336,482
Kategori:
Genre:
Bab 78
Selepas subuh tadi, aku dah siap nak turun nak tolong abang dekat dapur. Hari ni aku tak kerja lagi. Haikal tak bagi aku masuk kerja selagi tak betul-betul sihat. Abang pun sama, tak bagi aku kerja juga. Macam plan je abang dan Haikal ni. Jadinya, mereput jelah dekat rumah. Sebelum keluar bilik, aku cium Dhia dulu. Lena betul anak dara aku ni tidur. Suci je tengok muka Dhia. Dah besar ni muka Dhia ikut muka Faliq lah pula. Mata dan senyuman, abang cakap ikut aku. Abang cakap lagi, katanya muka Dhia muka matang. Mesti kuat macam mamanya juga. Insha Allah..!!

Aku melangkah keluar dan tidak tutup rapat pintu. Memandangkan Dhia masih lena. Aku menuruni satu persatu anak tangga sambil bernyanyi kecil. Terus menuju ke dapur, aku intai abang. Abang tengah fokus membancuh air kopi. Sedapnya bau kopi pagi-pagi ni.

"Tak payah nak mengintai abang. Abang nampak dah pun.. " Abang melirikan mata padaku.

" Hahaahaa.. Baru nak terrrkejutkan abang. Kantoi lah pula.." Aku terus menghampiri abang dan tolong abang letak semangkuk spagetti diatas meja. Sis Tuti sedang mencuci kain. Tersengeh-sengeh melihat gelagat kami.

" Abang.. Abang balik KL bila?!" Tanyaku sambil tangan menyusun cawan.

" Esok kut.."

"Alaaaa... kenapa cepat sangat. Baliklah minggu depan.." kataku.

" Mana boleh. Abang tengah busy sekarang ni.."

" Okey!! Sedap sangat spagetti carbonara abang ni. Lama tak makan. Patutlah si kecil request.. Hehe!!" Puji aku sambil mengunyah.

"Tahu tak apa.."

"Adik ingat nak masuk kedailah. Lama dah tak masuk.."

"Tak sihat lagi kan? Tak payahlah.." berkerut abang.

" Dah sihatlah abang. Dari tak ada buat apa dekat rumah lebih baik masuk kedai. Nak masuk office Haikal tak bagi.." kataku penuh keyakinan.

" Duduk rumah rehat je.."

" Alaaa abang.. Bolehlah..!! Lagipun dekat kedai bukan adik buat kerja pun. Duduk je.." aku memujuk abang supaya izinkan.

"Kalau abang cakap tak boleh, tak bolehlah. Cuba jangan degil sangat. Kalau dah sakit nanti, sendiri juga yang susah.."abang marah. Menjeling padaku.

" Okeylah..!" Aku mencebik dan memuncungkan mulut. Merajuk. Meneruskan mengunyah. Masih awal pagi lagi ni. Aku melayan spagetti je ni. Kunyah dan kunyah tiba-tiba teringat. Eh!! Hari ni birthday Haikal. Iya.. Birthday Haikal.

"Abang.. !! Adik baru ingat. Hari ni birthday Haikal. Kita celebrate nak.." cadangku pada abang.

"Oh oyeke..!! Okey juga tu. Nak celebrate dekat mana?!"

"Dekat rumahlah. Macam ni, adik buat kek. Abang pula masak. Okey tak?!" Sambung aku lagi. Senyum.

" Okey!! No hal..!" Yess!! Abang setuju. Kami pun bincanglah apa yang perlu dibuat dan masak. Alang-alang ada abang ni kan. Bestlah. Lagipun, Haikal tak pernah lagi rasa kek aku buat dan masakan abang. Confirm akan request lagi lepas ni. Perasan sedap! Hahaha..!! Dari aku celebrate dekat luar berdua je dengan dia, lebih baik celebrate dekat rumah dengan abang, Dhia dan Sis Tuti. Kan best tu.. Baru meriah!

Selepas breakfast, aku terus naik ke bilik. Nak bersiap pergi market nak beli bahan masakan. Tak tahu abang nak masak apa, nak surprise. Sampai aku nak tahu pun cakap tunggu je nanti. Okeylah abang..

"Morning sayang..!! Bangun cepat. Uncle dah buat spagetti Carbonara untuk Dhia. Sedap tau..!!" Aku kejutkan Dhia. Malas je mukanya nak bangun. Mata pun kecil je lagi.

" Morning mama..!! Wah iyeke! Yeahhh!!! Dhia nak makan banyak-banyaklah.." terus bangkit dan segar mukanya. Melompat dari katil dan berlari keluar.

" Dhia.. Mandi dulu baru breakfast okey..!!" Aku menjerit. Bertuah punya anak. Hehe!! Aku ambil handphone dan mahu menghubungi Haikal. Tengok jam dah hampir 7.50pagi. Rasanya Haikal belum ke office lagi kut.

" Haiii morning..!! Awak dah ke office ke..?" Terusku tanya sebaik dengar suaranya ditalian.

" Ya morning.. Belum lagi, tengah bersiap.." jawabnya lembut je.

" Malam ni awak kerja ke?!"

"Iya.. Macam biasa. Kenapa?!"

" Saya nak ajak awak dinner malam ni dekat rumah. Boleh tak?!"

"Hmm.. Insha Allah boleh. Tapi kenapa, tak pernah-pernah ajak saya dinner dekar rumah?!" Yess!! Boleh pun. Aku senyum lebar.

" Saja.. Esok kan abang saya nak balik KL. So, nak makan sama-sama.." jawabku. Dah sah dia tak ingat birthday sendiri.

"Oh!! Iyelah kan. Lupa pula.." Kan.. dia ni memang payah sikit nak ingat benda-benda macam ni. Padahal baru semalam dia tanya bila abang balik. Tapi kalau bab kerja, dia memang tak pernah pula tak ingat. Comitment dengan kerja diutamakan.

"Okey!! Jumpa malam ni. Kerja elok-elok tau..!"

"Okey..!! Insha Allah.. Dah breakfast? Ubat dah makan?!" Tanyanya.

" Baru lepas breakfast dengan abang. Ni nak makan ubat pula.."Alamak!! Padahal aku lupa nak makan ubat sebenarnya.

"Okey good!! Jumpa malam ni. Bye..!!" Talian terus kumatikan. Selesai satu tugas. Aku bangun dan capai selendang hitam. Ku sarung dikepala.  Handphone berbunyi bep.. whatsapp masuk. Aik!! Baru je lepas call tadi, takkan dia whatsapp pula kut. Aku fikir Haikal lah yang whatsapp. Eh!! Bukan Haikal tapi Faliq.

" Assalammualaikum orang di sana.
Tengah buat apa tu?!"
Aku senyum lebar,  dan duduk dikatil semula.

"Waalaikumsalam..
Orang di sini tengah bersiap nak ke market.." aku balas.

" Orang di sana dah breakfast?"

" Iya..!! Sudah..
Orang di sana pula?"

Hahahaha.. Happy pula aku berwhatsapp dengan dia ni. Ada je ayat yang buat aku terhibur. Sama je macam dulu.

" Orang di sini tengah breakfast dengan mama. Hari ni mama buat kuih favorite orang di sana. Seri muka..!"

Mama?? Rindunya dekat mama. Lama dah tak jumpa mama,

" Yeke! Sedapnya..!!
 Mama, papa, Angah, Abang Ngah sihat tak?
Rindu dekat mereka.."
Balasku. Tiba-tiba rasa sedih pula.

"Alhamdulilah..!!
Semua sihat..
Mereka pun rindu awak juga,
Lagi-lagi mama, tiap hari tanya awak..!"
Airmata kerinduan pada mama menitis.

" Sedihnya..!!
Saya pun rindu mama dan semua.."

" Rindu saya juga kan..!!"

Eh.. Eh..!! Sempat juga dia. Nak juga. Hahaha!!

"Ishh !! Perasaaannn..!!"

" Hahahaa..
Awak dah tak marah saya lagi?"

Aku senyum. Tak tahu kenapa aku rasa seronok borak dengan dia. Rasa dah selesa dengan dia. Kalau tak sebelum ni, dengar namanya je pun, sakit hati sangat. Menyampah, benci semua ada. Tapi sejak malam tadi, lepas abang cakap. Aku dengan senang hati, rasa tenang je. Entahlah..

" Marahlah. Sampai bila-bila pun saya marah..!"

Aku sengaja. Nak menyakat dia. Hihii!!

" Alaaa.. Janganlah marah.
Saya nak pujuk tapi tak tahu macam mana.
Dah kena warning dengan doktor awak.
Dia tak bagi jumpa awak..
Kasihan saya..!!"

Hahaha!! Aku gelak.

" Aikk!! Takkan takut kut dengan dia?
Tak gentleman langsung..!"

" Hahaha..!!
Bukan tak gentleman
tapi nanti takut bergaduh pula.
Kenalah hormat tempat orang.."

Balasnya. Aku gelak lagi.

" Kata orang..
Nak seribu daya,taknak macam-macamlah alasannya. Kan?!
Okeylah, saya nak ke market ni.
Kirim salam saaayaaang dekat mama, papa dan Angah ye. Byee!!"

Last whatsapp dari aku. Aku senyum. Termenung sekejab. Aku fikir sesuatu.

"Macam mana aku boleh layan dia baik macam ni. Layan call, layan whatsapp. Sedangkan sebelum ni, isshhh!! Sakit hati sangat. Dengar namanya je pun rasa macam nak tikam-tikam je dia. Tapi kenapa tiba-tiba hatiku jadi lembut macam ni. Aku dah boleh terima dia ke? Terima sebagai kawan atau sebagai.. Hmm.. Entahlah. Hati aku milik Allah. Allah yang kuasai hati aku.  Ini semua kehendak Allah. Dari aku benci dia, tiba-tiba aku terus jadi lembut hati. Allahukhbar..!! Aku serah segalanya padaMu Ya Allah.. Jodoh pertemuanku ditanganMu. KeranaMu..." kataku sendiri.

Sekelip mata hatiku jadi lembut begini. Semuanya dari Allah. Aku bersyukur. Aku tidak lagi simpan perasaan negatif pada Faliq. Tidak lagi marah padanya. Tidak lagi benci padanya dan segala perasaan dendam padanya. Selagi aku simpan semua perasaan tu didalam hati sebenarnya selagi itu juga aku tak redha. Betul kata abang. Kita redha bila kita boleh terima segala kesakitan dengan tenang. Tapi selagi kita simpan perasaan itu bermakna kita masih belum redha. Moga terhapus dosaku kerana perasaan itu.

" Insha Allah..!!
Saya takkan mengalah demi awak.
Mama cakap.. Waalaikumsalam..
Saya pula cakap,
 i miss you, i love you..
 muah.. muah!! Bye!!"


Hahahaahaa.. Aku gelak besar.  Faliq oh Faliq. Dah tua tapi perangai tetap gila-gila.

"Adikkk...!! Dah siap belum.."
Abang jerit panggil aku dari luar. Terhenti lamunanku terus.

"Okey siap dah. Nak turun ni.." jeritku balas.
Aku masih senyum. Handphone ku letak dalam poket jeans. Aku berlenggang je. Aku melangkah dengan senyuman. Senyumanku ini sebab siapa? Sebab Haikal ke sebab Faliq? Hmm..
Entahlah..

Yang penting aku nak happy. Malas nak fikir mereka. Dua-dua kawan,  dua-dua ku layan sama. Adil. Tak payah pening-pening. Tu lagi baik.

Lalalaaaaa..!!

Previous: Bab 77
Next: Bab 79

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.