336,493
Kategori:
Genre:
Bab 88
Eh!! Ada apa dekat kepala aku ni. Terasa ada sesuatu didahiku, oh tuala kecil rupanya. Aku pandang sekeliling. Aku duduk, terasa segar sikit badan cuma kepala masih pening-pening lalat lagi. Pintu bilik tidak ditutup rapat. Aku buka lampu. Di meja lampu terdapat bekas berisi air. Mungkin air untuk tuala ni kut. Teka aku. Kenapa ada tuala dikepala aku ni. Aku tak sihat ke?! Tanyaku pada diri sendiri. Aku tak sedar apa-apapun. Yang aku perasan, Haikal suruh aku makan nasi dan ubat, kemudian aku tidur tak sedar langsung sampai masa ni. Memang betul-betul lena. Ada juga stetoskop di sebelah bekas air itu. Aku senyum. Aku bangun dan capai handphone di atas meja solek. Ada beberapa whatsapp. Tapi ku abaikan. Jam menunjukkan tepat 5.00pagi. Aku teringat pada Haikal. Dia dah balik kut. Tekaku.

Kemudian, aku melangkah turun ke bawah. Terasa dahaga tekak. Satu persatu anak tangga ku turuni penuh berhati-hati. Sampai sahaja di anak tangga terakhir. Aku berkerut. Ada seseorang sedang lena di sofa panjang. Perlahan-lahan aku menghampirinya. Aku senyum lagi. Alahai kasihannya bestfriends forever aku. Tidur di sofa saja. Berpeluk tubuh kesejukan. Sis Tuti tak bagi dia selimut kut. Lupa kali. Aku mengambil remote aircond dan perlahankan suhu. Lalu ku letak semula. Aku kembali naik keatas. Masuk bilik tetamu dan mencari selimut. Aku bawa selimut ke tempat Haikal semula dan ku selimutkan dia.

Terima kasih Haikal. Aku tahu kau jaga aku malam tadi tapi aku minta maaf, aku memang tak sedar apa-apa. Baik sungguh hatimu Haikal. Aku tahu niatmu memang ikhlas. Aku pun senang dan bahagia sebenarnya kawan dengan kau. Tapi mamamu tak bagi kita terus berkawan. Aku terpaksa demi menjaga hubunganmu dan keluargamu Haikal.

Aku senyum melihat Haikal. Dan, aku meninggalkan Haikal yang sedang lena itu. Aku ke dapur dan minum air suam. Duduk dikerusi.

"Cikpuan sudah sihat?!" Tegur Sis Tuti padaku.

" Alhamdulilah.. beransur sihat. Hmm.. Haikal tak balik rumah langsung ke?!"

" Ngak Cikpuan. Dari petang lagi dia disini.." kata Sis Tuti.

"Iyeke?!"

"Iya..!! Sekejab-sekejab dia naik melawat Cikpuan. Turun naik turun naik.. " sambung Sis Tuti. Terharunya aku dengar.

" Sayang banget Pak Haikal sama Cikpuan.."
Aku hanya senyum.

" Iya.. Dia baik kan..!"

" Iya.. iyalah. Pak Haikal memang baik. Cocok sama Cikpuan. Sama cantik, sama tampan. Cikpuan ngak suka sama Pak Haikal?!"Boleh pula Sis Tuti ni tanya. Aduhaiii.. Aku diam tak menjawab tapi hanya senyum.

" Orang tua bilang. Kalau diam itu tandanya iya. Benar kan Cikpuan..!" Pandainya Sis Tuti ni bergurau.

" Ish!! Awak ni, dia kawan saya jelah..!!" Aku gelak kecil.

" Oh ya?!. Jika bisa Cikpuan menikah dengan Pak Haikal. Sayalah paliiiinnnggg happy..!! Amboiii.. Melebih pula Sis Tuti ni. Hmm..

" Dah.. Dah.. Jangan nak merepek. Saya nak naik atas, sekejab lagi masuk subuh dah.." kataku menghabiskan air suam. Dan kemudian cuci mug dan terus melangkah. Sampai dipintu   dapur tiba-tiba Haikal dengan senyuman muncul. Menghalang aku berjalan. Terkejut aku. Alamak!!

"Eh!! Awak dah bangun?!" Tanyaku. Haikal senyum je.

" Saya tak tidur pun. Tidur tipu-tipu je.."

" Aik..! Iyeke tak tidur. Lena je saya tengok.." Aku senyum sinis. Mengejek manja.

"Hahaha.. Cikpuan Aliaa ngak suka sama Pak Haikal?!" Pula dah. Dia ulang apa yang Sis Tuti cakapkan tadi. Tersenyum berseri. Aku buat muka biasa je.

" Ngak..!!" Kataku dan terus jalan ke ruang tamu. Senyum sendiri. Selimut dah siap dilipat dan aku ambil selimut itu. Allahuakhbar!! Sakitnya kepala. Aku terus duduk, pejam mata tahan sakit. Haikal mengekoriku. Aku buat muka selamba walaupun kepala macam nak putus ni.

"Awak macam mana? Dah sihat? Ada sakit lagi tak?!" Aku senyum. Nak cakap ke taknak ni.

" Saya dah okey.. Terima kasih Haikal..!!" Jawabku. Mengelak.  Haikal senyum.

" Alhamdulilah.. Saya tahu awak sayang saya kan..?!" Aikk!! Kenapa tiba-tiba dia cakap macam tu. Terkedu jugalah aku dengar.

" Apa?!"

" Hahahaa...!! Tak ada apalah.." Pula dah. Dia taknak cakap pula.


" Saya balik dulu ya.. Nak masuk subuh dah pun. Nanti saya datang lagi. Kalau ada apa-apa, call cepat-cepat tau.." pesan Haikal pada aku. Tepat pandang mataku.

" Okey!! Terima kasih Haikal..!" Kataku. Haikal senyum je. Aku membalas senyumannya. Lalu, dia terus keluar dan menuju ke keretanya. Aku menemaninya hingga didepan pintu sahaja. Apabila kereta meninggalkan perkarangan rumahku. Aku terus tutup pintu dan naik kebilik. Aku membersihkan diri dan menunaikan solat subuh. Selesai solat, menyidai kain telekung dan melipat kain sejadah.

Kepala aku masih berat. Nak makan ubat tapi perut tak isi lagi. Haikal pesan kalau nak makan ubat kena makan dulu. Makan sikit pun jadilah. Okeylah Mr. Doctor. I follow! Aku baring sambil tangan memicit-micit kepala. Bilalah nak sihat ni. Esok Haikal nak balik KL dah. Handphone berbunyi.

" Assalammualaikum Aliaa..!!" suara Faliq ditalian. Lembut je.

"Waalaikumsalam.. !"

" Awak macam mana? Dah sihat tak?" Aku senyum. Suara risau.

" Dah sihat cuma sakit kepala je ni.."

" Tu namanya belum sihat sayang oii.. Kalau dah sihat tu, dah tak sakit lagi tau.." katanya.

"Hahahaha.. Bagi saya, kalau dah boleh bangun dan jalan dan tak diawang-awangan tu kira dah sihatlah tu.. "aku jawab.

" Iyalah tu. Kalau tak sihat dikuat-kuatkan juga sihat. Tak pasal-pasal sakit yang hampir  sihat jadi lagi parah. Macam mana?!" Pagi-pagi dia dah membebel. Memang mak nenek pun kalah.

" Kalau lagi parah, masuklah hospital. Mudahkan..!!"aku sengaja je. Gelak kecil.

"Nak ke bercuti di hospital. Nak ambil pakej berapa malam?" Hahaahaaa.. aku gelak besar. Bebelnya.

" Taknak!! Hahaha.." jawabku sambung gelak.

"Tahu pun..!! Jagalah kesihatan. Jangan kerja kuat sangat. Awak dekat sana sorang-sorang. Kalau ada apa-apa berlaku, macam mana Aliaa..!!" Aku senyum. Masih picit kepala.

"Baiklah Encik Faliq Alfie. Mama buat apa?!"

" Tak pasti pula. Saya tak turun lagi.." jawabnya.

" Eh!! Lupa nak info, appointment awak dengan Haikal cancel minggu depan tau. Sebab esok dia kena balik KL. Emergency leave.." baru aku teringat akan appointment mereka .

"Iya..Haikal dah info semalam. Tak dapatlah jumpa awak dan Dhia. Rindu sangat dengan awak dan Dhia.."

" Nanti kalau dia dah start kerja. Dia akan info awak nanti ya..!!" Kataku.

"Okey my dear!!"

"Okeylah. Saya nak breakfast ni. Kirim salam pada mama,papa dan Angah ya..!!"

" Insha Allah. Ciumkan Dhia untuk saya ya. Love you Aliaa!"

" Insha Allah. Bye..!!" Aku terus matikan talian. Faliq oh Faliq. Aku senyum.

Bangkit perlahan dan turun ke dapur. Sis Tuti sedang menyediakan breakfast. Aku duduk memerhatikan dia sedang leka menghadap kuali. Goreng karipap.

"Cikpuan mahu ini karipap?!" Tanyanya.

" Tak apa. Saya nak makan roti ni je.." jawabku. Aku terus ambil roti gardinier dan sapu kaya pandan. Aku makan sekeping saja roti dan minum air suam. Tak ada selera nak makan. Ni pun sebab nak makan ubat je. Ingat nak masuk kedai nanti. Kalau sihat. Selesai breakfast aku telan ubat. Menghabiskan air suam.

" Sis Tuti.. Kalau Haikal datang, kejutkan saya ya. Saya nak rehat kejab, sakit sangat kepala ni." pesanku pada Sis Tuti.

"Iyalah Cikpuan." Aku terus melangkah. Sampai dibilik, aku terus labuhkan badan di katil. Seram sejuk je badan ni. Demam lagilah ni kut. Aku pejamkan mata, pusing kanan pusing kiri masih tak nak lelap. Ni mesti dah lena malam tadi. Jadi tak dapat nak lelap. Tapi kepala sakit.

Tak lama, pintu bilik diketuk. Muncul Haikal. Aku bangun dan duduk menyandar. Senyum.

" Sis cakap awak sakit kepala?!" Tanyanya dan terus duduk di kerusi menghadap aku.

" Entahlah. Makin sakit pula kepala ni.." Haikal sentuh tahan dan dahi aku.

" Demam lagi ni Aliaa.." Lantas dia memeriksa suhu badan aku.

"Tinggi suhu badan awak ni..!" Haikal merenung redup padaku.

" Saya dah makan ubat, baru je. Nak tidur tapi tak dapat.." aku mengadu.

"Saya risau tengok keadaan awak macam ni. Esok pagi flight saya. Tak tenang saya nak tinggalkan awak.." kata Haikal. Sedih.

" Ish!! Awak ni.. Janganlah risau, saya okey je. Pagi ni saya tak sihat, petang nanti mesti sihat.."


Kataku penuh keyakinan dan senyum. Haikal masih sedih. Senyum tawar je. Lain pula aku tengok dia pagi ni.

" Kenapa ni.. Awak ada masalah ye.." tanyaku.
Haikal senyum tawar lagi. Pandang ke tilam. Sayu je mukanya.

" Entahlah. Rasa berat hati pula nak balik KL.."

" Kenapa? Kan mama awak nak jumpa awak. Dia rindu awak.." kataku.

" Iya tapi.. Entahlah..!!" Haikal menyapu muka dengan tangannya. Kasihan dia. Tak pernah aku tengok dia begini.

" Haikal.. Dia mama awak, apapun awak kena dengar cakap dia. Selagi dia masih ada, buatlah dia bahagia.." nasihatku.

" Aliaa.. Saya sayang awak. Saya nak awak jadi isteri saya.." luahnya lagi. Aku senyum.

"Tak boleh Haikal. Tak boleh. Mama awak adalah paling penting. Saya taknak awak jadi anak derhaka. Awak seorang yang baik. Dan jangan sebab saya, hubungan awak dan mama awak akan terputus. Saya taknak Haikal..!" Jelasku.

"Saya tahu tapi... Hati dan perasaan saya?  Saya ikhlas dengan awak Aliaa. Saya tak sanggup nak tengok awak macam ni.."

"Haikal.. Saya hargai niat awak. Tapi awak kena fikir. Tanggungjawab anak lelaki pada ibunya sampai bila-bila. Mama awak nak yang terbaik untuk awak. Untuk lihat awak bahagia. Mesti ada sebab kenapa dia tak suka saya. Mungkin dia tak suka dengan perangai saya, yang saya tak sedar. Hati dan naluri seorang ibu tak pernah salah Haikal. Percayalah..!!" Sambungku lagi.

" Tapi saya sayang awak Aliaa.."

"Awak patut bersyukur. Awak masih ada ibu yang sayang awak, ambil berat pada awak. Beri kasih sayang sepenuhnya pada awak. Hargailah dia. Saya cuma dapat rasa kasih sayang seorang ibu ayah sekejab je, lepas ibu ayah meninggal dunia. Saya rasa kosong, hidup tak menentu. Saya cuma hanya ada abang je. Tahu tak betapa rindunya saya pada ibu ayah. Kematiannya mengejutkan. Rindu tak terkata. Sentiasa menagih kasih sayang dari ibu orang lain. Menumpang kasih.." aku meluah panjang lebar. Dia pandang aku penuh simpati.

" Awak mesti nak jadi anak yang soleh kan?! Untuk dapatkan sesuatu kena korbankan sesuatu, walaupun ianya melibatkan hati dan perasaan sendiri. Pasti ada kebahagiaan untuk awak nanti. Kebahagiaan awak dan kebahagiaan mama awak juga. Percayalah..!!" Aku senyum padanya. Dia membalas senyuman tawar. Aku faham hati perasaannya.

Tak semua apa yang kita inginkan akan kita dapat. Sebab Allah yang atur hidup kita. Dia tak beri apa yang kita inginkan tapi Dia beri apa yang kita perlukan tepat pada masanya. Jodoh pertemuan ditangan tuhan. Terimalah segala ketentuannya.

Kena terima hakikat. Kau bukan milikku dan aku bukan milikmu. Ibumu tidak suka padaku, semua dari Allah. Kerana hati kita semua milik Allah. Jika Allah tidak mahu sesuatu terjadi maka takkan terjadi. Tapi andai dah tertulis jodoh kita, macam mana rintangan pun pasti akan bersatu. Ini semua kehendak Allah.
Redha..!!
  

Previous: Bab 87
Next: Bab 89

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.