336,395
Kategori:
Genre:
Bab 142
Fuhh! Panas yang amat. Macam mahu tercabut kepala Aliaa. Berpinar mata sekejab. Kalau tak sebab appointment ni penting, memang taklah dia nak pergi. Boleh je minta Naim ganti. Tapi apa boleh buat, mereka pun busy dengan kerja masing-masing. Pagi tadi dia bersama Nina tapi balik Nina dengan tunangnya. Mahu lunch bersama katanya. Jadinya, Aliaa balik office seorang sajalah.

Baru je hidupkan enjin kereta, handphone berbunyi. Faliq call. Aliaa pakai earphone dan meneruskan memandu.

"Haiii Sayang.! Busy ke?!"

" Baru nak balik office ni, ada appoinment tadi.."

" Awak dengan siapa ni?!"

" Sorang. Tadi dengan Nina, tapi dia balik dengan tunang dia.." jawab Aliaa dan terus memandu.

"Hati-hati memandu tu."

" Insha Allah..! Awak dekat mana ni. Saya nak minta tolong boleh.!"

" Dekat hotel ni, nak turun makan sekejab lagi. Nak minta tolong apa?!"

"Belikan saya kuih cincin. Teringin pula nak makan kuih cincin.."

" Kuih cincin tu macam mana?!"

" Nanti awak tanya Wan ye. Dia tahu tu. Belikan yang sedap tau..!"

" Baiklah sayang..! Awak nak berapa banyak?"

" Sebungkus je..!"

" Okey..!! Nanti saya belikan 10 bungkus.."

"Haahhaa.. Iyalah.."

" Tak sabar nak balik KL. Rindu sangat dekat orang tu. Orang tu agak-agaknya rindu orang ni tak ye..!!" Aliaa gelak kecil. Mulalah tu Faliq.

" Orang ni biasa-biasa je. Malaslah nak rindu-rindu bagai. Nanti jumpa juga kan.." jawab Aliaa selamba.

"Malas rindu? Hmm.. Ni kiranya orang ni merindu syok sendirilah ye.." Aliaa gelak kuat.

" Hahaaha.. Saya tak cakap ye. Awak yang cakap.."

"Amboi suka ye..!! Tunggulah dah nikah nanti, siap awak saya kerjakan.. Baru tahu!!" Kata Faliq gurau.

"Aikk!! Okey kalau macam tu, cancel nikah. Hahahahaa..!!" Mereka gelak bersama. Kalau cakap dengan Faliq, tak gelak tak sah dan kalau tak gaduh memang tak sah. Faliq.. Faliq..!!

"Aliaa.. Saya dah check jadual saya. Bulan depan saya free. So, kita nikah bulan depan ye. Tarikh terpulang dekat awaklah. Macam mana?!"

"Bulan depan lagi seminggu je kut kan. Okey! Nanti apa-apa saya info ye. Saya rasa saya pun free kut. Eh! Tapi abang macam mana? Kalau abang tak cuti, saya taknak nikah tau. Saya nak abang ada. Wajib!!" Kata Aliaa.

"Iya sayang..!! Saya tahu.. Abang awak pun on. Jangan risau. Saya dah bincang dengan dia. Nanti kita bincang lagi ya..!" Aliaa angguk kepala tanda faham.

" Hmm..  Okeylah. Saya tengah drive ni. Kirim salam sayang rindu peluk cium dekat abang ye.." kataku.

"Okey.. Hati-hati ye. Love you sayang..!!"

" Insha Allah.. Eh! Jangan lupa tau. Kuih cincin saya, jangan sampai tak beli. Saya tunggu kuih cincin saya tu.." pesan Aliaa sebelum mematikan talian.

" Insha Allah kalau tak lupa.."

" Janganlah lupa. Kempunan nanti. Kalau tak beli, awak kena pergi sana lagi dan belikan juga kuih cincin tu. Wajib!" Aliaa sengaja.

" Hahahaha.. Mengidam ke apa ni. Hahaha"  Faliq gelak kuat.

" Aha mengidam..Okeylah, jangan lupa tau.."

" Iya.. Iya.. Tak lupa!!"

" Bye..!!" Aliaa senyum dan terus matikan talian. Aliaa gelak sendiri.

Hari ni hari kedua Faliq dan Adil di Sabah, Esok pagi mereka balik KL. Menurut Adil, Zahwan happy sangat dengan kehadiran mereka. Dan mereka memang sangat-sangat terkejut tengok keadaan Zahwan. Kena tengok baru tahu. Macam tulah Aliaa rasa waktu jumpa Zahwan tempoh hari. Sedih tengok!

"Bulan depan ek? Macam tak percaya je nak nikah balik dengan bekas suami. Hahahaa. Macam-macam dugaan hubungan kami ni tapi Allah masih panjangkan jodoh ni. Tapi tak tahulah sampai ke akad nikah atau tak. semuanya hanya perancangan tapi Allah yang tentukan." Kata Aliaa sendiri.

Aliaa pun taknak terlalu mengharap tinggi. Takut kecewa lagi. Sebab tu Aliaa buat biasa je. Tak ambil port sangat pun. Kalau ikutkan boleh je nak cuti tapi entahlah. Rasa biasa je. Nikah okey je,kalau tak ada jodoh pun. Hmm.. okey juga. Ish! Entahlah. Tak tahu nak cakap macam mana. Nak move on dari kenangan pahit tu payah sangat. Memang mulut cakap, dah lupakan semua. Dah buang segalanya. Tapi Alia perempuan, kesan parut tetap ada sampai mati. Bukan mudah nak lupakan semua.


Hanya yang pernah alami saja tahu apa Aliaa rasa dan apa yang Aliaa fikirkan. Bukan mudah melupakan dan bukan untuk mengungkit tapi entahlah. Susah dia nak cakap. Diam-diam dan simpan dalam hati jelah. Lebih baik. So, buat relax and cool jelah.

Tengah layan perasaan dan tiba-tiba Aliaa dikejutkan oleh bunyi hon kereta yang bertubi-tubi dari arah belakang. Punyalah terkejut Aliaa. Hilang terus lamunannya. Aliaa tengok melalui cermin pandang belakang, sebuah kereta Vios berwarna silver. Dah kenapa kereta ni menghimpit-himpit keretanya pula. Bisik hatinya.  Aliaa cuba tengok pemandunya tapi tak jelas. Ish!! Jadi gerun pula Aliaa. Gangster jalanan ke ni. Jalan ni tak banyak kereta lalulah pula. Aliaa memandu laju dia pun ikut laju. Alia perlahan dia pun ikut perlahan. Orang ni memang sengaja ni. Takkan  Black. Aliaa ambil handphone dan hubungi Black. Kereta ni makin menghimpitnya pula. Aliaa terus memandu laju. Bila ada kenderaan lain yang lalu kereta tersebut perlahan pula. Aliaa  dah mula rasa pelik. Siapa orang ni. Apa dia nak sebenarnya.!

"Hello Black.. Kau dekat mana?"Aliaa terus bertanya.

"Aku dekat Gombak ni. Ada hal. Kenapa?!"

"Gombak? Jadi kereta yang ikut aku ni siapa?" Aliaa mula jadi takut dan berkerut.

" Ikut kau? Tengah ikut kau ke ni? Kereta apa?" Tanya Black lagi.

" Iya.. Kereta ni dari tadi ikut aku. Himpit-himpit kereta aku ni. Kereta Vios silver.."

"Vios silver? Kau nampak pemandunya tak? Lelaki ke perempuan?!"

"Masalahnya aku tak nampak. Cermin gelap.."

"Kau dekat mana sekarang... !!" Ya Allah!! Pemandu itu melanggar tepi kereta Aliaa. Aliaa jadi ketakutan. Apa dia nak buat ni.

"Aliaa.. Kau dekat mana ni. Aliaa kau dengar tak. Hello Aliaa.. Hello...!!"Berkali-kali Black tanya Aliaa. Tapi tak dapat dijawab. Aliaa  hanya fokus pada pemanduan dan pada kereta Vios itu.

" Aku dekat....!  Ya Allah!!" Lagi sekali kereta tu himpit tepi kereta Aliaa. Kuat. Hampir Aliaa melanggar penghadang jalan tapi masih boleh kawal pemanduan. Handphone  terjatuh ke bawah dan terlepas earphone dari telinga. Aliaa cuba ambil dan meraba-raba mencari  handphone tapi tak dapat. Ya Allah Lindungilah aku. Doa Aliaa dalam hati.

Siapa pemandu kereta Vios ni. Apa dia nak sebenarnya? Kenapa dia himpit kereta Aliaa? Atau dia sengaja nak bunuh Aliaa? Oh tidak!!
Aliaa tak fikir lain dah. Yang Aliaa fikir, hanya nyawanya dalam bahaya dan Aliaa perlu selamatkan diri sendiri. Pada siapa Aliaa nak minta tolong ? Cuak sangat dah dia. Nak call orang tapi handphone jatuh. Aduhaii... Nak berhenti tepi jalan, bahaya juga. Aliaa nekad memandu laju sampai ke tempat orang ramai. Tapi makin Aliaa laju makin  kuat kereta itu menghimpit, habis kereta aku. Ish!! Aliaa ni boleh pula fikir pasal kereta. Nyawanya ni sekarang. Bahaya!!!! Kenapa pula time ni tak banyak kenderaan lalu. Kenapa Aliaa rasa macam hanya keretanya dan kereta Vios tu saja.

"Tuttt... Tuttt... !!"

Alamak!! Handphone Aliaa berbunyi. Tu mesti Black yang call. Teka Aliaa. Macam mana dia nak jawab. Handphone dekat  bawah seat. Tawakal sajalah. Aliaa rasa macam nyawanya dihujung tanduk je.

Aliaa terus memandu lagi laju dan lagi. Dah macam berlumba dah di jalanraya. Kejar mengejar. Vios itu menghimpit lagi kereta Aliaa dan Aliaa cuba juga menghimpit kereta Vios itu.
Aliaa masih cuba mahu melihat pemandunya tapi memang tak jelas. Aliaa tak cam siapa.

" Hidup mati ku keranaMu Ya Allah..!" Kata Aliaa sendiri. Mata masih fokus pandang hadapan dan pandang cermin sisi. Kereta Vios itu terus mengejar kereta Aliaa dan kali ini melanggar tepi kereta. Sekali kereta Aliaa di langgar,  Aliaa dapat kawal. Dua kali di langgar, masih dapat kawal dan tiga kali dilanggar dan menghimpit ke penghadang jalan sangat kuat dan akhirnyaaa..!!

" Aarrhhhh!!!" Aliaa menjerit sekuat hati. Tawakal. Hidup atau mati. Allahuakhbar!! Sekelip mata berlaku pada dirinya. Kereta Aliaa melanggar penghadang jalan dengan kuat sekali. Kepalanya terhantuk pada stereng kereta. Terasa darah mengalir diwajahnya. Sakit teramat-amat sangat kepalanya. Mujur dia pakai seatbelt, jika tidak pasti dia akan
keluar. Hingga berpusing keretanya. Pandangannya jadi kabur. Seluruh badannya lemah. Aliaa sempat menoleh pada kereta Vios silver yang berhenti menyaksikan kecederaan Aliaa. Tingkap kereta Vios silver itu diturunkan dan  dengan jelas wajah seseorang yang dia amat kenali sedang mentertawakannya. Kepala Aliaa semakin berat, darah merah semakin banyak mengalir diwajahnya. Perlahan-lahan Aliaa menutup mata dan gelap gelita. Allahuakhbar.. Allahuakhbar..!!

Kereta Vios itu terus meluncur laju. Nasib tidak menyebelahi Aliaa, kejadian itu tiada siapa nampak dan tiada satu pun kenderaan yang lalu. Ditengah terik matahari, Aliaa mengalami kemalangan. Langgar lari. Tidak!!  Tapi kemalangan melanggar dengan sengaja. Kereta hadapan Aliaa remuk.

Apa nasib Aliaa? Bagaimana keadaan Aliaa? Hidup atau mati? Siapa yang bantu Aliaa? Adakah saksi yang melihat kemalangan itu? Tiada siapa tahu. Dan siapakah yang melanggar kereta Aliaa dengan sengaja? Siapa yang tertawakannya? Dan siapa pemilik kereta Vios Silver itu? Hanya Aliaa saja yang tahu.

Previous: Bab 141
Next: Bab 143

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.