336,498
Kategori:
Genre:
Bab 149
Hmm.. Pujuk punya pujuk doktor. Akhirnya, doktor benarkan juga Aliaa keluar hospital. Punyalah happy dia. Dah tak mereputlah lepas ni. Tapi doktor bagi syarat supaya jaga kesihatan dengan baik dan doktor minta Aliaa buat rawatan untuk penyakit jantungnya. Sebelum menjadi lebih teruk. Memang Aliaa kena buat rawatan pun dengan Doktor Raziq tapi si degil ni susah nak dicakap. Kalau dah sakit baru terhegeh-hegeh nak buat rawatan.

Selepas breakfast, Aliaa sambung tidur. Penat katanya. Penat? Padahal tak buat apapun. Adil iyakan saja. Malam tadi giliran Adil menjaganya. Ini pula, menunggu Faliq sampai. Faliq tak tahu lagi Aliaa nak keluar. Tak apalah, biar Aliaa berehat dulu. Kata Adil sendiri. Adil kemas barang sikit-sikit. Bosan tak ada buat apa. Terpandang wajah Aliaa yang sedang lena tidur. Senyum.

"Adik.. Adik..! Adiklah penyeri hidup abang. Kalau tak ada adik, tak tahulah hidup abang macam mana. Hmm.. Tapi dah ada anak pun perangai mengalahkan anak je. Hehe..!" Kata Adil sendiri. Sayang sungguh dia pada adiknya. Bertuahnya lah dapat abang sebaik Adil. Menjaga amanah dari kedua ibubapanya.

Pintu dibuka, muncul Faliq dengan membawa buah pisang yang diminta Aliaa semalam. Lalu diletak diatas meja.

"Sorry.. Sorry!! Aku terlelap lepas breakfast tadi.."

"Tak apa. Dhia macam mana. Ada dia tanya Aliaa tak?!"

"Dhia okey je! Ada juga dia tanya. Dia minta aku jaga mama dia baik-baik. Dia kirim salam dekat kau..!" Jawab Faliq.

"Oh yeke! Waalaikumsalam. Rindu pula aku dengan dia.." Faliq senyum. Lalu, menghampiri Aliaa.

"Okey tak Aliaa hari ni?!"

"Okey! Dia dah boleh discharge tengahari ni.."

"Ha? Bukan kau cakap doktor.."

" Hmm.. Kau tahu-tahu jelah Aliaa ni. Dipujuk rayunya doktor minta discharge. Tapi nk kena jumpa Doktor Raziq juga tau.." terus Adil potong cakap Faliq. Faliq hanya mendengar.

Aliaa tersedar dari lenanya. Sekejab saja dia tidur. Terdengar perbualan Adil dan Faliq. Terus buka mata. Gosok-gosok mata, dan terus duduk bersandar di katil.

"Hai.. Morning!" Tegur Faliq apabila tengok Aliaa sudah bangun. Diam membisu. Melihat Adil yang sedang duduk di hujung katilnya. Faliq senyum. Aliaa serius, berkerut pandang Faliq. Langsung tak senyum.

"Awak siapa?" Faliq terkedu mendengar. Eh! Kenapa Aliaa ni. Berubah terus airmuka Faliq.

" Abang.. Siapa dia ni?!" Aliaa bertanya pada Adil. Adil dan Faliq berpandangan.

"Aliaa.. Sayalah Faliq. Bakal suami awak.." berdebar-debar terus hati Faliq. Aliaa tak kenal aku, ish!! Biar betul, kata hatinya.

" Bakal suami? Bila masa pula saya nak kahwin. Saya cuma ada abang je."kata Aliaa. Masih serius. Ya Allah!! Bagai nak tercabut jantung Faliq dengar.

" Adik.. Adik.. Ni Faliq lah. Teman mesra adik. Cuba adik ingat balik. Tengok muka dia. Adik kan sayang dia dan dia pun sayang adik.." Adil berkata. Faliq terdiam. Tak tahu nak cakap apa. Sedih dia.

" Adik tak ingat. Adik cuma ada abang je kan.." Aliaa berkerut. Dan kemudian pandang Faliq semula.

"Tak apa Dil" Faliq senyum. Pisang yang dibawanya tadi di ambil dan dikupas setengah lalu diberi pada Aliaa.

"Semalam awak cakap, awak nak makan pisang kan. Ni saya bawakan untuk awak. Makan ni.." Kata Faliq lembut. Aliaa mengambil pisang dari tangan Faliq. Dan masuk dalam mulut. Sedap!! Faliq dan Adil memerhati Aliaa. Mereka berpandangan lagi. Tak mungkin Aliaa lupa lagi. Kata doktor dia dah pulih. Cetus hati Adil. Risau pula.

" Nak lagi?!" Aliaa minta pisang lagi dan kulit pisang diletak atas meja. Faliq mengambilnya lagi dan memberi pada Aliaa. Senyum. Walau dalam hati menangis sebab Aliaa tak ingat dia.

Aliaa turun dari katil dan masuk ke dalam toilet. Adil pandang Faliq. Sedih saja muka Faliq.

" Sabar bro..!" Adil menepuk bahu sahabatnya.

" Tak apa. Aku faham..!" Faliq senyum. Aliaa keluar dari toilet. Berjalan dan berdiri di tengah-tengah antara Faliq dan Adil. Adil dan Faliq juga berdiri. Aliaa mendongak pandang mereka silih berganti. Terasa diri sangat rendah ditengah-tengah mereka. Separas bahu saja. Tangan Faliq dipegang. Dan senyum.

"Mana boleh saya lupa bakal teman sehidup semati saya ni"
  kata Aliaa. Faliq dan Adil berpandangan. Hairan.

"Gurau jelah. Saja nak kenakan awak. Hehe.. Peace!! Jangan marah, nanti cepat tua.." Aliaa sengeh dan menunjuk isyarat peace dengan jarinya. Berkerut sejuta Adil dan Faliq.

" Ya Allah.. Ya Tuhan ku...!! Sayang.. !!.. "

"Adikk!! Bertuah betul budak ni. Benda serius macam ni, dia boleh main-main pula.." Masing-masing sapu muka. Aliaa ni bikin cuak saja.

" Hahaha.. Alaaa.. Janganlah serius sangat. Bila lagi nak kenakan Faliq. Kan awak kan..!!" Aliaa gelak.

"Kalau iya pun nak bergurau. Janganlah bergurau macam ni. Selamat abang tak panggil doktor tau tak. Tak pasal-pasal adik masuk Tanjung Rambutan sebab gila. Ishh!! Sabar jelah. Tak boleh nak cakap apa bro. Redha jelah.." Punyalah geram Adil dengan Aliaa. Menguji kesabaran betul. Faliq hanya gelak dan gelak. Dia pun tak tahu nak cakap apa. Fuhh!!

" Nak tengok je abang dan  Faliq sayang adik ke tak..!" Jawab Aliaa gelak kecil.

" Oh.. Nak tengok ye.. Meh sini meh..!"

" Abang..!! Hahaha.. Okey.. Okey..!! Sorry..!!" Adil geletek pinggang Aliaa. Berkejaran satu wad. Gelak tawa mereka bertiga. Happy dan meriah wad itu. Penangan Aliaa punya pasal.

" Dahlah abang..! Faliq tengok abang ni.. !" Aliaa berdiri di sebelah Faliq minta perlindungan. Faliq gelak saja. Lalu Aliaa terus duduk di katil sebelah Faliq. Punyalah penat dia. Masih gelak lagi.

" Mengadu konon. Poyo je!"

" Biarlah. Sibuk je!" Aliaa jeling manja pada Adil.

" Aku turun kejab nak beli air. Haus pula. Kau nak air apa Liq. Adik nak air tak?" Tanya Adil.

" Apa-apa je.."

" Adik nak nescafe. Nak dua. Suam tau..! Ikat tepi.." pinta Aliaa.

"Tak habis-habis nescafe. Mana boleh minum nescafe..!" Berkerut Adil.

"Alaa bolehlah abang. Dah 10 tahun tak minum tak minum nescafe.." Faliq gelak.

"Banyaklah 10tahun. Tengoklah nanti..!" Adil terus jalan menuju ke pintu.

" Nescafe suam dua cawan ikat tepi. Adik nak juga. Tak kira..!" Jerit Aliaa.

" Kalau ingat. Byee..!!" Terus Adil tutup pintu.

" Degil kan?! Suka sangat buat perangai macam ni.." kata Faliq pada Aliaa.

" Sesekali nak kenakan awak. Best tak?!"

"Banyaklah best. Dah nak tercabut jantung ni tau bila tiba-tiba awak tak ingat saya.."

" Kan sweet namanya tu. Manalah saya boleh lupakan awak. Awak ni kan, kawan gaduh saya.." Aliaa sengeh manja. Letakkan kepala di bahu Faliq.

" Iyelah tu.." Faliq senyum dan geleng kepala.

" Awak dah tetapkan tarikh nikah kita?" Tiba-tiba Aliaa bertanya.

"Belumlah sayang. Dengan keadaan awak macam ni.."

" Saya okey dah cuma ni parut dekat kepala ni je. Buruk dah.." Aliaa mencebik.

" Sikit hari lagi baiklah tu. Tak apa, tunggu awak sihat, nanti kita uruskan majlis tu ye. Saya pun tak info mama lagi. Apa yang penting, kesihatan awak ni.." kata Faliq lembut.

" Okey.. Thanks Faliq.."

"Sama-sama.." Aliaa senyum. Rasa tenang berada di sisi Faliq. Rasa sangat disayangi.

Pintu dikuak dan..

" Mamaaaa...!!" Muncul anak kecil itu dengan suara yang nyaring berlari ke arah Aliaa dan Faliq.

"Dhiaaa..!!" Aliaa terus turun dari katil dan memeluk Dhia dengan erat. Rindu yang teramat sangat.

"Rindunya mama dekat Dhia. Dhia sihat tak sayang? Dhia rindu mama tak?!" Tanya Aliaa. Berkali-kali mencium pipi gebu Dhia Afia.

" Dhia sihat. Dhia pun rindu mama sangat-sangat. Mama dah sihat tak. Kasihan mama..!" Dhia pula mencium pipi Aliaa. Puan Asmah dan Encik Kamaruddin memerhatikan dua beranak itu melepaskan rindu masing-masing. Senyum bahagia Faliq disebelah.

"Alhamdulilah. Mama dah sihat dah sayang. Tengahari nanti mama dah boleh balik rumah.."

"Yeahh!! Nanti Dhia jaga mama tau.."

" Hahahaa.. Okey sayang!"

"Sayang mama..!!" Dicium lagi pipi Aliaa dan dipeluk erat.

"Aik!! Takkan sayang mama je. Tak sayang papa ke?!" Sampuk Faliq. Dhia meleraikan pelukan dan duduk ditengah-tengah mama dan papanya.

" Hmm.. Papa sayang Dhia dan Mama tak?!" Tanya Dhia pula. Dengan wajah comelnya.

"Mestilah sayang. Papa sayang Dhia. Papa sayang mama sangat-sangat..!" Kata Faliq lembut.

" Kalau macam tu, maknanya Dhia pun sayang mama dan sayang papa juga..!!" Dhia peluk Faliq dan Aliaa serentak. Aliaa dan Faliq berpandangan dan senyum. Bahagianya rasa. Puan Asmah dan Encik Kamaruddin juga turut rasa bahagia melihat anak, menantu dan cucunya. Syukur yang tak tak terhingga kepada Allah.

" Ada tetamu ya..!" Adil senyum.

"Uncle..!!" Nampak saja Adil, Dhia terus melompat turun dari katil dan terus lari ke arah Adil.

" Dhiaaa..!! Rindunya Uncle dekat si cute uncle ni.." Terus Adil dukung Dhia.

" Dhia pun rindu uncle juga..!" Dicium Adil dan dipeluk erat. Dhia memang manja dan rapat dengan Adil.

" Dah beratlah si cute uncle ni. Dah chubby ni.." Adil saja mengusik.

" Alaaa.. Dhia taknak chubby. Dhia nak cute je macam mama.." Dhia menggeleng-geleng kepala. Tak suka dia kalau dicakap chubby. Bijak sungguh. Kalau menghadap cermin, lagak macam model.

" Hahaha.. Iyelah..!" Gelak semua dengar celoteh Dhia. Aliaa menghampiri Puan Asmah dan Encik Kamaruddin. Bersalaman. Dicium dan dipeluknya Aliaa dengan penuh rasa kasih sayang seorang ibu. Aliaa juga dah lama tak rasa pelukan itu.

" Aliaa macam mana? Dah boleh balik ke?!" Tanya Puan Asmah.

"Alhamdulilah. Aliaa dah sihat ma. Tengahari nanti dah boleh balik.."

"Syukurlah. Lega mama tengok Aliaa dah sihat. Mama rasa happy sangat sayang! Lagi bertambah-tambah happy bila tengok Aliaa, Faliq dan Dhia macam ni. Bahagia sangat.." Menitis airmata tua itu. Terharu sangat. Aliaa peluk Puan Asmah dengan erat sekali. Faliq menghampiri mereka berdua. Insan yang amat dia sayangi.

"Insha Allah mama.. Tak lama lagi kami akan bersatu semula. Restukan kami ya mama, papa dan kau juga Adil.." kata Faliq.

"Insha Allah sayang. Mama, papa dan Adil juga akan sentiasa doakan untuk kamu sekeluarga. Mama tak sanggup dah nak tengok hubungan kamu berdua berjauhan lagi.." Luah hati seorang ibu.

"Insha Allah mama. Kami takkan berjauhan lagi. Alang takkan jauh dari Aliaa dan Dhia lagi. Mereka ni syurga Alang. Nyawa Alang.." jawab Faliq lembut. Puan Asmah memeluk Aliaa dan Faliq. Dicium kedua mereka berganti. Harapan seorang ibu yang mahu melihat kebahagiaan anak menantu.

Aliaa hanya mampu tersenyum saja. Mata memandang Adil bersama Dhia. Airmata menitis melihat abang kesayangan. Tiba-tiba sedih pula melihat Adil. Pengorbanan seorang abang sangat besar. Aliaa meleraikan pelukan Puan Asmah dan jalan perlahan ke arah Adil. Dhia berlari ke arah atoknya pula.

"Abang..!! Adik sayang abang..!!" Aliaa terus peluk Adil. Adil gelak kecil. Memahami hati perasaan si adik yang sedih dan terharu dengan kasih sayang mertuanya. Aliaa sembamkan muka didada Adil. Adil peluk erat Aliaa dan mencium kepala Aliaa. Kasih sayang seorang abang.

"Iya sayang..!! Abang pun sayang adik sangat-sangat. Adik ni kan penyeri hidup abang, nyawa abang dan kawan gaduh abang kan.." kata Adil lembut. Adil kenyit mata pada Faliq. Faliq senyum bahagia. Cepat betul tersentuh hati Aliaa.

Faliq memandang seorang demi seorang kesayangannya. Merekalah  yang memberi kebahagiaan dalam hidupnya. Ibu dan bapa yang sentiasa memberi semangat dan dorongan dikala dia jatuh. Yang sentiasa memberi nasihat dan berada disisinya setiap saat. Anak kecil satu-satunya zuriat dari isteri tersayang. Asetnya dunia akhirat, penyeri hidupnya dan pengikat kasih sayangnya bersama Aliaa. Sahabat sejati yang sentiasa ada bersamanya dikala susah senang. Yang memahami hati perasaannya. Yang sentiasa memberi nasihat dan semangat untuknya dan juga abang ipar yang sangat dia hormati. Dan.. Insan yang amat bermakna dalam hidupnya. Insan yang banyak bersabar, banyak berkorban hati perasaan, insan yang menceriakan hidupnya, insan yang sangat setia pada cintanya. Dialah Aliaa Sofea. Sumber inspirasinya. Ketua bidadari syurganya.

" Terima kasih Ya Allah..!! Berkatilah hubungan cinta kami, sinarilah rumahtangga kami nanti dengan cahaya keimanan, ketaqwaan, keberkatan dan keredhaan dariMu Ya Allah.. Jadikanlah aku imam yang kuat dan mampu untuk bawa bidadariku dan anakku menuju ke syurgaMu.." Doa Faliq didalam hati.

Dikala senyuman terukir, ia lambang kebahagiaan hati yang sedang bahagia. 
Previous: Bab 148
Next: Bab 150

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.