336,505
Kategori:
Genre:
Bab 64
Hari ni aku masuk office lambat sikit. Letih semalam tak habis lagi. Jadi pagi ni bolehlah main dengan Dhia. Dah lama tak temankan Dhia. Pagi- pagi aku dah ke dapur, aku yang buat sarapan hari ni. Saja sebab dah lama tak turun dapur. Sarapan simple je, disebabkan anak dara kecil aku ni hantu donat jadi aku pun buatlah kuih donat dan sedikit apam kampung. Teringin nak makan sebenarnya. Apam kampung ni kalau cicah air kopi panas. Fuhh!! Sedap sangat. Aku hidangkan dua jenis kuih ini diatas meja makan. Aku tuang air kopi panas ke dalam dua cawan kaca dan air milo suam untuk puteriku. Air milo wajib. Kalau tak ada milo Dhia taknak makan. Bertuah punya anak. Dah pandai merajuk. Dah pandai meminta. Macam-macam anak daraku ini.

Aku mengajak Sis Tuti join kami bersarapan sekali. Mula-mula dia taknak. Tidak manis bilangnya. Aku pun tak tahu apa yang manis tu. Lagipun hanya ada aku je kut. Mungkin dia segan. Aku yang buat sarapan kemudian ajak dia duduk semeja makan sekali. Alahaiii Sis Tuti ni. Nak malu-malu pula dengan aku. Bukan baru sehari dengan aku pun. Masih nak segan. Ishh!! Tapi okeylah tu. Dia segan, taklah berani buat hal. Selesai bersarapan, aku uruskan Dhia pula. Mandikan, pakaikan baju. Seronok sangat. Bukan selalu dapat uruskan Dhia. Dengan aku yang busy, pergi kerja Dhia belum bangun tidur, balik kerja Dhia dah tidur. Sabtu ahad je, tapi tu pun jarang dapat dengan Dhia. Bila masanya nak uruskan Dhia. Kasihan si kecil aku ni. Sabar ya sayang!!

"Okey siap!! Dua pokok kelapa diatas kepala Dhia.." aku ikat rambut dia. Dan kemudian, kuletak sepit rambut reben warna pink.

"Comel tak Dhia..!!" Buat muka comel pula.

" Ofcourse lah comel. Anak mama kan. Comel macam mama!" Dhia terus peluk dan cium aku bertubi-tubi. Kami gelak.

" Dhia.. Mama ada sesuatu untuk Dhia. Hadiah!!"aku bangun dan ambil beg kertas coklat yang dikirim oleh Faliq semalam.

"Wah!! Bestnya.."Dhia senyum lebar. Aku memberikan beg kertas padanya. Dengan perasaan yang sangat happy dia mengambil dan  mengeluarkan dua pasang baju berwarna pink dan kelabu.

" Cantiknyaaa..!! " Dhia membelek-belek bajunya.

" Baju ni papa Dhia yang bagi. Hadiah untuk Dhia.. Suka tak?!" Kataku.

" Suka..!! Tapi mana papa? Papa tak pernah datang jumpa Dhia pun ma.." Aku telan liur sendiri. Sebenarnya dah tak tahu nak jawab apa lagi dah.

" Papa Dhia kan kerja.." jawabku. Sorry sayang!!

" Asyik kerja je. Tak balik pun.." Keluh Dhia.

" Kerja papa tak macam kerja mama. Kerja papa jauh, susah dapat cuti.." Aku senyum pandang wajah si kecil ini. Dhia buat muka sedih.

"Papa tak sayang Dhia.." katanya perlahan. Ini yang tak sedap dengar ni.

" Papa sayang Dhia lah. Cuma papa busy kerja je. Nanti bila kerja papa dah selesai, papa datang sini jumpa Dhia. Okey?!" Jawabku lagi. Menenangkan perasaan Dhia.

" Iya ke mama!!"

" Iya sayang..!!"

" Mama janji ni. Papa datang jumpa Dhia?!" Alamak!! Dhia dah pandai pula main janji-janji. Aduhaiii... si anak ni.

" Mama tak beranilah sayang nak janji. Kalau mama tak tunaikan nanti Dhia sedih. Mama taknak Dhia sedih..! Lagipun, kalau berjanji dimungkiri itu namanya apa?!"

"Munafikkk..!!" Cepat saja Dhia jawab.

" Iya betul..!! Bijak anak mama ni.." aku terus peluk dan cium pipi Dhia bertubi-tubi. Dhia pun cium aku juga. Bahagianya hidup aku. Terima kasih Ya Allah..!! Kau berikan aku anak yang comel, yang bijak dan cerdik ini. Anugerah paling berharga dalam hidup aku. Alhamdulilah.. Ku bersyukur kepadaMu..!!

Dhia ambil beg kertas tadi. Dan megeluarkan sesuatu dari dalam beg kertas itu. Aku pun tak tahu ada apa lagi.

" Mama.. Ni siapa?!" Dhia menunjukkan sesuatu pada aku. Aku berkerut. Frame gambar? Gambar siapa pula? Kataku sendiri.
Aku ambil dari tangan Dhia. Gambar perkahwinan aku dan Faliq? Untuk apa dia bagi gambar ni? Hmm.. Faliq.. Faliq..!! Dhia ambil frame dan teliti betul-betul gambar tu.

"Ni mama kan.. Ni papa ke maa..!"tanya Dhia.

" Iya Sayang..! Itu papa.." jawabku perlahan. Aku menggosok-gosok kepalanya. Dhia pandang aku dan kembali pandang ke frame. Aku tengok renungan Dhia pada gambar tu. Muka sedih je.


Aku tahu, Dhia rindu papanya. Teringin sangat nak jumpa papanya. Last Dhia jumpa Faliq sebelum kami pindah Sabah. Lama dah, tak silap waktu tu umur dia dua tahun kut. Aku pun lupa, malas nak ingat. Sekarang umur Dhia pun dah empat tahun lebih. Nak sekolah dah pun. Dhia hanya kenal Faliq melalui gambar dan dari cerita aku. Gambar Faliq, Dhia letak dalam bilik tetamu. Kalau Dhia rindu Faliq, Dhia akan masuk bilik tetamu. Bercakap-cakap dengan gambar itu. Sedih sangat! Hati ibu mana yang tak tersentuh melihat anak macam tu. Membesar tanpa seorang bapa. Kurang kasih sayang bapa. Umur dia macam ni sepatutnya dapat kasih sayang sepenuhnya dari Faliq. Dan aku pula sibuk dengan kerja. Kadang tak ada masa dengan Dhia. Tapi entahlah.. Selalu aku pesan dekat Sis Tuti, jangan bagi Dhia sorang-sorang dalam bilik tetamu tu. Tak sampai hati tengok Dhia menangis dan meluah pada sekeping gambar yang kaku.

Aku tak pernah cerita pada Faliq pun. Untuk apa cerita. Dia pun bukan ambil tahu pada anaknya. Baru-baru ni je sibuk nak call lah nak video call lah. Sebelum ni.. Hmm.. Tak hirau anak pun. Iyalah kan.. Orang bujang. Tak ada anak bini, hidup bebas. Ishh!! Sakit hati. Sakit hati sangat-sangat. Tapi nak buat macam mana, takdir !

Dhia paling happy bila abang datang. Bila jumpa abang, abang akan layan Dhia 24jam. Semua Dhia ikut abang. Nak makan dengan abang, nak abang ajar dia belajar, nak abang suapkan dia makan, nak tidur dengan abang dan macam-macam lagi. Dari situ pun nampak sangat yang Dhia memang rindukan papanya.

Abang selalu pesan. Jangan jauhkan Dhia dan Faliq. Dhia anak Faliq, Dhia perlukan kasih sayang bapa. Dhia kena kenal bapanya. Macam-macam abang pesan lagi. Kalau ikut hati aku, nak je aku cakap. Papa Dhia dah tak ada dah. Dah hilang. Ghaib!! Hehe.. !! Geram punya pasal kan. Tapi tak boleh. Apapun terjadi, Faliq tetap bapa Dhia.

Aku biarkan Dhia melukis. Entah apalah yang dilukisnya. Lukis ke conteng. Hehe..!! Layankan jelah.

" Mama.. Bila Uncle Daddy nak bawa Dhia makan aiskrim? " tanya Dhia sambil tangan masih melukis. Aku tercengang. Siapa pula Uncle Daddy ni?

" Uncle Daddy siapa sayang?!"

" Itu Pak Haikal.." sampuk Sis Tuti yang tiba-tiba muncul dari dapur dengan membawa air fresh orange untuk aku.

" Kenapa Dhia panggil Haikal Uncle Daddy?!" Aku tanya Sis Tuti.

"Dulu kelmarin, waktu Pak Haikal hantar Cikpuan, ada Pak Haikal ngomong sama si Dhia..."

"Haikal suruh Dhia panggil dia Uncle Daddy?!" Aku berkerut. Bertanya lagi. Macam mana aku boleh tak tahu ni.

" Iya..!!" Jawab Sis Tuti. Aku angguk tanda faham. Dah kenapa Haikal suruh Dhia panggil Uncle Daddy pula ek?! Hmm.. Biarlah. Mungkin Haikal selesa kut dengan panggilan tu.

" Nanti mama call Uncle Daddy ya. Dhia nak makan aiskrim dengan Uncle Daddy. Boleh tak ma?!" Dhia buat muka sedih pula dah. Ni  Haikal punya hal lah ni. Janji dengan Dhia. Mesti Haikal lupa. Aku senyum dan angguk.

Aku layan tv je, baru jam 10.10pagi. Lambat pula rasanya hari ni. Dhia datang padaku dengan membawa sekeping kertas bersaiz a4. Terus Dhia duduk disebelahku.

" Mama.. Cantik tak?!" Ceria je Dhia ni. Seronok betul jadi kanak-kanak. Sentiasa happy.

" Cantik..!! Ni gambar apa ni. Explain to mama please..!!"kataku. Sebenarnya gambar yang Dhia lukis ni menyentuh hati aku. Aku sengaja nak Dhia jelaskan.

" Ni papa, ni mama dan ni Dhia.. Ni Uncle Adil dan ni Uncle Daddy.." katanya keletah.

" Yang ni pula siapa?"

" Ni Cik Titi..!"

" Kenapa Cik Titi ada bunga dekat kepala. Hahaha.." aku gelak. Lawak pula lukisan ni.

" Sebab Cik Titi ikat rambut tinggi-tinggi. Dhia tukar rambut tinggi dengan bunga.." Dhia sengeh.

" Bijak anak mama ni. Hahaha..!!" Aku gelak. Hebat betul imaginasi budak-budak.

Handphone diatas meja berbunyi. Cepat-cepat ku capai handphone. Nama Faliq tertera. Tanpa fikir panjang aku pun jawab jelah.

" Waalaikumsalam..!" Jawabku terus apabila dengar dia memberi salam.

"Busy ke?!" Tanyanya.

" Tak. Dekat rumah ni, sekejab lagi masuk office. Kenapa?!" Kataku.

" Dekat rumah? Boleh tak saya nak cakap dengan Dhia?"

" Okey sekejab!!" 


" Eh!! Kejab.. Saya video call ya..!" Aku matikan talian. Tak lama, dia buat video call.

" Dhia.. Meh sini..!! Tengok siapa call ni?!" Aku panggil Dhia. Dhia letak pensel dan berlari kearah ku. Handphone ku beri kepadanya. Dhia ambil hadphone aku.

"Haiii uncle Daddy.. Uncle Daddy dekat mana? Bila nak bawa Dhia makan aiskrim..?!" Eh! Alamak!!

" Sayang.. Tu bukan uncle daddy. Itu papa Dhia. Cuba tengok betul-betul.." Aku intai juga muka Faliq di skrin handphone tu. Berkerut dia. Aku gelak kecil. Mesti dia tertanya-tanya siapa uncle Daddy.

" Papa? Ni papa Dhia ke ma.." Dhia tanya padaku. Aku angguk dan senyum. Kasihan Dhia, keliru.

" Dhia.. Ni papa sayang! Papa Dhia.. Dhia ingat papa tak?!" Tanya Faliq. Nampak merah matanya. Mungkin sedih kut anaknya tak cam mukanya.

" Oh Papa ya..! Papa dekat mana? Mama cakap papa kerja jauh? Bila papa nak balik jumpa Dhia? Dhia rindu papa. Dhia tak pernah jumpa papa lagi.."ada sendu dinada suara Dhia. Serta-merta airmataku menitis. Bertubi-tubi soalannya pada Faliq. Soalan demi soalan penuh pengharapan. Anak kecil memahami.

" Iya sayang.. Papa kerja jauh. Nanti bila papa ada masa, kita jumpa ya. Dhia sayang papa tak?!" Kata Faliq.

" Okey..!! Dhia sayang papa, sayang mama, sayang uncle Adil, sayang uncle Daddy, sayang Cik Tuti, sayang Tok pa, tok ma, semualah Dhia sayang.." aku gelak kecil. Jujur betul Dhia ni. Semua orang disebutnya.

" Okey papa!! Dhia nak buat kerja. Dhia busy ni. Bye..!!" Handphone terus dimatikan dan bagi semula kepadaku. Aku gelak kecil. Amboi pandai dah busy. Hahaha!!

Tidak lama, handphone berbunyi lagi. Faliq call lagi. Tak habis lagi ke.. Hmm..

"Aliaa.. Saya nak tahu. Siapa Uncle Daddy?!" Tanyanya. Aku berkerut. Kenapa dia nak tahu pula. Sibuk je.

" Kenapa?!"

"Saja nak tahu. Siapa Uncle Daddy tu.." masih lagi Faliq bertanya.

" Haikal.." jawabku.

" Ha?? Haikal?? Kenapa perlu ada Daddy? Saya bapa Dhia kut. Haikal tu siapa?" Dah pula. Jelous lah tu. Apasal pula Faliq ni nak marah tak tentu pasal.

"Yang awak nak marah ni dah kenapa? Itu pangilan je kan.."

" Memanglah tapiii... !!"

"Dengar sini. Dhia panggil awak papa, ada dia panggil awak uncle. Tak kan! Awak tetap bapa Dhia sampai bila-bila. Kenapa nak rasa tergugat dengan panggilan tu?" Dia senyap.

"Saya cuma takut Dhia tak kenal saya tapi lebih kenal Haikal..!" Katanya perlahan.

" Faliq.. Saya faham dan saya tak kejam sampai macam tu sekali. Awak tetap bapa pada Dhia Afia sampai bila-bila. Saya tak pernah cerita negatif pasal awak pada Dhia. Jangan risau ya..!!" Aku jelaskan semua. Aku tahu dia mesti sedih. Mana tak sedih bila anak lebih rapat dengan orang lain. Tapi itu bukan salah aku. Dia yang menghilang, meninggalkan kami.

"Baiklah. Terima kasih Aliaa..! Apapun saya tetap sayang awak dan Dhia..!!" Katanya lagi.

" Tak payahlah cakap bab sayang. Awak dah janji kan. Kita berkawan ni sebab Dhia je. Bukan sebab kita sendiri.."

" Sebab Dhia, sebab awak, sebab kita juga.. " Aku malas nak dengar dah. Rasa macam tak perlu nak cakap soal sayang bagai.

"Okey lah. Saya nak bersiap nak masuk office. Assalammualaikum.." talian ku terus matikan. Kalau dilayan makin macam-macam. Termenung sebentar. Memandang Dhia yang sedang leka bermain puzzle. Fokus sungguh!!

Entahlah.. tak tahu macam mana kehidupan kami ni. Aku rasa memang give up dengan lelaki dah. Elok lagi kalau tak kenal lelaki. Lagi baik. Arhh!! Tension..

Previous: Bab 63
Next: Bab 65

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.