336,738
Kategori:
Genre:
Bab 65
Tepat jam 12.30 tengahari, aku dah melangkah masuk ke office. Tepat pada waktunya. Office sunyi je, mereka turun makanlah tu. Ada dua tiga orang yang tidak turun makan. Termasuk Syirah. Syirah ni jarang turun, dia selalu bawa bekal dari rumah. Berjimat bilangnya. Bagus betul budak ni.

Aku masuk je dalam bilik. Eh!! Ada bunga rose merah. Siapa pula yang bagi ni? Selama aku kerja dekat sini, tak pernah pun dapat bunga macam ni. Bunga rose pula tu. Biar betul!! Aku berkerut dan terus duduk. Handbag ku letak ditepi laptop, dan segera ambil bunga itu. Aku terus ambil nota kecil terselit cantik di celah-celah daun bunga dan baca.

" Sudi tak dinner dengan saya malam ni? Haikal?!" Aku senyum. Dah kenapa nak bagi bunga bagai ni, siap nota ni sekali. Macam dah tak ada handphone pula. Whatsapp jelah , kan senang. Hahaha!! Aku gelak kecil. Hmm.. Macam-macamlah. Nyamannya haruman rose merah ini. Tenangnya fikiran. Seronoknya hati. Bau bunga rose ni memang boleh buat terapi. Dah lama tak dapat bunga rose ni. Amat aku hargai.

"Tok... Tokkk..!!" Pintu bilik diketuk. Aku menyuruhnya masuk. Syirah dengan senyuman masuk dan berdiri dihadapanku.

"Iya Syirah.." tanyaku lembut.

" Cik Aliaa.. Encik Haikal tak dapat masuk office . Ada hal penting katanya.." kata Syirah. Aku dah mula pelik dah.

" Ada hal penting? Dia tak info saya pun dan bunga ni?!" Tanyaku semula dan tunjuk bunga rose ni pada Syirah.

" Oh tadi dia ada masuk office sekejab ambil barang. Dia letak sekali bunga itu tadi di bilik Cik Aliaa. Dia bilang tidak dapat call Cik Aliaa. Voice mail.." jelas Syirah lagi. Voice mail? Aku terus keluarkan handphone dari handbag.

" Laa.. Patutlah. Batery empty. Hehe!!" Aku gelak kecil. Syirah senyum je.

" So, hari ni jadual saya?!" Tanyaku. Serius sikit.

" Hari ni tiada apa-apa appointment. So, hari ni Cik Aliaa relax saja.." jawab Syirah sambil menutup buku notanya. Aku angguk.

" Hmm.. Relax ye.. Start esok, memang tak bernafaslah saya.." Syirah gelak kecil. Aku menyandarkan badan.

" Tak apa Cik Aliaa. Esok Encik Haikal ada. Tadi dia ada bilang pasal meeting bulanan tu. Tidak jadi minggu ini, tapi tunda next week. Dato' Hamid mahu datang sini.." sambung Syirah lagi.

" Dato' nak datang?! Macam mana saya boleh tak tahu ni.." Aku berkerut lagi.

" Iya.. Belum sempat kali Encik Haikal mahu beritahu Cik Aliaa. Kata Encik Haikal, Dato' mahu buat surprise . Tapi terrrsurprise awal pula ni. Hihii!" Syirah gelak kecil.

" Ishh!! Surprise apalah. Hmm.. Tak apalah Syirah, awak boleh sambung kerja awak.." kataku dengan senyuman.

"Baiklah.. Saya keluar dulu. Cik Aliaa mahu nescafe??!" Syirah bertanya sebelum keluar.

" Tak apa, Syirah. Terima kasih banyak-banyak. Saya nak kena kurangkan minum nescafe. Kalau tak nanti kena bebel dengan Encik Haikal. Tak larat nak dengar dia membebel.." Kataku jujur.

" Mestilah Encik Haikal membebel. Cik Aliaa kan orang penting..!" Syirah sengeh.

" Hmm.. Iyalah tu. Memang peeeennting sangat..!!" Aku mencebik dan senyum.

" Saya keluar dulu ya Cik Aliaa..!" Aku angguk.
Eh!! Baru ingat. Batery handphone licin dah. Mesti banyak kali Haikal call aku. Aku terus pasang charger. Tapi kenapa dia tak call handphone satu lagi je? Bukannya dia tak tahu nombor tu pun.

Hmm.. Bosan pula Haikal tak ada. Pandang kanan pandang kiri. Aku hidupkan handphone. Sekali bertubi-tubi whatsapp masuk. Dengan missed call lagi. Baru berapa jam tak on handphone kut. Wow!! Ni kira saingan ke atau apa ni? Terkejut aku. Hahahaha!! Aku gelak sendiri. Missed call dan whatsapp banyak dari Haikal dan banyak juga dari Faliq. Aku geleng kepala.  Okey!! Sekarang ni aku nak baca whatsapp dari siapa dulu ek? Hmm.. Whatsapp dari Haikal dulu.

" Aliaa.. Awak dekat mana? Saya call tak dapat. Awak okey tak?!"

"Dah masuk office tak? Terimalah pemberian tak seberapa dari saya tu ye.."

"So, apa jawapan awak? Setuju? Tak setuju?"

"Aliaa.. Saya masih tunggu jawapan dari awak?" Aku senyum. Setiap setengah jam dia whatsapp. Aduhaiiii Haikal..!!


Banyak kali dah dia ajak aku dinner tapi aku tak pernah nak terima. Kadang sampai merayu,  katanya sekali je. Iyalah tu.. Kalau dah sekali confirm nak dua kali, tiga kali dan seterusnya. Biasalah ayat lelaki. Hmm...

"Okey!!" Balasku.

Kalau sebelum ni aku tolak ajakkan dia sebab aku masih isteri orang. Dan sekarang, aku single dan tak terikat dengan sesiapa. Jadi, tak salah kut sesekali dinner dengan Haikal. Bestfriend forever kut. Apapun, batas pergaulan tetap aku jaga. Aku ada anak dan aku ada abang. Ingat Aliaa..!! Okey set!!

" Thank you Aliaa..!! I miss you..!!" Cepat je Haikal balas. Tapi ayat akhir tu. Glupp!! Telan liur aku. Pula dah. Ni yang tak sedap hati ni. Rasa menyesal pula setuju. Arhh!! Abaikan..

Aku buka pula whatsapp dari hmm.. Siapa lagi kalau tak dari Faliq.

" Aliaa.. Awak dah makan? Makan apa? Makan dengan siapa?" Macam-macam pula dia tanya.

" Saya rindu awak. Agak-agak, awak rindu saya tak?!" Ishh!! Nak rindu-rindu bagai. Tak kuasa aku. Huh!!

"Aliaa.. 24jam saya asyik fikir awak je. Saya nak lukis pelan pun boleh terlukis muka awak. Apa kena dah dengan saya ni. Tolonglah hamba Allah ni Aliaa..!" Hahahaha!! Aku gelak. Ini lawak. Aku geleng kepala.

"Oooo teman tapi tak berapa nak mesra. Kenapa senyap je ni. Reply lah whatsapp saya. Please!!! Pleasee!!!!"  Teman tak berapa nak mesra pula. Pening aku layan dia ni. Makin menjadi gila-gila dia ni. Hmm...

" Tak apalah. Teman tak mesra sekarang kan! Lama-lama teman tapi mesra. Kemudian, teman sehati sejiwa dan akhirnya teman sehidup semati. Insha Allah..!! Okeylah. Nak jumpa client ni. Harap-harap client agree dengan pelan muka awak ni. Bye sayang!! Cinta hatiku ke syurga. Take care! Muah!!"

 Hahaha!! Ada-ada je Faliq ni. No komenlah. Diam-diam jelah. Nak balas ke tak ni?? Tak payahlah. Nantilah. Esok-esoklah. Aku meletakkan handphone diatas meja. Bersandar di kerusi. Senyum dan senyum. Gelak lagi. Haikal dan Faliq ni macam berlumba-lumba pula nak dekat dengan aku. Yang aju perasan. Kalau sorang whatsapp mesti yang sorang pun whatsapp juga. Tengok masa pun lebih kurang je. Ke mereka ni memang fight kut. Ishh!! Merepeklah aku ni. Aku bukan puteri raja yang mereka nak fight. Aku bukan ratu cantik pun, aku hanya budak kampung je pun. Dengan status macam aku ni. Hmm.. Apalah mereka ni. Pelik.. Pelik..!!

"Tutt... Tutttt...!!" Lamunanku terhenti. Aku capai handphone semula. Abang call..!! Dengan pantas aku jawab. Nak cerita dekat abang pasal mereka ni.

"Abaaanggg!! Kebetulan abang call ni memang ada perkara adik nak story.." Sebelum abang cakap, aku dah cakap dulu.

" Ha iyalah. Abang pun ada story mori juga nak info adik ni.." Dah pula.

"Aikk!! Ada juga. Pasal apa abang?!" Tanyaku ingin tahu.

"Pasal dua lelaki yang tengah fight nak pikat adik.." kata abang. Terbeliak mata aku dengar.

" Faliq dan Haikal?!" Tekaku.

" Ha lah. Siapa lagi. Tadi Haikal call. Dia cakap nak bawa adik dinner malam ni. Betul?!"

"Betul. Adik pun on je sebab dah banyak kali dia ajak dinner tapi adik menolak. Kali ni macam mana entah boleh setuju pula. Boleh tak?! Adik tak sempat nak info abang. Sorry..!! Abang, Haikal minta izin abang ke?!" Jelasku.

" Iya.. Boleh tapi jaga diri baik-baik. Jaga batasan pergaulan adik sebagai seorang muslimah. Jangan bebas sangat. Ingat tu..!! " kata abang tegas.

"Okey boss!! Insha Allah..! Hmm.. So, Faliq apa story nya pula.." aku pun nak juga tahu.

" Dia call macam biasalah, suruh pujuk adik. Luahan demi luahan, betul-betul menyesal.." Alahai... Dia ingat aku budak kecil yang senang dipujuk. Kalau dulu-dulu bolehlah. Sekarang ni dah tua pun. Boleh blah!!

" No komenlah pasal Faliq tu. Malas nak fikir dia tu. Biar jelah. Berani buat beranilah tanggung.." kataku.

" So, apa cerita adik pula?" Amboii.. abang pun excited nak tahu. So, aku pun ceritalah semua tanpa sembunyi apa-apa. Perbualan aku dengan abang lebih kepada Faliq dan Haikal je.

" Apapun adik kena hati-hati juga ye . Adik dekat tempat orang. Kalau ada apa-apa terus info tauu.." kata abang.

" Insha Allah..!!" Jawabku ringkas. Aku faham maksud abang.


" Adik.. Kita ni hanya manusia biasa. Tak lari dari melakukan kesalahan. Kadang, orang yang tersesat dan bertaubat itu lebih mulia hatinya. Orang baik belum tentu baik dan orang jahat belum tentu jahat. Adik faham maksud abang?!" Aku terdiam. Memang aku tak nafikan itu semua. Aku tahu abang sebenarnya nak aku dan Faliq bersatu semula. Tapii..

" Iya.. Adik faham. Tapi satu perkara yang abang dan semua lelaki kena tahu. Walaupun sekali saja hati isteri dilukai. Parut akan kekal hingga hujung nyawa. Akan kekal abang...!" Aku membalas.

" Betul dik. Sebab tu bukan mudah untuk redha. Mulut kata iya tapi hati tak. Mulut kata benci tapi hati kata sayang. Betul kan?!"

" Sayang tak bermakna menerima..!" Kataku lagi.

" Adikk... !!" Tak sempat abang bercakap, aku dah potong ayat abang. Tak selesalah.

"Abang.. Tolonglah. Jangan paksa adik. Adik nak berkawan dengan dia pun dah cukup baik. Sebab satu je.. Dhia Afia. Kalau tak kerana Dhia, adik taknak ada kena-mengena dengan dia. Langsung! Adik tahu, adik pun bukan baik sangat tapi hati adik masih parah dan masih berdarah. Tolonglah abang fahami adik.." kataku tegas setegasnya.

" Hmm.. Baiklah. Abang akan terus doakan agar kamu bersatu semula demi Dhia dan kerana Allah.." aku diam je. Sukahati abanglah.

" Abang jaga diri baik-baik ya. Bye..!!" Aku terus matikan talian. Abang memang sayang betul dengan Faliq. Walaupun Faliq dah buat aku macam ni, abang masih menerima, masih memaafkan.  Iya aku tahu, abang bukan jenis berdendam. Abang mudah memaafkan. Lembutnya hati abang aku ni. Tapi ni hati aku ni, macam mana?! Ishh!!

Nasiblah Aliaa..!! Nampaknya Faliq dah pujuk hati Adil sikit-sikit. Pandai Faliq cari peluang. Tapi hati  aku masih belum boleh dipujuk. Biarlah hatiku keras, biarlah dia cakap aku ego ke berlagak ke. Tak kisah. Hatiku masih terluka dan masih parah. Sampai bila?! No komen...

Nak menerima semula atau nak menerima yang lain? Pilihan ditangan kau Aliaa.. Menerima semula?? Sorry..!! Tidak dilayan.!!. Menerima yang lain?! Sorry..!! Tidak!!!!  Keputusan aku muktamad. Tak ada istilah terima semula atau terima lain. Tidak ada!! 

Previous: Bab 64
Next: Bab 66

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.