336,469
Kategori:
Genre:
Bab 126
Fuhh!! Penatnya rasa badan. Langsung dia tidak rehat dari malam tadi. Ingat dah sampai JB nak rehatkan badan dan nak tidur di hotel saja tapi mata tak dapat lelap pula. Sudahnya sampai waktu kursuslah tidak tidur. Boleh pula segar bugar matanya seharian ini. Selepas makan malam tadi, dia terus masuk ke dalam biliknya nak tidur awal konon. Tapi sebelum tidur, mahu hubungi insan yang dirinduinya dahulu. Baru boleh tidur lena.

"Assalammualaikum.. Sayang buat apa tu?!"

" Waalaikumsalam. Baru lepas solat.." jawab Aliaa. Ceria suaranya ditalian. Senyum lebar Faliq. Terasa segala kepenatannya hilang apabila dapat dengar suara Aliaa. Mereka berbual kosong. Bergurau senda, gelak tawa.

Nizam masuk ke dalam bilik, langsung tidak disedari oleh Faliq. Gelak kecil Nizam melihat kebahagiaan Faliq. Geleng kepala dan duduk di katilnya.

"Dinner?! Saya dalam bilik ni ha dengan Nizam. Mana datang dinner dengan dia. Biar jelah dia, tak payah dilayan ya.." Faliq menoleh pada Nizam dan senyum.

" Okeylah kalau macam tu. Manalah tahu kan. Awak ke yang tipu saya.."

" Jangan macam tu. Saya tak tipu, demi Allah. Saya dengan Nizam ni. Kalau tak percaya, awak cakap dengan dia. Nak?!"

"Hmm.. Okey saya percaya. Jaga diri baik-baik ya..!"

" Insha Allah. Awak pun sama ya. Ni dah makan ubat tak?!" Tanya Faliq lagi.

" Dah..!!"

" Baguslah. Okeylah sayang..! Saya nak tidur ni, penat sangat. Dari malam sampai ni tak tidur lagi ni.." kata Faliq.

" Laa iyeke?! Awak tidurlah ya.. bye..!! Assalammualaikum.."

" Waalaikumsalam.." Aliaa terus matikan talian. Faliq senyum sendiri, Nizam perhatikan saja. Faliq melabuhkan badan ditilam.

" Amboii.. Encik Faliq ni. Mengalahkan orang baru bercinta. Romantik gila. Jelous pula saya tengok..!" Kata Nizam. Faliq gelak besar.

"Hahaha.. Orang kata, percintaan kali kedua dengan bekas binilah bertambah romantik. Walaupun dia dah kenal saya, saya pun dah kenal dia tapi nak kena hangatkan lagi rasa cinta tu, kembalikan segala rasa cinta. Bukan senang bro nak dapatkan semua tu bila dia dah kecewa.!" Jelas Faliq.

" Iya.. Memang betul. Hati perempuan kan. Tapi kira Encik Faliq ni hebatlah juga sebab boleh tackle bekas bini sampai boleh terima semula. Dasyat juga Encik Faliq ni. Ayat apa Encik Faliq guna..!"Nizam saja bertanya. Faliq gelak lagi dan lagi.

Tutt.. Tuttt.. !! Handphonenya berbunyi. Dia meminta izin Nizam untuk menjawab panggilan sebentar. Nizam mengangguk dan terus menonton tv.

" Iya Angah.."

"Alang busy ke?!"

"Eh..!! Taklah. Dalam bilik hotel ni. Nak tidur. Kenapa Angah..!"

"Ni Angah nak info ni. Tasya tak ada di KL tau. Rasanya dia follow Alang ke JB.. " jelas Asnida.

"Apa? Follow Alang ke JB? Ishh!! Biar betul Angah..!!" Faliq sangat terkejut dan pandang pada Nizam.

"Iya..!! Alang hati-hati je. Angah rasa dia ada plan something tu. Alang menginap di hotel apa?!" Tanya Asnida.

"Swiss in.."

"Hotel tempat Alang biasa ke?!"

" Iya.. Kalau outstation ke sini, memang hotel ni jelah Alang duduk. Kenapa Angah?!" Faliq berkerut. Dia masih tidak faham.

"Alang sorang ke?"

" Taklah. Alang dengan Nizam ni. Oh ya Angah..!! Tadi siang, Aliaa cakap. Tasya ada whatsapp dia. Konon dia ada dengan Alang dekat sini. Siap cakap lagi, nak dinner dengan Alang. Geram je..!" Cerita Faliq.

" Hmm.. Ada plan dia tu sebenarnya. Alang hati-hati jelah ye. Info Angah kalau ada apa-apa. Abang Ngah pun ada minta tolong kawannya dekat JB tu.."

"Insha Allah. Angah tolong tengokkan Aliaa ye. Kalau Tasya tu betul ke sini. Okey juga tu,taklah dia kacau Aliaa. Tapi tulah, jangan dia kacau Alang pula sudah.." kata Faliq lagi. Risau pula dia.

" Kalau dah dia ke sana. Memang akan buat kacaulah tu apa lagi. Jangan Alang pula yang melayan sudah. Mentang-mentang Aliaa tak ada. Tasya pula datang sana. Hmm.. Memang siaplah Alang. Adik tak adik. Sampai menipu Angah dan Aliaa. Memang siaplah..!!" Asnida bagi warning pada Faliq.

" Ish!! Angah ni. Insha Allah Angah. Alang tak macam tu dah. Jangan risau..!!"

"Baguslah kalau macam tu. Angah ingatkan je. Okeylah. Hati-hati tau. Jaga diri baik-baik. Assalammualaikum"


" Insha Allah..!! Waalaikumsalam.." Faliq berkerut. Jadi tak sedap pula hatinya. Diam sebentar. Nizam hanya memerhati.

" Kenapa Encik Faliq? Kenapa dengan Tasya?" Tanya Nizam ingin tahu. Faliq memandang wajah Nizam.

" Tasya datang JB ni bro. Ash cakap, mungkin  dia follow saya ni.."

" Ha? Follow Encik Faliq? Dah kenapa pula dia nak follow. Bukan ada urusan pun. Tapi.. Ni pun kampung dia kan. Mungkin balik kampung kut.." Nizam cuba menenangkan hati Faliq.

" Ada kemungkinan juga. Tapi kalau betul lah dia follow saya. Mesti dia ada plan kut. Betul tak? Tapi apa plan dia ek?!" Faliq berfikir.

"Iyalah kan. Hmm.. Encik Faliq kena hati-hati jelah nampaknya ni. Tasya tu kalau tak dapat apa yang dia nak. Memang dia jenis akan dapatkan juga walau apa cara sekalipun.." nasihat Nizam.

" Itulah masalahnya. Sebab dia selalu cakap dekat Aliaa. Apapun terjadi, dia tetap akan dapatkan saya juga. Ishh!! Seram pula saya jadinya. Risau pun ada.." kata Faliq.

" Fuh!! Bahaya betul..!" Balas Nizam. Fikiran Faliq mula terganggu.

" Yang saya risau sekarang ni, macam mana kalau  Aliaa tahu yang Tasya betul ada disini. Mati saya nak menjawab bro..!!" Faliq menyapu muka dengan tapak tangan. Mata yang tadinya mengantuk terus jadi segar.

" Buat apa nak risau. Saya kan ada dekat sini. Dah sah-sah Encik Faliq dengan saya kut. Nanti saya info lah.." Kata Nizam. Confident.

" Memanglah awak ada dekat sini tapi awak ingat nak ke Aliaa tu percaya.."

"Hehe.. Itu saya tak tahulah pula.." Nizam gelak kecil. Dia faham apa yang dirasa oleh Faliq. Dia tengok Faliq pun dah tak senang duduk. Mahunya kalau Aliaa tahu Tasya ada, memang kena reject terus Faliq ni. Menangis tak berlagulah Faliq. Tapi Faliq sendiri pun memang tak tahu yang Tasya akan ke JB ni kalau Asnida tak info. Bermaksud dia tak bersalah. Kalau Faliq melayan, memang cari nahaslah Faliq. Nizam gelak sendiri melihat Faliq. Kasihan dia..!!

"Zam.. Saya laparlah. Turun makan nak?!" Ajak Faliq. Tiba-tiba pula perutnya jadi lapar.

" Aikk!! Bukan dah makan ke?"

" Entahlah. Jadi laparlah pula.." Faliq sengeh.

"Tak apalah Encik Faliq. Saya dah kenyang ni.." Nizam menolak.

"Okeylah. Saya nak turun kejab nak cari roti ke biskut ke!" Nizam hanya mengangguk. Faliq mengambil kunci bilik dan wallet, lalu terus keluar. Jalan perlahan-lahan menuju ke liff. Sunyi dan sepi. Butang liff ditekan, pintu liff terus terbuka dan cepat-cepat dia masuk. Handphone dipegang erat. Jam baru menunjukan 9.20malam. Pintu liff terbuka pula. Dia keluar dan berjalan ke lobi. Di lobi masih ramai lagi orang keluar masuk hotel. Dia terus berjalan masuk ke dalam Rilek Cafe.

Dia memesan makanan. Alang-alang dah turun bawah, makan sajalah terus. Hanya memesan burger dan air suam saja. Jadilah untuk alas perut. Tak tahu kenapa, berbunyi-bunyi perutnya minta diisi. Dia kunyah perlahan-lahan sambil mata meliar melihat sekeliling. Selesai makan dia terus keluar dari cafe dan jalan perlahan pula ke liff.

Handphone bergetar, menandakan whatsapp masuk. Terus sahaja dia buka aplikasi whatsapp. Satu gambar dihantar oleh nombor yang tidak dikenali. Gambar Aliaa bersama seorang lelaki sedang jalan bersama. Nampak gaya begitu mesra sekali. Faliq berkerut, terhenti langkahnya di tengah lobi itu.

" Aliaa?! Siapa pula lelaki ni?!" Katanya sendiri. Diteliti gambar itu lagi dan lagi. Pula dah, perasaan cemburu mula muncul dalam hatinya.

" Dekat mall pula. Ish!! Biar betul. Takkanlah..! Siapa pula yang hantar ni?! Relax Faliq relax. Maybe ni client dia kut. Jangan fikir bukan-bukan Faliq. Relax...!!" Kata Faliq pujuk diri sendiri. Dia pujuk hati sendiri dan mulakan semula melangkah. Tapi dalam fikiran, dalam hati fuhh!! Hanya Allah yang tahu. Perasaan cemburu mula meluap dalam hati.

" Tak.. Tak.. Aliaa takkan buat macam ni. Kalau dia nak curang dengan aku pun, tak adalah dia nak terima aku lagi. Arhh!! Ni mesti kerja Tasya ni. Abaikan jelah Faliq. Aku nak Aliaa percaya pada aku jadi aku pun kena percaya dia jugalah.. " Faliq senyum sendiri. Dan, terus masuk dalam biliknya.

Nizam masih lagi menonton tv.


"Tak tidur lagi?!"

"Belum ngantuk lagi. Rindu dekat anaklah.." kata Nizam.

" Hmm.. Anak dah sihat belum?!" Tanya Faliq sambil duduk disofa.

"Belum lagi. Baru lepas call isteri saya ni. Kata anak nangis cari saya. Sedih pula rasa. Tak tenang hati. Kalau dia sihat tak apa lagi.." jawab Nizam. Faliq simpati.

"Iyeke?! Kasihannya. Kalau anak tak sihat lagi, esok saya info Dato' minta awak balik KL. Kasihan pula dekat anak tu. Makin teruk pula nanti demamnya.." cadang Faliq. Memahami hati kawannya itu.

"Tengoklah esok macam mana.." Nizam senyum.

" Oh ya!! Awak kenal tak nombor ni, Zam.  Baru je dia whatsapp saya bagi gambar Aliaa ni.." Faliq menghulurkan handphone nya pada Nizam. Nizam mengambil dan melihat gambar dan nombor yang tertera.

"Tak tahulah pula. Cik Aliaa dengan siapa ni?"

"Entah saya pun tak tahu.."

" Encik Faliq jelous yaaa..!! Hehe.." Nizam mengusik.

"Kalau tengok mesra macam tu. Siapa yang tak jelous, kan?!"

" Hahaha.. Jangan cepat sangat jelous, nanti makan diri. Mungkin lelaki ini client dia, keluar atas urusan kerja. Encik Faliq pun tahu kan kerja Cik Aliaa macam mana.." jelas Nizam.

"Saya pun fikir macam tu juga.."

" Seeloknya Encik Faliq tanya baik-baik dengan Cik Aliaa. Tapi kan kalau diteliti betul-betul gambar ni. Macam gambar edit je ni.. Cuba Encik Faliq tengok ni.." Kata Nizam lagi. Handphone diberi semula pada Faliq. Berkerut Faliq teliti setiap sudut gambar. Di zoom lebih dekat. Dan angguk kepala.

"Iyelah kan..! Macam mana saya boleh tak perasan. Fuhh!! Selamat tak tanya Aliaa. Kalau tak, mahu bertengkar ni..!" Faliq masih berdiri.

"Hahahaa.. Kena reject terus nanti. Hahaha.." Nizam gelakkan. Faliq pun gelak juga.

"Sekarang ni, panggilan ke, whatsapp ke, gambar ke, video ke dari nombor yang tak dikenali lebih baik Encik Faliq jangan cepat percaya. Encik Faliq sendiri pun tahu kan. Ini semua kerja siapa. Dia akan buat macam-macam untuk pisahkan Encik Faliq dan Cik Aliaa.." terang Nizam.

" Maksud awak? Tasya..!!"

" Ha lah.. Suspek utama, siapa lagi kalau tak dia. Simpan je semua yang dia hantar, mungkin boleh dijadikan bukti nanti.." Nizam memberi cadangan. Faliq mengangguk.

"Betul juga tu. Fuh!! Lega rasa hati. Saya tak terfikir pula.."

" Macam mana nak fikir kalau cemburu tu menebal je. Patut kena selidik dulu. Bukan tak boleh nak cemburu Encik Faliq oi, boleh dan tak salah pun tapi salah bila dalam keadaan genting macam ni. Dah tahu kut, ada parasit yang mahu merosakkan. Yang Encik Faliq nak percaya tu dah kenapa. Kalau ikutkan sangat nafsu cemburu tu, memang tak kahwinlah Encik Faliq dengan Cik Aliaa..!!" Kan Dah kena bebel dengan Nizam. Faliq sengeh je. Memang tak dinafikan pun. Mula-mula tengok gambar tu memang perasaan cemburu yang datang.

" Ish!! Janganlah. Doakanlah yang baik-baik untuk saya dan Aliaa.." kata Faliq masih sengeh. Ha! Tahu takut. Nizam gelakkan saja.

Faliq kembali duduk di sofa. Senyum dan senyum. Faliq masih melihat gambar itu lagi. Angguk-angguk kepala sendiri. Yakin memang yakin. Gambar itu hanya gambar edit di mall. Tapi tempat sebenar Faliq tak pasti. Lagi pula, pada gambar ini, Aliaa sedang membawa fail, dan lelaki tersebut juga membawa briefcase. Dah tentu urusan kerja. Hmm.. tak apalah. Abaikan..

Dapatlah dia tidur dengan lena malam ni. Mata pun dah naik berat. Dia menuju ke bilik air, mencuci muka dan mengambil wuduk. Kemudian, terus melabuhkan badan di tilam yang empuk itu. Menyelimut badannya. Terasa sejuk menusuk ke tulang temulang. Handphone diambil dan membuka galeri pula. Melihat gambar Aliaa yang tersenyum manis. Dan, handphone diletakkan di meja lampu. Memejamkan mata sambil tersenyum. Baru hari pertama tinggalkan Aliaa, rasa macam 100 tahun pula. Bilalah nak habis kursus ni, tak sabar nak balik KL. Bisiknya dalam hati. Kemudian, gelak kecil dengan mata yang tertutup.

Nizam perasan dan geleng kepala. Orang tengah dilamun cinta. Macam-macam ragamnya. Bahagia terasa, tak ada yang tak bahagia. Senyum memang takkan putus. Berseri manjang. Semoga dipermudahkan dan semoga perancangan berjalan lancar.

Previous: Bab 125
Next: Bab 127

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.