336,633
Kategori:
Genre:
Bab 150
Selepas penat melayan karenah lelaki veteran itu. Dia kembali duduk dan meneguk setengah gelas minuman keras. Menyandarkan badan dikerusi. Bunyi bingitan muzik yang kuat, dengan cahaya lampu berwarna-warni dan pelanggan yang khayal menari ditengah-tengah  kelab itu. Terkinja-kinja mengikuti alunan lagu. Bercampur lelaki perempuan, berpelukkan antara satu sama lain. Melayan kepala masing-masing. Tua muda semua ada. Gembiranya hati mereka, menjerit keriangan, hilai tawa menggamatkan suasana, kemesraan yang melampau. Tidak takut dosa neraka. Andai nyawa dicabut ketika itu, apakah sempat bertaubat? Hidup yang sia-sia. Ke mana iman? Ke mana Allah? Langsung tidak difikirkan. Dibuai dengan duniawi yang menjerumus ke lembah kehinaan, hidup penuh kemaksiatan.

Manusia leka dengan kehidupan. Betapa ruginya hidup, mengabdikan diri kepada kemaksiatan. Menjadi hamba hawa nafsu yang tidak berkesudahan. Bangga menjadi sahabat syaitan.. Allahuakhbar..!!

" Hey youu..!! Mana you pergi? Lama i cari..!" Seorang wanita seksi bertubuh tinggi lampai menghampirinya.

"I busylah.." jawabnya malas. Membetulkan rambutnya yang menutupi mata.

"I nak duit i. I dah tak ada duit.."

"I tak ada duitlah.."

"Ha? Tak ada duit? Hey!! You janji nak bayar duit i last week. Batang hidung pun tak nampak.  I nak duit i juga. I don't care.!" Marah si kawan, Erin.

" You ni kan. Dengan i pun nak berkira. Baru seminggu kut.." Dia keluarkan walletnya dari handbag berjenama.

"Ni bukan masalah berkira atau tak. Masalahnya i tengah kering. Job tak masuk. Lainlah you, job juta-juta tapi pinjam duit i bayar tak reti..!" Jeling pada Tasya.

" Alaaa.. i bukan taknak bayar pun. Setakat 5k, hmm.. Tak hairanlah. Cuma i tak ada masa je nak jumpa you. Nah!! Ambil ni. Tu i bagi lebih,  tak payah nak membebel lagi.." Wang kertas yang diikat rapi berjumlah 5k diberi terus pada Erin. Terbeliak mata Erin melihat duit tersebut.

"Banyak duit you? Hebat you sekarang. Dengan vvip mana pula ni. Local ke luar?!"

"Biasalah siapa tak kenal i kan. I'm Tasya. Sorrylah.. i tak main local dah, sekarang ni semua main luar je. Berapa i nak, apa i nak, semua boleh dapat. Anytime.. !" Katanya dengan sombong.

"Wow!! Hebat job you.. Bagilah i job, share lah sikit. You nak makan sorang je ke.."

"Kalau you nak, cari sendiri. I pinjam duit kejab je pun nak bising. Hmm.. !"

"Hello.. I tengah kering sekarang ni.." jeling lagi. Tasya mencebik.

" Ada seorang lelaki cari you tau?" Info Erin.

"Cari i? Siapa? Hensem ke tak? Kalau tak hensem tak payah cakaplah.." Katanya lagi.

"Bolehlah. Sungguh-sungguh dia tanya you. Katanya dah lama cari you, rindu..!" Tasya berkerut. Pandang Erin.

"Rindu?! Orangnya macam mana?" Tanya Tasya ingin tahu.

" Muda, tinggi, kulit cerah, hensem jugalah. Pakai sunglass rayban, naik kereta hitam. Tapi i tak perasan pula kereta apa.." jelas Erin lagi.

"Oh yeke?! Faliq ke? Faliq je yang suka pakai sunglass.."terus dia fikir mengenai Faliq. Senyum lebar dia sendiri.

"Faliq? Siapa tu.. Orang baru ke?"

"Untuk pengetahuan you. Faliq tu cinta i tau. Cinta hati i, seorang yang baik dan beragama. Tapi beragama pun, sekali i ayat, hmm terus lupa agama juga.. Hahaahaa..!!" Gelak besar Tasya. Erin berkerut.

" Sukanyaa!! Kalau dia baik pun, kuat agama pun. Dia taknaklah orang macam kita ni. Tak layak kut..."

" Itu kata you. Faliq tu milik i. Dia pernah jadi milik i tapi si bangsat tu rampas Faliq dari i. Sampai Faliq kembali pada dia dan tinggalkan i. Perempuan tu memang bangsat..!" Sakit hati Tasya bila teringat pada Aliaa. Merah padam mukanya kerana marah.

"Bangsat mana pula you ni.. Hmm.. !"

" Tak apa. Bila bangsat tu dah mati, i confident sangat-sangat yang Faliq akan cari i balik. Ya!! Tak lama lagi bangsat tu akan mati ditangan i sendiri.."serius muka Tasya.

"Hey Sya..!! You jangan macam-macam. Bab-bab nyawa orang ni, i taknak you terjebak jadi pembunuh.." risau Erin.

"Pembunuh tak pembunuh, janji i puashati. Orang yang musnahkan hidup i,  i akan musnahkan hidupnya terus. Biar mati ditangan i. Hahaahaaaa.. You akan mati Aliaa..!!" 

Tasya gelak kuat dan kuat.

"Yeahh!! Aliaa akan mati ditangan i..!!" Tasya bangun dan menari-nari. Erin geleng kepala. Kemudian, Tasya menuang minuman keras diatas meja dan meneguknya lagi. Bersandar lagi.

"Aliaa akan mati. Dan i akan bahagia bersama Faliq.." sambung Tasya dengan senyum lebar.

" Jangan buat kerja gila Sya. Ni you dah makan ubat belum. Lain macam i tengok you ni.." tanya Erin. Dia pun tahu Tasya ni ada masalah mental sikit. Kawannya sejak berpindah di KL. Pernah duduk serumah dan tahu segala mengenai Tasya.

"Hahahaaa.. Okey Rin!! I nak balik, i nak rehat. Esok i nak cari Faliq dan i nak jumpa Aliaa.." Tasya mencapai handbagnya dan terus bangun.

"Tasya...!! You jangan buat hal. Sya!!" Jerit Erin. Tasya hanya gelak, kemudian berhentikan langkah dan berpatah balik ke arah Erin yang berdiri memandangnya.

" Kalau you nak tahu Aliaa tu siapa kan. You tunggu depan tv tau. Ada muka dia masuk berita nanti. Seorang wanita dibunuh kerana merampas Faliq dari Si Cantik Tasyaaa!! Hahaahaa!!" Tasya gelak kuat lagi. Dan terus jalan.

"Sya.. Oii Sya...!!" Erin menjerit  panggil Tasya tapi tak dipedulikan pun.

" Ni confirm wayar dekat kepalanya tu tercabut lagi. Kalau dia nak buat hal pun itu lantak dialah tapi masalahnya confirmlah polis cari i juga. Nak siasat bagai. Aduh!! I taknak terjebak. Bahaya ni! Kalau wayar dia dah tercabut, memang matilah budak tu. Masalah kawan dengan orang mental ni.. Hmm.." merungut Erin sorang-sorang. Pening melayan karenah Tasya.

Tasya jalan terhuyung-hayang sambil menyanyi-nyanyi. Di matanya hanya terbayang wajah Faliq saja. Sekejab dia gelak, sekejab bercakap sendiri. Sudah macam orang gila saja. Oh ya!! Mental kut. Jalan punya jalan, dia memuntahkan segala isi perutnya ditepi jalan. Orang yang lalu lalang melihatnya jijik. Dia buat selamba saja. Dan terus berjalan. Apa yang difikirkannya hanya Faliq saja. Sukarnya mahu melupakan Faliq. Betul-betul dia nak juga dapatkan Faliq semula.

Dia terus berjalan ke keretanya. Masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin kereta. Masih bernyanyi lagi. Dan terus meluncur ke jalanraya. Dalam keadaan kepala yang lalok, dan bawa kereta pun ke tengah ke tepi. Membahayakan pengguna jalanraya yang lain. Mujurlah kenderaan tidak banyak di sepertiga malam itu.

"Faliq..!! I love youu!!! Haahahaa!!" Dia menjerit-jerit dengan hilai tawa. Bahagianya hidup, jalanraya itu seperti dia yang punya. Bawa laju, ke kanan ke kiri. Oh Tasya.. Tasya..!!
Kereta dipandu ke rumah Faliq. Dia mahu melepaskan rindu. Walaupun tak nampak Faliq tapi nampak rumah dan kereta Faliq dah cukup happy baginya. Memang itu yang dilakukan tanpa pengetahuan Faliq bila dia merindui Faliq. Dia akan memberhentikan keretanya selang dua rumah dari rumah Faliq. Kadang diawal pagi, sewaktu Faliq mahu pergi kerja. Kadang diwaktu petang sewaktu Faliq balik rumah dan kadang dimalam hari. Selepas balik dari kelab malam. Mahu ke office Faliq, bahaya sebab semua mengenalinya. Jadi dengan cara itulah dia melepaskan rasa rindunya. Dia bertukar-tukar kereta. Kalau guna kereta yang sama pastilah akan ada yang perasan kehadirannya.

Setelah puashati melihat kereta Faliq dan rumah yang gelap itu. Dia memandu terus balik ke rumahnya pula. Masih bernyanyi mengikut rentak muzik.

"Esok i akan mulakan plan baru. I akan jadi perempuan melayu terakhir. Hahahaa...!! I buat semua ni kerana you Faliq. Kerana you..!!" Katanya sendiri. Memandu memecah kegelapan malam.

Jarum jam sudah menunjukkan tepat 4.26pagi.  Tasya melangkah masuk ke dalam rumah. Apartment yang baru disewanya tak sampai dua minggu. Berpindah randah hidup si Tasya ni. Duduk bersendirian. Kalau rasa bosan dia akan cari rumah yang lain. Boleh pula begitu. Apa nak hairan, duit banyak. Job juta-juta, hidup mewah. Kereta pun bertukar-tukar. Bahagia hidupnya dikelilingi kemewahan tapi segala kemewahannya hasil dari sumber yang haram. Apa dia kisah, baginya yang penting hidup perlu bijak pasti kemewahan miliknya. Duit perlu ada, gaya amat perlu.

Handbag dicampak di atas meja soleknya. Terus dia melabuhkan badan di tilam yang empuk itu. Nyaman terasa badan. Mata terkebil-kebil memandang syiling bumbung. Terbayang lagi wajah Faliq. Gila semakin gila. Dia bangun, almari baju dibuka. Memilih baju yang sesuai untuk dipakai esok. Sepasang baju kurung tradisional berbunga lembut diambilnya. Baju yang baru dibelinya kelmarin. Lalu diletak diatas katil. Mengambil pula sehelai selendang berwarna senada dengan baju. Lembut saja warnanya. Cantik! Lagi cantik bila si pemakainya adalah dia sendiri. Dia berdiri memeluk tubuh sendiri dan memandang baju itu. 


" Plan baru akan bermula esok.."katanya sendiri senyum lebar. Baju dan selendang di masukkan semula ke dalam almari. Sudah dikeluarkan dan dimasukkan semula. Pelik!

Dia berdiri pula menghadap cermin meja solek. Memandang diri sendiri. Senyum dan gelak.

" Haii Tasya..! Si cantik..! Kau memang cantik. Kulit kau putih, gebu, bentuk badan kau yang langsing dan tinggi. Bibir kau yang merah bak delima, mata kau yang sentiasa bersinar. Memang kau cantik Tasya..!!" Tasya bercakap sendiri. Memuji-muji diri sendiri. Mulalah Tasya melayan mentalnya.

"Kau tahu tak? Kau lebih cantik dari Aliaa. Lebih hebat dari Aliaa. Lebih bijak dari Aliaa. Segala kecantikan kau miliki, Aliaa tak cantik. Dia perempuan kampung je. Nak dibandingkan dengan kau. Umpama langit dan bumi. Hahahaa!!" Tasya ketawa kuat sambil tangan membelai rambutnya.

" Tapi.. Tapi... Walaupun kau cantik, kau tak dapat miliki Faliq. Aliaa yang memiliki Faliq. Sebab Aliaa punya hati yang baik, yang ikhlas. Aliaa lemah lembut, penyabar. Semua orang sayang Aliaa. Faliq sayang Aliaa. Aliaa cinta hati Faliq, Aliaa nyawa Faliq, Aliaa segala-galanya pada Faliq. Engkau.. Engkau tak layak untuk Faliq. Lebih baik kau jauhkan diri kau dari mereka. Biar mereka bahagia. Kau dah merampas kebahagiaan mereka selama ni. Kau merampas Faliq dari Aliaa. Kau perampas Tasya. Perampas!! Perosak kebahagiaan Aliaa dan Faliq. Kau bahagia sebentar diatas penderitaam Aliaa. Kau memang kejam Tasya. Sangat kejam...!!!" Tiba-tiba diri Tasya mengejeknya sendiri.

"Aku bukan perampas. Aku bukan perosak. Aliaa tu yang rampas Faliq dari aku. Aliaa tu perosak bahagia aku bersama Faliq. Aliaa jahat, aku benci Aliaa.  Benciiii...!!!" Tasya membalas.

" Hahahaaa..!! Itu kata kau. Tapi hakikatnya kaulah perampas. Kaulah perosak..!! Perampass!! Perosakkk!!!" Dirinya sendiri mentertawakannya lagi.

"Tidak..!! Tidakk...!!! Kau pun sama macam Aliaa. Aku akan bunuh Aliaa.. Aku akan bunuh dia..!! Biar dia mati" Tasya menjerit-jerit lagi.

"Haahaha.. Bunuhlah. Walaupun kau bunuh Aliaa tapi tak boleh bunuh rasa cinta dan sayang Faliq pada Aliaa. Cinta dan sayang Faliq hanya untuk Aliaa seorang. Bukan untuk kau. Hanya untuk Aliaa bukan kau..Haahahaa!!"

" Arrrggghhhhh !! Tak gunaa!!" Tasya mengambil segala barang berdekatannya dan baling ke arah cermin. Lampu tidur di balingnya juga. Habis pecah semuanya. Lalu dia duduk di lantai. Dengan tangan menyapu-nyapu kepalanya sendiri. Bertambah lagi wayar dikepalanya tercabut. Dia terus bangun dan buka laci meja soleknya. Keluarkan beberapa biji ubat penenang dan terus menelannya. Meneguk air mineral dihadapannya. Kemudian, memejamkan mata dan menyapu muka dengan tapak tangan pula.

"Arrrggghhh...!!" Menjerit lagi dan lagi. Sudah macam orang gila. Kejab menjerit, kejab ketawa, kejab menyanyi-nyanyi, melompat-lompat pula diatas katil. Emosi sangat terganggu. Kemudian, terus merebahkan badan ditilam. Gelak lagi dan lagi. Apa yang digelakannya pun tak tahulah. Dia memeluk bantal. Baring mengiring dan lelapkan mata. Sudah rasa letih. Dan terus lena.

Hidupnya penuh kesunyian dan kesepian. Tiada teman berbicara. Tiada insan mahu mendekati. Dahulu, dia tinggal bersama Erin dan seorang lagi tapi apabila mereka tahu dia punyai masalah mental. Terus mereka berpindah. Pernah Tasya hilang kawalan, rakannya hampir dicederakan. Sejak itu, hidupnya sendirian. Tapi selama bersama Faliq dahulu tidak pernah pula dia buat hal, hingga Faliq sendiri pun tak tahu Tasya punyai masalah mental. Pandai dia sorok. Ubat peneman, tanpa ubat, habislah.
Previous: Bab 149
Next: Bab 151

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.