336,532
Kategori:
Genre:
Bab 123
Pakaian terakhir dilipat dan dimasukkan ke dalam beg pakaian. Kemudian di zip rapat beg itu dan diletak ditepi pintu. Dia duduk kembali di katil dan mengambil handphone. Senyum sendiri memandang potret Aliaa diatas meja tulisnya. Tanpa berlengah terus menghantar pesanan whatsapp pada si kesayangan.

" Assalammualaikum sayangku..!! Dhia dah tidur ke?!"

" Waalaikumsalam.. Belum lagi. Tengah berbual dengan dia ni.." cepat saja Aliaa balas kembali.

" Sekejab lagi saya datang ye. Nak jumpa Dhia. Esok pagi-pagi nak gerak ke JB.."

"Okey..!"

Senyum lagi. Happy nya hati dia kini. Aliaa hampir jadi miliknya semula. Rasa sangat bersyukur pada ilahi. Tak sabar nak Aliaa dan Dhia ke pangkuannya, bina semula ikatan perkahwinan dan bina semula kasih sayang dan cinta yang pernah runtuh. Bersama family sendiri sangat dia impikan. Doa selama ini Alhamdulilah dikabulkan Allah. Dibukakan pintu hati Aliaa untuknya lagi. Tapi tidak boleh terlalu yakin, selagi belum menikah selagi itu akan diduga.

Faliq bangun dan mengambil kunci kereta. Mahu memberitahu berita gembira ini pada mamanya. Belum sempat lagi mahu bercerita. Pasti berita ini akan menjadi satu berita yang paling meggembirakan ahli keluarganya. Dia menuruni anak-anak tangga dengan ceria sekali. Di ruang tamu kelihatan, Puan Asmah dan Encik Kamaruddin sedang berbual sambil minum. Faliq menghampiri dan terus duduk disebelah ibu kesayangan.

" Nak pergi mana ni? Nak ke JB dah ke?!" Tanya Puan Asmah. Faliq menyandarkan badan di sofa lembut itu.

"Taklah ma. Tengah malam ni Alang gerak. Ni nak jumpa bakal isteri Alang dulu.." jawab Faliq ceria. Sengaja.

" Bakal isteri? Bakal isteri apa? Alang nak kahwin dengan siapa? Perempuan jahat tu ke?! Habis Aliaa macam mana Alang. Mama tak setuju, mama memang takkan setuju..!" Bertubi-tubi soalan dari Puan Asmah. Berkerut seribu dahinya.

"Hahahahaha..!" Faliq gelak besar. Puan Asmah serius.

" Alang jangan nak gelak-gelak. Mama memang takkan restu kalau Alang betul nak kahwin dengan perempuan tu. Mama serius ni..!! Mama tak akan setuju. Tak akan.." Encik Kamaruddin hanya mendengar. Faliq senyum pula.

" Kalau iya pun, dengarlah dulu Alang cakap. Jangan marah tak tentu pasal.." sampuk Encik Kamaruddin.

" Sebelum Alang cakap, saya beritahu dulu. Saya taknak bermenantukan perempuan jahat macam tu. Sebab dialah, Alang tinggalkan Aliaa dan Dhia. Saya takkan maafkan perempuan tu.." sambung Puan Asmah lagi.

" Yang patut disalahkan Alang. Alang yang tinggalkan Aliaa.." kata Encik Kamaruddin pula.

"Dua-dua salah. Alang gatal perempuan tu miang. Kalau dua- dua tak melayan, tak jadi. Tengok siapa yang jadi mangsa. Menantu kesayangan mama juga. Cucu mama juga..!!" Puan Asmah menjeling pada Faliq. Kan dah terluah hatinya. Terkesan terus dihati Faliq. Kasihannya Puan Asmah.

" Sudahlah tu. Benda dah jadi. Nak ungkit pun dah tak guna. Yang penting sekarang, Alang dah kembali ke pangkal jalan, dah kembali bersama kita. Bersyukurlah. Soal jodoh tu, biarlah dia sendiri.." kata Encik Kamaruddin lembut. Faliq senyum. Rasa sangat bersalah pada mamanya. Walaupun mamanya cakap sudah lupakan dan sudah maafkan tapi iyalah hati wanita. Parut kelukaan tetap ada. Bukan hati Aliaa saja yang terluka tapi hati ibunya juga. Hati dua insan yang sangat dia jaga dahulu dan hati dua insan ini jugalah yang dia lukai. Tapi dengan izin Allah swt, kelukaan itu akan dia rawat sendiri dan akan pulih tak lama lagi.

" Mama.. Papa..!! Ada perkara saaaangat penting Alang nak umumkan ni. Satu berita yang sangat gembira. Insha Allah, berita gembira untuk family kita.." Faliq memegang tangan Puan Asmah dan digenggam erat. Memandang wajah kedua orang tuanya silih berganti.

" Berita gembira nak kahwin dengan perempuan jahat tu? Itu bukan berita gembira. Itu berita paling malang dalam hidup mama..!" Kata Puan Asmah.

" Ish!! Awak ni. Dengarlah dulu.."

"Mama...!! Bukan itu.."

" Habis kalau bukan nak kahwin dengan perempuan tu, dengan siapa pula?!" Puan Asmah berkerut lagi. Berpandangan dengan si suami. Faliq senyum berseri.


" Siapa lagi yang ada didalam hati Alang ni ma kalau bukan bekas menantu kesayangan mama dan bekas isteri Alang tu.."

" Ha?!  Maksud Alang? Aliaa? Aliaa ke?" Terbeliak mata Puan Asmah mendengar. Terkejut sangat.

" Iya mama..!! Aliaa dah setuju terima Alang semula dan setuju nak rujuk semula.."

" Alang tak bergurau ke ni? Mama mimpi ke apa ni? Alang serius?" Puan Asmah sangat teruja seperti tidak percaya dengan berita yang dia baru saja dengar dari mulut anak kesayangannya.

" Iya ma! Mama tak mimpi. Aliaa akan kembali semula dalam keluarga kita ni..!" Sambung Faliq lagi.

" Alhamdulilah. Syukur Ya Allah.. Alhamdulilah..!!" Menitis airmata kegembiraan Puan Asmah.

"Alhamdulilah..!!" Faliq rasa sangat bahagia melihat kedua ibubapanya sangat gembira dengan berita itu.

"Ini baru betul berita gembira, bahagia dan semualah. Mama nak beritahu Along dan Angah lah. Ya Allah..!! Seronoknya saya bang..!!" Happy nya hati Puan Asmah.

" Hmm.. Memang berita gembira. Apapun, peluang kedua yang Aliaa beri pada Alang ni. Hargailah sebaik-baiknya. Jagalah rumahtangga nanti sehabis baik. Bukan mudah Aliaa nak beri peluang ni tau, tapi kalau Alang ulang lagi dengan mengikut nafsu Alang. Memang jangan haraplah Aliaa nak pandang muka Alang lagi..!" Nasihat Encik Kamaruddin.

" Insha Allah pa. Apa yang berlaku memang jadi pengajaran dalam hidup Alang. Tak ada yang lebih sempurna melainkan Alang sendiri yang menyempurnakan. Permata, intan dan berlian depan mata takkan Alang sia-siakan lagi.." jawab Faliq.

" Baguslah kalau macam tu Alang. Dugaan rumahtangga akan sentiasa melanda. Kita ni sebagai ketua keluarga, kena pandai dan kena tangani dengan baik. Apapun, sentiasalah berpegang teguh pada Allah, jangan mudah tertipu dengan hawa nafsu sendiri.." Nasihat demi nasihat dari Encik Kamaruddin.

"Insha Allah papa.. Terima kasih papa, terima kasih mama. Ini semua berkat doa papa, mama, Along, Angah. Adil dan semua sekali. Alang pun tak sangka, Aliaa boleh lembut hati dan terbuka hati untuk Alang semula. Memang sangat bersyukur pada Allah.." luah Faliq.

" Itulah namanya jodoh. Rahsia Allah.. Jadi, bila nak nikahnya?! Dah tetapkan tarikh? " Tanya Puan Asmah. Excited pula dia.

"Itu kena tanya Aliaa. Kalau ikut Alang ni. Esok pun boleh. Hahaha!! Insha Allah. Lepas Alang habis kursus nanti, bolehlah kita bincang. Apapun mama dan papa doa-doakan untuk kami ya. Semoga dipermudahkan dan berjalan lancar..!" Pinta Faliq dengan senyuman tetap terukir diwajah.

" Insha Allah..!!" Jawab serentak.

"Okeylah ma, pa.. Alang nak ke rumah Adil kejab ya..!!"

" Baiklah. Kirim salam pada Adil, Adil dan cucu mama tu ya..!"

" Insha Allah..!" Faliq terus melangkah meninggalkan mereka dengan hati yang tenang. Senyum dan terus senyum. Kereta dipandu laju membelah kepekatan malam. Tenang hatinya kini. Bahagia akan menjadi miliknya bersama Aliaa semula. Tapi dalam bahagia mereka ada hati yang terluka melihat kebahagiaan mereka. Risau juga Faliq sebenarnya bila terfikir mengenai Tasya. Tiba-tiba pula boleh terfikir akan Tasya. Astaghfirullah Al Azim, minta di jauhkan dari segala kesulitan. Katanya sendiri.

Sampai di hadapan di rumah Adil, dia terus masuk ke dalam rumah apabila dijemput masuk oleh Adil. Sunyi saja rumah.

" Mana Dhia?"  terus Faliq tanya pada Adil dan duduk di sofa.

"Dhia ada dalam bilik. Tak tahulah dah tidur ke belum. Pergilah tengok.." kata Adil. Faliq terus melangkah ke bilik Dhia. Tombol pintu dipulas perlahan, terperanjat Sis Tuti yang sedang melipat baju Dhia.

"Sorry.. Sorry!! Saya ingat tak ada orang. Dah tidur dah Dhia..!"

" Ngak apa Pak Faliq. Iya.. Awal Dhia tidur, keletihan. Saya minta diri duluan ya mahu ke dapur..!!" Kata Sis Tuti dan terus keluar. Faliq senyum dan angguk.

Faliq duduk ditepi katil Dhia. Merenung wajah anak kecil itu, sedang lena tidur. Diusap-usap kepalanya dan dicium pipinya.

" Wahai anak papa yang comel.. Insha Allah sayang, kita akan kembali bersama nanti. Papa janji, lepas ni apapun terjadi, kita tetap akan bersama satu keluarga. Papa, mama dan Dhia. Papa takkan tinggalkan Dhia dan mama 


lagi. Papa sayang Dhia sangat-sangat. Dhia lah permata hati papa dan mama. Dhia lah pengikat kasih sayang papa dan mama. Dhia lah aset dunia akhirat papa dan mama. Papa sayang Dhia..!!" Luah Faliq pada si kecil yang lena dibuai mimpi. Satu ciuman kasih sayang diberi pada Dhia. Ciuman seorang bapa untuk si anak. Faliq membetulkan selimut Dhia dan bangun meninggalkan Dhia. Pintu ditutup rapat dan dia melangkah ke ruang tamu. Adil duduk membaca majalah.

" Dah tidur lah Dhia.. Memang dia tidur awal ke?!" Tanya Faliq.

" Biasanya tak awal macam ni. Tu kpenatan kut. Petang semalam dan tadi aku bawa dia joging. Penat joging lah tu kut.." jelas Adil.

" Patutlah..!!"

" Kau gerak jam berapa esok?!" Tanya Adil.

"Tengah malam ni aku gerak. Esok awal pagi dah kena masuk Singapore. Kau faham-faham jelah jalan sana tu. Tu yang ingat nak jumpa Dhia dulu ni. Tidur pula dia.."

"Hati-hati memandu bro. Apa-apa info je..!" Faliq angguk.

" Eh! Kau dah makan ke belum ni? Kalau belum pergi makan, banyak lagi lauk tu. Aliaa taknak makan pula.." Faliq berkerut.

"Aku dah makan dah dengan mama. Kenapa Aliaa tak makan ?! Dia mana ni, dah tidur juga ke?!"

" Solat rasanya. Dia tak sihat, sesak nafas lagi. Aku suruh makan dia cakap tak ada selera. Tadi petang kau bawa dia jumpa Doktor Raziq kan. Apa cerita?!" Tanya Adil ingin tahu.

"Dia kena buat rawatan. Doktor nak buat ujian Electrocardiogram atau ECG pada dia lagi. Nak kesan masalah jantung dia lagi. Doktor nak buat double check up. Sebab tekanan darah dan hemoglobin rendah juga. Risau kalau ada penyakit lain. Appointment lepas Aliaa tak datang, lupa katanya.." terang Faliq. Risau betul Adil.

" Tulah masalahnya adik aku ni. Benda penting macam ni bukan dia ambil port. Kesihatan tu. Dia anggap benda remeh je. Tak faham betul lah..!"

"Tulah. Doktor cuma pesan, jangan bagi dia stress dan kena pantau jugalah.."

" Habis, bila dia nak buat check up tu?!"

"Dia nak tunggu aku balik kursus baru nak buat check up. Dia nak aku temankan, aku suruh kau yang temankan tapi dia taknak.."

"Hmm.. Dia nak kau juga bro.. Tak apalah, harap-harap sementara tunggu kau balik ni. Kesihatan dia okeylah..!!"

"Insha Allah. Kita doakan yang baik-baik.."

" Cuma aku risaulah kalau dia pergi kerja. Perempuan gila tu kacau dia. Dahlah adik aku tak sihat. Okeylah pergi balik kerja aku hantar ambil tapi kalau perempuan tu datang ganggu waktu dia kerja macam mana? Kau ada idea tak bro..!" Tanya Adil.

"Iyalah kan.. Hmm.. Aku pun tak tahulah bro nak buat macam mana. Perempuan tu bikin panas je. Dah warning, marah, macam-macamlah tapi tak makan saman.."

"Aku pun buntu..!"

" Tak apa bro. Nanti aku bincang dengan Ash. Kut-kut dia boleh minta tolong budak dia tengok Aliaa. Pantau gerak geri perempuan tu dari kacau Aliaa ke kan.." cadang Faliq.

"Elok juga tu kan. Kira pasang bodyguard lah ni kan. Tak kisahlah bro, kalau nak kena bayar pun aku sanggup bro, yang penting keselamatan adik aku. Kalau dia sihat tak apa lagi, pandailah dia jaga diri. Aku rasa memang perempuan tu akan kalah kut dengan Aliaa tapi sebab Aliaa tak sihat je. Tu je yang buat aku risau. Jantung pula tu bro.. Risau gila aku..!!" Kata Adil.

" Memang bro. Gila tak risau..!!" Faliq mengiyakan.

Bertuah sungguh Aliaa, dikelilingi orang yang sangat menyayanginya. Tapi perjalanan hidup dia sejak kematian kedua ibubapanya sentiasa dirundung kedukaan. Dan, mungkin inilah hikmah disebalik kedukaannya. Allah kirimkan orang-orang yang baik dan menyayangi dirinya.

Semua Aliaa miliki, kerjaya, kehidupan yang senang, anak yang comel, family yang penyayang, kawan-kawan yang baik dan bakal bekas suami yang juga baik. Walaupun pelbagai dugaan suka duka di laluinya dia hadapi dengan tenang tapi walaupun dia dapat miliki semua itu kini ada satu perkara yang dia tidak miliki sepenuhnya iaitu kesihatan yang kurang baik. Sejak zaman remaja lagi hingga kini. Kesihatan yang dia sendiri tak ambil port. Hmm.. Aliaa.. Aliaa.!!

Allah itu Adil. Dia beri kelebihan pada setiap kekurangan dan Dia beri juga kekurangan pada setiap kelebihan. 

Previous: Bab 122
Next: Bab 124

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.