336,580
Kategori:
Genre:
Bab 20
Aku gelak tengok Dhia main. Seronok betul dia main. Habis satu rumah ditawafnya. Tak apalah sayang. Janji Dhia happy. Mama pun happy juga. Kerja aku dah selesai, makan apa yang ada je. Faliq pun tak balik lagi, dah jam9.00 malam, tak tahulah kemana dia pergi. Biarlah.. Orang tengah bahagia. Aku pun bahagia juga dengan Dhia. Lagi teramat-amat bahagia.

Apa aku nak buat ye. Oh! Sebenarnya aku nak call Erisya. Nak tanya pasal kerja. Harap-harap adalah kerja untuk aku. Kerja kerani biasa je pun jadilah. Janji ada income. Nak besarkan anak dara aku ni. Nak harapkan papa dia bagi duit, memang akan bagilah tapi ada masa sampai lupa nak bagi walaupun tahu tanggungjawab dan bila dah sibuk dengan kekasih, memang tak bagi langsunglah jawabnya. Terpaksalah guna duit sendiri. Tapi tak apalah. Aku tak kisah pun. Kadang, bila Faliq dah banyak habiskan duit untuk kekasih sampai aku kehabisan duit dan sampai minta dari dia. Mujurlah dapat profit butik tiap bulan, Angah terus bagi aku untuk duit belanja. Tapi kalau Faliq tak cukup duit, dia ambillah duit tu. Tak apa. Aku boleh cari duit sendiri. Dah biasa berdikari. So, mudah je.

" Assalammualaikum Sya.."

" Waalaikumsalam.. Aliaa..!! Rindunya dekat you.. You apa khabar, baby mana baby?" Menjerit Erisya dengar suara aku ditalian. Memang ceria. Hati aku pun ceria.

" Sihat alhamdulilah. Dhia pun sihat ni. Makin bulat adalah.." kataku ceria.

" Iyeke..!! Alahaiii.. Mesti comeeelll sangat tu"

"Sya.. Saya nak tanya ni?!"

" Tanyalah. Kenapa?!"

" Saya ingat nak kerja. Ada kerja yang sesuai untuk saya tak.." tanyaku perlahan. Segan pun ada juga sebenarnya. Hehe!!

" You nak kerja?? Betul ke?? Seriussss?!!"

" Iyalah. Serius ni..!" Aku senyum.

" Okey!! Lusa you datang office.."

" Datang office?! Maksudnya kerja atau jalan-jalan?!"

" Dah you kata nak kerja. So, lusa you datang kerjalah.."

"Eh!! Biar betul Sya. Tak ada nak kena interview ke?!"

" Hahaha..!! You tak payah nak mengada-ngada nak interview bagai. Datang je lusa i interview you kang.."

" Hahaha!! Iyalah Sya. Tapi takkan tiba-tiba terima saya kerja. Mesti nak kena interview, nak kena trainning dulu ke kan.."

" You ni kan.. Dah papa cakapkan. Kalau you nak kerja, anytime papa on je lah Aliaa. Okey.. I taknak dengar you membebel bagai, kalau you nak kerja. Datang office lusa tau. Nak kerja tak?!"

" Hahahaa!! Ofcourse lah nak.. Okeylah saya datang lusa. Jumpa Sya nanti ya..!"

"Tahu takut. Hahaha!! Okey Aliaa.. Tolong ciumkan untuk si comel tau. Bye!!"

" Hahahaa..!! Okey boleh..!! Bye.. " talian ku terus matikan. Memang happy sangat aku. Senyum ke telinga. Terima kasih Ya Allah.. Kau permudahkan segalanya.. Terima kasih juga pada keluarga angkat aku. Sangat baik hati dan memahami.

Aku dekat pada Dhia dan cium pipinya tertubi-tubi. Sampaikan salam Erisya pada Dhia. Hahaha! Alhamdulilah.. Rezeki anak ini. Sayang Dhia.

Lega aku. Tak perlu nak fikir pasal kerja lagi. Kerja dah setia menanti. Tapi nak kena minta izin Faliq dulu. Tak tahulah dia izinkan aku kerja atau pun tak. Risau mula menyelinap dalam diriku. Kalau dia tak izinkan kerja macam mana? Dan kalau dia izinkan kerja tapi kena kerja di butik saja, macam mana pula ye. Sejujurnya aku taknak kerja yang bersangkut paut dengan dia. Aku nak kerja yang tak melibatkan dia pun. Aku rasa kerja semula dengan Dato' adalah yang terbaik. Aku pun ada pengalaman kerja situ. Walaupun dah bertahun kutinggalkan tapi setakat nak buat kerja aku dulu, kerja Erisya. Mudah je. Tapi kali ni tak tahulah jawatan apa yang Erisya nak bagi pada aku.

Erisya sementara je dekat KL ni, rasanya Dato' kut yang uruskan KL ni tapi katanya ada branch baru dekat Borneo. Manakala,  Encik Zack dan isterinya, Elly dah lama duduk oversea. Diam-diam rupanya Encik Zack ada buka company dekat sana. Company apa tu aku tak pasti. Encik Zack.. Tersenyum aku sendiri bila ingat dia. Kenangan semua tu. Terhibur juga bila ingatkan. Itulah kenangan. Bila ianya manis pasti buatkan kita tersenyum. Bila ia pahit pasti buat kita sedih. Jadi, pilihlah yang buat kita tersenyum kerana pilihan ditangan kita.


Aku duduk termenung sendiri. Mengenang nasib diri. Apa yang aku perlu lakukan sekarang. Nak berserah je ke. Hmm.. Entahlah. Aku dah tak sanggup nak menangis lagi. Cukuplah selama ni. Untuk apa aku perlu membazir airmata untuk insan yang tak tahu menghargaiku, insan yang mwnyakiti hatiku. Untuk apa?  Lebih baik aku simpan airmata ini untuk melihat kejayaan anak aku nanti. Iya.. Itu lebih baik!!

Aku ke bilik bawa Dhia masuk dan tidurkan dia. Sekejab je dah tidur. Penat sangat dia ni. Hehe..!! Comel je tengok dia tidur. Sayangnya lah!! Sedang leka menepuk Dhia. Faliq masuk dalam bilik. Dan terus ambil tuala mandi. Langsung tidak hiraukan aku. Tak apalah. Aku senyum je. Itu je yang mampu aku buat. Tak lama dia keluar siap berpakaian tshirt dan berseluar track suit. Mungkin tak keluar lagi kut. Biasa kalau nak keluar terus pakai jeans.

"Abang dah makan?" Tanyaku lembut.

" Dah.. "Dia sidai tuala dan terus keluar. Aku mengekorinya. Faliq duduk bersandar di sofa. Menonton movie. Aku duduk ditepinya. Masing-masing diam membisu. Dah tak mesra dah pun.

" Abang.. Sayang nak minta izin nak kerja. Boleh tak?!" Tanyaku perlahan-lahan.

"Nak buat apa kerja? Abang masih mampu tanggung sayang dan Dhia.." selamba je mukanya. Langsung tak pandang muka aku.

"Sayang dapat tawaran kerja. Lagipun, sayang tak buat apa dekat rumah. Kalau sayang kerja, dapat juga duit. Bolehlah abang..!" Aku terus pujuk.

" Kenapa? Tak cukup ke duit yang abang bagi selama ni?" Ish!! Nak je aku cakap. Memang tak cukup pun. Macam mana nak cukup kalau kadang bagi kadang tak. Sabar Aliaa..

" Bukan macam tu. Iyalah.. Abang ada cita-cita, Sayang pun ada cita-cita juga. Sayang nak cari duit sendiri. Takut nanti apa-apa terjadi. Taklah sayang terkapai-kapai sendiri" Opss!! Terlepas cakap pula. Faliq terus pandang aku. Terasalah kut dengan apa yang aku cakapku.

" Habis Dhia macam mana?" Macam hampir berjaya je. Hehe!!

" Buat masa ni, mama nak tolong jagakan.." kataku. Dia senyap. Mata terus tertumpu pada tv.

"Sayang nak kerja dekat mana?!"

" Buat sementara ni dekat company Dato' " Dia agak terkejut. Aku senyum sinis. Aku faham kenapa dia terkejut.

" Abang jangan risau. Sayang takkan ganggu abang dengan Tasya. Bila sayang dah kerja nanti, terserempak ke atau apa ke. Anggap je kita tak kenal. Sayang pun tak ingin nak tegur. Cuma sayang minta izinkan sayang kerja, pergi balik kerja sendiri dan tolong jangan sesekali cemburu bila sayang keluar makan dengan Naim atau dengan client. Itu je sayang minta. Sayang hormati kerja abang dan sayang nak abang hormati juga kerja sayang.." jelasku panjang lebar. Tegas.

"Takkan abang nak biarkan awak mesra dengan client, menggedik dengan client. Abang bukan dayuslah.." Aku senyum sinis. Dayus?!

" Sayang tak bodoh dan tak gedik tak pengoda macam Tasya. Sayang kerja untuk cari rezeki yang halal dan berkat. Jangan sesekali samakan sayang dengan perampas tu okey!"

"Hmm.. Sukahatilah. Kalau sayang rasa itu yang terbaik. Buatlah.." jawabnya. Dah agak dah. Dia tak kisah pun aku kerja ke tak ke. Aku ada ke tak ke, dia tak kisah dah.

" Terima kasih abang..!!" Aku senyum. Aku dah sedia hadapi segalanya. Langkah pertama untuk mulakan hidup.

" Kenapa sayang whatsapp Tasya?" Ha?? Ini buat aku terkejut. Bila masa aku whatsapp Tasya.

" Saya whatsapp Tasya? Atau dia yang whatsapp saya?!" Tanyaku semula. Sinis.

" Tu abang tak tahu. Kenapa nak layan dia. Kenapa cakap dia macam tu?!" Suaranya keras. Perempuan tak tahu malu. Mengadu konon. Ceh!!

" Cakap apa? Saya cakap dia syaitan? Memang syaitan, syaitan Dasim yang merosakan hubungan suami isteri. Sama dengan dia kan.."

"Abang tak pernah ajar sayang kurang ajar tau..!!"

"Abang.. Saya bercakap berdasarkan fakta dan bukan auta. Kalau awak nak marah, silakan marah.." aku menjawab. Aku pandang tepat padanya. Dia menyebelahi perempuan tu.

" Pandai mengadu ye. Baguslah.. Lepas tu fitnah saya, dia yang whatsapp saya bagi gambar mesra you all, gambar peluk-peluk bagai. Kemudian sakit hati sendiri. Entah apa yang dia cakap pada awak pun tak tahulah. Semestinya awak percaya.."


Faliq terdiam seribu bahasa.

" Macam nilah abang. Kita pun dah tak sefahaman, lepas saya habis pantang sampai sekarang ni. Berlakon baik depan family. Selama ni pun abang abaikan saya. Saya dah penat. Abang buatlah keputusan abang sendiri. Abang ada hak. Abang nikah jelah dengan dia. Saya akan undur diri. Saya tak mampu nak tanggung derita ni. Tak apalah saya mengalah, mungkin dah takdir jodoh kita sampai sini je" kataku penuh berhati-hati.

" Sayang sanggup nak berpisah dengan abang? Sayang dah tak sayang abang?" Tanyanya.

"Lebih baik berpisah dari terus abang seksa zahir batin saya. Sayang atau tidak biarlah Allah saja yang tahu. Saya dah cukup menderita kerana abang. Abang musnahkan segala kepercayaan dan keyakinan saya pada abang. Janji abang semua sekadar janji. Maaf abang..  Biarlah saya bawa diri sendiri bersama anak. Abang carilah kebahagiaan sendiri. Kebahagiaan abang dah ada didepan mata. Yang sentiasa menanti abang. Saya tak mampu nak bahagiakan abang. Saya tak layak untuk abang.." kataku. Tiada titisan airmata pun. Aku cuba kuatkan semangat untuk tidak menangis dihadapannya. Aku senyum dan senyum.

"Sayang..!! Janganlah macam ni? Janganlah buat keputusan macam ni? Abang masih sayang, sayang.. Abang merayu!!" Faliq duduk disebelahku, menghadap aku. Aku berpaling kearah lain.

"Abang dah terlanjur dengan dia kan sebenarnya. Sebab tu abang tak boleh tinggalkan dia. Abang rasa bersalah padanya. Betul kan abang?! Mengakulah abang.."  Faliq terdiam. Menundukkan kepala. Aku tak dapat nak kawal airmata. Akhirnya tewas juga. Faliq juga menitis airmatanya.

" Maafkan abang.. Maafkan abang..!!" Hanya itu yang dia katakan. Tanganku cuba dipegang tapi aku tepis. Aku senyum dalam tangisan.

" Untuk apa lagi kita bersama abang. Abang pergilah dengan dia. Dia lebih perlukan abang. Abang pun perlukan dia. Saya tahu, abang bahagia dengannya..!"

" Abang takkan lepaskan sayang sampai bila-bila. Takkan..!!"

" Abang nak seksa jiwa saya. Abang nak tengok saya menderita. Itu ke yang abang nak? Sekarang ni pun abang abaikan saya. Abang nak apa lagi dari saya. Sudahlah Faliq..!!"

" Abang perlukan sayang!! Bagi abang peluang untuk abang tebus semua. Please sayang.. Abang tak boleh hidup tanpa sayang!! Tolonglah jangan buat abang macam ni.."

" Awak buat hidup saya macam ni selama ini. Ada awak fikir tak? Tak kan.. Tak..!! Terlalu banyak ruang dan peluang saya bagi, tapi awak langsung tak hargai. Cukuplah segalanya. Awak dah patahkan hati saya. Awak hancurkan segala-galanya. Maafkan saya.."

" Sayang..!! Please..!!"

" Maafkan segala dosa-dosa saya selama menjadi isteri awak. Ampunkanlah saya. Redhakan lah saya. Kurang lebih saya minta halal. Halalkan segala makan minum pakaian tempat tinggal dan semuanya. Maafkan saya.. Saya tak mampu jadi isteri yang terbaik untuk awak. Saya akan sentiasa doakan kebahagiaan awak bersamanya.." Faliq menekup muka menunduk ke lantai. Airmata aku dah berhenti.

"Izinkan saya keluar dari rumah ni. Saya taknak duduk sini lagi. Saya tak sanggup hadapi setiap kenangan yang menyakitkan. Izinkan saya.."

"Ya Allah..!! Sayang..!! Please.. Jangan buat abang macam ni. Tolonglah sayang..!!" Faliq melutut padaku. Merayu dan merayu.

"Abang mengaku. Memang abang buat semua tu. Abang salah, abang terlalu ikut nafsu. Abang minta maaf. Abang dah terlanjur dengannya. Abang sayang dia dan abang masih sayang lagi dekat sayang. Abang tak boleh hidup tanpa sayang. Janganlah tinggalkan abang. Tolonglah sayang!!" Aku senyum.

" Abang.. Dengar cakap saya ni. Saya tahu saya yakin. Bahagia abang dengan dia bukan dengan saya. Percayalah.. !! Kalau abang sayangkan saya, lepaskanlah saya. Saya buat semua ni kerana abang. Abang takkan boleh bahagia dengan saya. Selama ni pun abang bahagia dengan dia, saya nampak semua tu. Hanya dia yang layak untuk abang.. " Hanya esakan tangis kami berdua. Untuk apa menangis Faliq. Semuanya dah terlambat. Hati aku dah tak mampu nak beri peluang padamu lagi. Hancur..


"Saya takkan cerita pada sesiapa. Saya tak sanggup tengok family awak kecewa. Saya tak sanggup dan saya taknak persahabatan abang saya dan awak terputus. Biarlah ini menjadi rahsia. Awak jangan risau ya. Sebab lepas ni saya tak duduk sini lagi.." jelasku lagi. Faliq masih terduduk dilantai.

Apa dia nak buat. Nak menyesal pun dah tak berguna. Semuanya dah berlaku. Nak taknak kena hadap juga. Terlajak perahu boleh berundur tapi terlajak perbuatan. Tanggunglah sendiri.

Malam kami dipenuhi dengan airmata. Airmataku airmata kekecewaan. Airmatanya tak tahulah mungkin airmata penyesalan. Tapi aku tak percaya dah dengan airmatanya. Sebelum ni pun, macam ni juga. Menangis dan menyesal. Merayu minta diberi peluang
 Janji tak buat lagi. Tapi tetap buat. Tetap menipu. Cukuplah. Airmatamu sudah tiada nilai lagi bagiku. Airmatamu hanya airmata palsu semata-mata. Cukuplah..

Mungkin selama ini dia fikir aku tak berani buat keputusan macam ni. Iyalah.. aku tak berkerja, aku bergantung hidup sepenuh padanya. Tapi dia silap. Aku juga ada hati dan perasaan. Dia tak boleh buat sesuka hati dia, permainkan hatiku, sakiti hatiku. Dia lupa kut, selama ni aku hidup sendiri. Aku berdikari sendiri tanpa ibu dan ayah tanpa abang aku. Aku hidup sendiri tau, sakit sihat aku sendiri tanggung. Jadi, aku dah biasa. Lagipun abang di KL. Bila-bila masa abang boleh jaga aku. Tapi aku tak bodoh, aku taknak menyusahkan sesiapa. Aku taknak perkara ni sampai ke pengetahuan mereka. Aku takkan sesekali buka mulut. Biarlah mereka sendiri yang tahu. Dan, aku akan pastikan. Sewaktu mereka tahu nanti, aku sudah tiada disini. Aku akan bawa diri bersama anak ke tempat lain. Bina hidup baru bersama anakku. Di mana lokasi? Biarlah rahsia..

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.