336,532
Kategori:
Genre:
Bab 66
Kenapa tiba-tiba rasa dada ni berdebar-debar je ni. Nak kata tak sedap hati,rasanya hati aku sedap-sedap je hari ni. Tak ada pula terlintas difikiran sesuatu yang pelik. Tapi dah kenapa ni ye?! Aku dah siap nak dinner dengan si Haikal. Aku pun tak tahu mana dia nak bawa aku dinner ni. Tapi katanya pakai lawa-lawa. Aku pun tak tahu pakai lawa tu macam mana. Blurr pula!! Paling simple. Pakai Palazzo  mustard, blouse longgar putih dan shawl mustard juga. Okeylah kut. Aku bukan reti pun nak berfesyen. Apa yang ada jelah ku pakai.

Aku turun ke bawah. Sis Tuti sedang layan Dhia menonton tv. Channel Didi & Friends. Seronok Dhia nyanyi bersama, dengan Sis Tuti sekali join nyanyi. Comel je.

" Tiii... Saya nak keluar dengan Haikal lepas tu terus nak ke kedai. Awak tak payah tunggu saya balik ye.." kataku pada Sis Tuti.

"Iya..!!" Dia angguk.

"Hiiii cute..!! Mama nak keluar ni. Dhia jangan tidur lambat ya. Make sure tidur tepat pada waktunya. Sebelum tidur buat apa?!"

"Minum susu, gosok gigi lepas tu tidurrr..!! Yeahhh!!" Riangnya..

" Bijak..!!"

" Assalammualaikum..!!" Haikal memberi salam.

" Waalaikumsalam.. Yeah!! Uncle Daddy datang..!!" Terus saja Dhia berlari membuka pintu. Aku senyum dan mengekori Dhia.

"Haiii sayang..!!"  Terus saja Dhia melompat kearah Haikal dan Haikal mendukungnya. Dah besar pun minta dukung si Dhia ni.

" Uncle Daddy.. Bila nak bawa Dhia makan ais krim. Uncle Daddy dah janji kan?! " kata Dhia.
Haikal pandang aku dan sengeh.

" Alamak!!" Haikal ketuk kepala sendiri.

" Tak baik menipu, mama cakap kalau dah janji kena tepati kalau tak nanti jadi munafik.. Kan mama kan..!!" Terkedu Haikal sekejab. Aku gelak kecil.

" Sorry sayang!! Uncle Daddy busy sangat. Okey macam ni. Hujung minggu ni Uncle Daddy bawa Dhia makan ais krim ya dengan mama dan Cik Titi tapi Uncle Daddy tak janji tau. Uncle Daddy takut jadi munafik. Uncle Daddy akan usahakan.. Okey tak?!" Panjang lebar Haikal bercakap.

"Hmm.. Okey set!!" Haikal terus cium dan peluk Dhia.

"Good girl!! Uncle Daddy dan mama nak keluar sekejab. Jangan tidur lewat ya..!" Dicium lagi Dhia.

" Okey..!! Bye...!!" Terus je Dhia lari masuk dalam rumah apabila dengar lagu kanak-kanak berkumandang di tv.

" Bijak betul Dhia ni.. " Haikal gelak kecil.

" Tengoklah siapa mamanya kan..!" Aku membangga.

"Kalau mamanya bukan je bijak. Tapi pandai bisness, berdikari, cute.. " Puji melambung pula dia.

" Amboiii.. Membodek nampak. Tak payah nak puji lebih-lebih ya Encik Haikal.." kami berjalan ke kereta Haikal. Happy je aku tengok Haikal malam ni.

" So, kita nak dinner dekat mana ni?!" Tanya ku sebaik je menutup pintu kereta. Haikal memulakan pemanduan. Soalanku tidak dijawab. Aku pandang dia tapi dia senyum je.

" Haikal.. Kita nak dinner dekat mana?" Tanyaku lagi.

" Tunggu ye.." Dia tetap senyum. Pula dah. Okeylah, dah dia suruh tunggu. Tunggu jelah. Kami berbual mengenai projek yang akan dimulakan awal bulan. Maknanya minggu depan. Dan, bermakna minggu depan Faliq datang sini. Hmm.. Okey!!

Haikal memandu masuk ke Sutera Habour. Biar betul. Selama aku duduk Sabah ni tak pernah lagi jejak kaki ke sini. Hehe..!! Memang betul-betul surprise. Haikal hanya senyum je. Apa aku tanya langsung dia tak jawab. Dia cuma suruh ikut dia je. Okey!!

" Jomm..!! " Aku terkedu sekejab. Berhentikan langkah. Memang sangat surprise! Candle light dinner. Romantik juga Haikal ni. Aku senyum.
Aku duduk dihadapannya. Senyum jelah. Teruja sangat. Dengan angin laut yang sangat mendamaikan.

" Saya harap awak suka..!" Kata Haikal lembut.

" Suka sangat!! Tapi kenapa awak buat semua ni untuk saya?!" Tanyaku ingin tahu dan memang sangat-sangat nak tahu. Haikal tetap senyum. Dia renung aku tak berkelip. Tak lama datang makanan. Satu persatu makanan diletak diatas meja. Semua makanan kegemaran aku pula tu. Western food.

" Saya tahu awak suka semua makanan ni. So, saya nak awak habiskan.." Katanya lagi. Tapi soalan aku tadi dia tetap tak jawab.

" Kita sama-sama kena habiskan.. " jawabku. Senyum. Aku terus menyedut air Fizzy berry mocktail. Memang sedap!

" Haikal.. Kenapa awak buat semua ni?" Tanyaku lagi. Selagi tak dapat jawapan selagi tu aku takkan berhenti bertanya.

" Saya nak awak happy.." jawabnya. Berseri mukanya.

" Tapi ni semua tak perlu kut. Makan dekat kedai mamak pun dah cukup baik. Tempat macam ni, mahal kut.." kataku. Jujur.

" Haahahaa!! Aliaa.. Duit kita boleh cari.." Dia gelak.

" Memang boleh tapi kan elok berjimat.."

" Saya buat semua ni untuk awak. Kerana awak..!" Mata kami bertentangan. Aku berhenti mengunyah dan fokus pada dia.

" Tapi untuk apa?!"

"Untuk cipta kenangan manis bersama awak..!!" Haikal senyum dan senyum. Aku terkedu. Mendalam maksudnya ni. Kemudian,  aku mengalihkan pandangan di atas meja pula.

" Apa maksud awak?!" Tanyaku lembut.

" Iya.. Cipta kenangan kita.." katanya ulang sambil mengunyah. Mata tetap melirik pada aku. Aku diam. Tak senyum tak komen apa-apa pun. Aku pandang sekilas padanya.

" Saya tahu dan faham perasaan awak. Dengan apa yang dah berlaku dalam hidup awak. Tapi Aliaa. Saya betul-betul ikhlas. Demi Allah..!!" Lembut suaranya. Aku menghabiskan Astagora Pasta. Layan kesedapan pasta ni. Memang sedap gila. Apa yang Haikal cakapkan tu aku tak fokus sangat pun. Layan pasta depan mata juga best. Kemudian, aku menyedut air pula. Salmon Pizza aku ambil pula.

" Fuhh!! Kenapa sedap sangat Salmon Pizza ni. Awak taknak makan ke. Rugi tau..!!" Aku menukar tajuk perbualan. Aku terus melayan makanan. Haikal gelak. Aku ambil sepotong pizza dan letak didalam pinggan Haikal.

" Awak kena makan tau. Sedap ni.."

" Ni paksa makan ke apa ni?!" Haikal masih senyum. Dia ni memang murah dengan senyuman.

" Iya.. Memang saya paksa, makan tau..!!" Aku senyum. Aku menyedut air dan memandang sekeliling. Nyamannya suasana. Tenang!! Aku senyum sendiri. Dan, aku pandang Haikal.

"Pendiam-pendiam awak ni pun, romantik juga kan..!" Pujiku ikhlas.

" Hahaha..!!" Gelak lagi. Aku senyum.

" Aliaa.. Awak tahu tak, saya sayang Dhia. "

" Tahu.  Awak kan suka budak-budak. Terima kasih tau sayang anak saya.."

"Hmm... Tapi.. tapi saya pun sayang awak juga. Saya sayang awak, Aliaa.." Aku terus pandang muka Haikal. Dan... Arhhh!!! Menjerit dalam hati. Apakah? Kenapakah? Mengapakah? Perlukah? Haruskah? Bagaimanakah?

" Haikal.. Tak boleh. Awak dengan saya jauh panggang dari api tau. Bagai burung enggang dan burung pipit. Sangat jauh beza dan saaangat tak boleh.." aku merendah diri. Buat muka sedih biar dia faham.

" Apa yang beza dan apa yang tak boleh? Saya ikhlas.."

" Iya.. Saya tahu, awak ikhlas. Tapi tak boleh, Haikal. Memang.. Memang.. Memang tak boleh.." kataku lagi. Dia masih lagi renung aku.

"Aliaa.. Saya tahu apa yang awak fikir. Saya tak kisah pun status awak. Status tu tak menjamin kebahagiaan. Yang penting saya sayang awak dan demi Allah. Saya ikhlas terima awak dan anak awak seadanya. " aku telan liur. Aduhaii... Macam mana ni!!

" Itu kata awak sekarang. Saya takut satu hari nanti awak akan ungkit, akan pertikaikan akan apa-apalah. Saya ni orang kampung je, awak tu anak Dato' berpendidikan tinggi, bekerjaya. Dengan status saya ni lagi. Ishhh!! Tak boleh.. Tak boleh..!!" Aku tetap dengan pendirianku.

"Aliaa.. Pangkat dan darjat tu tak penting. Yang penting sekarang ni saya betul-betul sayang awak. Saya nak jaga awak dan Dhia. Awak berhak dapat kebahagiaan.." jelasnya. Matanya bersinar penuh pengharapan.  Hmm.. Ayat lelaki, sama je. Bosan dengar.

"Haikal..Saya tahu niat awak baik. Tapi sorry.. Saya memang tak boleh. Saya tak mengharapkan kebahagiaan dari mana-mana lelaki. Hati perasaan saya terhadap lelaki dah tertutup buat masa ni. Saya trauma, takut dan entahlah. Awak faham kan?! So, saya tak berani.. Maafkan saya, Haikal. Maafkan saya.." Kataku secara jujur. Menyusun kata-kata agar tidak menyakiti hatinya. Tapi aku tahu, dia memahami situasi aku. Dia tahu semua cerita aku, dari Dato' Hamid dan Erisya. Dan, aku taknak dia terima aku kerana rasa simpati pada aku dan Dhia. Dan, aku tak boleh terima Haikal. Tak boleh!!


"Iya Aliaa.. Saya faham sangat. Saya tak paksa dan sebenarnya saya dah tahu jawapan awak tapi tak salah saya terus-terang, kan! Dan, saya sayang awak bukan kerana rasa simpati. Tidak Aliaa. Saya sayang awak kerana keperibadian awak. Saya tak nampak lagi wanita secekal awak, harungi liku kehidupan sendiri sampai berjaya macam ni. Saya kagum.." katanya jujur. Dia tahu apa yang aku fikirkan. Sinaran dan renungan matanya menikam ke dalam anak mata aku tapi masih tak mampu membuka pintu hati aku. Nak ketuk pun tak dapat. Makin diketuk makin sakit pula nanti. Pintu hati aku dah aku bina perisai besi dah, tak boleh nak tembus dah. Selamat dari panahan cinta lelaki.

" Saya berjaya pun atas sokongan awak, bantuan awak dan family Dato'. Saya rasa kalau tak dari semua, saya tak dapat sampai ke tahap ni.." kataku lagi. Penuh semangat.

" Itu namanya rezeki. Sejak saya kenal awak, saya tolong awak dan Dhia, walaupun pertolongan yang tak seberapa ni tapi rezeki saya pun alhamdulilah semakin bertambah.." terangnya lagi tetap tersenyum.

" Awak banyak sangat dah tolong saya Haikal. Saya sangat.. sangat ..sangaaaat berterima kasih pada awak. Semoga Allah balas segala jasa baik awak. Tapi Haikal.. Saya taknak terhutang budi pada awak dan terpaksa terima cinta awak. Saya taknak. Dan, saya tak boleh"
Kataku dengan perasaan serba-salah secara tiba-tiba.

"Ya Allah.. Aliaa..!! Tak.. Tak.. Saya tak fikir sampai tahap macam tu sekali. Saya taknak awak terhutang budi pada saya. Saya tolong awak dan Dhia ikhlas kerana Allah bukan sebab nak minta balasan cinta. Jangan salah faham ye..!" Terus dia sendiri jadi serba salah.

" Betul ni?!" Aku bertanya semula.

"Iya..!" Jawabnya ringkas.

" Kita bestfriends forever kan?!" Aku senyum dan buat isyarat peace.

" Iya.. Kita bestfriends forever..!! Insha Allah.." Haikal mengangguk perlahan.

" Awak tak marah saya kan? Tak kecil hati atas penolakan ni.." tanyaku perlahan-lahan.

" Buat apa saya nak marah. Hati awak kan milik Allah, juga hati saya. Allah temukan kita mesti bersebab. Untuk ubah diri saya sendiri menjadi lebih baik atau mengubah hidup awak jadi terbaik. Nampak tak?!" Sambungnya senyum lebar.

"Alhamdulilah.. Terima kasih Haikal. Saya sayang awak sebagai bestfriends forever saya "

" Terima kasih diterima dan saya juga sayang awak.. !! Saya sayang awak, awak sayang saya. Bestfriends forever, right?!"

" Iya.." Kami gelak bersama. Harap ini adalah yang terbaik.

"Aliaa.. Nak tanya sikit boleh?!" Tiba-tiba dia bertanya. Serius dengan senyuman.

" Iya.. Silakan tanya!"

" Awak nak kembali dengan Faliq ke?!" Aku terkejut dengar dan terbeliak mata.

" Ha!? Kembali dengan Faliq? Siapa cakap?" Aku bertanya semula.

" Tak ada. Saja tanya..!"jawabnya senyum.

"Mesti awak fikir saya tak terima awak sebab saya nak kembali pada Faliq, betul tak?!" Aku bertanya lagi. Sengaja.

"Taklah.." Hehe.. Nak sembunyi konon. Tengok airmuka pun dah tahu. Kata hatiku.

" Haikal.. Apa yang saya cakap pada awak tadi. Sama je. Saya tetap dengan pendirian saya. Tiada lelaki dalam hati saya. Walaupun Faliq. Cukuplah dia dah buat saya selama ni. Takut dah..!" Kataku.

"Tapi.. macam yang awak cakap tadi. Hati kita milik Allah. Mungkin suatu hari nanti, Allah buka hati saya untuk Faliq semula. Takkan saya nak tolak takdir. Atau mungkin suatu hari nanti, Allah bukakan hati saya untuk awak ke. Mana kita tahu kan?!" Senyum lebar Haikal.

"Ya..! Memang betul. Saya setuju..!!" Tenang je wajahnya. Kami berbual kosong. Gurau senda.
Dia ni memang profesional. Tak ada pun rasa sedih dan kecewa bila aku tolak cinta dia. Mungkin betul lah apa dia cakap. Dia dah tahu jawapan aku, dia dah standby awal-awal untuk tidak kecewa. Mungkin kalau aku terima dia itu satu bonus kut. Aku rasa kalau lelaki lain apabila cinta ditolak, mahunya kecewa dan mendesak minta diterima. Bagus Haikal ni. Sikap dia buat aku seronok berkawan dan bersahabat dengannya.

Terima kasih bestfriends forever!! Cipta kenangan manis untuk aku dan kamu. Kenangan manis yang tak akan terpadam.
Cipta kenangan bestfriends forever..!!

Previous: Bab 65
Next: Bab 67

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.