336,632
Kategori:
Genre:
Bab 23
Selepas lunch kami naik office dan aku terus ke toilet. Aku menangis semahu-mahunya. Sangat sedih! Siapa yang tahan melihat suami bersama wanita itu. Orang lain melihat pun sakit hati, apatah lagi aku yang menanggung. Menanggung segala kesakitan, segala kelukaan. Ya Allah..!! Pedihnya hati. Kenapa sanggup Faliq buat aku macam ni? Kenapa dia langsung tak rasa bersalah mempamerkan kemesraannya didepan  aku. Didepan khalayak ramai yang tahu aku dan dia adalah suami isteri. Kenapa dia jatuhkan maruah aku sebagai isterinya sendiri? Apa salah aku padamu wahai suami. Kenapa kau mendera hati dan perasaan aku macam ni? Kau mendera jiwaku ini?  Kalau kau dah benci aku, kalau kau dah tak mampu terus bersama aku, kembalikanlah aku pada waliku semula? Janganlah buat aku macam ni? Janganlah hukum aku, mendera jiwaku begini..

Sampai hatimu suami. Sampai hatimu..!! Aku serahkan seluruh hatiku padamu, seluruh diriku dan hidupku hanya padamu. Tapi kenapa kau balas semua ini dengan kesakitan demi kesakitan? Sampai bila mahu dera aku macam ni? Cukuplah.. Cukuplah...!!

Deras airmataku mengalir. Aku mampu tersenyum depan mereka. Aku gelak tawa depan mereka, aku sorokkan segala rasa kesedihan dan kedukaanku tapi hakikatnya.. Hakikatnya hati ini menangis, hati ini meraung, hati ini hancur berkecai. Aku kuatkan juga walaupun sebenarnya aku tak kuat. Aku lemah, aku lemah..!! Aku cari kekuatan dari anakku. Dengan menatap wajah kecil itu, aku jadi semangat, aku jadi kuat. Kerana anak, aku kuat, demi anak aku kena kuat. Kerana hanya anakku satu-satunya yang aku ada. Yang memahamiku. Yang senasib denganku. Iya.. Nasib aku dan anakku sama. Ditinggalkan, diabaikan, dilupakan, dibiarkan.. Sabarlah Dhia.. Mama ada bersamamu.. Susah senang hidup kita, biar kita berdua saja yang tahu..

Jika benar apa yang Tasya cakapkan tadi. Faliq akan ceraikan aku. Tak apalah, aku redha. Jika dah takdir jodoh kami tak panjang. Aku terima.. Semoga Abang dan Tasya bahagia ke syurga!! Aku mengesat airmata. Takut pula ada yang masuk toilet dan nampak aku nangis. Aku pandang wajahku sendiri dicermin.

"Aliaa.. Kau kuat. Kau boleh hadapi semua ni sendiri. Kau ada anak. Kau pasti boleh lakukan. Anak kau segalanya. Anak kau adalah kekuatan kau. Sinaran Kekuatan hidupmu Aliaa.. Sabar dan terus tabah Aliaa..!!" Kata hati kecilku. Aku menarik nafas dalam-dalam. Menutup mata serapat-rapatnya dan menghembuskannya perlahan-lahan. Aku kesat airmata lagi. Aku senyum pada diriku sendiri. Senyum dan senyum. Hanya senyuman inilah yang menutupi segala kedukaan hatiku. Kuatkan aku.. Aku melangkah perlahan menuju ke surau. Aku mahu mengadu pada Allah rasa keperitan hati. Rasa kekecewaan. Hanya Allah saja tempat aku mengadu.

Selesai solat, aku kembali ke office dengan senyuman. Senyumanlah teman aku. Nurul memberitahu, Dato' Hamid nak jumpa aku dibiliknya. Dengan pantas aku letak handbag dan terus menuju ke bilik Dato'. Pintu ku ketuk perlahan apabila terdengar suara mengarahkan aku masuk ke dalam. Pintu ku buka perlahan-lahan. Kelihatan Erisya, Dato' dan Encik Haikal. Eh!! Encik Haikal datang lagi. Aku senyum dan duduk di sofa kulit itu. Senyum mereka pandang aku.

" Assalammualaikum.."

" Waalaikumsalam.. "jawab mereka serentak.

"Aliaa apa khabar, sihat tak?!" Tanya Dato'. Aku duduk disebelah Erisya.

"Alhamdulilah sihat. Dato' sihat? Lama tak jumpa.."

" Aliaa.. Dah banyak kali dah saya cakap. Tak payah nak ber Dato' dengan saya. Panggil papa jelah.. "

"Itulah pa. Sya pun dah cakap dengan dia. Dia segan katanya.." Amboii Sya.. Mengadu nampak.

"Apa nak segan. Lepas ni saya taknak dengar Aliaa panggil saya Dato' , panggil saya papa. Okey?!" Pinta Dato'. Aduhaiii.. Boleh ke ni. Aku sengeh.

" Saya cuba tapi tak janji. Takut tersasul ke. Hehe!!" Kataku.

"Tak apa. Perlahan-lahan.." sambung Dato' lagi . Eh!! Salah.. Papa.. Hahaha!! Segannyaaa.. Encik Haikal hanya senyum. Mata tu, bahaya tu..

" Papa happy sangat Aliaa masuk kerja semula. Sebenarnya papa dan Sya dah buntu dah. Tak tahu nak minta siapa uruskan pejabat ni. Papa dekat Sabah, Sya pula kena ke Terengganu.


Tiba-tiba pula Aliaa nak kerja. Syukur sangatlah." cerita papa angkat aku.

"Terima kasih juga. Sudi terima Aliaa kerja sini semula. Dah lama tak kerja ni.."

" Kan papa dah cakap. Aliaa boleh je kerja bila-bila nak. Jangan risau.." Sungguh aku sangat terharu dengan keluarga Dato'. Baik sangat.

" Aliaa dah kenal dengan Haikal?!" Aku angguk perlahan.

" Aliaa cuma tahu Haikal ni share partner kita je pa. Lain dia tak tahu.." kata Erisya. Encik Haikal hanya senyum dan gelak. Senyap je sejak tadi.

"Hmm.. Ni papa nak kenalkan. Haikal ni anak saudara papa. Sepupu Sya. Aliaa pun kenal kan.."

" Oyeke.. Aliaa cuma tahu dia share partner papa jelah. Tapi branch mana?"

" Saya branch Sabah. Jarang balik sini. Kadang-kadang je. Tu pun kalau ada hal.."Kata Encik Haikal.

" Aliaa ingat tak, Pearl Holding. Sekarang ni Haikal lah yang ambil alih, Dah tiga tahun juga kan Haikal.. " Encik Haikal mengangguk.

" Oo.. Iyeke!! Tahniah!! Habis.. Yang Sya kata Papa uruskan dekat Sabah tu?!" Tanyaku.

" Iya.. Sementara je. Papa ingat papa nak pencen. Penatlah Aliaa. Sekarang ni nak bagi anak-anak pula uruskan. Papa bantu-bantu je.."senyum Dato'.

"Aliaa.. Papa tahu semua yag berlaku pada Aliaa. Dah lama dah kami tahu. Tapi kami tak sampai hati nak cakap. Dan sekarang ni. Papa nak Aliaa bangkit, nak Aliaa kuat, nak Aliaa bina hidup baru. Apa yang Aliaa lalui tak mudah. Mama dan papa faham sangat. Bukan sehari dua kami kenal Aliaa. Dari syarikat ni kecil Aliaa dah dengan kami sampai sekarang. Kami harap jawatan yang kami bagi ni Aliaa boleh terima sebaiknya ya..!!" Aku terharu sangat. Ada lagi orang yang sayang aku yang fahami apa yang aku lalui sebenarnya.

" Terima kasih pa.. Terima kasih Sya.. Aliaa tak tahu nak cakap apa. Terharu sangat. Masih ada lagi orang yang sayang Aliaa.." aku tak dapat kawal airmata.

" Aliaa.. Kami semua sayang you tau..!!" Erisya peluk aku.

" Thanks Sya.. Tapi jawatan tu tak layak untuk Aliaa. Aliaa takut Aliaa tak boleh buat. Papa bagi Aliaa jawatan biasa jelah ye.." aku kesat airmata. Dan sengeh. Segan pula depan Encik Haikal. Alamak!! Boleh pula teremosi ni.

"Haahahaha.. !!" Mereka gelakkan aku. Malunyaa..!!

" Aliaa kan suka cabaran. Jadi, anggap jawatan ini sebagai satu cabaran untuk Aliaa. Papa cabar Aliaa. Dan, jangan risau. Kami sedia membantu. Haikal pun ada.." kata Dato' bagi aku semangat. Encik Haikal dan Erisya sokong 100%. Fuhh!! Kembali bersemangat aku.

"Okey!! Baik.. Aliaa sahut cabaran Dato'.."

"Aikk!! Kenapa Dato'?!"

"Eh..!! Papa.. Sorry.. Sorry..!! Haahhaa..!!"
Kami gelak bersama.

Fuhh!! Macam tak percaya sebenarnya. Sekelip mata Allah bagi semua ni. Segalanya dipermudahakn. Dan, aku pun tak pernah terfikir sampai macam ni. Nak uruskan syarikat besar. Biar betul..!! Ini satu amanah yang aku kena galas dan aku kena sahut cabaran itu. Inilah rezeki. Dan, diberi kepercayaan yang besar begini. Aku takan sia-siakan kepercayaan orang padaku. Bukan senang orang nak percaya padaku. Jadi, aku kena hargai. Ini adalah salah satu semangat baru aku. Aku akan buktikan pada Dato' , aku boleh!! Dato' pun tahu aku macam mana. Pantang dicabar, lagi-lagi bab kerja. Sebab tu Dato' sayang aku kut. Hehe..!! Dan, aku akan buktikan pada Faliq. Aku tak lemah Faliq. Aku boleh teruskan hidup tanpamu tanpa bergantung hidup padamu. Aku akan buktikan pada kau, wahai perempuan si perampas.  Kau cakap macam-macam padaku selama ni, aku senyap. Tak apa, terima kasih..!!

Aku tak belagak dan tak bangga. Ini semua rezeki dari Allah. Kepercayaan orang padaku juga rezeki. Aku kena hargai. Aku tak gila pangkat, tapi aku sahut cabaran. Aku ingat orang yang banyak bantu aku dalam kesusahan dan aku balas dengan cara begini. Insha Allah. Demi anak aku. Aku tak kisah pun Faliq nak aku atau tidak. Aku tahu kemampuan aku. Untuk apa aku berebut seorang lelaki yang tak tahu menghargai aku. Untuk apa aku kejar lelaki yang abaikan aku sedangkan dia mengejar wanita lain. Untuk apa aku mengharap pada lelaki yang buat aku menderita. Untuk apa?
Aku terima semua dengan tenang. Insha Allah. Allah sentiasa bersamaku.

Atas persetujuan papa, Erisya dan Encik Haikal. Aku minta sesuatu dan mereka membenarkan. Papa pun seronok sangat. Permintaan aku diterima dengan happy sekali oleh Encik Haikal. Jadi, lepas ni aku memang kena berkerjasama dengan Encik Haikal. Tapi untuk tiga empat bulan ni aku kena ikut Erisya. Belajar apa yang perlu. Sebab nak kena kenal dengan client. Nanti bila dah tahu semua, senanglah nak uruskan disana nanti. Tapi tak apa, Encik Haikal kan ada. Dia sedia membantu aku. Jawatan ku ini, aku minta dirahsiakan. Tapi rahsia apalah. Belum-belum lagi di dalam lift pagi tadi, diaorang dah kecoh depan si parasit tu. Confirm lah akan sampai ke pegetahuan Faliq. Sekarang, jawatan aku lebih tinggi dari Faliq. Hahahaha!! Opss!! Terbelagak pula. Taklah. Inikan pinjaman semata, untuk apa berlagak. Amanah kena jaga, kerja untuk cari rezeki yang halal demi anakku dan kerja kerana Allah. Semoga Allah berkati setiap pekerjaanku dan rezekiku. Aaminn..!!

Tutt.. Tutt...!! Handphone berbunyi. Faliq call. Kenapa dia call pula ni. Dah lama dia tak call aku. Mimpi kut.

"Iya abang..!"

"Siapa lelaki tadi?!" Keras suaranya. Berkerut aku dengar.

"Lelaki mana pula?!" Tanyaku semula. Lembut je. Malas nak gaduh.

"Yang dekat bawah tadi tu lah.."

"Hmm.. itu Encik Haikal. Share partner Dato'. Kenapa?!"

" Share partner Dato' tapi kenapa awak mesra sangat dengan dia. Sampai dia puji awak bagai. Apa benda tu?!" Aku gelak kecil. Hmm.. Jelous ke?! Hmm..

" Abang nampak ke, saya berduaan dengan dia? Tak kan.. Yang abang berkepit dengan betina tu. Berpegang, berpelukan. Tak takut dosa pula? Bini halal depan mata dibiarkan, yang haram dijaga baik. Apa semua tu? Seronok ke tunjuk perbuatan dosa depan khalayak ramai. Bangga dengan maksiat yang abang buat. Mana pergi iman, mana pergi solat. Dah tak nampak dah. Bertaubatlah abang. Bertaubatlah..!!" Aku cakap je semua. Terdiam dia.

"Dahlah abang. Maafkan saya kalau buat abang marah. Maafkan saya.. Assalammualaikum.." aku terus matikan talian.

 Airmataku menitis lagi. Ya Allah!! Kenapa mudah sangat airmata ni jatuh. Sudahlah airmata. Cukuplah ye.. Janganlah jatuh lagi. Aku tak nak membazirkan airmata ni untuk kesakitan ini lagi. Dahlah ye.. Tolonglah jangan jatuh lagi.

Tak apalah Aliaa.. Biarlah airmata tu jatuh. Menangislah dan menangislah Aliaa. Bila kau menangis kau akan rasa tenang. Airmata dan wanita tak dapat dipisahkan. Airmatalah teman dikala sedih. Biarkan ia temankan kau..
Kau tak lama disini pun, jadi biarkan airmata tu jatuh dan jatuh. Habiskan segala sisa airmata tu untuk Faliq. Bila kau dah pergi nanti,  kau takkan menangis lagi. Percayalah..!! Bisik lagi hati Aliaa.

Aliaa kesat airmata dan senyum..!! 

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.