336,611
Kategori:
Genre:
Bab 135
Letihnya badan. Kalau dapat baring ni mesti best. Mata pun jadi mengantuk ni. Aku sandarkan badan dikerusi, bersepah segala fail dan segala dokumen atas meja. Dah macam sarang tikus je. Nilah akibatnya kerja yang tertangguh semalam. Semalam mood malas, hari ni mood terpaksa rajin. Hahahaa.. Mujurlah petang ni tak ada appointment, fokus dekat office je. Nina pula cuti, kalau tak bolehlah dia tolong aku. Nasiblah. "Oiii makcik..!!" Terkejut beruk aku. Naim ni bikin panas hati je tiba-tiba terjah je masuk bilik tanpa ketuk pintu." Kau ni kan, masuk main terjah je. Tak ada moral langsung.." Kan aku dah marah. Jeling tajam pada Naim."Hahaaha.. Janganlah marah. Saja je terkejutkan kau. Dah lama tak tengok kau marah.." terus dia duduk. Sengeh je."Jadi kau nak aku marahlah ni ye.." " Taknak.. Taknak..!! Meriah kau hari ni. Dari atas sampai bawah merah Mak Ngah. Ni mood ceria ke apa ni.!" Perli Naim." Aku memang sentiasa ceria kut. Naim.. Kau busy tak?!" Tanyaku." Cerialah saaaangat. Tak juga. Kenapa?!" " Ha yess!! Kalau kau tak busy, dan disebabkan Nina cuti. So, aku nak minta tolong kau, siapkan ni. Pleaseee!!!" Aku beri beberapa fail pada Naim. " Boleh je tapi banyak ni beb.." " Nak lagi ke?! Ada lagi ni..!" Aku senyum. "Cukup-cukup. Pandai kau kan, tahu aku taknak masuk sini. Bila nak ni.." " Hahaha.. Kaukan baik. Nak petang ni juga sebab esok pagi-pagi Dato' nak.." "Sempat ke nak siapkan ni beb?!""Sempatlah pun. Ni kerja aku ni bertimbun, pun nak kena siapkan. Boleh je aku buat.." " Kau memanglah. Hebat!!" "Kau tak payah nak membodek aku sangat. Dah pergi buat kerja. Selagi tak siap jangan balik.."" Amboii.. mengugut lagi tu. Hampeh kau kan Aliaa. Uitt.. Aku nak ajak kau lunch ni. Jom..!" Naim mengangkat fail yang kuberi tadi."Alaa sorry beb. Aku dah janji dengan Faliq nak lunch sama. Dah lama dah tak sweet sweet lunch dengan dia.." aku senyum."Hahaha.. sweet-sweet manjang. Okeylah.. So, aku out dululah ye.." " Okey!! Make sure siapkan semua before balik tau..!!" Aku saja ingatkan Naim. Mengusik." Iya.. Iya..!!" Terus Naim keluar. Aku bangun dan duduk di sofa pula. Jam dah menunjukan ke angka 12.40 tengahari. Faliq tak call lagi, kata nak lunch. Jangan dia lupa sudah. Perut aku pun dah lapar dah ni. Aku pejamkan mata, sementara tunggu Faliq call. Sempat ni lelap lima minit. Okey try lah lelap. Hehe..!!" Assalammualaikum..!! Sayang..!!" Aku tersedar. Eh! Faliq didepan pintu bilik. Aku gosok-gosok mata. "Waalaikumsalam. Awak ada call ke?! Alamak.. Sorry tak perasan.." kataku. Faliq senyum."Saya tak call pun. Saja buat surprise! Tidur ke, kasihannya.." Faliq duduk di tepi aku. Mangkuk tingkat steel diletak diatas meja. " Letihlah. Terlelap kejab. Ni apa ni?!" " Hmm ni ada nasi dan lauk. Tadi saya balik rumah kejab, ambil barang tertinggal. Mama bekalkan nasi ni, dia cakap makan ni dengan menantu kesayangan. Makanan favorite awak ni.." Faliq membuka setiap mangkuk tingkat dan susun atas meja. "Wahh!! Sedapnya. Apa je yang mama masak semestinya favorite saya..." aku senyum lebar. " Sekejab saya ambil pinggan.." Faliq terus ke dapur ambil pinggan. Dia pula yang sediakan. Okeylah tu bukan selalu. Aku jadi bos. Hahaa!!Tidak lama dia masuk semula. Hari ni kami lunch dalam office saja. Tak pernah lunch macam ni, bestlah pula. Layan makan dulu. Sambil makan sambil berbual. Memang menyelerakan masakan mama ni. Kenyang perut aku. Licin makanan. Selesai makan, aku mencuci segala yang kotor dan kembali ke bilik. "Faliq.. Nak tanya something boleh?!" Aku duduk di tepinya. Dia angguk. Aku senyum. Kalau aku tanya ni agak-agak dia marah tak ye. Hmm.. Aku sengeh sendiri. " Kenapa senyum ni, nak tanya apa?!" " Saya cuma tanya je tau. Tapi sebelum saya tanya, awak jangan marah tau..!" Aku teragak-agak pula nak tanya ni. " Dah kenapa sayang oi.. Tanya jelah.." " Pagi tadi, saya terserempak dengan Tasya. Dia cakap dia kena pecat dengan majikannya sebab apa tak pasti pula.." "Okey!! So?!" "Macam ni.. Sebenarnya saya simpati dan kasihan dengan dia. Iyalah, dia betul-betul. sayang awak kut. Macam-macam dia buat nak awak. Kadang-kadang, saya pula rasa bersalah sebab.."aku menyusun ayat. Faliq berkerut dan terus potong cakap aku.

" Ha? Kasihan dengan dia? Bersalah? Sayang.. !! Apa awak merepek ni. Dia dah buat macam-macam kut pada awak.." Faliq terkejut dengan apa yang aku cakap.

" Memang betul. Tapi awak tak nampak ke yang dia bersungguh-sungguh nak awak semula.." kataku lembut.

" Sekejab.. sekejab..!! Sebenarnya apa yang awak nak cakapkan ni. Tolong jangan buat hal ye sayang..!" Alamak.. Dia macam dapat teka je pula apa yang aku fikirkan.

" Relax.. Relax..! Saya tanya je kan. Hmm.. Macam ni, awak taknak ke kalau hmm..!!"

"Kalau apa?!" Tanyanya tak sabar.

" Hmm.. Kalau awak terima dia dan nikahi dia. Boleh?!" akhirnya terkeluar juga ayat tu dari mulut aku. Aku senyum. Ikhlas.

" Ha? Aliaa.. Apa awak cakap ni. Apa awak merepek ni sayang. Awak nak saya terima dan nikahi Tasya?" Terkejut besar Faliq. Terus berdiri. Tak berkelip mata pandang aku. Aku sengeh.

" Bukan apa Faliq. Saya.. entahlah. Rasa kasihan dengan dia.." jawabku jujur. Buat muka kasihan.

" Awak kasihan dekat dia tapi awak tak kasihan dekat saya ke?! Aliaa.. Saya sayang awak tau. Mana mungkin.. Ish!! Merepeklah" Faliq nampak stress lah pula.

" Iya. Saya tahu awak sayang saya.."

" Habis tu kenapa awak nak saya terima dan nikahi Tasya tu. Kita macam mana? Awak tak sayang saya? Awak tak boleh terima saya ke? Aliaa.. jangan buat gila macam ni Aliaa. Saya yang gila nanti.. Aduhhh!!" Faliq jalan mundar mandir.

" Eh!! Awak.. Relax lah. Jangan stress macam ni.."

" Mana tak stress kalau macam ni. Saya punyalah bertahun pujuk hati awak untuk terima saya semula Aliaa. Saya punyalah happy bila awak nak rujuk semula tapi ni kenapa.. Kenapa? Huh!!" Faliq mengeluh.

"Jujur cakap, saya kasihan dekat Tasya tu. Dia perlu dibetulkan. Mungkin awak boleh bimbing dia jadi wanita solehah. Kita sama-sama bimbing dia.." Faliq pandang aku.

" Kita sama-sama bimbing dia? Apa maksud awak ni?!"

" Iya Faliq. Kita bimbing dia sama-sama menuju ke jalan Allah. Dan kita tetap akan bersama. Kita tetap rujuk dan kita tetap akan jadi suami isteri semula. Insha Allah. Tasya tu untuk isteri kedua awak. Saya rela bermadu dengannya, niat saya nak bantu dia. Itu je.." Aku senyum.

"Aliaa... !!" Lagi sekali Faliq terkejut. Dia sapu muka dengan tapak tangannya. Aku senyum.

" Saya dah fikir masak-masak dah. Cuma belum berkesempatan nak cakap.." sambungku lagi.

" Sayang.. Sayang.. !! Dengar sini.. Dengar ni dan simpan baik-baik dalam hati. Apapun terjadi, walaupun melibatkan nyawa saya, saya tak akan kahwin lain selain awak seorang je Aliaa. Hanya awak Aliaa Sofea hidup mati saya, syurga akhirat saya. Walaupun awak izinkan saya nikah lain tak kisahlah dengan Tasya ke atau sesiapa pun, saya tak akan lakukan. Takkan..!! Hanya awak seorang saja bidadari syurga saya. Saya taknak orang lain. Saya nak bersama awak pertama dan terakhir sampai syurga. Saya takkan dan taknak lakukan itu semua. Awak faham tak?!" Faliq pegang tangan aku. Betul-betul dia risau dengan apa yang aku cakap. Sinar dimatanya minta difahami. Aku renung kedalam anak matanya. Penuh kasih sayang. Aku senyum.

" Saya faham dan saya tahu. Saya buat ni sebab saya nak.. "

"Sayang..!! Tolonglah.. Saya taknak ada orang lain selain awak. Tolonglah.. Jangan paksa saya lakukan perkara yang saya taknak dan tak sanggup lakukan. Saya taknak sakiti hati awak lagi Aliaa. Taknak..!!" Makin erat genggaman tangannya. Aku hanya mampu tersenyum.

"Saya tak paksa tapi saya mengharap je awak terima dia. Dia dah terlalu jauh, saya yakin hanya awak je yang boleh betulkan dia. Niat saya ikhlas. Dan saya relakan jiwa, hati, hidup saya dimadu. Yang penting, awak bimbing dia ke jalan Allah.." aku senyum padanya. Faliq pejam mata, menunduk pandang lantai.

" Aliaa.. Saya takkan lakukan itu. Please..!!" Dia lepaskan tanganku. Dan berdiri menghadap ke dinding. Aku hanya berdiam, memerhatikannya. Dia menoleh padaku, aku senyum. Wajahnya nampak stress, rasa bersalah pula aku ni. Faliq menghampiriku.

" Aliaa.. Awak terima saya semula kerana dipaksa oleh abang awak kan, sebab tu awak nak saya nikah dengan Tasya dan awak sanggup bermadu sedangkan selama ni awak... Huh!! " perlahan suaranya. Aku tercengang.

"Eh..!! Bukan.. Bukan itu maksud saya. Awak salah faham ni Faliq.." Alamak.. !! Dia salah fahamlah. Berubah terus airmuka dia. Aduhh!! Parah ni parah..!!

" Saya tahu, sayang awak dah tak macam dulu pada saya. Saya tahu dan saya faham tapi walau apapun saya takkan nikahi orang lain selain awak.." Alahai teman sehati sejiwa aku ni kenapa cepat sangat dia terasa ni.

"Faliq.. Relax okey! Jangan emo sangat macam ni. Kan saya tanya je tadi. Janganlah marah.."

" Tak apalah. Saya balik office dulu ya. Apa-apa nanti info.  Bye..!!" Dia senyum sikit je. Dan terus keluar. Aku terpaku sekejab. Pula dah. Ni confirm merajuklah ni. Aduh..!! Masalahlah aku ni. Tak ada penyakit cari penyakit. Dah pula nak kena pujuk Mr. Arkitek aku tu. Aku ketuk kepala sendiri.

"Macam mana ni.. Macam mana ni.. !! Apa yang aku dah cakap ni. Salah ke aku cakap? Aku cuma menyuarakan niat aku yang baik ni dan tak ada niat pun nak kecilkan hati Faliq. Dah satu hal nak memujuk dia pula. Aku bukan reti..  Alamak..!! Abang dahlah tak ada, siapa nak tolong aku ni...!" Aku tutup muka dengan tapak tangan.

" Hahahaha... Padan muka kau Aliaa. Tengok keadaanlah nak cakap pun. Ni kau main belasah je cakap. Kan dah merajuk dah. Pandai-pandai kaulah nak pujuk. Tapii.. Macam mana!!" Aku gelak sendiri dan cakap sendiri. Pandang beg kertas berisi mangkuk tingkat steel tadi. Sampai mangkuk ni pun tertinggal. Hahahaa..!!

Aku bangun, berdiri, jalan depan jalan belakang dan kemudian gelak. Macam mana ni. Aku terus ambil handphone dan nak call Faliq. Konon-konon nak info dialah mangkuk tertinggal. Tengok dia jawab atau tak. Kalau tak jawab, memang sah merajuk. Alamak!! Sah-sah. Sah memang merajuk. Tiga empat kali aku call dia tak jawab, padahal baru je keluar dari office aku.

Jujur cakap, memang tak sangka apa yang aku cakap tu boleh buat dia kecil hati. Bukan biasa lelaki kalau dibagi kahwin lain akan happy ke? Akan melonjak gembira ke? Tapi kenapa dia tak happy? Hmm...

Apalah kau ni Aliaa. Memanglah dia tak happy, dia nak pujuk kau terima dia semula pun punyalah payah. Nak tunggu korang menikah pun entah bila. Dan, tiba-tiba kau suruh dia nikah dengan musuh ketat kau sendiri. Mestilah dia fikir kau sebenarnya tak ikhlas terima dia dan kau taknak dia. Apalah. Lain kali nak cakap fikir dulu. Kata hati kecilku.

Eh! Tapi aku dah fikir ni dah lama. Cuma belum nak cakap je. Bukan main terjah je cakap. Hmm.. Tak apalah. Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata pandai-pandailah akulah nak pujuk Faliq tu. Hahaha.. Pujuk ye..!! Macam best je kan. Okey relax. Jangan stress. Nak cari idea macam mana nak pujuk si Faliq Alfie tu. Hahahaaaa..!! Kenapa tiba-tiba aku rasa ini semua lawak? Sebab aku memang tak pernah merajuk kut dan aku pun tak pernah nak pujuk dan tak reti. Ini betul-betul serius merajuk ni. Okey sekarang ni aku nak haahahahahaa lagi.

Hai lah sayangku Faliq Alfie. Sesekali buat awak merajuk, best juga kan. Nak tengoklah macam mana ye gamaknya Faliq Alfie ni merajuk. Bertambah hensem ke atau bertambah perasaan. Hahahaha..!!  Agak-agaklah, siapa yang pujuk siapa nanti ye. Faliq Alfie yang merajuk tapi silap hari bulan Faliq Alfie juga yang pujuk Aliaa Sofea.

Hahaha!! Aku gelak dan gelak sendiri. Dah kenapa dengan aku ni. Faliq merajuk pun aku boleh happy? Memang masalah betul lah aku ni.

Aku duduk di kerusi, muka masih senyum. Tarik nafas panjang, tutup mata dan lepaskan perlahan-lahan. Baiki sistem pernafasan biar lancar je. Aku buka mata dan senyum lagi.

Sekarang ni, cari idea macam mana nak pujuk Faliq. Orang kata, lelaki yang jarang merajuk ni lagi parah rajuknya dari perempuan. Kalau perempuan merajuk, boleh je bagi bunga, bagi coklat, ajak shopping, bagi ayat manis terus lentur. Tapi lelaki merajuk nak bagi apa pula. Takkan nak bagi aiskrim kut, tak pun bagi gula-gula. Ishh!! Dah macam budak kecil lah pula. Aduh pening-pening. 


Sementara berfikir macam mana nak pujuk. Aku cuba lagi call Faliq. Hmm.. Masih sama, tetap tak jawab. Aku hantar whatsapp pula.

" Faliq..! Mangkuk mama ni tertinggal. Awak lupa nak bawa yee..!" Aku hantar. Eh! Bluetick lah. Maknanya dia dah baca dan  tengah menghadap handphonelah ni. Tapi tak balas pun whatsapp aku. Hahaha!! Merajuklah sangat. Aku gelak lagi.

"Ooo teman sehati sejiwa saya. Awak kecil hati ye! Janganlah kecil hati. Janganlah marah, saya tak ada pun niat kecilkan hati awak. Saya minta maaf ya. Tak hensemlah merajuk, senyum sikit.." aku hantar whatsapp lagi. Harap dia balas. Alaaa.. Dia tetap tak balas. Tak apalah.

So, nak fokus pada kerja yang melambak depan mata ni. Nanti habis waktu kerja baru sambung cari idea untuk pujuk di Faliq tu. Apa nak susah, google kan ada. Mudah dan hanya klik saja pasti akan dapat jawapannya. Hahaaha..!!

Memang ting tong lah kau ni Aliaa.. Hahaahaaa!!

Previous: Bab 134
Next: Bab 136

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.