336,697
Kategori:
Genre:
Bab 170
Sehari dua hari, aku tak masuk office. Lepas jumpa Tasya hari tu, malam tu terus demam panas aku. Dua hari tak dapat bangun. Punyalah risau abang, ingat Tasya ada buat tak elok dekat aku. Lagi pula bila aku cerita, yang Tasya letakan something dekat air minuman  Faliq. Lagilah abang bertambah-tambah risau. Takut aku terminum. Padahal tak langsung pun, dan tak pasal-pasal Faliq yang kena marah. Entah kenapa, abang jadi sensitif pula kelmarin. Kasihan Faliq. Aku memang dah lama kut tak kena demam panas. Biasalah, jarang demam dan tiba-tiba jatuh sakit. Memang tak boleh bangun.

Pagi tadi pun abang membebel, tak bagi pergi kerja. Dah sihat kut. Kalau tak sihat, jangan manjakan diri sangat, kenalah lawan biar peluh keluar baru sihat. Abang ni jaga aku macam jaga Dhia pula. Sayang abang!!

Abang hantar ke office. Aku masuk office dengan badan rasa segar dan seronok. Cuma kepala masih pening-pening lalat lagi. Biasalah tu. Pagi tadi sarapan aku makan roti setengah keping. Tak ada selera, tu pun syarat je sebab abang tunggu sampai aku makan ubat. Sabar jelah abang aku tu, makin dekat nak majlis nikah aku dan Faliq. Makin dia layan aku macam budak kecil je. Mesti abang berat tu nak lepaskan aku untuk kali kedua. Aku pun macam tu, kalau boleh taknak kahwin lagi. Nak duduk dengan abang dan nak abang jaga aku sampai aku mati. Hanya abang je sebaik-baik umat. Sedih..Huhu!!

Eh.. Eh!! Teremosi pula. Aku melangkah je masuk bilik terus buat muka bosan. Berderet hadiah dan bunga atas meja. Dah macam kebun bunga je bilik aku ni. Banyak betul lah duit dia ni hantar semua ni padaku. Tiap hari. Tasya.. Tasya..!! Nak bodohkan aku konon. Macamlah aku tak tahu ni semua kerja kau. Mr.K bagai. Orang suruhan kau je kut. Nak buat Faliq jelous dan nak kami gaduh kemudian, berpisah. Hmm.. Taktik basilah. Aku tak tengok pun dan terus letak dalam kotak. Punyalah banyak. Jenuhlah kau nak angkut esok Pian. Iyalah.. Siapa yang hantar semalam ek? Lebih baik aku tanya Nina.

Tanpa buang masa, aku terus keluar dan mencari Nina. Sedang potostat dia. Kaki melangkah laju menuju ke arah Nina.

"Nina.. Siapa yang hantar barang? Budak hitam manis tu?" Tanyaku.

"Tak.. Dua hari ni yang hantar budak bunga.." jawab Nina.

" Oh..!! Okey.."

"Cik Aliaa dah sihat?!"

"Alhamdulilah dah sihat. Dato' dah sampai tak?!"

" Dato' tak ada. Dia pergi Kedah tiga hari.." Aku berkerut.

"Pergi Kedah? Buat apa? Dia tak info saya pun.."

"Adalah Cik Aliaa.. Dia ada conference kan dekat sana. Lusa baru balik.."

"Ya Allah..!! Iyalah.. Saya lupa. Hahaha.. Dah tua, macam nilah.. Okeylah saya masuk dulu.."

" Hahaaaa... Baiklah.." Nina gelak.

"Eh.. Nina nanti bagi saya laporan bulanan ye. Lama dah tak check dan lagi satu... Tolong buatkan nescafe.. Hihii..!" Pintaku.

"Okey Cik Aliaa.. Nanti saya hantar, nak siapkan potostat dulu.. " Nina senyum. Aku angguk dan terus berlalu. Terpandang bilik Naim, singgahlah kejab. Aku terus buka pintu, tak ada pula orang. Jam ditangan aku tengok, dah dekat jam 9.00 pagi ni. Tak masuk lagi pula. Ni nak kena membebel ni. Aku tutup semula pintu.

"Oii makcik.. Kau buat apa tu?" Terkejut aku bila Naim tiba-tiba menegur. Terus aku menoleh. Dia dengan bawa briefcase nya. Berkerut.

"Baru sampai ke? Dah jam berapa dah ni baru masuk office? Potong gaji tu kang baru tahu..!" Aku menjeling. Gurau pagi.

"Trafic jam..!!" Jawabnya. Terus masuk bilik aku pun ikut masuk.

"Hahaha.. Macam kenal je ayat tu..!" Aku gelak sendiri dan duduk di kerusi.

"Kan.. Aku pun dah lama tak dengar ayat tu dari kau. Dulu, kalau Dato' tanya je. Aliaa..!! Kenapa lambat? Kau jawab.. Trafic jam Dato' tak pun kau jawab  trafic light buat hal.. Hahaahaa!!" Amboi.. Besarnya gelak kau Naim. Ingat balik zaman kegemilangan kami dulu. Siap Naim buat gaya Dato' lagi. Hahaha.

" Sakit perut aku gelak. Okeylah.. Aku nak buat kerja dulu. Kalau kau turun cafe info ye. Nak kirim, aku malas nak turun..!" Kataku.

"Turun tapi lewat sikit kut.." aku angguk dan terus keluar. Jalan menuju ke bilik pula. Handbag masih diatas meja. Aku simpan di dalam almari bawah. Kemudian duduk.

Aku duduk bersandar, nak buat kerja tak ada kerja. Tunggu Nina hantar laporan je nanti. Aku ambil handphone. Ada whatsapp.

" Adik..!! Kalau rasa tak larat nanti, cepat-cepat call abang ye. Hari ni abang free, nanti kita ke klinik.." Aku senyum. Alahai abang aku ni.

"Jangan risaulah abang. Adik dah sihat dah ni.." aku balas. Aku tengok abang tengah online.

" Okey..!! Nanti lunch abang ambil.." Aku senyum. Pandang handphone, pusing-pusingkan handphone. Bosannya. Mana pula Nina ni. Tengah busy kut. Tak apalah. Aku meletakkan kepala di meja. Lalaalalala..!! Nyanyi lah apa lagi. Senang je kerja aku minggu ni, relax je. Tengah tak banyak kerja memanglah macam ni. Cuba kalau nak hujung bulan nanti, kalau tak pening kepala. Nak handle laporan company Terengganu lagi. Yang ni lagi. Selamatlah yang kat Sabah dah tak ada. Cakap pasal company Sabah, teringat pula dekat arwah Haikal. Sedihnya!! Arhh!! Taknak ingat, nanti airmata gugur. Huhu!!

"Assalammualaikum.. Sayang..!!"

"Waalaikumsalam.!" Terkejut aku bila muncul Faliq depan pintu dengan membawa mug berisi nescafe dan beg kertas. Senyum lebar aku.

" Ni air nescafe untuk awak dari Nina  dan ini ada sarapan saya bawakan. Jom makan..!!" Diletak diatas meja kopi. Aku bangun nak jalan ke sofa. Dia mengeluarkan dua tupperware dan susun atas meja.

" Tunggu kejab saya ambil pinggan.." Terus saja dia keluar ke dapur. Aku membuka penutup tupperware, sedapnya baru. Nasi goreng ikan masin tu. Telan liur aku jadinya. Dan satu tupperware lagi, kuih serimuka. Ni mesti mama buat ni. Baunya.. !! Sangat menyelerakan.
Kemudian, Faliq muncul dengan membawa dua pinggan, dua gelas, dua sudu dan diletak atas meja.

"Siapa masak ni? Awak ke mama?"

" Nasi goreng ikan masin ni saya masak. Kuih tu mamalah. Saya mana reti buat kuih tu. Makan nasi ni banyak-banyak tau. Special untuk awak sebab ikan masin ni ikan masin Sabah. Awak kan suka.." Faliq menghulurkan sepinggan ikan masin untuk aku. Dan untuk dia juga.

"Eh! Awak tak busy ke ni sayang..!! Saya main terjah je ni.."

"Taklah. Saya bosan pun ni.." jawabku. Aku terus menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut.

"Sedapnya..!! Pandai awak masak.." puji aku.

"Thanks.. Saya pandai masak ni pun dari Adil. Minta dia ajar, haahahaa.. Melalui whatsapp je tau, sekali je dia ajar terus menjadi.." Seronoknya dia.

" Oh yeke!! Hahaha.. Patutlah ada rasa masakan abang..!"

"Hahaha.. Itulah untungnya dapat abang ipar pandai masak. Saya untung boleh makan apa je masakan dia dan untung boleh belajar masak dari dia.." kata Faliq. Bangga..!!

" Hmm.. Betul.. Betul.. Saya pun untung, ada abang yang pandai masak dan bakal suami yang nak belajar masak. Jadinya, saya tak payahlah belajar masak sebab dua hero saya dah masakan untuk saya. Saya cuma request je nak makan apa. Kan.. kan.. kan.. Hahaahaa!!"

" Aik!! Macam tu ye. Boleh je sayang..!" Kami gelak. Seronok kami menikmati makanan ni. Faliq ni memang, tiba-tiba muncul bawa makanan. Memang kecoh kami berdua saja dalam bilik ni.

" Sayang..!! Tu ke dalam kotak barang yang Mr.K tu bagi awak?!" Tanya Faliq, mata tertumpu pada kotak besar.

" Ya..! Harap esok Pian tu yang datang. Saya nak pulangkan semua barang ni. Semak je dalam bilik ni. Rimas..!!" Jawabku. Faliq angguk dan senyum. Menghabiskan nasi goreng terakhirnya. Alhamdulilah.. Kenyang perut. Berselera pula aku makan. Terus sihat. Aku nak kemas dan nak bawa pinggan ni ke dapur tapi dia tak bagi pula. Dia yang buat semua. Amboi.. macam Tuan Puteri pula aku dilayannya. Aku tutup makanan ni, dan makan pula kuih serimuka. Memang sedap sangat kuih mama buat ni. Nak kena belajar dari mama, rugi tak belajar.

" Mehlah Naim.." Faliq masuk bersama Naim. Naim bawa pinggan. Tersengeh pula dia.

" Beb.. Nah ni. Nasi goreng ikan masin. Habiskan..!" Aku pelawa.

" Rezeki pagi, langkah kanan aku ni. Tak payah turun cafe.. " kata Naim.

" Habiskan.. Tu aku simpankan untuk kau tu.." sambungku lagi. Faliq gelak je duduk disebelahku.

"Kau masak ke ni bro atau Abang Adil.." tanya Naim dengan mulut yang penuh berisi. Tak senonoh. Aku gelak lagi.

"Akulah masak. Tapi resepi Adil.." 


" Oooo patutlah. Tapi memang sedaplah bro. Next time kau masak nasi goreng daging pula ye. Jangan lupa bagi aku rasa. Aku kalau bab nasi goreng ni memang hantu sikit. Lagi-lagi kalau nasi goreng seafood. Fuhh!! Berpinggan-pinggan aku makan.. " Haahaha.. Semangat betul Naim ni makan. Makan pun membebel. Aku dan Faliq gelak je.

"Naim.. Kau panggil Faliq, nama je tapi kau panggil abang aku Abang Adil. Patutnya kau kena panggil Faliq ni pun Abang Faliq tau. Dia kan sebaya abang aku. Dah tua.." Aku sengaja.

"Hahaahaa.. Abang kau lain beb. Aku segan sikit, dia serius dan tegas. Tak patut pula nak panggil nama je.."

"Habis.. Faliq ni kau tak seganlah.."

"Faliq ni aku nak segan?? Hahahaha.. Dah dia pun gila macam aku. Kan Liq. Eh! Kau jangan kecil hati tau.. Gurau..!!" Hahahaa..

" Tak adalah. Mana-mana jelah. Kawan Aliaa kawan aku juga. Tak ada hal lah bro.." jawab Faliq.

" Betul.. Betul.. Aku sokong..!"

" Okeylah sayang.. Saya gerak dulu ya nak turun side kejab. Nanti kita lunch sama dengan abang sekali.." kata Faliq lembut.

" Baiklah.. Hati-hati ya..!" Aku senyum.

" Bro.. aku gerak dulu. Habiskan semua ni tau. Lepas tu tolong cuci ye.." kata Faliq.

" Okey no hal. Thanks bro..!" Naim teruskan makan. Aku gelak lagi. Aku temankan Faliq ke liff. Sengaja. Sebelum dia masuk liff, macam-macam yang dipesannya. Sama je macam abang. Iyakan sajalah. Bertuahnya lah aku. Disayangi oleh mereka ni. Apabila dia dah masuk liff, aku pun terus masuk dalam office semula. Senyum dan senyum.

"Dah habis ke? Kejabnya makan.." Naim menyandarkan badan di sofa. Kekenyangan dah macam ular sawa dah aku tengok. Hehe..!!

" Fuh! Kenyang gila aku. Buncit terus perut. Lunch tak payah makan dah ni. Jimat sikit duit.." kata Naim. Aku gelak. Macam-macamlah dia ni. Lawak!! Aku duduk di kerusi ku. Mana pula Nina ni tak hantar lagi laporan bulanan yang aku minta. Naim mengemas segala diatas meja dan ke dapur mencuci pinggannya. Muncul pula Nina, dengan tersengeh-sengeh minta maaf. Terlupa katanya mahu hantar laporan bulanan itu. Aku gelak saja. Dan dia keluar semula.

Aku menyelak sehelai demi sehelai laporan tersebut. Dato' dah check dah kata Nina tapi tak apa. Aku nak double check sebab laporan bulanan ni ada salah sikit. Dan ini sepatutnya memang aku kena buat. Lagi-lagi bab akaun. Kena betul-betul check. Kena fokus. Kadang, bahagian akaun pun ada silap, mungkin terlepas pandang kut. Tak apa, semua ini bisa diatur.

Tut.. Tuttt...! Handphone berbunyi. Nombor tak bernama. Siapalah pula ni. Dengan malas aku jawab jelah. Mata terus tertumpu pada laporan.

" Hai Aliaa.. !" Suara ceria dari hmm.. Mr.K!

" Iya.. Ada apa? Saya tengah busy sekarang ni." Kataku tegas.

"Sorry ganggu.. Saya nak ajak keluar dinner malam ni. Sudi tak?!" Ha? Nak ajak keluar? Berani pula dia.

"Dinner?!"

"Iya..! Saya jemput awak.." sambungnya.

" Maafkan saya. Saya takkan keluar sesuka hati dan tak boleh keluar.." jawabku.

" Sekali saja.."

" Maaf..!!"

"Atas alasan?!" Aik.. Dia tanya alasan pula.

"Saya memang takkan keluar dengan mana-mana lelaki yang saya tidak kenal kecuali atas urusan kerja. Itupun setelah dipersetujui oleh majikan saya. Untuk personal. Minta maaf tak dilayan.. !"

" Hmm.. Takut dengan Mr. Arkitek awak ke?!" Tekanya.

" Saya bukan jenis perempuan melayan lelaki. Suka-suka terima pelawaan lelaki. Dan, iya memang salah satu sebab Mr. Arkitek dan abang saya. Jadi, minta maaf ya Mr.K..!" Tegasku lagi.

" Awak ni memang payah kan. Kalau orang lain, senang je saya ajak keluar.."

" Lain orang lain caranya. Jadi, jangan samakan saya dengan mereka. Saya adalah saya.. Okeylah, saya busy. Assalammualaikum..!" Aku terus matikan talian.

Berfikir sekejab. Mr.K nak jumpa aku? Untuk apa? Nak perangkap aku ke ek? Tapi ini peluang aku nak tahu siapa dia. Kalau aku tanya Pian pun, belum tentu Pian nak bagi info. Nak jumpa ke tak? Kalau aku nak jumpa dia pun bukan dinner, dan bukan waktu malam. Tapi waktu siang. Selamat sikit. Tapi.. Tapi... Hmm.. Tak apa. Nanti aku bincang dengan abang dan Faliq dan nak bincang dengan Si Polis senget tu. Beberapa hari ni dia tak contact aku. Kes hari tu pun aku tak info apa-apa lagi dekat dia. Dia tengah busy kejar penyangak kut. Hehe...

Sambung buat kerjalah. Pasal Mr.K nanti balik baru fikir. Malas nak bebankan kepala sekarang. So, sambunglah Lalalalaalaaa!!
Previous: Bab 169
Next: Bab 171

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.