336,606
Kategori:
Genre:
Bab 46
Lalalalalaaaa..!! Aku bernyanyi-nyanyi kecil. Menghiburkan hati sendiri. Sudah puas aku menangis malam tadi. Cukuplah. Taknak nangis lagi. Aku bersiap ke office. Dhia awal bangun hari ni, dah main dengan uncle nya dibawah. Happy betul Dhia dapat jumpa abang. Meriah rumah dengan gelak tawa Dhia. Dua insan yang paaaaling aku sayang. Anakku dan abangku. Aku merapikan tudung dan berdiri didepan cermin. Pusing kanan kiri melihat penampilan sendiri. Okey set puashati. Tapi mata ada sisa-sisa bengkak sikit. Tak apa. Abaikan.. Yang penting. Hari ni aku nak happy. Yeah!!

Aku mengambil handphone. Dan terus masukkan ke daam handbag. Tak tengok apa-apapun. Kemudian, dokumen mengenai projek baru Dato', aku ambil. Konon malam tadi nak semak tapi lain pula jadinya. So, nanti sampai office baru semak lagi. Tak silap lusa arkitek dari Semenanjung datang. Nak tengok tapak projek dan nak jumpa dengan kontraktor. Kata Haikal. Okey jelah. Aku melangkah ke bawah. Satu persatu anak tangga ku turuni. Masih lagi bernyanyi. Abang tengah layan Dhia mewarna. Habis pencel colour bersepah atas meja. Aku gelak je tengok gelagat Dhia bersama abang. Becok mulut si kecil dilayan pula oleh abang. Hahaha..!!

" Sayang mama lukis apa ni?!" Tanya aku pada Dhia.

" Mama tengok.. Dhia lukis bunga. Cantik tak?!"

"Cantiknya.. Pandainya anak mama ni.. Lukis cantik-cantik lagi tau.." pujiku.

" Okey ma..!!"

" Cuba Dhia lukis gambar kereta. Kalau cantik, nanti uncle belanja aiskrim.."

" Yeahh!! " Terus je Dhia ambil pensil dan mula melukis. Si kecil kidal. Macam mamanya juga.

"Abang dah sarapan?!" Tanyaku pada abang.

"Belum.. Jom!! Abang tunggu adik lah ni.." Aku angguk.

"Okey sayang. Stop dulu. Jom kita breakfast dulu.." Abang terus dukung Dhia dan bawa ke dapur. Sis Tuti sedang menyenduk nasi goreng.

" Nasi goreng kampung?! Abang masak?!" Senyum lebar aku. Wah!!

" Iye.."

"Thank you very much abang. Adik rindu sangat nasi goreng kampung abang ni tau..!" Aku duduk dan terus menyuap nasi goreng kampung ke dalam mulut. Sedapnya. Nikmatnya..!! Abang melayan Dhia. Suap Dhia. Aku tengok je gelagat mereka. Penghibur hatiku. Happy.!

"Abang..!! Abang kata nak keluarkan nanti. Ni abang hantar adik ke office ya..! " kataku.

"Okey juga. Abang pun nak tahu office adik dekat mana.."

"Nanti petang abang ambil adik lepas tu adik bawa abang ke kedai kain pula ye..!" Kataku lagi. Abang angguk. Selesai breakfast, kami pun terus pergi. Abang nak guna kereta nak jumpa Zahwan katanya. Pasti meriah tajuk perbualan mereka nanti. Biarlah..

"So, adik nak balik KL bila?" Tanya abang.

" Nanti adik info abang. Nak kena bincang dengan Haikal dulu.."jawabku. Sepanjang perjalanan kam berbual  kosong je. Sikit pun tak sentuh mengenai Faliq. Buat apa nak fikir dan cerita pasal dia. Tak perlu!

Sampai je office, aku terus masuk bilik diikuti oleh abang. Haikal tak nampak lagi. Belum sampai kut. Teruja pula abang tengok laut yang terbentang indah. Aku gelak je tengok gelagat abang.

" Patutlah taknak balik KL, syok dekat sini rupanya. Cantik sangat..!" Kata abang.

" Tahu tak apa. Sebab tulah adik suka Sabah ni tau, laut dia..!" Aku gelak lagi.

" Iyeke sebab laut?!" Abang perli aku pula. Amboooii...

" Iyelah pun.." aku membuka laptop. Tersenyum. Pintu diketuk dan muncullah Haikal dengan seribu senyumannya.

" Rancaknya berbual.." tegurnya dan duduk di hadapanku.

"Ni ha.. Abang ni teruja tengok laut Sabah.." kataku senyum.

" Sabah ni kan negeri dibawah bayu. Memanglah cantik lautnya. Kalau tak, takkan Aliaa terpikat dengan negeri ni kan..." jawab Haikal.

"Aliaa bukan terpikat dengan negeri ni je tapi terpikat dengan orangnya juga.." amboi abang tak sayang mulut betul.

"Aik abang.. Perli adik nampak. Cerita lama okey.." balasku.

" Hahaahaa.. Okey.. Okey..!" Aku gelak kecil. Haikal berkerut pandang kami. Tak faham maksud abang. Hahaha.. Sorry Haikal, tak perlu tahulah ye.

"Okeylah, abang gerak dulu ye. Apa-apa nanti call ye.." Aku angguk.

"Abang.. Tak payah cerita apa-apa dekat Wan ye pasal adik dan Faliq.." pinta aku.

" Okey..! Jangan risau.."

Abang senyum dan terus keluar. Aku senyum.

"Abang awak nak ke mana? Dia tahu ke jalan sini?!" Tanya Haikal pelik.

"Hahaha..  Mestilah tahu. Abang nak jumpa sahabat sejatinya.." jawabku bersahaja.

"Wan tu siapa?!"

" Sahabat abanglah.." Haikal angguk. Aku menyemak dokumen projek tersebut.

" Aliaa.. Lusa arkitek dari Semenanjung tu datang tau.."

"Confirm ke dia datang lusa? Kelmarin awak cakap tak confirm lagi kan?!" Serius.

"Ya..!! Confirm. Semalam petang dia call saya. Esok petang flight dia.." Aku angguk.

" Tapi kan.. Kenapa Dato' nak arkitek dari Semenanjung. Kat Sabah ni tak ada arkitek ke?!" Tanyaku selamba.

"Haahahaa.. Adalah. Saya pun tak tahu kenapa import arkitek dari sana. Adalah tu sebabnya. Nah..!! Ni kad dia.." Haikal menghulurkan kad nama padaku. Aku mengambil dan...

"Faliq Alfie?!"Terkejut aku. Terus terbeliak mata pandang Haikal. Haikal angkat bahu.

" Hmm.. Kalau.. kalau lusa, awak uruskan seorang. Boleh?!" Kataku teragak-agak bersuara. Sengeh.

"Boleh.. Jangan risau.. Saya faham..! Esok saya yang jumpa dia, apa-apa saya call awak. Tapi nanti awak kena juga tau berhadapan dengan dia. So, macam mana?!"

"Okey.. Tak apa. Boleh..!! Cuma buat masa ni.. Saya..  saya  taknak dia tahu siapa saya. Jangan info dia ye..! " Berkerut dahi aku. Risau pula. Haikal hanya mengangguk tanda faham.

" Hari ni saya tengok awak happy je. Saya harap awak banyak bersabar ya.." kata Haikal lembut je. Aku senyum.

" Thanks Haikal. Haikal.. Saya nak balik KL nak settlekan perkara ni.."

" Bila awak nak balik?!"

" Entahlah kan.. Hahaaha..!!" Aku gelak.

"Aik!! Gelak pula.."

" Hahaahaa.. Dahlah jom.. Masuk meeting " Haikal angguk. Dan kami pun terus berlalu masuk ke bilik meeting.

Didalam meeting, aku boleh pula megelamun. Entahlah.. Cuba untuk lari dari setiap bayangan Faliq tapi masih gagal lagi. Bukan sesuatu yang mudah. Mungkin ambil masa. Berapa lama? Aku sendiri pun tak tahu. Mental memang kena kuat. Hati kena kental. Sebab aku masih sayang dia, masih sayang. Tak apalah.

Selesai meeting aku terus masuk bilik. Duduk menghadap laut. Airmata mengalir sendiri. Apa aku nak buat ni. Kenapa masih rasa seperti ini lagi. Kan aku nak happy. Taknak emosi lagi macam ni. Dahlah airmata, janganlah mudah sangat mengalir. Tolonglah hati dan perasaan. Janganlah mudah sangat tersentuh kerana Faliq. Terimalah hakikat dia bukan jodohmu lagi. Terimalah..

Aku kesat airmata. Tarik nafas dalam. Sedihnya hati, hanya Allah yang tahu. Handphone berbunyi. Aku ambil handphone. Ish!! Nombor siapa pula ni. Banyak betul aku terima panggilan dari nombor yang tidak aku sendiri kenali.

" Oiii perempuan..!!" Amboiii bahasa.. terkejut aku.

" Tiba-tiba call nak meroyan. Pelik!!"

"You yang meroyan atau i yang meroyan? You tahu kan. Laki you nak ceraikan you. Yang you sibuk call dia. Kacau dia kenapa?" Apa masalah perempuan ni.

" Hahaahaa.." Aku gelak je.

"I serius kenapa you gelak? You ingat lawak.."

"Hahaahaa.. Selagi belum ada lafaz talak dari dia, saya masih lagi isteri dia. Dan bila dah bercerai pun ada tempoh iddah tiga kali suci. So, bila-bila masa boleh rujuk semula. Ada faham? So, kalau saya call dia ke, kacau dia ke. Itu hak saya. Awak tak ada hak untuk halang. Saya tahu, dia nak ceraikan saya kerana desakan awak. Dia dengan awak tak ikhlaslah Tasya. Luaran dia je nak awak, tapi dalaman dia. Hati dia hanya ada saya seorang. Hanya saya. Bukan awak.. Awak buatlah apapun. Hati Faliq hanya ada saya seorang.." aku sengaja buat dia makin terbakar.

" Kalau dia sayang you, dia takkan kejar i lah.."

" Memang.. Dia kejar you kerana kelalaian dia. Kerana godaan nafsu awak dan keterlanjurannya terrrsayang awak dan kerana segala fitnah yang awak bagi pada saya. Tapi hakikat.. nothing! Okeylah.. Saya busy, bye..!!" Aku terus matikan talian.

Aku menyandarkan kepala di kerusi. Kejam betul perangainya. Aku pun satu, macam manalah boleh jawab. Patut tak payah jawab.

Aku memusingkan kerusi. Meletakkan kepala di meja memandang ke lantai. Faliq..!! Kenapa kau buat aku macam ni. Pergilah jauh-jauh segala bayanganmu. 


Janganlah muncul lagi. Pergilah.. Pergi..!! Kata hatiku lagi. Bersambung lagi airmata ni. Hatiku menangis, jiwaku merintis.

" Aliaa.. Awak okey tak ni?!" Suara Haikal kedengaran. Aku kesat airmata dan mengangkat kepala. Dia berdiri memandangku sayu.

"Okey!!" Aku cuba untuk senyum. Dan aku terus pusingkan kerusi menghadap laut semula. Membelakangkan dia. Aku tak okey!! Aku menekup muka.

"Saya tahu perasaan awak. Awak masih sayang dia.." kata Haikal. Aku membiarkan saja.

" Aliaa.. Awak kuat. Awak kena terima ni semua sebagai takdir. Awak kena redha.. Sabar..!!" Haikal ambil kerusi dan duduk dihadapanku. Tepat matanya pandang wajahku. Aku biarkan airmata ini mengalir. Dah tak mampu nak tahan. Pedih, perit, sedih, sayu semua ada.

"Saya tak tahu. Saya tak kuat Haikal. Saya tak kuat.. Saya bagi semua kasih sayang padanya, rasa kasih sayang cinta semua padanya. Tapi kenapa dia buat saya macam ni? Kenapa saya kena hadapi semua ni? Kenapa mudahnya dia berubah? Saya kecewa sangat..! " masih terus mengalir. Aku tak sedar pun sebenarnya apa yang aku luahkan. Dan aku tak tahu macam mana aku boleh luahkan semua ni pada Haikal. Ya Allah!! Ampunkan aku..!!

" Awak kuat Aliaa. Saya percaya awak boleh hadapi semua ni. Awak wanita kuat. Allah tak kejam, dia ambil sesuatu untuk bagi sesuatu yang lebih baik. Mungkin Allah nak bagi awak yang lebih baik dari Faliq atau Allah nak Faliq berubah jadi yang lebih terbaik untuk awak. Jodoh ni kita tak tahu. Kahwin setahun dua boleh berpisah dan jumpa jodoh lain. Kahwin 10 atau 20 tahun berpisah dan kemudian bersama semula. Perancangan Allah itu terbaik Aliaa.. " panjang lebar Haikal bagi semangat padaku.
Aku diam hanya mendengar.

" Sekarang ni.. Awak kena tenang. Jangan fikirkan sangat. Nanti awak sakit Aliaa. Saya taknak awak sakit. Jangan terus macam ni, awak kena bangkit kena melangkah. Pandang ke depan, di depan tu ada kebahagiaan awak. Jangan sikitpun menoleh pada kedukaan awak. Saya yakin, saya percaya.. Awak boleh.. Saya sentiasa ada bersama awak Aliaa.." Haikal senyum. Akumenundukkan kepala. Tisu diberi padaku. Aku mengambil dan mengesat airmata. Dan membalas senyuman padanya. Senyum dalam tangisan.

" Maaf Haikal.. Maaf!! Saya ter over emosi pula. Maafkan saya..!" Kataku.

"Tak apa. Saya faham..!! Selama ni saya tengok awak senyum je ketawa je. Baru kali ni saya nampak kesedihan awak. Kita manusia, emosi memang tak tentu. Lagi-lagi bab perasaan. Tapi kan.. Bila tengok awak nangis ni, awak nampak comel lah. Macam Dhia juga.. Hihihiii.." Aku berkerut.

"Haikal..!!" Malu aku jadinya. Merah muka tahan malu.

"Hahahahaa.." Haikal gelak kuat.

Inilah pertama kali aku tengok dia gelak kuat. Pendiam-pendiam dia kalau gelak boleh tahan juga. Gelak seperti Faliq juga. Tapi Faliq kalau gelak tak ingat dunia. Ah!! Faliq lagi.

Faliq.. Faliq.. dan Faliq..!! Sudahlah, buangkan segala bayangan dia tu Aliaa. Hanya menyeksa jiwamu sahaja. Sampai bila harus dibayangi wajah dan diri Faliq. Terimalah hakikat.. 

Previous: Bab 45
Next: Bab 47

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.