aku.

" Mama.. Dhia dah siap!"

" Okey sayang!! Pergi tunggu luar sana, papa  ada tu" arahku. Mencium pipi Dhia.

"Papa datang? Kita pergi dengan papa sekali ye ma.." tanya Dhia.

"Iya sayang. Papa join kita..! Mama bersiap dulu ya..!"

" Yeahh!!! Okey ma..!!" Dhia terus berlari ke luar. Amboii.. Happy nya anak aku ni. Aku pun happy juga.

"Papa..!!" Jerit Dhia kuat dan terus berlari ke arah Faliq. Rindu pada papanya lah tu. Iya.. Mamanya pun rindu juga. Eh!! Hahaahaa..

Aku gelak kecil dan terus masuk ke bilik. Bersiap nak jalan-jalan dan nak shopping. Dah lama tak shopping. Seronoknya!! Jalan-jalan bersama kesayangan-kesayangan aku. Dhia, abang dan ofcourse Mr. Arkitek aku. Alhamdulilah.. mereka inilah kebahagiaanku. Moga aku terus bahagia dunia akhirat. 

Previous: Bab 129
Next: Bab 131

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.