336,401
Kategori:
Genre:
Bab 9
Happy nya aku hari ini. Segar rasa badan, lena betul aku tidur malam tadi. Sampai terlewat bangun subuh. Bangun je dah jam 6.30 pagi. Fuh!! Boleh pula terlajak tidur. Cepat-cepat aku mandi dan solat. Lepas solat je aku terus ke dapur, ini paling aku happy. Bau nasi goreng kampung terus buat aku lapar. Memang lebar senyuman aku. Tanpa sempat tunggu Mak Long dan Pak Long. Aku terus je menjamu selera. Gelak je abang tengok gelagat aku. Dua pinggan sekali ngadap. Dasyat tak dasyatlah. Memang betul-betul besar selera aku pagi tadi. Hahahaha...!!

Abang cakap, makanlah apa pun nak makan. Cakap je nak makan apa, abang akan buatkan. Alahai abang aku ni, baiknya lah. Untung Doktor Dina. Sayang abang ketat-ketat. Kalau tak fikir sudah bersuami, aku nak je tinggal dengan abang semula. Tapi apa boleh buat. Aku sudah ada tanggungjawab  sendiri. Tak apa. Abang pun tak pernah tak sayang aku walaupun aku dah bersuami. Dan aku harap, kasih sayang abang pada adik kesayangannya ni takkan pernah berubah walau dia sudah berkahwin nanti. Kadang-kadang bila fikirkan, ada juga rasa risau. Takut abang dah tak sayang aku bila dia dah kahwin nanti. Dahlah suami aku buat aku macam ni, takkan abang pun sanggup nak buat aku hilang kasih sayang juga. Oh tidak!! Kalau dua-dua buat macam ni, aku dan baby akan pergi jauh dari hidup mereka. Hilangkan diri, diamkan diri. Baru mereka tahu. Merepek dah ni. Huhu!!

Alhamdulilah.. Lagi satu perkara yang buat aku happy dan rasa tenang hati. Kandunganku sihat, baby pun okey je. Dan, tekanan darah aku pun cantik, HB darah aku pun naik ke 10mg/dl. Walaupun cukup-cukup makan je tapi kira okeylah tu dari sebelum ni. Jadi, aku kena teruskan makan ubat yang doktor bagi. Seronoknya.!!

" Abang.. Adik rasa kan, lepas berpantang nanti. Adik nak kerja dengan Dato' semulalah. Abang rasa okey tak?!" Tanya aku minta pendapat abang. Abang menoleh padaku. Berkerut.

" Dah kenapa nak kerja lagi?  Butik Faliq tu macam mana? Adik dah taknak kerja situ dah ke?!" Aku senyum.

" Tak kut sebab adik cuma nak ambil tempahan kek je dan buat dekat rumah je. Jadi, adik kerja siang, malam boleh buat kek. Tambah income. Okey tak abang?!" Jelasku.

" Tak penat ke? Siang kerja malam nak buat kek, nak jaga anak lagi.."

"Alaaa... Tempahan kek bukan setiap hari pun, kekadang je.." balasku lagi.

" Faliq izinkan ke adik kerja?!" Tanya abang.

"Tulah masalahnya. Kalau boleh dia nak adik duduk rumah je jaga anak. Tapi bila adik fikir semula, adik kena kerja juga abang, nak cari duit simpanan sendiri. Taknak bergantung hidup padanya. Manalah tahu kan, kalau jodoh tak panjang. Sekurang-kurangnya adik ada back up income. Betul tak?!" Jelasku lagi dan lagi.

" Kenapa fikir sampai macam tu pula ni? " Abang bertanya pelik. Aku gelak.

" Hahaha.. Mesti abang ingat rumahtangga adik ada problem kan.. Hihii..!! Relax ya abang. Everything is okey! Don't worry ya." Aku gelak kecil.

" Mana tak fikir. Tengok masing-masing macam ada problem je. Dan tiba-tiba adik nak kerja. Kalau ikutkan Faliq tu memang mati-mati tak bagi adik kerja, kan.."

" Iya tahu tapi sebagai seorang wanita yang berfikiran jauh dan sentiasa fikirkan masa hadapan dan fikirkan segala kemungkinan yang akan berlaku. Kena standby dari awal. Kita tak tahu dugaan seterusnya. Jadi, kena bersedia. Taklah nanti kalau ditinggal laki, hidup huru-hara. Betul tak?!" Kataku.

"Hmm.. Apapun, nak buat apa-apa keputusan. Bincang dulu dengan suami. Minta izin, jangan buat keputusan sendiri. Ingat!! Syurga adik dibawah tapak kaki suami.." Start dah abang. Hehe..

"Iya abang. Insha Allah.." aku senyum je. Tak berani nak cakap banyak nanti terpecah rahsialah pula. Jadi, iyakan jelah. Lagipun, apa yang abang cakap tu memang betul. Abang memang the best abang kandung. Kami berborak-borak kosong. Dalam borak-borak tu, teringat dekat Faliq.

Aku tak tahu dia dah sampai ke atau belum. Langsung tak info apa-apa. Call tak, whatsapp tak, semua tak. Setahu aku, penerbangan ke Tokyo cuma memakan masa dalam enam atau tujuh jam je kut.

Maksudnya, dalam jam satu atau dua pagi dah sampailah kut. Hmm.. Tak apalah. Dah ada peneman disana, mana nak ingat isteri lagi. Ingat isteri masa kesunyian dan bosan je kut. Tak apalah. Biarlah. Sedih sebenarnya. Kalau tak ada abang ni mahu je airmata ni deras mengalir tapi aku kawal emosi ni. Tahan segala rasa. Fuhh!! Pedih.. Pedih..!! Nak tahan kelukaan ni hanya Allah je yang tahu. Relax Aliaa.. Cool Aliaa.. !!

" Abang.. Abang..!! Stop.. Stop..!!" Menjerit aku suruh abang berhentikan kereta.

" Kenapa??!!" Terkejut abang.

" Adik nak keropok lekor tu.. " aku sengeh.

"Allahuakhbar!! Abang ingat nak beranak tadi. Fuhh!!." Cuak habis muka abang. Aku gelak kuat-kuat. Abang memberhentikan kereta ditepi jalan dan terus belikan keropok lekor untuk aku. Senyum aku sendiri. Tak lama abang masuk dalam kereta, kejab je. Abang beri keropok lekor pada aku. Masih panas. Sedapnya!!

" Thanks abang..!!" Ucap aku. Aku ambil satu dan terus makan. Nikmatnya..!! Lama dah tak makan. Kami layan keropok lekor.

" Alamak..!! Abang lupa nak beli airlah. Tercekik pula ni.." Terbatuk-batuk abang. Haahaha..!! Aku gelak lagi. Aku keluarkan sebotol air mineral dari dalam beg sandang aku ni dan beri pada abang.

" Nah..!! Jangan risau. Ada penyelamat ni..!" Kataku gurau. Terus abang minum. Botol mineral diberi padaku semula. Kami terus berbual dan berbual. Happy aku rasa hari ni. Cuaca hari ni pun macam tahu hati aku. Cerah dan berangin je. Nyaman rasa. Luaran memang happy, ceria dengan senyuman dan gelak tawa tapi dalam hati, tiada siapa yang tahu. Dalam hati, menangis meraung-raung. Sedih..!! Bila senyuman menutupi segala kedukaan. Itulah aku..!! Senyum jelah.

Kereta kami memasuki perkarangan rumah. Aku perlahan-lahan keluar dari kereta dan terus masuk ke dalam rumah. Terus duduk disofa. Terasa letih pula badan. Aku sandarkan badan disofa.

"Dah balik? Macam mana kandungan?!" Tanya Mak Long yang datang dari dapur.

" Alhamdulilah.. Semua okey Mak Long. Kandungan okey, darah okey. Semua okey.. Insha Allah..!" Jawabku happy.

" Syukur alhamdulilah. Lega Mak Long dengar.. Mana abang?!" Senyum mak Mak Long.

" Kat luar kut.." Tak lama, muncul abang dan terus juga duduk disofa. Senyum je abang. Ni mesti baru call Doktor Dina kut. Berseri je muka. Teka aku sendiri.

" Dah..!! Jom kita makan dulu.." Aku tengok jam ditangan. Dah jam 12.35 tengahari rupanya. Cepatnya masa berlaku. Aku rasa macam baru jam 11.00pagi je. Kami bertiga terus bergegas ke dapur. Pak Long dah balik dah pagi tadi. Nak uruskan kebun pisangnya.

Aku buka tudung saji. Sekali lagi aku happy. Senyum dan senyum.  Mak Long masak ayam masak merah. Bahagianya hidup!! Aku peluk Mak Long dan ucap terima kasih berkali-kali. Mak Long dan abang pun happy bila tengok aku happy. Kami menjamu selera bersama. Aku makan nasi sikit je tapi makan lauk banyak. Hehe.. Betul-betul menikmati makan ayam masak merah ni. Sedap sangat!!

Selesai makan je aku terus masuk bilik. Makan ubat dulu dan tunaikan kewajiban. Kemudian, aku duduk dikatil. Handphone ku keluarkan dari dalam beg sandang. Tiada sebarang panggilan dan tiada sebarang pesanan whatsapp dari Faliq. Ya Allah!! Sampainya hati dia. Dia lupa akan aku langsung. Sekurang-kurangnya infolah dah sampai ke belum ke. Tanya sihat ke tak ke. Atau kalau tak tanya aku pun, tanyalah perkembangan baby ni. Bukan dia tak tahu hari ni aku ada appointment dengan doktor. Ini langsung tak. Sampainya hatimu wahai suami. Kerana wanita itu, kau langsung tak hiraukan aku. Kau langsung lupai aku dan kandunganku ini. Menitis airmataku sendiri.

Aku baring dikatil dengan tangisan kesedihan.  Kenapa ini semua harus berlaku padaku? Kenapa aku kena hadapi semua ini? Kenapa disaat aku sedang mengandungkan anaknya ini dia buat hal? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Aku perlukan dia, aku perlukan perhatiannya, aku perlukan kekuatan darinya. Ya Allah!! Tabahkan hatiku untuk hadapi segala ini.. Airmataku terus bercucuran keluar. Aku tak boleh duduk sendirian. Pasti akan menangis mengenangkan sikap suami. Sedih dan sedih!!
Dan akhirnya.. Aku terlena dalam kesedihan..

Tutt... tutt.. Tutt.. tutt..!!

Handphone berbunyi. Aku terus terjaga dari tidur. Tak tahu berapa lama aku tidur dah ni. Lena pula rasanya. Handphone ku masih pegang lagi rupanya. Cepat-cepat aku tengok di skrin handphone. Mama rupanya yang call. Aku ingat Faliq. Kecewa lagi.

" Ya mama..!!" Jawabku lemah.

" Aliaa buat apa ni. Lemah je suara ni. Aliaa sihat tak?!" Suara mama kerisauan. Aku senyum tawar.

" Sihat. Aliaa baru terjaga dari tidur ni.." jawabku lagi.

" Oyeke?! Maaflah mama ganggu..!"

" Tak apalah ma.."

" Dah jumpa doktor tak? Apa doktor cakap? Kesihatan Aliaa macam mana? Kandungan macam mana?" Banyak betul soalan mama ni. Mana satu aku nak jawab dulu ni. Hehe..

" Hehe.. Alhamdulilah. Semuanya okey ma.. Kandungan sihat, Aliaa pun sihat. Ujian darah Aliaa pun okey juga. Naik dah hb darah. Mama jangan risau ya..!" Jawabku panjang lebar.

" Alhamdulilah.. Lega mama dengar. Dari pagi tadi tak sedap hati selagi tak tahu keputusan tu sayang. Risau sangat!!" Aku senyum terharu.

" Maaf ma.. Tadi nak call mama. Balik dari hospital tadi, sampai rumah makan nasi dan terus tertidur. Ni mama call pun baru bangun. Sorry mama.!"

" Alaa tak apa. Mama faham. Apa yang penting, Aliaa jaga kesihatan ya, jaga kandungan baik-baik ya. Nanti papa cuti mama datang jenguk Aliaa. Nak minta Angah hantar tapi Angah tengah busy pula sekarang.." jelas Mama.

"Baiklah ma.. Maa..!! Hmm.. Abang ada call mama tak?!" Tanya aku ingin sangat tahu.

"Ada. Awal pagi tadi.." Ha? Dia call mama pagi tadi. Tapi kenapa dia tak call aku. Bagai terhenti jantung aku.

" Oyeke?! Dia cakap apa je ma.." tanyaku lagi.

" Dia cuma bagitahu dah sampai. Malam tadi nak call mama tapi takut mama dah tidur. Kenapa sayang? Alang tak call Aliaa ke?!" Aku terdiam sekejab. Sampainya hati dia.

" Aliaa..!! Alang tak ada call Aliaa ke?!" Menitis airmata aku.

" Eh!! Iya ma.. Ada.. Ada..!! Dia ada call pagi tadi juga. Hmm.. Okeylah ma. Aliaa nak ke toilet ni.. Mama kirim salam dekat papa dan Angah ye.. " Aku tak sanggup nak teruskan perbualan ni. Sedihnya hati.

" Baiklah. Insha Allah nanti mama sampaikan. Jaga diri baik-baik ya. Assalammualaikum..!!" Pesan mama. Talian ku matikan.

" Waalaikumsalam.." Aku menggenggam handphone. Menangis semahu-mahunya. Sampai hati dia tak call aku. Dari semalam petang sampai sekarang.

Susah sangat ke nak call aku bertanya khabar? Teruk sangat ke aku ni sampai dia sanggup buat aku begini. Sampainya hatimu Faliq. Sampainya hatimu. Kau biarkan aku menahan rindu begini. Kau biarkan aku menanti panggilan darimu. Kau biarkan aku sendiri menanggung semua ini. Penantian itu satu penyeksaan. Teganya kau Faliq. Ya Allah!! Apa salah aku padanya? Apa yang telah aku lakukan padanya? Dia seolah-olah membenci aku. Betullah.. Betul dan betul. Aku membebankan hidupnya. Aku menyusahkan hidupnya. Aku menghalang cita-citanya sebelum ini. Aku punca segala permasalahan ini. Aku punca dia mencari wanita lain. Iya.. Aku adalah punca segalanya.

Terima kasih suamiku. Terima kasih lakukan ini padaku. Terima kasih segalanya. Maafkan aku.. Ampunkan aku.. Aku bukan yang terbaik untukmu..!!

Ya Allah Ya Tuhanku.. Berikanlah aku kekuatan untuk hadapi segala ujianMu agar aku terus tabah dan sabar hadapinya dengan tenang dan redha padaMu..!! Hanya padaMu..!!

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.