336,428
Kategori:
Genre:
Bab 30
Berkali-kali Puan Asmah cuba menghubungi Aliaa tapi tetap tak dapat. Cuba menghubungi Faliq juga tak dapat. Dia mulai risau. Tersangat risau. Dia tahu anak menantunya itu punyai masalah. Bila ditanya pada Aliaa, jawapan tetap sama. Semuanya okey. Hati ibu, macam mana mereka sorok pun akan rasa sesuatu juga. Dah berapa hari dia cuba menghubungi Aliaa. Tetap tidak dapat. Yang dapat hanya pesanan suara. Asnida pun sudah pergi ke rumah mereka tapi tiada orang. Cuma belum sempat lagi ke office Faliq. Asnida pula memang tengah busy. Akan pergi juga nanti. Risau bertambah risau Puan Asmah. Risau akan menantu kesayangannya risau akan cucu kesayangannya jua.

Dia teringat, petang itu Aliaa datang bersama Dhia. Dah lama tak datang, busy kerja katanya. Tapi dari raut wajah Aliaa, nampak seperti ada masalah. Tapi Aliaa pandai tutup dengan senyumannya. Dengan pelbagai alasannya yang buat orang yakin dia okey. Tapi hakikatnya hanya dia sendiri yang tahu. Wajah Aliaa pun nampak sedih saja.

" Mama.. Abang ada call mama? Dia ada balik rumah ni tak?!" Tiba-tiba Aliaa bertanya. Pelik juga Puan Asmah.

"Tak ada pun. Call tak, balik pun tak. Kadang mama rindu dia, mama call dia tapi tulah. Tiap kali call, dia cakap tengah meetinglah, tengah itulah tengah inilah.." jawab Puan Asmah. Ada nada sedih dalam suaranya. Merindui anak lelakinya.

"Aha ma.. Memang dia tengah busy sekarang ni. Dia cakap, ada dapat projek besar. Tu yang tak sempat nak balik.." kata Aliaa dengan senyuman.

" Maafkan Aliaa ma.. Aliaa terpaksa tipu mama. Aliaa taknak mama tahu dan kecewa kerana abang. Aliaa tak sanggup ma.." bisik hati Aliaa.

"Oyeke!! Syukurlah. Tak apalah kalau macam tu. Aliaa kerja macam mana? Okey tak orang yang jaga Dhia tu. Mama risau lah sayang..!"

" Kerja Aliaa alhamdulilah okey je ma. Aliaa pun busy juga ma. Dhia okey juga ma. Pengasuh tu pun jaga Dhia dengan baik sekali.. Mama jangan risau ya.." Aliaa menghirup kopi panas. Menutupi keresahannya. Rasa bersalah sangat pada ibu mertuanya itu.

Puan Asmah mengangguk tanda faham. Lega dia dengar pengakuan dari Aliaa. Tapi disebalik wajah ceria itu tersimpan satu kesedihan. Puan Asmah nampak kesedihan itu tapi tak tahu apa yang berlaku. Mahu ditanya, dia sendiri pun sudah tahu jawapannya. Puan Asmah menghidangkan kuih kegemaran Aliaa, kuih seri muka. Punyalah happy Aliaa. Rindu betul dia mahu makan kuih itu. Lagi-lagi bila Puan Asmah yang buatkan. Memang dia jelah yang menghadap. Fokus melayan kuih.

Dhia pula sedang seronok bermain dengan atoknya. Habis atoknya dikerjakan. Bermain bola dan kemudian berkejar-kejaran di halaman rumah. Naik semput si atok melayan cucu. Gelak tawa riangnya memecah kesunyian. Sampai kedalam rumah terdengar suara hilai tawa Dhia. Cerianya hati Dhia.

" Ma.. Ada sesuatu Aliaa nak bagitahu.." Aliaa memandang tepat ke wajah Puan Asmah.

"Nak bagitahu apa? Macam serius je ni.."

"Hahahaa.. Taklah ma. Cuma nak bagitahu je. Aliaa kena kerja luar buat sementara ni. Jadi, Aliaa tak dapat nak jenguk mama tau.." kata Aliaa. Serba salah sebenarnya nak cakap.

"Kerja luar? Kerja dekat mana? Berapa lama? Dhia macam mana, Aliaa bawa?!" Banyak soalan dari Puan Asmah. Aliaa memegang tangan Puan Asmah. Digenggam erat seperti tidak mahu dilepaskan.

"Masih dalam Malaysia. Insha Allah.. Berapa lama tu tak pasti ma, siap je kerja baliklah. Dhia mesti Aliaa bawa. Mana boleh tinggal ma.. Dhia lah kekuatan Aliaa.." Terus menghirup air kopi.

" Masih dalam Malaysia? Lain macam je ni. Aliaa ada masalah kan, cuba cerita dekat mama? Pasal Alang?!"

" Ish!! Taklah ma.. Kami okey je, tak ada apa-apa masalah pun. Cuma masalahnya Abang busy Aliaa pun busy. Sama-sama busy. Hehe..!!" Boleh pula Aliaa gelak. Jawapan yang sama. Puan Asmah pun dah tak boleh nak cakap apalah. Iya kan sajalah. Semoga apa yang Aliaa cakap itu betul. Itu saja harapan Puan Asmah. Tidak lama kemudian, Aliaa meminta izin untuk pulang kerumah.

Yang buat Puan Asmah rasa tak sedap hati. Bila Aliaa meluahkan sesuatu sebelum dia pulang. Tak pernah Aliaa cakap seperti itu.


"Ma.. !!" Aliaa menggenggam tangan Puan Asmah. Wajahnya sayu saja. Tersenyum memandang tepat wajah Puan Asmah. Puan Asmah membalas pandangan Aliaa dengan seribu tanda tanya.

" Aliaa minta maaf pada mama dan papa. Maafkan segala salah silap Aliaa selama jadi menantu mama, mungkin ada yang Aliaa buat mama papa kecil hati ke yang Aliaa tak sedar. Aliaa minta maaf ya. Halalkan makan minum Aliaa.." kata Aliaa lembut.

" Kenapa ni sayang. Kenapa tiba-tiba  cakap macam ni. Aliaa tak ada salah apa-apa pun dengan kami. Kami yang patut minta maaf sebab Alang.." balas Puan Asmah.

" Mama jangan risau. Abang tak ada buat apa-apapun. Abang suami yang baik ma, cuma dia terlalai sikit. Tapi Aliaa dah maafkan dia, dah tak fikir dah semua tu. Mama jangan risau ya. Apa-apa nanti Aliaa akan call mama.." sambung Aliaa lagi.

" Bila Aliaa nak pergi?!" Tanya Puan Asmah. Sedih pula mukanya.

"Insha Allah dalam minggu depan..Ma..  Aliaa sayang mama sangat-sangat. Aliaa sayang sangat keluarga ni. Aliaa sangat happy dengan keluarga ni ma. Doakan Aliaa dan Dhia sihat ya ma.." Aliaa mencium tangan Puan Asmah dan dipeluknya erat. Puan Asmah terdiam sebentar. Apa yang berlaku sebenarnya ni. Kenapa Aliaa tiba-tiba cakap seperti itu. Risau pula dia.

" Aliaa minta diri dulu ma.." Aliaa bangkit dan terus keluar. Tak sanggup dia mahu merenung wajah Puan Asmah. Sedih sangat nak tinggalkan ibu mertuanya itu. Dia kawal emosi. Kawal airmata dari menitis.

Puan Asmah duduk termenung. Hati masih lagi tidak tenang selagi tak dapat bercakap dengan Aliaa. Aliaa cakap nak hubunginya tapi sampai sekarang masih tiada khabar berita pun. Yang si Faliq pun sama. Pun tak dapat dihubungi. Semakin resah gelisah hatinya. Puan Asmah menghubungi Asnida pula.

"Angah busy tak hari ni? Angah tolong mama sekejab boleh?"tanya Puan Asmah sebaik dengar suara Asnida dihujung talian.

"Tolong apa ma?!"

"Angah pergi office Alang. Cari Alang. Mama risau sangat, mama tak sedap hati. Tolong ye Angah..!!"

"Baiklah ma.. Sekejab lagi Angah pergi. Lagipun Angah tak jauh dari office Alang ni. Nanti Angah call mama ya.."kata Asnida. Tersenyum lebar Puan Asmah. Rasa lega hatinya.

Asnida memasukkan handphone dalam handbag. Lalu terus memandu ke office Faliq. Dia sendiri pun risau sebenarnya. Ada juga dia dengar cerita-cerita yang tidak baik mengenai Faliq. Tapi dia cuba tepis, taknak terus percaya kata-kata orang. Takut timbul fitnah. Dan, lebih baik dia berdiam saja sampai bukti didepan mata. Sampai di lobi bangunan tinggi itu, dia terus melangkah dengan seribu persoalan. Tiada orang didalam liff. Tingg!! Pintu terbuka. Memberitahu pada penyambut tetamu niatnya mahu berjumpa Faliq. Dan, dia dibenarkan masuk. Perlahan-lahan langkahnya menuju ke bilik Faliq. Hatinya terus berdebar. Didepan pintu bilik Faliq, dia terus membuka pintu tanpa mengetuk.

" Astagfirullah Al Azim.. Apa korang buat ni ha. Ni pejabat ke tempat maksiat?" Terkejut sungguh Faliq dan Tasya. Bagai nak gugur jantung mereka. Boleh pula bermanja-manjaan dalam bilik itu. Ish!! Maksiat.. maksiat.!! Kelam-kabutlah si parasit membetul-betulkan rambutnya. Merah menyala terus wajah mereka berdua. Turun naik nafas Asnida menahan marah. Faliq diam seribu bahasa. Tasya pula lari keluar lintang pukang. Dah macam itik pulang ke kandang. Terkedek-kedek.

" Ya Allah..!! Apa dah jadi dengan Alang ni. Angah ingat selama ni orang bercakap pasal Alang, semua tu tipu. Rupanya.. Alang.. Alang..!" Asnida geleng kepala. Sedih melihat perubahan ketara Faliq.

" Angah nak apa datang sini?!"

" Angah datang ni sebab mama suruh, berapa lama dah Alang tak balik rumah? Tak jenguk mama? Sakit sihat mama ada Alang tahu tak? Call tak berjawab. Rupanya sibuk dengan betina.."

"Mama sihat je kan.."

" Habis Alang nak tunggu mama terlentang baru nak balik, baru nak tengok mama. Mama tu punyalah rindu dekat Alang tahu tak? Memendam rindu, sampai dah kurus.." Faliq senyap.

" Kalau Alang rasa masih sayang mama. Tolong balik rumah hari ni juga. Jangan sampai Alang sendiri menyesal." Punyalah sakit hati Asnida.


Terus keluar dari bilik itu dalam keadaan marah. Mata liar mencari kelibat Tasya. Terus tajam merenung Tasya yang sedang berdiri didepan meja Nizam dengan tangan membelek-belek dokumen. Semua mata tertumpu pada Asnida.

" Pangggg!!" Kena sebiji di pipi Tasya. Terkejut beruk Tasya tiba-tiba ditampar oleh Asnida. Semua tercengang melihat. Terpaku semua. Drama sudah bermula.

" Engkaulah betina tak sedar tu kan. Perampas dan perosak rumahtangga adik aku.." Renungan tajam mata Asnida.

"Hey!! Kau ni siapa ha? Tiba-tiba nak tampar aku. Kau nak aku panggil polis ke?!" Tasya melawan. Pipinya dipegang. Naik senget sampai pipinya. Nizam memerhati saja. Singa sudah mengaum. Kakak kawasan sudah datang. Nasib kau Tasya. Hahaha.!!

"Nak panggil polis. Panggillah. Kau ingat aku takut? Kau nak panggil segala bapa polis pun kau panggillah. Ni aku.. Kakak Faliq.." Tertelan liur Tasya. Terus terdiam.

"Ni aku nak bagi kau warning. Kalau kau taknak jasad kau dibakar hidup-hidup. Tolong jangan kacau hidup adik aku lagi. Sampai aku tahu, siap kau. Siap!! Ingat betina. Ingat..!!" Jari telunjuk Asnida tepat di depan hidung Tasya. Naik juling dia dibuatnya. Diam terpaku. Tak membalas apa-apapun. Tahu takut.

"Kau tak kenal aku kan. Nizam.. bagitahu betina ni siapa saya. Tu pun kalau dia dah tak sayang nyawa. Ingat betina!!" Jelingan tajam Asnida berikan dan terus berlalu. Seriau juga Tasya. Padan muka.!

" Kihkihkihkihh..!! Cik Parasit kena penampar free lah. Apa perasaan? Best tak..?!!" Nizam perli. Gelak kecil. Tasya hanya menjeling. Menyapu-nyapu pipinya. Kesan merah tapak tangan Asnida masih ketara.

" Untuk pengetahuan Cik Tasya. Kakak Encik Faliq tu bahaya tau. Dia boleh buat apa je dia nak. Setakat nak bakar Cik Tasya ni hidup-hidup. Hmm.. sekelip mata je. Kaki dia ada di merata tempat. Sekali dia call semua serbu Cik Tasya. Tak percaya tanyalah diaorang semua ni. Semua kenal sangat dengan kakak Encik Faliq tu. Jangan main-main dengan dia. Tulah.. Nak sangat bermain dengan api. Kejab lagi api bakar diri sendiri.. Baru padan muka. Hahaha..!!" Nizam sengaja. Nilah masanya nak takutkan Tasya. Cuak muka.

" Awak ingat saya takut ke. Tak takutlah..!!" Amboi.. berlagak lagi tu.

"Ooo tak takut ye. Okey..!! Kalau saya info Cik Ash kata Cik Tasya tak takut dengan dia. Boleh tak?!" Kata Nizam lagi. Senyum perli.

"Gilalah kau ni.." Bertambah cuak Tasya jadinya. Terus jalan laju menuju kebiliknya. Tapi ada lagi yang gelakan dia dan siap perli lagi.

" Uitt.. Orang bajet lawa kena tamparlah. Kau ada videokan tak?! Boleh viralkan di media sosial Fb ni.. Pasti hot punyalah. Hihihii..!" Makin menyirap hati Tasya. Sakit hatinya dia. Sudahlah pipinya sakit ditampar dan hatinya pula bertambah-tambah sakit kerana diperli mereka. Boleh dikatakan satu officemate tak suka dengan Tasya. Kerana satu perkara je. Merosakkan rumahtangga Faliq dan Aliaa.

Memang patut pun digelar parasit. Jahat. Ingat seronok sangat jadi perampas. Sampai bila-bilalah gelaran tu padanya. Elok-elok rumahtangga orang bahagia terus jadi runtuh kerana parasit sepertinya. Bertepuk sebelah tangan memang tak berbunyikan. Jadi, dua-dua pun sama juga. Menggatal dan menggedik. Cun sangatlah tu. Sekarang ni, Asnida dah tahu semua, dah nampak depan-depan secara live lagi. Tunggu jelah apa Asnida akan buat pada Tasya. Drama sudah bermula. Jeng.. jeng... jeng..!!

Previous: Bab 29
Next: Bab 31

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.