336,710
Kategori:
Genre:
Bab 108
Sunyi sepi saja rumah. Tinggallah Faliq sendirian di rumah. Yang lain sudah pergi ke PD petang tadi. Apa dia nak buat. Turun makan kemudian tengok tv. Sebelum pergi petang tadi, Puan Asmah dah siap masak untuk anak kesayangannya. Nak tidur tapi masih terlalu awal pula. Nak keluar pun tak ada mood. Malas. Lainlah kalau keluar dengan Aliaa. Bestlah juga. Kejab dia baring, kejab dia duduk. Punyalah bosan. Handphone di ambil. Kacau Aliaa lah apa lagi.

" Yuhuuuu!!
Jalan-jalan tersepak batu,
Hai sayang, buat apa tu..."

Whatsapp dihantar. Pula dah. Berpantun si Faliq ni.

" Masak sayur kacang panjang,
Apa sayang? Nak kena terajang..!! " Aliaa balas.

"uitt... Garangnya..!! Hahahaa..!!" Kata Faliq sendiri. Mencari idea nak membalas pula.

" Beli rumah tingkat dua,
Janganlah marah nanti cepat tua.."

"Cari kain di kedai kak Esah,
Ah peduli, ada saya kisah..!" Faliq gelak lagi.

" Pergi muzium tengok barang antik,
Kan best kalau sweet-sweet romantik.."

" Hujung minggu pergi berkelah,
Nak sweet-sweet? Boleh blah...!!!!!"

Berdekah-dekah Faliq gelak. Terhibur pula hatinya malam itu.

" Pergi pantai dengan Cik Ani,
Kenapa asyik sentap je ni.."

"Dahlah.. Tak payah nak berpantun bagai,malaslah nak fikir...!!" Balas Aliaa. Tanpa buang masa, Faliq terus menghubungi Aliaa. Pantas je Aliaa menjawab.

" Ha.. Nak apa?!" Garang je suara.

" Hahaha.. Kenapa ni? Asyik nak sentap je. Mood asyik ke laut je. Apa masalah ni. Cuba cakap.." tanya Faliq lembut.

" Tak ada apalah.." jawab Aliaa.

"Kejab.. Kejab..!! Hari ni berapa haribulan ek. Hmm... Oooo.. Baru saya tahu kenapa, patutlah sentap je. Okey.. Okey.. Faham..!!" Teka Faliq.

" Apa faham?"

"Masalah orang perempuan. Saya tahulah. Ingat lagi pun.." sambungnya lagi.

" Tahu tak apa. Lagi tanya. Ni dengan siapa ni?"

" Soranglah. Mana ada orang dekat rumah ni, semua kan pergi PD.."

" Ingat dengan Tasya ke..!!" Senyum lebar Faliq.

" Eee jelous yee.. Tu tanda sayang saya tu.. Bestnya..!! Hahahaaa..!!" Gelak besar Faliq.

" Jangan nak best sangatlah ye. Sorry.. nak jelous, sikit pun taklah..!!" Aliaa menafikan. Faliq sambung gelak.

" Alaaa macamlah saya tak tahu. Dari nada suara tu saya tahulah. Jelous tapi cakap tak. Jangan ego!!. Cuba buang sikit ego tu..!!" Kata Faliq lembut.

" Sukahati awaklah nak cakap apa. Malaslah layan. Dahlah byee..!!"

" Eh.. Eh..!! Nantilah. Janganlah marah! Nak gurau pun tak layan.."

" Salah waktulah nak gurau. Kalau nak kena marah, bolehlah. Nak??" Tegas suara Aliaa.

" Hahaha.. Tak naklah. Orang nak sweet-sweet.."

" Kalau nak sweet-sweet pergi sana dengan Tasya. Jangan cari saya..!!"

" Alalalaaa.. Janganlah libatkan dia. Saya nak dengan awak bukan dia. Tak payahlah cakap pasal dia ye, nanti awak sendiri yang sakit hati. Saya taknak macam tu. Sekarang ni, saya nak kita berdua je. Jangan cakap pasal dia ye..!" Terang Faliq. Dia sendiri pun tak selesa dengar nama si Tasya tu.

" Okeylah. Sorry..!! Cuma geram je. Tak habis-habis dia kacau saya. Dahlah mood saya tengah kelaut ni, tak pasal-pasal esok ada yang mati saya campak kelaut. Tengoklah..!!" Luah Aliaa.

" Hahahaa..!! Jangan..!! Saya taknak sayang saya ni ada kes. Biar je dia. Nanti saya info Angah. Biar Angah yang uruskan. Okey?!"

"Okeylah..! Thanks..!!"

"Dahlah.. Pergi rehat, relax and cool kan hati tu. Ambil album gambar kita yang sweet-sweet tu, tengok satu persatu. Nanti hati awak tu mesti happy. Hehe!!" Cadang Faliq.

" Taknak. Tidur lagi baik..!"

" Kalau tidur, mimpikan saya tau..!!" Ada saja ideanya.

" Ishh!! Mesti kena ada awak juga ke. Dahlah handphone saya ni, setiap panggilan, setiap whatsapp yang masuk. Semua dari awak je, kiranya handphone saya ni hanya untuk awak je tau tak. Nak tidur kena mimpi awak, nak makan kena ajak awak, jadi bermakna hidup saya ni memang awak jelah 24jam ye..!!"

" Itu maknanya.. Allah cipta Aliaa Sofea hanya untuk Faliq Alfie je. Sebab tu setiap apa yang awak buat, mesti ada saya..!"

" Harapan awak terlalu tinggi Faliq. Sampai kadang saya takut dengan harapan awak ni.."

" Kenapa takut?!"

"Awak tahu keadaan saya kan. Tahu apa doktor cakap kan. Saya sendiri pun susah nak terima keputusan tu tau. Rasa macam.. Entahlah..!!" Nada sedih pula.

" Sabarlah sayang!! Saya tahu apa awak rasa. Saya faham sangat. Tapi awak tak boleh giveup, kena usaha, ikhtiarkan. Setiap penyakit ada penawarnya.." pujuk Faliq, lembut saja.

" Senang je. Penawarnya adalah mati..!" Sentak Faliq dengar.

" Janganlah cakap macam tu. Tak baik. Dahlah, pergi tidur. Apapun terjadi, saya tetap bersama awak. Jangan fikirkan sangat. Relax and cool ."

" Baiklah Encik Faliq. Good night!. Assalammualaikum.." Talian terus Aliaa matikan.

Faliq tersenyum sendiri. Dia kena buat sesuatu, tak sanggup biarkan Aliaa terus macam ni. Kena hadapi si Tasya yang tak habis-habis menyakiti hatinya. Dia yang kena tanggung dan yang jadi mangsa. Memang sangat rasa bersalah pada Aliaa. Dan pula, sesuatu yang sangat dia risau dan tak pernah duga. Kesihatan Aliaa sendiri. Ingat semuanya sudah okey selepas pembedahan jantung tempoh hari tapi rupanya lain pula yang jadi. Betul-betul dugaan untuk Aliaa.

" Aku tak boleh diam macam ni. Aku kena buat sesuatu. Apapun terjadi, dia terima ke tak. Aku tetap nak rujuk semula dengan dia. Aku kena juga, aku tahu Aliaa sayang aku. Aku tahu hati Aliaa tapi sebab ego dia tu, tak apa aku faham. Aku akan lakukan juga. Nanti aku akan bincang dengan Adil. Iya betul.. Aku kena bertindak. Permudahkanlah segalanya Ya Allah!! Sungguh aku sangat sayang Aliaa dan anak aku, kembalikanlah ikatan ini, berkatilah hubungan ini dan redhakan hubungan ni.. Aaminn..!!" Nekadnya Faliq dalam hati.

Kali ini dia tak akan berdiam lagi. Nak tunggu Aliaa terbuka hati entahkan bila. Memang sampai ke tualah jawabnya. Aliaa pun boleh tahan ego. Dia teringat kata-kata Aliaa dulu. Setakat bercakap tak ada makna, buktikan dengan tindakkan. Ya!! Itu yang pernah dia lakukan dahulu sewaktu mahu melamar Aliaa. Waktu tu pun Aliaa ego juga. Cakap tak terima tapi hati okey je. Ego perempuan pun boleh tahan tinggi.

" Alang..!! Tak ikut mama ke?!" Terkejut Faliq tiba-tiba Asnida muncul.

" Allahuakhbar..!! Terkejut Alang. Angah ni tiba-tiba je muncul. Mana boleh ikut, Alang kerjalah.."

"Angah ingat tak ada orang dekat rumah.." kata Asnida terus duduk di tepi Faliq.

" Angah dari mana ni? Abang Ngah mana?"

" Angah dari rumah ni, nak ambil barang tertinggal. Abang Ngah tak ada, outstation ke Kedah.."

" Kebetulan Angah datang ni. Nak minta tolonglah Angah. Rasanya Angah je kut yang boleh tolong, Alang dah buntu dah ni tak tahu nak buat macam mana lagi dah.." Faliq buka cerita. Memang dia nak jumpa Asnida pun.

" Minta tolong? Apakes? Pasal Tasya?!" Teka Asnida. Faliq angguk.

"Aliaa dah cerita dekat Angah ke?!"

" Tak ada makna Aliaa nak cerita. Tapi Angah nampak dan dengar perbualan Aliaa dan Tasya siang tadi.."

" Tu yang buat Alang risau ni. Tasya ni peliklah. Tak serik, Alang dah tak layan kut. Sekarang ni fokus dia pada Aliaa je. Whatsapp Aliaa, call, jumpa Aliaa, call office Aliaa. Ishh!! Geram betul. Alang dah marah, dah bagi warning tapi tak jalan pun. Sikit pun dia tak hirau..!!" Terang Faliq.

" Orang dah sayang. Macam tulah. Nak buat macam mana, nak halang pun tak boleh. Alang buat hal, Aliaa jadi mangsa. Kalau taknak Tasya ganggu Aliaa. Senang cerita Alang kahwin jelah dengan Tasya tu. Confirm dia tak ganggu Aliaa lagi.." selamba Asnida cakap. Sengaja nak tengok reaksi Faliq.

" Sorry.. !! Apapun terjadi, Alang tak kan kahwin dengan Tasya. Hati Alang ni untuk Aliaa je tau. Angah nak ke adik ipar si Tasya tu. Nak?!"

" Hahahaa.. Tak nak akuu..!!"

" Tahu tak apa. Angah tak nak. Alang lagi tak ingin..!!"

" Hmm.. Alang rujuklah dengan Aliaa. Pujuk dia. Salah satu faktor kenapa Tasya masih ganggu korang ni mungkin dia tahu korang tak ada ikatan. Sebab tu dia minta Aliaa tolong pujuk Alang terima dia semula. Kalau korang dah nikah, Alang tak layan dia, dia tengok korang bahagia. Lama-lama dia sendiri sakit hati dan akan bosan punyalah.." cadang Asnida.

" Angah.. Alang ni memang nak sangat rujuk. Tapi Aliaa tu..!" Keluh Faliq perlahan.


"Kenapa Alang tak tegas? Kenapa nak tunggu je? Alang kenalah faham, perempuan macam mana, memang dia cakap tak, lagi-lagi dah ada pengalaman pahit tapi kalau Alang tahu hati Aliaa. Mudah je kut. Kalau dia tak sayang, dia takkan nak baik berkawan dengan Alanglah. Pernah ke Alang tengok, suami isteri yang dah berpisah boleh kawan rapat macam Alang dan Aliaa. Tak ada makna nak rapat dengan bekas-bekas ni. Menyakitkan hati je. Tapi Aliaa.. Kenapa masih boleh terima Alang walaupun kawan. Sebab masih sayang. Alang je yang tak reti. Tak faham..! Dah orang tu cakap, taknak, nnti, tunggu. Alang pun taknak tegas, nanti juga, tunggu juga. Apa dah..!!" Kan dah kena bebel dengan Asnida. Sengeh Faliq.

" Iyeke Angah!! Tapi Alang pun tahu dia masih sayang Alang.  Iyalah kan. Betul juga apa Angah cakap tu. Tak fikir pula Alang.."

" Hai lah lelaki.. Memang semua sama je. Dah pernah kahwin pun, nak rujuk pun dengan bekas bini juga. Sepatutnya Alang lebih tahu apa kehendak Aliaa, apa yang Aliaa nak, tahu hati dan perasaan Aliaa. Tahu macam mana nak pujuk hatinya. Ambil hatinya. Dah pernah duduk satu bumbung, satu bantal. Anak pun dah ada tapi hmm. Ni macam orang baru kenal je.. Entah apa-apa entah..!!" Asnida geleng kepala.

" Hehe.. Baru nak kenal lah ni Angah. Nak pikat hati dia. Buka buku baru..!!"

" Buka buku baru tu nak tunggu sampai bila. Nak tunggu dia buka hati sampai ke tua ke? Hati Aliaa tu dah sedia nak dibuka oleh Alang pun. Tapi Alang tu je entah pintu mana yang dibuka pun tak tahulah. Lama-lama kalau pintu tu dah tertutup rapat, dah berkarat kunci tu baru padan muka. Kut-kut orang lain yang lebih awal buka, padan muka. Ni siang tadi, masa jumpa client Angah. Datin tu nak rekomen Aliaa pada anak bujangnya. Pilot pula tu. Kalau Aliaa on tu, meloponglah Alang.." tambah Asnida lagi. Sengaja buat Faliq terbakar. Biar Faliq tercabar dan cepat bertindak.

" Iyeke Angah! Ishh!! Bahaya ni.. Esok Alang jumpa Adil lah kalau macam ni.." Asnida gelak kuat. Tahu cuak.

" Hahahaa..!! Tahu takut. Cepat bertindak, jangan lama-lama. Pasal Tasya tu tak apa, nanti Angah uruskan. Pandailah Angah nanti. Bagitahu Aliaa, kalau Tasya ganggu. Jangan layan, biarkan je. Buat masa ni biarkan je dulu. Tapi kalau Tasya cuba buat sesuatu macam nak cederakan ke, info Angah secepat mungkin. Tahulah apa Angah nak buat nanti.. Okey?!"

" Okey boss..!! Arahan diterima..!"

" Okeylah. Angah nak ambil barang dan nak balik. Letih dah ni.." Asnida terus bangun dan menuju keatas. Faliq senyum sendiri.

Faliq bangun dan jalan menuju ke potret Aliaa yang masih tergantung kemas di dinding lagi. Direnung potret itu. Tersengeh-sengeh sendiri. Terasa seperti baru je dilamun cinta. Hati makin berbunga-bunga.

" Oii.. oii.. Tak payah nak tersengeh-sengeh. Renung potret tu bukan boleh jadi bini pun kalau tak bertindak.." Perli Asnida.

"Iya Angah.. Esok Alang bertindak. Hahahaha!!" Faliq gelak lagi.

" Hmm.. Iyalah.. Okeylah Angah balik dulu. Bye..!!"

" Okey.. Hati-hati..!!" Faliq menemani Asnida hingga ke kereta. Sebaik sahaja Asnida hilang dari pandangan, Faliq terus tutup pintu pagar. Berjalan pula ke taman mawar mini milik mamanya. Haruman mawar memang nyaman sekali. Senyum lagi dan lagi. Kemudian, terus melangkah ke dalam rumah. Setelah memastikan pintu dikunci, lampu ditutup dia naik ke biliknya. Sambil bernyanyi kecil. Masuk ke dalam bilik dan baringkan badan di katil.

" Aliaa Sofea..
Selamanya..
Hati aku akan selalu memujamu,
Akan selalu mencintaimu,
Seumur hidupku hanyalah padamu.."

Mengelamun terus Faliq. Senyum dan senyum. Malam ni dia tidur dalam senyuman bersama hati yang berbunga bahagia. Bersama cinta Aliaa. Betapa indahnya cinta kembali berputik walau pernah dilanda badai. Keikhlasan dan ketulusan cinta sebenar hanya untuk insan yang benar-benar layak menerima cinta sucinya. Tiada insan lain lagi yang layak menerima cintanya selain cinta itu hanya untuk Aliaa Sofea. Cinta ke syurga ilahi.

Tingginya harapan. Besarnya impian. Sejauh mana rasa kasih sayang dan cinta Aliaa padanya pula? Tiada siapa tahu.

Previous: Bab 107
Next: Bab 109

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.