336,781
Kategori:
Genre:
Bab 137
"Tok... Tokkk..!!" Pintu bilik diketuk. Muncul Nizam didepan pintu dengan senyuman. Faliq hanya pandang sekilas saja dan mata terus fokus pada laptop dihadapannya. Menyuruh Nizam duduk. Beberapa hari ni Faliq banyak diam saja. Sekali ditanya sekali jugalah dijawab. Tidak seperti selalu yang sentiasa berborak dan ceria. Ada sesuatu yang tidak kena ni,bisik hati Nizam. " Kenapa awak pandang saya macam tu? Apa yang awak nak tanya? Tanyalah.." Faliq dapat meneka, macam tahu saja apa yang sedang Nizam fikirkan. Nizam senyum." Saya tengok Encik Faliq beberapa hari ni, lain macam je. Suram je muka tu. Macam ada masalah je. Risau pula saya tengok. Cuba cerita kut-kut boleh kurangkan masalah Encik Faliq tu ke" kata Nizam. Faliq pandang meja. Menarik nafas dalam dan hembuskan perlahan. Menekup muka mencari kekuatan. Kemudian, menyandarkan badan di kerusi. Nizam masih setia menunggu Faliq meluah. "Tak ada apa. Cuma.. " Faliq terdiam. "Cuma apa? Ni mesti sebab Tasya kan?!" Nizam meneka. Tak sabar Nizam mahu tahu. " Entahlah. Selagi Tasya tu ada dekat sini. Memang macam-macam hal lah.." " Dia buat hal apa lagi?" " Aliaa suruh saya kahwin dengan Tasya.." kata Faliq perlahan."Apa? Cik Aliaa suruh Encik Faliq kahwin dengan Tasya??" Terkejut besar Nizam. Mahu tersembul keluar mata. Faliq angkat bahu. " Biar betul Encik Faliq. Alasan..!" " Alasan.. Sebab Aliaa kasihan kat Tasya. Aliaa nak saya bimbing Tasya ke jalan Allah. Dan.. yang saya tak sanggup nak dengar tu. Dia sanggup nak brmadu dengan Tasya.. Allahuakhbar.. !" Faliq mengeluh dan geleng kepala. " Fuhh!! Semput juga saya dengar. Sampai sanggup bermadu pula tu. Ish!! Biar betul Cik Aliaa tu. Dahlah si Tasya tu buat macam-macam dekat dia. Boleh pula dia lembut hati.." Nizam pun sangat hairan mendengar. " Entahlah. Saya pun tak tahu macam mana dia boleh buat keputusan macam tu.." " Dia nak dapat payung emas kut tu Encik Faliq.."Nizam sengeh." Agak-agaklah pun nak dapat payung emas.." " Hahaha.. So, apa keputusan Encik Faliq? On..?!" "On?? Tak ada maknalah bro. Cukuplah seorang bidadari syurga saya. Saya taknak orang lain atau tambah lagi dah. Serik dah. Aliaa ni pun saya tak dapat lagi. Saya pun tengah risau juga ni, manalah tahu kan. Dia mengharap sangat saya kahwin dengan Tasya dan kemudian dia tarik diri. Mati saya brooo..!" Luah Faliq. Nizam gelak kecil dan angguk kepala." Hmm.. Betul jugakan. " Tak.. Tak mungkin. Apapun terjadi, saya takkan cari lain dah. Cukuplah Aliaa seorang. Lagipun saya taknak sakiti hati dia lagi, terlalu lama, terlalu banyak dia menderita selama ni.." sambung Faliq lagi. "Baguslah tu Encik Faliq. Biarlah Cik Aliaa jadi yang pertama dan terakhir. Lagipun, Dhia dah besar, kasihan dia.." " Itu yang saya fikirkan..! Eh! Jom turun makan. Laparlah.." " Alamak..!! Saya dah breakfast dah.." " Awalnya..! Tak apa temankan saya.." pinta Faliq." Tak makan dengan Cik Aliaa ke?!" Nizam bertanya. Dan mereka terus jalan keluar." Tak.. Tengah tak kawan.."jawab Faliq. Nizam berkerut." Aik..!! Boleh pula tak kawan. Ni Encik yang tak kawan ke atau Cik Aliaa yang taknak kawan.." Nizam gelak kecil. " Sayalah.. Dah dua hari dah tak kawan, nak tengok dia, nak tak pujuk saya.." kata Faliq. " Hahaha.. Macam tu pula. Habis dah dua hari tak kawan ni, ada tak dia try pujuk?!" Tanya Nizam."Tak ada pun.." "Hahahaha.. Parah ni Encik Faliq. Jangan merajuk lama-lama, nanti tiba-tiba ada pula orang lain yang pujuk Cik Aliaa. Bukan Cik Aliaa yang pujuk Encik Faliq. Baru padan muka..!" Mereka berdua keluar dari liff dan menuju ke cafe. " Alaa.. Sesekali nak merajuk dengan dia. Nak juga rasa macam mana dia memujuk saya tapi tulah. Saya yang merajuk dia buat tak tahu pula. Jawabnya saya kena mengalahlah ni.." keluh Faliq." Hahahaha..! Perempuan Encik Faliq. Faham-faham sudah..!" Nizam gelak kuat. Mereka masuk ke dalam cafe, mengambil makanan dan duduk dikerusi. Berbual seperti biasa. Sedang asyik melayan makanan, Nizam tiba-tiba terpandang Aliaa yang menuju ke dalam cafe seorang diri. Terus sengeh.


"Encik Faliq..  Cik Aliaa masuk tu.. " Nizam beritahu Faliq. Faliq meneruskan makan.

" Biar dia.. !" Nizam gelak kecil. Lawak dia tengok gelagat Faliq. Aliaa melangkah masuk ke cafe dan terus ambil pinggan. Aliaa ambil beberapa ketul kuih dan air nescafe. Sewaktu berjalan mahu duduk, Aliaa terpandang mereka. Senyum lebar Aliaa dan terus menghampiri mereka. Kusyuk Faliq makan, langsung tak pandang Aliaa. Nizam gelak je. Merajuk konon, bisik hati Nizam.

" Hai.. Assalammualaikum.. Boleh join ke?!" Kata Aliaa dengan senyuman sambil mengangkat kening pada Nizam. Senyum.

"  Waalaikumsalam.. Boleh sangat. Silakan.. silakan..!" Pelawa Nizam. Aliaa terus duduk di hadapan Faliq bersebelahan Nizam. Faliq buat selamba saja. Diam membisu. Pandang muka Aliaa pun taknak. Betul-betul dia merajuk.

" Cik Aliaa sorang je ke?!" Tanya Nizam memulakan perbualan.

" Hmm.. Iya..! Orang tu taknak kawan dengan saya. Sorang-sorang jelah.." Aliaa sengaja.

" Laa iyeke! Kalau orang tu taknak kawan dengan Cik Aliaa, Cik Aliaa carilah kawan yang nak kawan dengan Cik Aliaa.."Faliq tetap buat muka selamba. Pandai betul dia berlakon.

"Itulah. Ada juga terfikir. Ada je orang yang nak kawan dengan saya ni. Tapi nanti orang tu mengadu dekat abang saya pula. Malas saya nak dengar abang saya membebel.." Aliaa perli lagi.

"Hahaha.. Cik Aliaa temankanlah orang tu ye. Saya nak masuk office dulu. Baru teringat ada kerja yang nak kena settlekan. Good luck ya Cik Aliaa..!" Aliaa gelak saja. Nizam terus berlalu pergi tanpa minta izin pada Faliq pun. Aliaa pandang Faliq, senyum manis. Faliq lagak selamba dan menyedut teh ais limau. Langsung tak bersuara, tak senyum. Senyap seribu bahasa.

" Awak..!! Awak merajuk kee.!!" Aliaa memulakan perbualan. Suara lembut.

" Mana ada.." jawab Faliq ringkas. Eh! Nak juga dia jawab.

"Iyeke tak? Tengok sikit muka, muka orang merajuk ke tak.. Hihii.. Ha tengok tu, kalau orang merajuk biasanya dia taknak pandang muka kita tau. Lepas tu taknak senyum. Kalau senyum pun macam awak nilah, senyum sikit je. Ni sah merajuklah ni kan.. kan.. kan..!!" Aliaa mengusik. Faliq nak gelak tapi masih dikawal.
Masih senyap lagi. Aliaa menjeling manja pada Faliq. Jual mahal pula dia, bisik hati Aliaa sendiri. Kuih keria dipotong kecil.

"Okey..!! Kalau tak merajuk, makan kuih ni.." Aliaa menyuapkan kuih ke mulut Faliq. Tapi pada mula Faliq taknak buka mulut.

" Janganlah merajuk lama-lama, saya rindu nak gaduh dengan orang hensem, orang macho depan mata saya ni. Rindu saya tak ni.." Kata Aliaa memujuk lembut. Mata merenung redup kedalam anak mata Faliq, Faliq membalas renungan Aliaa dan akhirnya buka mulut dan terus masukkan kuih dalam mulut Faliq. Faliq kunyah perlahan. Senyum manis.

" Yeahh!!!! Mr. Faliq Alfie dah tak merajuk!!" Aliaa tepuk tangan, happy nya hati. Senyum ke telinga. Faliq gelak kecil.

" Saya tak merajuklah, cuma saja je nak tengok awak sayang saya ke tak.." kata Faliq.

" Eleh.. Iyelah tu. Dah merajuk taknak ngaku.."

"Sesekali. Nak juga rasa awak pujuk. Barulah saya rasa awak betul-betul sayang saya.."

" Oh!! Macam tu ye. Jadi selama ni, awak tak rasa saya sayang awak betul-betul lah ye.."

" Ha tulah. Saya rasa awak macam sayang saya main-main je. Suka-suka je nak suruh saya kahwin dengan Tasya tu. Mana tak merajuk.."

"Alololooo kasihannya!! Saya cuma nak uji awak jelah, nak tengok tahap sayang awak tu macam mana. Sebab lelaki kan kalau diizinkan kahwin lain, memang melonjak kegirangan. Kan.." kata Aliaa.

"Itu orang lainlah sayang. Ni Faliq Alfie. Dalam hati Faliq Alfie ni hanya ada Aliaa Sofea je sorang.." kata Faliq penuh keyakinan.

" Iya saya tahu. Faliq Alfie ni memang sayang Aliaa Sofea.." balas Aliaa.

"Hmm.. Aliaa Sofea sayang Faliq Alfie tak?!" Tanya Faliq.

"Mestilah Aliaa Sofea sayaaaang Faliq Alfie. Cuma taknak tunjuk je.." jujur Aliaa.

" Terima kasih sayang..! Nak cium sikit boleh?!"

" Ni nak ni..!!" Aliaa tunjuk penumbuk tangannya pada Faliq dan menjeling. Faliq gelak. Kembali bahagia. Lama tak bergurau sama.

"Sayang, sayang juga. Kita ni bilanya nak ke pejabat agama ni,  tarikh pun tak confirm lagi ni sayang..!" Tanya Faliq.


" Hmm.. Tulah kan. Saya bulan ni busy. Bulan depan saya nak ke Sabah ye. Lama tak tengok kedai.."

"Nak ikuttt..!!"

" Aikk!! Kata busy.."

"Hahahaa.. Sayang.. kita nikah sebelum awak pergi Sabah lah nak tak, boleh honeymoon sekali. Okey tak?!" Faliq memberi cadangan.

"Orang ke Sabah tu nak uruskan kedai, bukan nak berjalan. Taknaklah honeymoon sana, bawalah honeymoon ke Maldives ke, Paris ke, Korea ke.." kata Aliaa.

" Hahahaha.. " Mereka terus berbual dan berbual. Dah kembali berkawan. Banyak ceritanya. Gelak tawa, usik mengusik dan bergurau senda.

" Abang pun membebel dah, asyik tanya je bila. Tapi macam mana, saya busy, awak busy, abang pun busy.. "

" Hmm.. Kalau ikutkan busy kita ni, memang tak nikahlah jawabnya. Nak taknak kita kena luangkan masa juga ni sayang. Nanti saya check jadual saya, apa-apa nanti saya info ya.." terang Faliq.

" Okey..!! Saya pun nak kena check juga. Saya tak kisah, nikah tahun depan pun tak apa.."

" Janganlah macam tu.. Kasihan saya, tak sabar nak manja-manja dengan awak. Nak sweet-sweet.. "Faliq kenyit mata.

"Eee.. Mulalah tu dia, tak boleh dimulakan.." Aliaa menjeling. Faliq gelak kuat.

Tanpa mereka sedar, ada seseorang yang sedang memerhatikan mereka di hujung cafe. Memerhati dengan penuh kebencian dan dengan penuh dendam kesumat. Selagi dendam tidak dibalas selagi itu memang tidak tenang hatinya. Dia sengaja tidak mahu munculkan diri depan mereka. Memberi peluang mereka merasa kebahagiaan bersama. Kerana tidak lama lagi segalanya akan hancur sekelip mata. Dia nekad, apapun terjadi. Dia tetap akan lakukan. Sama ada salah seorang tidak dapat miliki Faliq atau kedua-duanya tidak dapat miliki Faliq. Adil!!

Biarkan. Apa yang penting dia puashati. Tidurnya tidak lena, jiwanya kacau. Hatinya memang tidak tenang melihat senyuman mereka berdua. Selepas ini, dua-dua akan meraung, meratapi salah seorang.

" Haahaha!! You akan rasa apa yang sudah i rasa kini Aliaa. I akan buat sampai you mati.. Baru puashati i. You ambil Faliq dari i, i akan pastikan Faliq kembali pada i. You tunggu Aliaa.. Tunggu..!! " Tasya gelak sendiri. Dia membetulkan kain selendangnya dan menutupi sikit wajahnya. Dia tidak mahu jika Faliq atau Aliaa nampak kehadirannya. Dia memerhatikan Aliaa dan Faliq hanya dari jauh. Dia mahu plannya kali ini akan berjaya.

Dalam masa yang sama, Tasya juga tidak sedar yang dia pula diperhatikan oleh Black dari luar cafe. Macam mana pun Tasya cuba menyembunyikan diri atau menyamar, Black lebih mengetahui. Lebih cekap. Cuma Black tidak pasti apa plan Tasya sebenarnya. Hanya Tasya saja yang tahu. Black akan terus mengekori Tasya dan terus memantau pergerakkan Aliaa. Setiap hari Asnida akan menghubungi bertanya maklumat.  Tasya memerhati Aliaa dan Faliq dari jauh kerana dendam. Black pula memerhati Tasya dan memantau keselamatan Aliaa atas arahan Big Boss.

Pasangan dua sejoli itu mula bergerak keluar dari cafe. Masih berbual mesra. Lagak seperti pasangan kekasih, tapi sebenarnya duda dan janda. Siapa menduga, mereka akan bersatu semula menjadi suami isteri. Perancangan Allah tiada siapa tahu.

Yang merajuk sudah dipujuk. Yang muram sudah kembali ceria. Yang gila-gila bertambah gila. Yang bahagia bertambah bahagia. Keceriaan kembali, mentari pun kembali bersinar.  Itulah mereka. Dari dulu sampai kini cerita hot mereka tak pernah terpadam. Akan menjadi kenangan sampai bila-bila. Ahh!! Bahagianya..!!
Previous: Bab 136
Next: Bab 138

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.