336,539
Kategori:
Genre:
Bab 56
Tak tenang hati Asnida selagi Faliq tak balik rumah. Sudah hampir seminggu Faliq pergi. Entah kemana dia. Risaunya Asnida. Semua sudah diceritakan pada mama dan papanya. Memang semua terkejut dan tak menyangka semua ini terjadi. Semua mengenai Tasya pun sudah habis diceritanya. Menangis Puan Asmah. Tapi semua dah tertulis, semua telah ditentukan oleh Allah.

Faliq perlukan kekuatan. Tiada siapa lagi yang boleh beri kekuatan padanya kecuali keluarga. Hanya keluarga yang dia ada. Mereka menanti kepulangan Faliq penuh kesabaran. Asnida teringat pada Amiza. Dia kena ceritakan semua ini pada Amiza. Mana tahu, Faliq ada menghubungi Amiza. Boleh juga Amiza pujuk Faliq.

"Along busy tak?! Angah ada hal nak cerita ni.."

" Taklah. Ada dekat rumah ni. Nak cerita apa?!"

" Alang ada call Along tak?!"

" Pagi tadi dia ada datang sini tapi dah balik dah.."

"Datang rumah Along?? Ke Melaka?"

" Iya..!! Kenapa ni? Lain macam je.."

" Alang macam mana? Dia okey tak? Dia ada cerita apa-apa dekat Along?"

" Entahlah. Dia nampak sedih je. Banyak senyap je. Along tanya sepatah, dia jawab sepatah. Kenapa Angah?"

" Sebenarnya macam ni..." Asnida pun cerita semuanya dari mula sampai akhir. Punyalah terkejut Amiza. Menangis terus dia. Dia punyalah sayang pada Aliaa. Dan tak sangka, sampai macam tu sekali Faliq buat. Sedih yang teramat.

Selepas balik dari butik, Lokman mnjemputnya dan terus ke rumah Puan Asmah. Kata hatinya mengatakan, Faliq akan balik malam itu. Dia mahu menunggu Faliq dirumah. Macam mana jahat sekalipun, Faliq tetap adiknya yang dah banyak membantunya, yang dah ubah hidupnya dari wanita kejam kepada alhamdulilah, wanita yang lembut kini. Cuma, akan menyinga jika ada orang mengacau keluarganya. Pantang datuk nenek moyang. Memang akan dikejar sampai ke hujung dunia sekalipun. Sekarang, Tasya yang dicarinya. Beranikah Tasya dekati Faliq lagi selepas ini? Kalau nak kena smackdown oleh Asnida. Buatlah... Hehe..!!

Sementara menunggu Encik Kamaruddin dan Lokman balik dari masjid. Puan Asmah dan Asnida duduk berbual diruang tamu. Berborak mengenai butik pengantinnya. Semakin maju semakin dikenali. Pelbagai golongan yang mengambil tempahan padanya. Pekerja pun sudah bertambah. Rezeki melimpah cuma rezeki zuriat masih belum lagi. Dia masih bersabar dan tetap berusaha lagi.

"Assalammualaikum..!" Faliq tercegat berdiri dengan senyuman tawar.

" Waalaikumsalam.." Asnida dan Puan Asmah jawab salam dan menoleh serentak. Faliq terus mendekati Puan Asmah. Salam dan peluk mamanya. Dicium-cium pipi mamanya. Rindu..!!

" Ma.. Ampunkanlah Alang ma. Maafkanlah dosa-dosa Alang. Alang mohon, Alang taknak hidup macam ni lagi ma. Alang taknak jadi anak derhaka.." Menangis si Faliq didalam pelukan Puan Asmah.

"Iya sayang..! Mama ampunkan, mama dah maafkan Alang. Alang anak yang baik, mama tahu.." esak tangis mereka menjadikan suasana bertambah sayu dan sedih sekali.

" Alang sayang mama. Alang sayang family kita ma. Alang perlukan mama. Ampunkan Alang..!!" Deras airmatanya.

" Iya.. Kami semua pun sayang Alang. Alang ada kami, kami sentiasa dengan Alang.."

" Ampunkan Alang ma.. Ampunkan.. Ini semua balasan untuk Alang ma. Alang perlukan mama.." Diulang lagi.

" Dahlah.. Semua dah berlaku. Semua dah ditentukan oleh Allah. Dahlah ye..  Apapun terjadi, Alang tetap anak mama, kami tetap sayang Alang.. Sabar ye sayang yee..!!" Puan Asmah pandang tepat wajah Faliq. Dikesat airmatanya. Sedih sungguh wajahnya.

"Terima kasih mama.. !!" Faliq senyum dalam kesedihan. Puan Asmah mengangguk dan senyum. Faliq melepaskan tangan Puan Asmah. Menghampiri Asnida pula.

" Angah.. Alang minta maaf. Alang malu dengan Angah.. Malu sangat..!!" Kakaknya dipeluk erat. Deras airmata Asnida.

" Dahlah Alang.. Dah lama Angah maafkan Alang. Alang tak ada salah apa-apa dengan Angah.. " kata Asnida suara terketar menahan tangisan. Dia sebenarnya pun rindu pada Faliq. Faliq melepaskan pelukan Asnida.

"Terima kasih mama, terima kasih Angah.." Faliq senyum pada kedua-duanya. Baru dia rasa tenang bila Puan Asmah dah mengampunkannya. Rasa ringan bebanannya


Selagi mamanya tidak memaafkannya. Pasti hidupnya akan terus bermasalah. Buat apa saja tak kena. Kerana tiada kemaafan dari seorang ibu. Keredaan Allah terletak pada keredaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. Faliq sudah menyedari semua itu. Sudah merasai semua itu. Balasan Allah sudah ditunjuk di dunia.

Encik Kamaruddin dan Lokman tiba dirumah. Tersenyum melihat kepulangan Faliq. Faliq memohon maaf pada papanya dan Lokman. Mereka duduk bersama. Mendengar segala luahan Faliq. Airmata menemani sepanjang luahannya. Sayu dan sedih sekali.

" Mama, papa, Angah, Abang Ngah.. Ada perkara penting Alang nak bagitahu.." kata Faliq perlahan. Satu persatu wajah ahli keluarganya dipandang dan kemudian memandang ke carpet. Wajah sugul.

" Kenapa Alang?!" Tanya Puan Asmah. Faliq terus menggenggam tangan Puan Asmah. Faliq menarik nafas dalam, memejam mata dan menghembuskannya perlahan. Mencari kekuatan dalam diri untuk menyatakan perkara sebenar. Senyap seketika.

" Mama, papa..!!  Alang.. Alang dan Aliaa.. " terhenti kata-katanya.

" Kami dah berpisah.." airmata jatuh lagi. Tak dapat menahan rasa kesedihan. Puan Asmah terus memeluk Faliq.

" Maaafkan Alang mama.. Alang terpaksa ma, Alang taknak dia menderita lagi kerana Alang. Alang sayang Aliaa. Alang tetap sayang dia ma. Dah terlalu banyak Alang buat dia sakit ma, Alang berdosa padanya, pada Dhia.." teresak-esak Faliq menangis. Encik Kamaruddin menyapu muka dengan tapak tangannya. Tiada apa lagi yag harus dikatakan. Semuanya telah ditakdirkan.

" Kami dah tahu semua Alang. Apalagi kami nak cakap. Semuanya dah berlaku..." kata Puan Asmah lagi. Faliq masih meratapi kesedihan.

"Maafkan Alang maa....!"

" Dahlah Alang.. Sabarlah banyak-banyak. Kuatkan semangat. Apa yang berlaku pasti ada hikmah. Jadikanlah semua ini pengajaran hidup. Bukan semua yang kita nak itu akan kita dapat.." nasihat Encik Kamaruddin.

" Alang banyak sangat dosa pa. Terlalu banyak. Ini semua balasan Allah beri pada Alang. Alang jauh dari Allah. Alang lupa Allah. Alang lupa dosa neraka. Alang menyesal.. Menyesal..!!"

"Alang.. Sabar ye..!! Ada sebab kenapa Allah buat macam tu. Nak Alang lebih dekat padaNya. Bertaubatlah sayang.. Tinggalkan segala maksiat dan zina. Kembalilah pada Allah yang Maha Besar. Allah Maha Pengasih, Allah Maha Pengampun.. " Puan Asmah pula menasihati.

" Betul tu Alang.. Bertaubatlah.. Abang Ngah dah rasa semua yang Alang rasa kini. Kami akan sentiasa bersama Alang. Kami akan bantu Alang. Alang anak yang baik, adik yang baik. Cuma Alang lalai dengan keduniaan dan hawa nafsu. Syukur alhamdulilah, bila Alang dah sedar atas dosa-dosa Alang. Itu bermakna Allah bagi petunjuk pada Alang. Cuma bergantung pada diri Alang sendiri, mahu menuju perubahan itu atau terus bergelumang dengan dosa-dosa.."nasihat Lokman pula.

" Iya Alang.. Betul apa Abang Ngah cakap tu. Kembalilah pada Allah. Papa pun dah lama tak pergi masjid dengan Alang, tak berjemaah dengan Alang. Dah lama tak dengar Alang mengaji. Kalau boleh lepas ni kita pergi sama-sama ya.." Faliq mengangguk kepala. Senyum. Semangatnya kembali pulih. Sokongan dan semangat dari ahli keluarga sangat dia perlukan. Masih ada yang sayang padanya. Hanya dia saja yang menjauh. Manusia tak sempurna. Sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan. Jika manusia sedar akan segala dosanya, maka menujulah dia ke jalan yang lurus dengan bertaubat. Jika manusia masih terus leka dan lalai dengan dunia, maka akan teruslah berada dijalan yang bengkok.

Mereka semua senyum. Semoga kesedaran Faliq kali ini sebenar-benar kesedaran. Bukan hanya sekadar kata-kata kosong seperti sebelum ini. Asnida turut gembira. Dia akan terus pantau Faliq dan dia akan terus larang Tasya mendekati Faliq. Sampai dia tahu Tasya buat hal lagi. Dia tak teragak-agak akan lakukan sesuatu. Demi adik kesayangan. Dia sanggup buat apa saja.

Puan Asmah merenung kehadapan. Sedih hatinya. Menantu kesayangan sudah jauh pergi. Tak tahu mana perginya. Dan langsung tiada khabar berita. Betapa rindunya pada Aliaa dan Dhia. Terlalu rindu.

Aliaa pun langsung tidak menghubunginya. Bawa diri mungkin dan mungkin perlukan masa untuk tenangkan hati dan perasaannya. Kasihan Aliaa. Pelbagai dugaan dia kena hadapi sejak mengandung lagi. Besar dugaannya. Dia tangung sendiri selama ini. Tidak sedikit pun dia cerita mengenai perbuatan Faliq. Dia tutup rapat. Dia taknak keluarga Faliq kecewa dengan sikap Faliq sendiri. Dia besarkan Dhia sendiri, hidup sendiri, semuanya sendiri walaupun masih bersuami. Tapi kini,  segalanya dia juga sendiri dan akan terus sendiri. Status sudah bertukar. Bukan mudah nak hadapi semua ini sendiri.

" Tabahlah sayang..!! Mama tahu Aliaa kuat. Maafkanlah mama.. Maafkanlah Faliq.. !!
Mama rindu Aliaa.. Doa mama akan sentiasa untuk Aliaa kerana Aliaa adalah anak menantu yang baik. Mama tetap sayang Aliaa.. Aliaa tetap anak mama sampai bila-bila.." hati Puan Asmah berkata. Sedih!!.

Previous: Bab 55
Next: Bab 57

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.