336,436
Kategori:
Genre:
Bab 62
Adil membancuh kopi o panas dan terus melangkah ke ruang tamu. Sejuk-sejuk macam ni minum kopi o memang best. Mug diletak diatas meja dan mengambil remote penghawa dingin dan mematikan. Menggigil badannya. Dia duduk di sofa dan mengambil mug berisi air kopi o tadi lalu menghirup perlahan. Nyaman rasanya. Diletakan semula. Mata terus fokus pada tayangan movie. Entah cerita apalah ditengoknya. Sunyi sepi saja rumah. Hidup sendiri, biasalah. Adil baring pula disofa panjang. Bantal dibetulkan terletak dikepala. Sedang asyik menonton, handphone pula berbunyi. Dia tengok jam didinding, 10.25malam.

"Siapa pula call malam-malam ni.." kata Adil sendiri. Terus dia capai handphone. Terkejut dia apabila tengok di skrin tertera nama Faliq. Lama dah dia tak call Adil, last jumpa sewaktu di mahkamah tempoh hari. Mesti ada sebab ni.

" Assalammualaikum Broo.. Kau dah tidur ke? Sorry aku kacau kejab.." suara Faliq di talian.

"Waalaikumsalam... Belum, tengok tv ni. Kenapa?!" Jawab Adil.

" Oh okey!! Hmm.. Kau apa khabar, kau sihat?!" Tanya Faliq.

" Alhamdulilah sihat.."

" Dil.. Kalau.. Kalau aku nak jumpa kau kejab boleh tak?!" Faliq teragak-agak nak cakap.

"Nak jumpa? Boleh je. Tapi bila?" Adil tetap layan Faliq dengan baik. Adil dapat rasakan sesuatu. Dan senyum.

"Sekarang..!!"

"Ha??  Sekarang??  Kau biar betul..!"terkejut Adil. Hujan-hujan pula ni. Malas pula dia nak keluar.

" Betul.. Betull..!! Sebenarnya aku dah ada dekat depan rumah kau ni.." Terkejut sekali lagi Adil. Terus dia bangun dan intai dari sliding door. Memang betul kereta putih Faliq didepan rumahnya.

" Okey sekejab. Aku ambil kunci pagar..!" Adil matikan talian, geleng kepala dan gelak kecil.

"Aliq.. Aliq..!! Aku tahu apa kau nak ni.. " kata Adil sendiri. Terus ambil kunci pagar yang tergantung di dinding dan mengambil payung. Lalu berjalan ke pagar.

" Jom masuk..!! Kau dari mana ni. Hujan-hujan lagi ni.." tanya Adil.

"Dari rumah.." Adil berkerut. Dan menjemput Faliq masuk kedalam rumah. Melangkah saja Faliq ke dalam, mata meliar mencari sesuatu. Cari siapa lagi kalau tak cari si bekas isteri.

" Duduklah. Kau nak jadi security ke dekat situ.. " Adil perli. Faliq sengeh.

" Seganlah pula..!!" Katanya perlahan.

" Tak payah nak segan sangatlah Liq. Kau bukannya reti segan pun kan..." Faliq sengeh lagi.

" Dulu memang aku tak segan broo tapi sekarang ni.. Iyalah, dah lain kan.. Jadi aku rasa aku dah macam orang asing pula ni.. " katanya. Adil senyum.

" Kau tunggu kejab. Aku buat air...!" Adil bangun.

"Eh.. Eh..!! Tak payah.. Tak payah.. Terima kasih banyak-banyak. Aku datang sini bukan nak minum tapi ada hal penting saaangat ni. Meh!! Duduk..!!" Adil gelak kecil. Dan kembali duduk.

" So, apa yang penting saaangat kau datang tiba-tiba ni.."tanya Adil. Faliq senyap. Tarik nafas dulu sebelum cakap. Adil setia menanti.

"Adil.. Kau masih marah aku?!" Tanyanya perlahan. Adil terus buat muka serius. Muka Faliq dah cuak dah.

" Huh!!" Adil mengeluh kuat. Sengaja. Faliq pandang Adil tak berkelip. Telan liur dia dibuatnya. Elok-elok sejuk terus jadi panas badannya. Adil pandang Faliq serius dan senyum.

" Aku tak kejam Liq. Buat apa aku nak marah, dah semua ni ketentuan dari Allah. Kalau aku marah maknanya aku marah Allah juga..." kata Adil. Fuhh!! Lancar pernafasan Faliq. Kesat peluh dia. Kembali sejuk badannya. Senyuman terukir.

"Jadi kau tak marah aku? Betul ni.. Kita masih bersahabat kan..!" Tak puashati, ditanya lagi.

" Hahahaa..!! Siapa lagi sahabat aku kalau tak kau dan Wan.." jawab Adil. Gelak.

"Alhamdulilah.. Terima kasih Ya Allah..!! Terima kasih broo.. Terima kasih banyak-banyak!! Aliaa ada?!" Faliq sengeh.

" Hahahaa!! Itu point kau sebenarnya kan.. kan..!!" Dua-dua gelak. Garu kepala Faliq.

"Adil.. Aku minta maaf. Sangat.. Sangat.. minta maaf. Aku.. aku sangat menyesal. Sangat bro.. ! Kalau dibagi mati hidup semula, aku taknak jadi macam ni.." Faliq meluahkan kekesalannya.

" Berapa banyak sangat kau ni Liq. Hahaha!! Dahlah.. Aku faham.. Tiada manusia tak melakukan kesalahan. Aku okey tapi Aliaa aku tak tahu.." kata Adil.


Faliq terdiam.

" Tak apalah. Aku faham! Kau dah maafkan aku ni pun dah cukup baik untuk aku..."kata Faliq perlahan.

" Aku rindu anak aku. Aku tak tahulah dia kenal aku lagi ke tak.. " sambungnya lagi. Sedih! Adil senyum.

" Dia masih ingat kau, masih kenal kau. Aliaa selalu cerita pasal kau dekat dia. Nanti ada masa kau jenguklah dia. Kang kau ke Sabah jumpalah dia.." cadang Adil.

" Itu yang aku fikir. Tapi mama dia taknak jumpa aku.." sedih nada suaranya.

" Kalau dah kau nak jumpa Dhia mestilah mama dia ada. Jumpalah sekali..!" Adil mengambil handphonenya dan melayan handphone sebentar. Faliq diam. Direnung muka Adil. Sahabat dunia akhirat. Rasa bersalah pada Adil. Sangat bersalah. Kepercayaan yang Adil beri, dia khianati dan masih memaafkannya. Mereka sambung berbual. Adil langsung tak bercakap mengenai Faliq dan Aliaa tapi lebih kepada soal agama. Faliq diceramahnya. Panas juga telinga Faliq.

"Adikkk...!!" Adil panggil Aliaa yang muncul dari biliknya dan apabila nampak Faliq terus saja pusing kembali mahu masuk semula ke bilik. Tapi langkahnya terhenti.

"Ada tetamu ni. Meh sini..!!"

" Dia tetamu abang bukan tetamu adik..!!" Kata Aliaa. Faliq menundukkan kepala. Adil pandang Faliq dan bangun menghampiri Aliaa.

"Adik..!! Jangan macam ni.. Adik cakap adik dah redha kan. Kata nak kawan kan..!!"Adil senyum cuba pujuk Aliaa. Aliaa pandang Adil minta pengertian.

" Tapi abanggg.. !!"

"Demi Dhia..!!" Kata Adil lagi. Aliaa tiada pilihan. Geram juga dia pada Adil. Mudah sangat lembut hatinya. Yang Aliaa pula, kata dah tenang, tapi bila jumpa masih marah. Biasalah perempuan.

" Sekejab je tau. Lima minit je.." kata Aliaa. Adil angguk. Faliq dengar je terus berdiri senyum. Adil memberi isyarat pada Faliq untuk ke dapur. Adil beri peluang pada mereka. Aliaa duduk di sofa. Faliq juga. Direnung wajah Aliaa.

" Cepat nak cakap apa? Lima minit je..!" Kata Aliaa tegas.

" Lima minit je?! Lebih lagilah.." Aliaa berkerut.

"Amboii.. Dah dibagi betis nak peha pula. Kalau macam tu, tak payah. Saya nak masuk...!" Aliaa bangun tapi ditahan oleh Faliq.

"Okey.. Okey..!! Sorry.. Nak gurau je kut. Nak manja-manja sikit, tak kan tak boleh.." Boleh lagi dia nak bergurau.

"Memanglah tak boleh. Awak dan saya bukan muhrim. Tak ada apa-apa ikatan. Ni dah kenapa dekat-dekat ni. Jauh sikit.. jauh sikit..!! Haramm..!" Kata Aliaa tegas.

" Okey saya jauh sikit je..!!" Faliq berundur ke belakang selangkah. Aliaa masih berkerut.

" Relax.. Cool.. Jangan marah-marah.. " Faliq menenangkan hati Aliaa. Aliaa masih berkerut. Muka garang. Langsung tak senyum. Aliaa menyandarkan badan di sofa, memandang sekilas saja pada Faliq dan mata terus menonton tv.

" Aliaa.. Kita tak boleh terus macam ni. Saya menyesali semua kesalahan saya pada awak. Saya betul-betul dah insaf sekarang ni. Saya tengah usaha nak mencari Allah, saya nak perbetulkan diri saya, solat saya, hidup saya, nak kembali jaga hubungan saya dengan Allah, dengan family, sahabat dan hubungan kita juga.." luahnya perlahan.

" Baguslah kalau dah insaf dan dah bertaubat. Lakukan kerana Allah bukan kerana manusia..!!" Jawab Aliaa.

"Insha Allah!! Kita terbaik semula ya..!!"

"Ha?? Apa berbaik?! Rujuk?? Sorry..!!" Aliaa berkerut.

" Relax.. Cool.. !! Saya tahu awak taknak rujuk dengan saya. Saya faham hati perasaan awak. Saya memang kena terima hakikat semua ni. Memang awak sukar nak terima saya semula, sekarang. Tapi mungkin suatu hari nanti.. Mana tahu kan.."

" Tak payah nak mengharaplah..!!"Aliaa buat muka bosan.

"Mestilah saya mengharap. Dah awak cinta hati saya. Tak ada wanita lain Aliaa, hanya awak satu-satunya wanita yang layak untuk saya. Walaupun jasad kita berpisah tapi hati kita takkan berpisah kerana cinta kita cinta sampai ke syurga..!!" Luahnya lagi.

"Kalau awak jumpa saya ni nak pujuk saya dan nak luah bagai. Dahlah.. Malaslah nak dengar. Bosan..!!"Aliaa menjeling tajam pada Faliq.

" Iya saya tahu awak bosan dengar semua ni. Okey tak tak apa awak tak terima pujukan saya tapi saya minta kita berbaik, kita berkawan seperti biasa. Taknak gaduh macam ni lagi.

Lagipun kita akan berkerjasama untuk projek tu kan.."kata Faliq.

"Kerja adalah kerja. Kenapa nak campurkan peribadi. Saya okey je kut bab kerja.." jawab Aliaa.

"Iya.. Saya tahu. Kerja adalah kerja. Diluar kerja kita kawan ya. Kita mulakan semula teman tapi mesra.. Boleh tak?!" Pintanya. Aliaa pandang Faliq. Berdengus. Faliq senyum. Dalam hati, doa tak putus agar Aliaa sudi terima untuk berkawan baik dengannya.

" Demi Dhia.. Saya taknak kita bermusuhan, bermasam muka, saya tahu saya bukan bapa yang baik. Saya takut sangat kalau dia rasa saya bukan siapa-siapa padanya. Jadi, saya nak Dhia kenal siapa bapanya yang selama ni dia tak kenal. Saya nak tebus salah saya pada Dhia. Boleh kan Aliaa..! Demi Dhia..!!" Kata Faliq lembut. Aliaa senyap.

" Baiklah.. Kita kawan sahaja. Tak ada mesra-mesra . Kawan tak mesra. Faham?!" Balas Aliaa. Senyum lebar Faliq. Berjaya plan pertama. Adil dah tak marah, persahabatan dah bersatu semula. Dan, Aliaa pun dah nak berkawan tak mesra dengannya semula. Legaa!!

" Terima kasih Aliaa.. Terima kasih..!!" Aliaa angguk tapi tak senyum. Tetap muka ketat. Serius konon. Aliaa pun terfikir apa yang abangnya cakapkan.

" Macam mana sekali pun Faliq tetap bapa kepada anak Adik. Dhia perlukan kasih sayang seorang bapa, Dhia perlu tahu siapa bapanya. Jangan biarkan hati anak terluka kerana perbuatan ibubapa. Kerana dendam dan sakit hati ibubapanya. Adik.. kita yang kematian ibu ayah pun kita rasa sakit teramat, walaupun ibu ayah kita pergi kepada Pencipta. Macam mana agaknya hati Dhia kalau tahu papa dan mamanya terus bermusuhan. Sekarang ni Dhia tak tahu apa-apa lagi tapi bila Dhia dah mula faham apa itu makna kasih dan sayang. Pasti dia akan tahu betapa peritnya perpisahan antara ibu dan bapanya.." nasihat itu sentiasa terniang-niang di telinganya.

"Okey!! Dah lebih lima minit dah pun. Saya masuk dulu.." Aliaa bangun dari sofa dan mahu melangkah.

"Aliaa.. kejab-kejab..!!" Faliq tahan Aliaa lagi.

"Apa lagi? Dah tak ada masa tambahan dah ni. Tamat tempoh dah. Dah gol kan.." Geram pula Aliaa. Faliq gelak kuat. Dah lama Aliaa tak dengar gelak itu. Aliaa pun nak gelak tapi ditahan. Ego sikit.

" Jangan block nombor saya ya. Senang saya nak video call Dhia. Nak cakap dengan Dhia dannn.. awak juga.." Kata Faliq.

" Hmm.. "

"Senyumlah sikit...!!" Faliq senyum padanya. Tepat mata pandang wajah Aliaa.

" Kawan tak mesra.. Sekali lagi saya ulang. Kawan tak mesra!! Jadi tak payah nak senyum-senyum. Okey bye.!! Assalammualaikum..!!" Aliaa terus berlalu masuk ke bilik. Faliq senyum sendiri dan kembali duduk.

Tak lama Adil keluar dari dapur. Lama menunggu perbincangan Faliq dan Aliaa. Sempat juga dia bergayut bersama si tunang.

"Apa cerita bro?!" Tanya Adil.

" Okey on!! Tapi cuma kawan tak mesra je lah.." jawab Faliq.

" Hahaha.. Kawan tak mesra ek?! Okey lah tu.." Adil gelak. Dia tak berani nak komen lebih-lebih. Dia tolong mana yang mampu saja.

" Kawan tak mesra pun tak mesra lah. Janji dia nak kawan dengan aku kan..!!"

"Betul tu...!!" Adil angguk.

Adil sendiri pun tak berani bagi jaminan pada Faliq. Dia tahu Faliq nak pikat hati bekas isterinya semula dan nak kembali bersatu. Tapi apa dia boleh buat. Keputusan semua ditangan Aliaa. Kalau dulu boleh jugalah dia tolong tapi sekarang tak lagi. Hati wanita yang telah disakiti. Bukan mudah untuk pulih. Lagi pula, dengan kehadiran Haikal. Kut-kut Haikal yang berjaya pikat hati Aliaa dulu. Siapa tahu.  Memang Adil tak boleh jamin apa-apa.

Tapi.. Adil juga kasihan dengan sahabatnya itu. Sendiri bikin sendiri tanggung. Sabarlah Faliq.. Andai ada jodoh semula dengan Aliaa, insha Allah adalah. Andai tak ada jodoh dengan Aliaa, bermakna jodoh Aliaa dengan Haikal lah jawabnya. Gigit jarilah Faliq..!!

Previous: Bab 61
Next: Bab 63

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.