336,732
Kategori:
Genre:
Bab 164
" Dik.. Oh dik..!!"

Sayup-sayup je kedengaran suara tu. Aku mimpi ke atau realiti ni. Berat betul nak buka mata ni, tapi telinga dengar. Suara abang tu, aduh..!! Abang ni kacau mimpi aku jelah.

Tokk.. tok... !! Abang ketuk pintu berkali-kali. Panggil tak henti. Malasnya nak bangun. Dahlah tengah mimpi syok. Mimpi aku tangkap sendiri Mr.K dan perempuan misteri tu. Tapi muka mereka tak nampaklah pula. Kalau nampak kan senang.

"Adik..!! Bangunlah..!!" Ish!! Abang ni kan. Sabarlah. Aku terus bangun. Gosok-gosok mata, alihkan selimut dan turun dari katil. Dengan muka bangun tidur, rambut serabai aku terus melangkah perlahan ke pintu.

"Iya.. Kejablah..!" Dengan malas, aku buka pintu. Tercegat abang depan pintu.

"Nak apa? Abang ni kacau jelah orang tidur.." aku merungut.

" Hidup lagi rupanya. Dari petang sampai ke malam tak bangun-bangun. Tidur mati ke apa ni? Dengan muka macam ni.." abang membebel pula.

" Isshhh!! Abang ni dah kenapa. Tidur salah, merayap salah. Nak apa ni? Cepatlah cakap, adik nak sambung tidur. Penatlah..!"

" Jangan nak sambung tidur lagi. Ni tidur tak ingat dunia, solat pun ke lautlah ni kan. Kalau mati dalam tidur dengan tak solat. Macam mana?! Sia-sia je hidup.." Aku menyimpul rambut.

"Orang off solatlah. Sebab tulah tidur. Abang ni kalau kejutkan adik semata-mata nak membebel, lebih baik tak payah kejutkan. Dahlah.. Adik nak tidur..!" Aku cuba nak tutup pintu, abang tahan.

"Oiii.. Bertuah punya budak. Dah tak reti nak makan dah ke. Ni dah jam 9.20 malam ni tau tak. Pergi mandi sekarang, abang tunggu makan. Cepat..!! Kalau abang tak balik sampai esok jugalah dia tak bangun.." Abang marah.

" Iyalah..!!" Aku terus tutup pintu. Dalam keadaan mamai macam ni boleh pula abang nak membebel. Aku sambung baring, pejam mata. Rasa tak puas tidurlah. Aku meraba-raba mencari handphone di sebelah bantal. Mana pula handphone ni. Jumpa pun, aku buka kecil je mata tengok jam. Haa?? 9.30 malam?? Biar betul.. Aku terus bangkit. Lamanya aku tidur, aku blurr sekejab. Garu kepala. Handphone ku masih pegang. Ada missed call dan whatsapp. Banyaknya missed call. Dari abang dan Faliq. Patutlah abang membebel tadi tapi apa abang bebelkan tadi aku pun tak pasti. Hahahaa..!!

Perut dah berbunyi minta diisi. Lantas aku terus ambil tuala dan mandi. Setengah jam kemudian ,aku siap dan terus keluar ke ruang tamu. Aku pegang handphone. Abang tak ada diruang tamu. Aku terus ke dapur, dia dah duduk menghadap meja. Tunggu akulah tu. Aku duduk dihadapan abang. Abang sendukan nasi untuk aku. Aku tuang air dan bagi abang.

"Dhia dah tidur ke abang. Senyap sunyi je.." tanya aku pada abang.

" Dah tidur dah pun.." Aku angguk. Aku memang tak sedar pun tidur sampai malam.

" Abang baru balik ke?!"

" Iya..! Banyak kerja hari ni. Abang balik tengok lauk langsung tak berusik, tanya Sis, dia cakap adik balik kerja awal terus tidur tak bangun makan. Dia kejutkan pun adik tak bangun.."

"Sorrylah. Penat sangat sampai tak sedar.." aku mengambil lauk dan letak dalam pinggan. Memulakan makan.

"Tadi Inspektor Adam call abang. Dia minta nombor handphone adik.." Aku pandang abang.

" Abang bagi ke?!" Sengaja aku bertanya.

" Bagilah. Dia cakap ada hal penting.."

"Ish!! Kenapa abang bagi. Mintalah izin adik dulu. Suka-suka bagi pula.." aku saja berlakon. Hehe!!

" Alaa bukan bagi orang lain pun. Kut dia nak tanya pasal kes adik tu ke.."

"Kalau dia nak tackle adik macam mana?! "

"Ha?? Adik jangan macam-macam.."

" Macam-macam apa pula. Dah adik ni kan cute, bijak, baik. Manalah tahu kan.." saja mengusik abang.

" Amboi.. Amboii.. Menggedik pula dia. Hey!! Awak tu nak nikah tak lama lagi. Jangan buat hal ye.." abang serius.

" Alaa. Baru nak nikah belum lagi nikah..!"

" Menjawab.. Menjawab.. Menjawab..!!" Hahaha.. aku gelak. Sengaja cari pasal. Kalau abang dah membebel nanti, aku juga yang bengang. Memang suka cari pasal.

Selesai makan dan selesai kemas. Aku ajak abang lepak dekat luar rumah. Ambil angin malam. Abang buat air dan aku hanya melayan handphone. Whatsapp dengan Faliq. Hari ni satu hari tak jumpa dia. 


Ni pun baru je aku balas whatsapp dia. Almaklumlah seharian busy. Hmm.. Busy lah sangat. Busy tidur dari petang je malam.

" Esok saya ambil awak ye. Petang kita pergi butik.."

" Okey..!!"

" Tasya ada whatsapp saya tadi. Dia masih gelar dia Anis. Dia tak tahu lagi yang kita dah tahu siapa dia.." Aku berkerut.

" Tapi kan saya dah cakap yang kita suami isteri kan.."

"Sebab dia dah tahu kita belum nikah dia still whatsapp saya kut.." balas Faliq.

" Iye jugakan. Dia whatsapp apa?"

" Dia nak jumpa saya dan nak bincang pasal projek tu konon.." Aku senyum.

" Bila?!"

" Lusa jam 3.00 petang di Ampang.." Aku angguk. Bagus ni, boleh aku follow.

Aku meletakkan handphone diatas meja. Berfikir sejenak mengenai perempuan yang aku lihat tadi siang. Angel ye. Memang Angel sangat. Tak sangka dan tak duga. Aku geleng kepala.

" Kenapa geleng-geleng kepala pula ni.." terkejut aku tiba-tiba abang menegur. Terhenti berfikir terus. Abang ni nampak je.

" Tak adalah.. Abang, Inspektor Adam ada info abang apa-apa tak selain dia minta nombor adik tadi? " tanya aku nak kepastian. Risau kalau dia info abang pasal siang tadi.

" Tak ada. Cuma minta nombor adik jelah. Dan cakap nak jumpa adik sebab ada perkara dia nak tanya mengenai kes accident tu.." Fuh!! Lega aku dengar. So, bermakna dia boleh dipercayailah setakat ini sebab tepati janji. Tak  info abang. Hehe..!!

" Okey..!! Tengoklah nanti, ada masa adik jumpa dia.." abang angguk.

"Bagilah kerjasama dekat dia. Dah settle perkara ni dah kira lega sangat dik. Selagi adik tak info polis, abang risau. Sebab Tasya tu masih bebas dan keselamatan adik tu masih tak terjamin. Kalau adik dah info polis sekurang-kurangnya kalau ada apa-apa berlaku. Pihak polis boleh ambik tindakkan segera..!" Kata abang.

"Insha Allah.. !!" Jawabku ringkas. Kalaulah abang tahu apa yang berlaku siang tadi dan tahu apa yang aku lihat dengan mata aku sendiri pastinya abang akan suruh aku duduk rumah berhenti kerja je. Sama juga dengan Faliq, nak aku duduk rumah je jaga Dhia. Memang taklah, takut peristiwa lama berulang kembali. Dah sudah. Jangan nak fikir cerita lama. Sekarang, pandang ke hadapan. Ni settlekan kes tak sengaja ni dengan Insp. Adam.

" Abang..! Contohlah kan. Kalau sebenarnya perempuan misteri tu adalah Tasya juga. Macam mana?!"

" Info jelah Insp. Adam, pandailah dia buat kerja nanti.." Aku angguk kepala. Macam nak cerita je dekat abang pasal tadi. Aku menghirup air teh suam.

Abang..!! Nak info satu rahsia ni. Tapi jangan bagitahu Faliq tau. Ni yang tahu hanya adik dan abang je.."

"Rahsia apa pula?"

" Kena janji dulu, jangan info Faliq. Boleh?!"

" Hmm..!"

" Tak payahlah info, tak boleh dipercayai..!"

" Cakap jelah. Abang janji..!"

" Kalau mungkir janji?!"

"Iyalah.. Munafiklah abang..!"

"Bijak pun.. Hehehe..!! Panjang tau rahsia ni.. Sebenarnya kan, ada sorang mamat ni....." Aku cerita dari A to Z pasal Mr.K tu pada abang. Aku rasa abang memang kena tahu sebab takut nanti jadi isu pula antara aku dengan Faliq. Tak sedap hati pula. Orang kata kalau nak bersatu semula ni akan ada macam-macam dugaannya. So, aku taknaklah sebab salah faham mengenai Mr.K ni akan jadi pergaduhan kami. Dia tu boleh tahan cemburu walaupun aku dah warning tempoh hari. Tapi tak dannya boleh percaya. Bila dah cemburu tu datang. Tak ingat segalanya. So, berjaga-jaga jelah. Aku pun taknak jadi punca.

"Pula dah. Perempuan misteri tak settle lagi datang pula lelaki misteri. Semua misteri belaka. Hmm...!" Keluh abang.

" Itulah masalahnya. Adik pun pening. Tapi Mr.K ni tak faham bahasa, adik warning makin dia buat pula. Tiap hari dia hantar barang. Barang tu adik kumpul dan nak pulangkan dekat dia. Tapi adik tak tahu siapa dia.." aku tambah lagi.

"Siapa yang hantar barang tu? Orang yang sama ke atau lain-lain?" Tanya abang serius.

"Lain-lain. Tapi yang adik perasan ada sorang budak ni, kerap jugalah dia hantar. Adik ingat, nak jumpa budak tu dan nak suruh dia bagi semula semua barang dekat Mr.K tu lah. Mesti dia tahu kan.." cadang aku.

" Bagus juga tu dik..  Makin macam-macam pula halnya dik. Macam dah tak selamat je. Kalau macam ni, adik balik kampung jelah. Duduk dengan Mak Long, buka kedai dekat pekan. Bisness je.." Aku senyum. Kasihan abang, risau sungguh.


"Mana boleh abang. Adik kan nak jadi bini orang. Kalau adik solo okeylah. Abang janganlah risau ya, semua ini sekejab je. Akan kembali macam biasa juga nanti, orang kata bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.."

" Iya betul.. dan memang betul lah orang cakap. Nak jaga seorang anak perempuan bukan senang, yang situasi abang pula. Nak jaga adik perempuan sorang ni. Fuh!! Betul-betul mencabar kesabaran abang tau..!"

" Hahahaaa... Sebab tu menjaga anak perempuan atau aaaadik perempuan besar pahalanya. Betul tak?! Lagi-lagi jaga adik macam adik abang ni kan.. kan..!!"

"Iyalah..!"

Tutt... Tuutttt..!! Handphone aku berbunyi. Insp. Adam call. Aku minta izin abang nak jawab panggilan sekejab. Aku jalan ke pagar jauh sikit dari abang. Taknak abang dengar perbualan penting kami.

" Yup Mr. Sahab.. Ada apa call saya ni. Kacau je..!!" Aku sengaja. Senyum.

"Aik dah tidur ke! Sorry.. Sorry..!"

" Hahahaaa.. Belum pun tengah lepak dengan abang.. " aku gelak.

"Oh okey!! Awak cakap awak nak bagi video siang tadi kan. Saya tunggu tapi tak sampai-sampai pula video tu. Tersangkut atas pokok ke?!"

"Hahaahaaa... Sorry.. Sorry..!! Sampai rumah tadi saya terus tidur. Ni baru bangun. Penat kejar penyangak. Hahaaha.. Saya hantar kejab lagi..!" Aku gelak kuat. Sempat aku pandang abang, abang tunggu aku lagi. Abang perhatikan aku je.

"Eleehh baru kejar sikit dah penat tidur tak ingat dunia. Tak hebat..!" Perli aku pula dia.

"Bukan kerjaya saya kut. Memanglah penat. Kerjaya saya duk office, dalam aircond, ngadap PC bukan ngadap penyangak. Dengan awak sekali dah rupa penyangak.. Hahaha!!"

"Sedap mulut je cakap saya penyangak. Sebab kerjaya saya nilah Malaysia ni aman dan sentosa tau..!"

" Sentosalah saaangat. Jejak Angel pun tak dapat. Kalau saya nak jejak Angel tu senang-senang jelah Encik Adam. Bukan nak cakap besarlah tapi iya memang senang.."

"Awak kenal dia ke?!" Alamak..!! Dia meneka pula. Apalah aku ni, mudah je cakap lepas. Aduh..!!

" Hahahaa.. Kenal. Baru tadi kenal. Tadikan nampak dia, lepas tu Encik Adam cerita, kira kenal lah tu.." aku sengeh sendiri.

" Oh okey..!!" Aku terpandang keluar pagar. Dihujung jalan mataku tertumpu pada sebuah kereta mewah berwarna hitam. Aku terus amati nombor plat kereta itu.

"Eh!! Itu kereta petang tadi.." aku cakap sendiri tapi handphone masih di telinga.

" Kereta? Kereta apa?" Aku dapat idea. Aku taknak perempuan tu tahu yang aku perasaan akan kehadirannya. So, aku lari ke arah abang.

" Kereta Angel..!!" Sambil lari aku jawab pertanyaan Insp. Adam.

" Abang.. Abang perasan tak kereta BMW kat hujung tu.." Abang berkerut.

" Abang perhatikan dia. Kalau dia lalu depan ni abang cuba tengok wajah pemandu tu ya.. Abang intai dari tepi pagar tapi jangan sampai dia perasan tau. Adik nak ambil sampah jab.." pintaku. Abang angguk dan ikut je apa aku cakap.

"Sorry.. Sorry..!! Saya kenal kereta siang tadi tu. Kereta dalam gambar saya snap tu. Nombor plat sama.." jelasku pada Insp. Adam.

"Ha?? Aliaa awak dekat mana sekarang ni?" Tanya Insp. Adam lagi.

" Saya di rumah..! Sekejab lagi call ya, okey bye..!!" Aku terus matikan talian. Handphone ku masukkan dalam poket seluar track suit dan aku ambil sisa sampah dalam bakul sampah. Tapi tak ada sampah pun, dah clear abang buang tadi. Ini lakonan semata-mata je. Aku kembali keluar dengan membawa kunci sekali.

"Abang ambik handphone ni. Adik nak keluar ni. Abang tolong tangkap gambar kereta tu dan pastikan gambar perempuan tu sekali tau. Make sure dapat..!" Arahku dan beri handphone pada abang.

"Aduhai.. abang mana reti nak tangkap gambar curi-curi macam ni..!" Abang keluh.

"Tangkap jelah. Abang standby dengan handphone atau abang videokan.. Penting ni!!" Abang angguk. Aku terus buka kunci pagar. Aku buka pagar besar sikit supaya senang abang nak videokan nanti. Harap jelaslah video tu nanti. Aku jalan perlahan ke arah tong sampah besar depan rumah je tak jauh pun. Mata menjeling kearah kereta itu. Aku senyum bila kereta itu mula bergerak perlahan ke arah laluan rumah. Aku harap dia tak tembak akulah. Dup.. Dap juga jantung ni. Risau juga. Kereta menghampiri aku tanpa lampu dipasang. Aku lambat-lambat je masukkan sampah dalam tong. Aku pandang abang minta mulakan video. Selangkah dua aku jalan, baru dia hidupkan lampu. Sewaktu kereta itu lalu disebelahku, aku terus menoleh padanya. Dalam kesamaran malam hanya diterangi lampu neon, aku masih nampak dengan jelas perempuan memakai selendang tanpa sunglass. Dengan cermin tingkap dibuka separuh saja, kami berpandangan. Senyum sinis dia padaku. Aku pandang tajam kewajahnya.

Rezeki aku dapat tengok jelas wajahnya. Dan, terungkai semua jawapan malam ini. Tidak syak lagi. Apa motif dia sebenarnya malam ni mengintip aku? Dia nampak aku ke siang tadi. Tiba-tiba teringat pula apa yang Insp. Adam cakapkan. Gerun pula hati. Tapi kali ni aku tak mencari tapi dia yang menyerahkan diri dan memunculkan mukanya sendiri dihadapanku. Macam mana aku boleh cam, cara dia pakai selendang. Konon menutupi wajah tapi tak pakai sunglass dan menampakkan lehernya still aku boleh ingat. Ala-ala mak datin. Aku boleh cam. Hilang saja kereta tu dari pandangan. Aku terus masuk dan kunci pagar semula.

"Dapat tak video?!" Tanya aku pada abang. Kami jalan bersama ke dalam rumah. Abang mengangkat dulang air tadi dan terus ke dapur. Aku duduk di sofa, menyandarkan badan. Abang kembali dan duduk disebelahku. Aku membuka video tadi dan tengok bersama abang. Cantik video ni. Jelas muka dia terpampang. Pandai abang. Memang rezeki aku, Allah permudahkan semua.

"Eh!! Ini kan..?!" Abang tercengang dan terkaku sekejab. Tengah layan video ni. Insp. Adam call. Aku senyum.

"Saya dah dapat jawapan.." aku terus info. Abang berkerut dan aku senyum pada abang. Abang dengar je. Mesti abang pelik.

"Okey boleh!! Saya pergi dengan abang saya. Jumpa dekat sana.. bye!!" Aku terus matikan handphone.

" Abang jom temankan adik jumpa Insp. Adam.." Abang angguk. Aku call Faliq pula. Aku nak kena bawa dia, sebab dia kena tahu hal ini.
Malam ni akan terungkai semua. Kena terus-terang pada abang dan Faliq. Cuma Mr.K tu je aku tak tahu lagi. Tak apa, perlahan-lahan. Tak lama akan tahu juga. Okey!! Jom kita kerja overtime malam ni. Hahaahaaa.. 
Previous: Bab 163
Next: Bab 165

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.