336,693
Kategori:
Genre:
Bab 145
Jam sudah menunjukkan tepat ke angka 11 malam. Selepas Faliq menghantar Aliaa masuk dalam wadnya, dia terus turun ke kantin mahu mencari roti pula. Macam-macam pula Aliaa minta mahu makan. Layankan sajalah. Aliaa duduk bersandar di katil. Menonton tv. Bila rasa bosan tv dipadamkan. Duduk termenung memandang Diseba kanan yang berbalut. Bilik sederhana besar itu diperhati setiap sudut. Tiba-tiba hatinya jadi berdebar-debar. Jantungnya laju, turun naik nafasnya. Berkerut dahi sendiri. Dia pejamkan mata rapat.

"Kenapa ni? Dah lama tak rasa macam ni. Kenapa tiba-tiba ni.." Serta-merta kepalanya bagai dicucuk dengan besi. Terasa berat kepalanya. Sakit teramat sangat.

Aliaa sandarkan kepala. Terasa seperti kepala mahu terputus. Bila rasa kurang sikit sakitnya, dia buka mata perlahan-lahan. Tapi.. terbayang saat kemalangan tengahari tadi jelas di depan mata. Dia tak ingat apa yang berlaku seterusnya. Yang dia sedar, darah mengalir di wajahnya dan dia menoleh ke arah sebuah kereta. Jelas wajah Tasya sedang gelak. Tak tahu kenapa, boleh terbayang lagi semua ini. Setiap kali ia muncul pasti kepala mahu putus. Trauma!

Kecederaan luarannya tidak teruk, cuma luka didahi dan tangan kanan retak. Doktor ada beritahu dia siang tadi mengenai keadaannya tapi dia lupa dan tak tahu apa yang doktor cakapkan. Seperti kosong dan diawang-awangan saja. Adil pula masih belum sampai lagi. Selepas jumpa doktor tadi, Adil terus jumpa Inspektor Adam di IPD Putrajaya.

Aliaa tutup mata lagi. Tak sanggup dia mahu melihat diri sendiri ditertawakan oleh Tasya.  Dia cuma membuka mata lagi. Ya Allah..!! Tasya masih mentertawakannya lagi dan lagi. Betapa bencinya dia pada Tasya. Kerana dia hidupnya musnah. Tiba-tiba Aliaa jadi marah.

"Pergi..!! Aku taknak tengok muka kau. Pergi!!" Aliaa menjerit memarahi bayangan Tasya. Semakin Aliaa marah dan menjerit semakin dia rasa Tasya kuat mentertawakannya.

"Pergiii...!!" Aliaa membaling segala barang yang ada berhampirannya ke arah bayangan itu. Semakin tekanan Aliaa.

Faliq masuk dan sangat terkejut melihat keadaan Aliaa. Terus lari mendapatkan Aliaa yang menangis dan menjerit-jerit seperti disampuk itu.

"Ya Allah..!! Sayang.. Sayang.. Kenapa ni? Mengucap sayang.. Mengucap..!" Faliq menenangkan Aliaa. Tapi Aliaa masih menjerit-jerit.

"Pergi..!! Kau berambus..!! Aku benci kau..!!" Aliaa masih memandang bayangan itu. Faliq hairan dan bertambah risau.

"Sayang.. Kenapa ni? Sayang..!!" Faliq memegang tangan Aliaa tapi Aliaa masih meronta-ronta mahu baling bayangan itu dengan pinggan pula. Cepat-cepat Faliq ambil pinggan itu dari tangan Aliaa.

"Dia jahat. Suruh dia pergi, saya taknak tengok muka dia. Suruh dia pergi..!!" Aliaa  menunjukkan dengan tangannya di satu sudut bilik itu. Faliq menoleh tapi tiada apapun.

"Okey.. okey..!! Saya suruh dia pergi sekarang. Awak tenang ye sayang..!!" Faliq memujuk.

" Tapi dia ada lagi tu. Faliq.. saya benci dia..!" Aliaa menangis lagi.

" Awak jangan pandang dia. Awak pandang saya ni. Pandang saya ni sayang..!" Aliaa ikut kata Faliq. Faliq pegang pipi Aliaa.

" Tapi dia jahat. Dia nak saya mati. Jangan tinggalkan saya Faliq. Saya takut..!!" Deras airmata Aliaa.

"Iya sayang..!! Saya takkan tinggalkan awak. Saya akan temankan awak. Saya akan sentiasa dengan awak.." kata Faliq lembut. Senyum pada Aliaa. Airmata Aliaa dikesat lembut. Redup wajah Aliaa, membalas renungan Faliq. Aliaa meletakkan kepala dibahu Faliq. Tangan Aliaa digenggam erat. Minta kekuatan.

Faliq tertanya sendiri didalam hati.

"Kenapa dengan Aliaa? Siapa yang ganggu dia? Siapa yang nak dia mati? Siapa yang jahat? Ya Allah..!! Lindungilah Aliaa. Aku tak sanggup tengok dia begini.." Faliq memejamkan mata. Sedih sangat melihat keadaan Aliaa. Kepala Aliaa dicium penuh dengan kasih sayang. Faliq langsung tak syak sesiapa pun. Yang dia fikir keadaan Aliaa saja.

" Faliq.. Saya nak makan roti. Saya lapar..!!" Aliaa bersuara lembut. Mengangkat kepala dan memandang wajah Faliq.

"Ya sayang..! Ni saya ada beli roti.." Faliq senyum dan mengambil bungkusan plastik berisi roti yang dibelinya tadi.

Bungkusan roti dibuka dan roti coklat yang diminta Aliaa tadi disuap ke dalam mulut Aliaa. Aliaa mengunyah perlahan. Senyum. Dia berasa selamat bila berada disisi Faliq.

" Mana abang?!" Tanya Aliaa.

" Abang pergi IPD jumpa Inspektor Adam.."jawqb Faliq.

" Saya nak balik. Saya taknak duduk sini. Nanti orang tu datang lagi.."

"Mana boleh balik sayang. Awak tak sihat lagi. Nanti kalau awak dah sihat baru boleh balik, okey.."

" Tapi nanti dia datang lagi.." Mata Aliaa mula berkaca.

" Tak.. Jangan risau, saya ada. Nanti saya marah dia supaya jangan kacau awak. Kalau dia kacau juga, nanti saya lempang dia.." Faliq senyum. Aliaa angguk. Faliq sendiri pun tak tahu siapa orang yang dimaksudkan oleh Aliaa. Mahu ditanya tapi taknak ganggu fikiran Aliaa.
Faliq menuang air mineral ke dalam gelas kaca dan diberi pada Aliaa. Aliaa meneguk air perlahan-lahan dan kemudian diberi semula gelas pada Faliq.

" Saya nak tidur boleh?!" Pinta Aliaa.

" Baiklah. Tidurlah..!!" Aliaa baring perlahan-lahan. Faliq menyelimuti badan Aliaa. Duduk dikerusi memandang lembut ke wajah Aliaa. Aliaa senyum.

"Awak jangan pergi. Nanti orang tu datang. Nanti dia kacau saya..!" Kata Aliaa.

" Iya sayang..!! Saya ada disini dengan awak. Awak tidurlah. Baca doa, baca ayat kursi dan tiga Qul. Insha Allah.. Lena awak tidur nanti.." pesan Faliq pada Aliaa. Aliaa senyum dan angguk. Kumat-kamit mulutnya membaca ayat kursi.

" Selamat malam..!"

"Selamat malam sayang..! Saya sayang awak  selamanya. Dunia akhirat. Insha Allah.." kata Faliq lagi. Aliaa senyum dan tutup mata. Faliq masih merenung wajah Aliaa. Sayu dan sedih sekali. Kasihan pada bekas isterinya ini. Airmata menitis, tangan Aliaa digenggam erat dan diciumnya. Terasa sangat bersalah pada Aliaa. Kalau tidak kerananya pasti hidup Aliaa tak jadi begini. Penyesalan yang tiada kesudahan. Insha Allah, akan dia tebus segala salah silapnya pada Aliaa.

Airmata dikesat. Tangan Aliaa dicium dan diletak diatas perut Aliaa. Lalu,dia bangun dan mencium kepala Aliaa pula. Perlahan-lahan dia jalan, mengambil barang-barang yang dibaling Aliaa tadi dilantai dan disusun semula. Tidak lama kemudian, Adil masuk ke dalam bilik itu. Terkejut Adil melihat barang bersepah.

"Kenapa ni bro?!" Adil menghampiri katil Aliaa.

"Tak tahulah. Aku turun beli roti, aku masuk je  Aliaa menjerit-jerit, baling barang. Dia cakap, ada orang kacau dia. Tapi aku tak tahu orang tu siapa.." terang Faliq sambil mengambil gelas plastik pula.

"Orang kacau?! " Adil berkerut. Duduk di tepi katil Aliaa dan mengusap kepala Aliaa.

" Doktor cakap apa? Aku risau sangat tengok keadaan dia macam ni.." tanya Faliq ingin tahu.

" Adik alami trauma dan hilang ingatan. Tapi doktor cakap sementara. Esok dia kena buat CT Scan dekat kepala. Moga semua okey.." jelas Adil. Risau.

"Subhanallah..! Kenapa sampai macam ni dia kena hadapi Dil. Aku tak sanggup tengok dia.." Faliq menekup muka dengan tangan.

"Tak ada siapa nak perkara ni berlaku Liq. Ini semua kehendak Allah, sabar Liq. Kalau ikutkan aku ni abang kandung dia, yang jaga dia sepenuhnya. Aku lagi tak sanggup tengok dia macam ni. Satu persatu dugaan untuk dia. Sampai kadang aku rasa, kalau boleh biarlah penderitaan dia ni semua diberi pada aku. Biar aku ganti tempat dia. Tapi siapa kita nak minta semua tu. Ini  semua kehendak Allah, kita ni manusia biasa je Liq. Berdoa dan redha je Liq.." Luah Adil. Faliq hanya mendengar.

" Macam mana aku nak kahwin kalau tengok hidup adik aku macam ni Liq. Aku rela tak kahwin sampai ke tua pun tak apalah, janji adik aku dengan aku, depan mata aku dan aku jaga dia dan anak buah aku.." sambung Adil lagi. Faliq pandang muka Adil. Betapa bernilainya kasih sayang seorang abang pada si adik.

"Terima kasih banyak Dil. Aku sangat bersalah pada kau. Aku minta maaf atas semua ni.."

"Ini tanggungjawab aku pada adik aku. Aku dah janji dengan arwah ibu dan ayah. Apapun terjadi aku akan jaga adik. Aku takkan biarkan dia hidup sendiri sebab aku tahu hidup sebagai seorang ibu tunggal bukan mudah. Dengan kerjaya, dengan kesihatan dia lagi. Berat Liq, sangat berat. Biarlah orang nak cakap apapun. Janji adik aku depan mata aku dan aku jaga dia sendiri.." Adil senyum. Dibelai tangan Aliaa. Pengorbanan seorang abang. Sangat terharu. 

Faliq masih membisu. Memahami hati sahabatnya itu.

" Tadi aku tengok kereta adik, teruk kereta. Lagi teruk dari kereta mangsa yang meninggal tu. Inspektor cakap, kebiasaanya kemalangan yang menimpa adik ni memang mautlah. Tapi tulah, Allah masih bagi peluang pada adik. Berderau jugalah darah aku tengok tadi.." cerita Adil.

" Ish!! Iyeke.. Aku tak tahu nak cakap apa dah kalau itu tadi Aliaa. Rasa dunia ni gelap gelita terus. Siapa punya kerja ni ha Dil.."

" Entahlah.. Aku tak dapat fikir. Nak syak takut menuduh pula. Inspektor ada tanya adik, tapi adik cuma cakap. Tak tahu dan tak ingat. Lepas tu dia marah Inspektor tu pula adalah.." sambung Adil.

"Pula..! Tapi aku rasa Aliaa tahu siapa punya kerja ni. Kalau dia tak tahu, kenapa dia menjerit-jerit tadi kata orang jahat, suruh pergi, benci bagai. Sama ada Aliaa memang tahu siapa atau dia nampak orang tu. Kau rasa?!" Kata Faliq mensyaki sesuatu. Adil memandang tepat wajah Faliq. Serius.

"Boleh jadi juga. Tak apa, esok kita bincang dengan doktor. Aku taknak adik jadi tekanan. Ni pun aku tak tahulah ingatan dia sampai tahap mana dan sampai bila. Dengan CT Scan lagi esok, aku tak boleh fikir apa dah. Aku fikir adik je sekarang. Mujur dia masih ingat kita semua.." Faliq mengangguk perlahan. Dia pun sama juga. Tiada apa yang difikir. Aliaa dan Aliaa saja. Kesihatan Aliaa lebih penting.

Terpaksa tunda lagi pernikahan mereka sehingga Aliaa pulih sepenuhnya. Macam-macam pula halangan untuk mereka bersatu semula. Bukan mudah untuk kecapi kebahagiaan. Kena lalui pelbagai rintangan. Itu yang pernah dia katakan pada Aliaa suatu ketika dahulu sebelum berumahtangga. Dia masih ingat lagi. Mesti ada hikmah disebalik kejadian. Tabah dan bersabarlah.. 
Previous: Bab 144
Next: Bab 146

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.