336,535
Kategori:
Genre:
Bab 53
" Tut.... Tuttttt.." Gangguan betullah. Ada pula yang mengacau tengah mimpi. Aku mencapai hadphone dimeja lampu. Tapi badan masih dalam selimut.

" Helloo.." jawabku dengan suara yang masih mengantuk. Tak tahu siapa yang call. Pakai jawab je.

"Morning..!!" Suara ceria Haikal ditalian.

"Morning..!! Kenapa call pagi-pagi ni. Awal lagi kan, ganggu je.." aku merungut.

"Sekarang ni dah jam 08.50pagi tau. Matahari dah mencacak dah.." Aku terus bangun. Automatik mata jadi segar bugar. Biar betul!!

" Ha?? Ya Ampunn!! Saya dah lambat.. Tunggu.. Tunggu.. Saya siap sekarang..!! Ehh!! Awak dekat rumah saya dah ke?!" Aku jadi kelam kabut dan berserabut.

" Belumlah.. Saya dekat rumah lagi. Kalau dah siap nanti, whatsapp saya ya.." Lembut suara Haikal. Fuhh!! Lega.. Ingat dia dah sampai. Aku terus tergegas ke bilik air. Mandi. Mentang-mentang dibagi cuti solat. Sampai terlajak tidur. Betul-betul lena yang tak lena. Ni lah kalau duduk sendiri tak berteman. Segala terlajak.

Semalam pagi abang, Dhia dan Sis Tuti ke Ranau. Pergi rumah Abang Man. Ada kenduri doa selamat. Aku tak dapat join sebab petang semalam ada kerja penting. Jadinya, aku ditinggal seorang diri dirumah. Pergi balik kerja terpaksa tumpang si Haikal. Mujur dia bagi tumpang. Hehe!!

Siap mandi terus pakai baju kurung Pahang dan tudung bawal. Setengah jam, siap!! Nak bersolek, memang taklah. So, simple je. Nak bersolek sana sini pun nak buat apa. Bukan ada laki pun. Biar nampak natural beauty. Baru asli. Aku teliti muka di cermin. Umur dah tua tapi muka okey lagi. Masih nampak seperti 20 tahun. Hahaha..!! Perasan pula. Aku gelak sendiri. Aku ambil handbag dan ambil handphone. Sebelum turun ke bawah aku whatsapp Haikal info dia dah siap. Rumah aku dengan rumah dia bukan jauh pun.

Aku tutup pintu bilik dan turun ke bawah. Sunyi sepi je rumah. Kalau tak waktu macam ni dah meriah dengan gelak tawa Dhia, dengan suara becok Dhia. Alahai.. Baru sehari ditinggal Dhia. Rindu pula rasanya. Abanglah ni curi anak aku kejab. Sabar jelah. Kereta Haikal dah pun muncul. Aku segera keluar rumah. Menyarungkan kasut bertumit tinggi, ku kunci pintu dan terus berjalan perlahan ke kereta Haikal. Pintu pagar ku tutup dan kunci. Aku terus masuk ke dalam kereta. Tersengeh macam kerang busuk dia.

" Esok flight jam berapa?!" Tanyanya.

" Entahlah.. Rasa tengahari kut, sebab nak hantar Dhia balik kampung.," Haikal angguk.

" Tak ambil tiket lagi ke?!"

" Hehe.. Belum. Lupalah. Nanti ingatkan ek.."

" Insha Allah. Kita pergi breakfast dulu ye.."

" Ha.. Lapar gila ni.." Haikal gelak kecil.

 Pagi ni cuaca agak redup. Tak panas pun. Tak apalah kalau nak hujan hari ni tapi kalau boleh esok janganlah hujan. Nak naik flight balik KL, kalau cuaca mendung je pun, bikin cuak juga. Walaupun dah selalu naik flight. Perasaan gerun tetap ada. Pula tu dah berapa kali berpengalaman kapal buat hal. Time nak landing je boleh pula kapal jadi senget sebelah. Sayap tu seinci je lagi nak kena landasan. Semua penumpang menjerit ketakutan, ada yang mengucap sekuat-kuat hati. Fuh!! Memang menakutkan. Belum lagi diatas menempuh awan hitam tebal, hujan bersama ribut petir. Lagi sekali fuhh!! Bagai nyawa dihujung tanduk je. Macam-macam pengalaman.

" Isnin kan awak ke mahkamah?"

" Iya.." jawabku ringkas. Menghirup nescafe.

" Awak dah bersedia?!" Aku pandang Haikal.

" Hmm.. Insha Allah.." aku senyum.

" Saya tahu awak kuat. Semoga semuanya dipermudahkan.."

" Thanks Haikal."

" Oh ya!! Pagi tadi uncle ada call saya. Selasa nanti ada meeting untuk semua pengurus KL, Terengganu dan Sabah.." katanya.

" Wow!! Tapi Dato' tak call saya pun..!!"

" Macam mana nak call awak, awak pun bangun lambat.."

" Aha lah kan.. Hahahaaa!!" Aku gelak.

" Patut Isnin tapi sebab awak ada urusan tunda selasalah.." aku angguk-angguk tanda faham.

" Eh awak.. !! Saya nak tanyalah. Dah lama nak tanya tapi lupa je.."

" Tanyalah tapi jangan tanya bab kahwin ye. Saya takkan jawab.." awal-awal dah bagi warning.

" Hahahaaa.. Iya tak tanya tu. Kalau saya tanya kang saya balik yang kena, kann...!!" Haikal pula gelak.


" Tahu tak apa!! So, nak tanya apa?!"

" Company ni milik Dato' dan papa awak kan. Tapi kenapa awak yang tak Pengurus Besar? Sedangkan awak lebih berkuasa kut. Ni bagi saya pula.. Kenapa ek?!" Tanyaku. Memang dah lama nak tahu. Haikal senyum.

" Uncle pilih awak sebab kepercayaan, kesungguhan dan tanggungjawab awak pada kerja. Awak dah lama kerja dengan uncle. Dari company ni kecil sampai sekarang. Banyak jasa awak dekat company. Tu yang uncle sayang awak.." Pujinya.

" Saya ni kan orang luar. Awak family dia. Patut awak lah. Ni tak.. Boleh pula saya besar awak kecil. Ishh!! Saya serba salah sebenarnya..!!"

" Saya tak boleh sebab saya ada tanggungjawab lain.." Aku berkerut. Pelik.

" Tanggungjawab? Tanggungjawab apa?"

" Nanti awak akan  tahu juga. Eh tapi tak apalah. Awak kerja pun okey, setakat ni semuanya okey kan. Lagipun saya ada, insha Allah. Kita uruskan sama-sama. Bagi saya jawatan tu tak penting. Tapi yang penting, usaha kita untuk majukan dan maintainkan company ni. Kerja dengan ikhlas, insha Allah dapat keberkatan.." katanya dengan panjang lebar. Aku angguk jelah. Memang banyak betul rahsia dia ni. Banyak kali aku try korek-korek tapi dia tetap timbus balik. Okeylah..!!

Bila perut sudah kenyang hati pun tenang, kami terus ke office. Hari ni cuma nak bincang pasal projek je. Haikal kena cerita A to Z dekat aku pula. Sampai di office, macam biasa jumpa Syirah minta dia buatkan nescafe. Padahal baru je minum tadi. Hantu nescafe dah kembali. Hehe!!

" Nah ni..!! Hari ni saya buatkan nescafe untuk awak.." Terkejut aku. Biar betul Haikal ni. Dia duduk dan meletakkan beberapa fail diatas meja.

" Wow!! Thanks..!! Mimpi apa ni buatkan nescafe untuk saya?"

"Aliaa.. Kurangkanlah minum kafien, tak baik untuk kesihatan. Minum kafien yang berlebihan menyebabkan sesak nafas dan masalah jantung. Penghidap Anemia dan gastrik tak boleh minum kafien berlebihan. Kurangkan ye." Nasihat Haikal. Aku senyap je.

" Tapi dah minat. Nak buat macam mana!" Aku menjawab. Degil.

" Duit banyak pun takkan boleh membeli kesihatan. " Aku sengeh.

" Iya.. ! Okeylah. Saya try kurangkan ya.." kataku. Sengeh. Dia senyum dan senyum.

Kami memulakan perbincangan. Serius. Setiap satu aku tanya, selagi aku tak faham selagi tu aku akan tanya. Hari tu, Faliq yang yakinkan Haikal. Kali ni, Haikal pula kena yakinkan aku.

Sedang asyik berbincang. Handphone ku berbunyi. Aku tengok di skrin handphone. Tertera nama Faliq. Nak apa pula dia call ni. Tak ada urusan kut. Berkali-kali juga dia call. Aku dah rasa tak selesa.

" Siapa call?!" Tanya Haikal. Serius.

" Faliq.." jawabku perlahan.

" Jawablah. Mungkin ada hal." aku pandang sekilas wajah Haikal.

" Tak ada urusan kut. "

" Tak apa, jawab je. Kalau awak tak jawab, dia akan terus call"  Betul juga. Okeylah aku jawab. Haikal senyum.

" Assalammualaikum.."

" Waalaikumsalam.."

" Busy ke?!"

" Iya busy.. Ada apa ye?!"

" Awak di mana sebenarnya?!" Aku berkerut.

" Kenapa awak tanya dan untuk apa?!"aku bertanya semula.

" Sebab awak isteri saya. Saya kena tahu.." Hohohoo.. Dah nak berpisah baru nak kata aku isteri. Nak gelak pun ada.

" Oh isteri!! Sebelum ni langsung tak pernah tanya, tak pernah ambil tahu" Aku pandang Haikal.

" Awak di mana?? "Tanyanya lagi.

" Hmm.. Saya masih ada di Malaysia.." jawapan yang sama.

" Awak dengan Haikal kan?!"

" Haikal?? Kenapa perlu kaitkan saya dengan Haikal?!" Aku dan Haikal berpandangan. Dan kami senyum.

" Dengar ni. Saya jumpa Haikal tempoh hari. Urusan kerja. Dan, partner dia Sofea. Sofea tu awak kan sebenarnya?! Betul kan.." serius nadanya.

" Hahahaa..!! Awak buat lawak apa ni.." aku gelak.

" Iyalah.. Dah awak pernah kerja dengan dia kan. Boleh jadi awak still kerja dengan dia tanpa pengetahuan saya.." Faliq ni masih tak puashati rupanya. Aku senyum sendiri.

" Hmm.. Jangan merepeklah. Dalam dunia ni nama Sofea bukan saya sorang je tau. Okeylah.. Saya tengah busy sekarang ni. Kita jumpa di mahkamah je nanti ye. Take care. Assalammualaikum.." Aku terus matikan talian. Merenung handphone dan geleng kepala. Aku pandang Haikal.

Mata kami bertentangan. Dan, aku gelak.

" Saya rasa dia dapat tahu tu.." kata Haikal.

" Biarlah.." jawabku ringkas.

" Kalau contoh dia tahu. Awak rasa dia tetap dengan keputusan dia? Awak boleh terima dia lagi? " Tanya Haikal tepat pandang mataku.

" Fuh!! Ni soalan cepumas ke ni. Hahahaa!!" Aku gelak jujur.

" Bila hati seorang wanita sering disakiti, dan sentiasa disakiti tanpa sikit pun dirawat. Dari luka yang kecil menjadi semakin parah dan meninggalkan parut kelukaan yang semakin dalam. Agak-agak, parut tu akan hilang tak?!"
Haikal pandang ke meja. Dan kemudian pandang wajahku semula.

" Macam parut dekat tangan saya ni, akan kekal lah parut ni sampai hujung nyawa.." sambungku lagi.

" Tapi apa yang saya nampak. Dia masih sayangkan awak. Dan, awak pun masih sayangkan dia juga kan?!"

"Iya sayang.! Tu tak dinafikan. Iyalah.. Dia pernah ada dalam hati saya, pernah buat saya happy, buat saya bahagia dan bapa kepada anak saya. Tapi sayang tu dah tak sama macam dulu. Kalau kita sayangkan seseorang, sanggup ke kita sakiti hatinya?!." Aku tanya Haikal semula. Dan senyum. Haikal masih merenung wajahku.

" Perasaan dan perkataan sayang tu dah jadi terlalu murah. Sesiapa je boleh cakap sayang. Sayang tapi menyakiti. Untuk apa?! Hmm.. Entahlah saya pun tak berani nak cakap sebab hati kita milik Allah.."  kataku tenang. Senyuman mengiringi.

"Kalau saya cakap, saya mula sayang awak?!" Aku telan liur. Tapi aku buat relax je. Mukanya serius. Berderau juga darah dengar.

" Iya saya tahu. Sayang sebagai teman dan sebagai rakan sekerja. Tak salah. Sama juga dengan saya. Sayang staff, sayang kerja, sayang semua.." aku gelak kecil.

" Saya faham..!! "

"Thank you!! Saya takut dengar perkataan sayang dan janji. Jadi trauma tau. Kerana perkataan itu saya menanggung derita sejak 12 tahun lalu.  Kalau boleh saya taknak dengar langsung pun. Semua kerana lelaki..!! Kadang sampai saya rasa dendam dengan lelaki. Benci dengan lelaki. Tak ada seorang lelaki pun yang ikhlas. Sampai saya fikir. Saya boleh hidup tanpa lelaki. Kalau dibagi mati hidup semula saya taknak kenal dengan lelaki kecuali abang Adil je." Luahku. Jujur sejujurnya.

Haikal masih merenung ke dalam anak mata aku. Bahaya mata dia ni. Cepat-cepat aku alihkan pandangan ke tempat lain.

"Kalau macam tu saya kena jadi pondanlah nak kawan dengan awak kann!" Hahaahaha.. Aku gelak kuat. Haikal hanya senyum je. Masih merenung aku.

Aku pun tak tahu macam mana boleh cerita mengenai hati dan perasaan pada Haikal. Hmm.. macam-macamlah. Tak ada niat apapun cuma sekadar berbual kosong. 

Previous: Bab 52
Next: Bab 54

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.