336,417
Kategori:
Genre:
Bab 107
Bincang punya bincang. Akhirnya kata sepakat dibuat. Alkisahnya.. Datin ni pernah order kek dengan aku dulu sewaktu majlis perkahwinan anak lelakinya. Tapi aku dah tak ingat yang mana satu, lupa dah. Yang dulu tu, Angah yang uruskan tempahan ni sekali pakej pelamin. Tapi kali ini, Datin ni sendiri nak jumpa aku. Nak kenal aku lebih rapat katanya. Pula dah. Takut pula aku dengar, kawan-kawan Angah ni mak Datin je semua.

" You tahu Aliaa, setiap kali birthday family i, anak-anak i suruh order kek dekat you tau. Tapi Ash kata you dah pindah Sabah. Kecewa i tau..!!" Aku gelak kecil. Angah senyum je.

" Yeke?! Tapi sekarang ni saya dah pindah KL ni semula. Insha Allah kalau nak order kek boleh inform Angah je.."jawabku jujur.

" Iya Datin. Adik kesayangan i ni tak kan pindah mana-mana lagi dah. I dah ikat dia ketat-ketat.." Kami gelak.

" Eh!! Aliaa ni dah rujuk dengan adik you ke Ash..!!" Aku senyum je.

" Insha Allah coming soon.. !" Angah kenyit mata pada aku. Confident pula Angah ni. Aku terbeliakan mata dan senyum sikit je tanda no komen!!

" Alhamdulilah baguslah tu kan Aliaa. Ada jodoh adalah, kalau tak ada jodoh maknanya jodoh Aliaa dengan orang lainlah tu.." telan liur aku. Nak gelak pun ada. Angah gelak kecil.

"Hahahaa.. No komen!!" Jawab Angah.

" Tapi tak apa Aliaa. Anak i ada sorang lagi tak kahwin, umur pun sebaya Aliaa juga kut rasanya. Pilot tau. Mana tahu jodoh..!!" Mahu tersedak aku minum ni. Kalau tersembur memang cun-cun kena muka Datin ni. Selamba je dia rekomen anaknya dekat aku depan Angah. Angah gelak je. Sabar jelah Datin ni.

" Eh! Rasanya i kena gerak dululah Datin. Aliaa nak kena masuk office, i curi dia sekejab ni tadi sebab nak jumpa you. So, kira semua ni Datin setujulah ye..!" Kata Angah.

" Baiklah. I puashati dan setuju. Don't worrylah i kan regular customer you, Ash. Diskaun yang you bagi pun dah cukup baik tau Ash. Thanks Ash!! You memang kawan yang baik. Pula tu kali ni anak i kahwin dapat kek sedap dari Aliaa ni. Syukur sangat!! Thanks Aliaa. Esok i suruh budak i hantar deposit dekat you ya..!!"

" I bukan suka-suka nak bagi you diskaun tau. Ini semua kata sepakat i dan Aliaa. Aliaa ni pun share dalam butik. So, kalau Aliaa kata tidak, memang tak dapatlah diskaun tu untuk you..!"Aik!! Bila pula Angah ni bincang pasal diskaun ni. Hahahaa.. Pandai strategi marketing Angah ni.

" Oh yeke!! Baguslah.. Senanglah lepas ni i nak contact Aliaa nanti. Aliaa, Ash.. I nak bagi pendapatlah. You dah ada butik, you bukalah kedai kek dekat sebelah butik you Ash. Setiap kali ada orang ambil pakej perkahwinan you masukkan sekali pakej kek kahwin. Bila customer nampak butik pengantin dan kedai kek bergabung. Senang tau, mudah urusan mereka. Bukan apa, kadang mereka ni nak sekali pakej. Malas nak cari lain-lain tempat. Leceh, contoh macam i lah. Jimat pun jimat..!!" Cadang Datin itu. Aku angguk jelah.

" Memang ada cadang pun Datin tapi belum ada kesempatan nak duduk meeting dengan Aliaa. Dia busy dan i pun busy.." kata Angah. Memang Angah ada cadangkan perkara ni tapi tergendala macam tu je.

" You all bincanglah dulu. Kalau ada apa-apa perlukan. Just inform i je. Insha Allah i boleh tolong mana yang i mampu. I ni suka anak melayu kita ni nak berbisnes.."katanya lagi. Wah!! Satu berita gembira ni.

" Iyeke Datin..! Thank you very much. Apa-apa nanti i akan info you. Sekarang ni i memang busy. Nak kena bincang betul-betul ni dengan Aliaa dan adik i..!" Sambung Angah lagi. Aku senyum lebar.

" You pun baik dengan i. Banyak juga you tolong i. Tak salah i tolong mana yang i mampu. Manalah tahu, kut-kut Aliaa boleh jadi menantu i. Hehe..!!" Telan liur aku lagi. Ini macam ada sesuatu je Datin ni.

" Aik Datin. Kalau nak tolong tapi ada sesuatu ni. I tak berapa nak setuju.." kata Angah seperti memahami je apa aku fikir.

"Hahaha.. Taklah. I gurau je. Janganlah marah. Takkanlah i nak buat macam tu. Jangan ambil hati tau Aliaa..!" Aku senyum je. Angah pun.

" Baiklah. Kami minta diri dulu. Nanti you dah balik  Malaysia info i okey..!" Kami berdiri dan bersalaman.

" Alright!! Bye..!!"

Kami terus meninggalkan Datin itu dan menuju ke kereta Angah, masuk je dalam kereta. Handphone aku pun berbunyi. Hmm..

"Aliaa.. awak dekat mana? Banyak kali saya call awak tak jawab pun. Ada orang info saya, kata Tasya jumpa awak dekat bawah tadi. Betul ke?" Terus je suaranya bertubi-tubi bertanya. Aku gelak kecil.

" Iya.. Tadi memang parasit tu menyibuk sangat nak minta tolong saya pujuk awak.."

" Minta tolong awak pujuk saya? Tak faham.. Tak faham..!! Untuk apa?!"

"Nak awaklah. Apalagi...!!"

" Ish..!! Gilalah dia tu.."

" Memang gila macam awak juga.." Angah gelak. Aku senyum.

" Aik..!! Ni awak dekat mana? Pergi mana? Dengan siapa? Bila balik?" Banyaknya soalan.

" Satu-satulah soal. Banyak sangat soalan ni. Mana satu saya nak jawab..!" Kataku. Geleng kepala.

"Aliaa.. Jawablah cepat. Saya risau ni tahu tak?!"

" Hahahaa.. Saya dengan Angah ni, pergi jumpa client di Subang Jaya. On the way balik office dah pun. Puashati?!" Jelasku lembut.

" Angah? Kenapa tak info saya nak keluar dengan Angah?!"

" Keluar dengan Angah je kut. Lagipun tadi, masa parasit tu buat hal. Angah ada juga.."
Terangku lagi.

" Fuhh!! Lega!! Tasya ada whatsapp saya. Dia cakap, awak tampar dia tadi. Dia nak balas dendam katanya. Tu yang saya risau ni. Kenapa awak tampar dia?!"

" Mengadu konon. Dia yang cari pasal dengan saya, saya tamparlah. Dapatlah free sebiji. Padanlah muka dia.."

" Aliaa.. Kalau dia buat sesuatu dekat awak macam mana?!" Kata Faliq lembut. Risau suaranya.

" Biarlah. Saya tak takutlah. Dahlah.. Malaslah nak fikir. Okey byee.!!" Aku terus matikan talian. Berkerut aku sendiri. Geram betul aku dengan Tasya ni.

" Gila punya perempuan. Kalau aku tahu, aku tampar dua-dua belah mukanya tadi kan bagus. Geram pula..!" Aku merungut sendiri. Terlupa pula ada Angah.

" Amboiii.. Marah nampak!! Hehe!! Alang ke?" Angah gelak kecil. Aku tersengeh. Teremosi pula aku ni.

" Alamak!! Sorry Angah..!! Aha.."

" Angah nampak tadi Aliaa tampar budak tu. Tak payah takut, dia berani cakap je tu. Buatnya tak. Tapi kalau sampai dia buat sesuatu dekat Aliaa dan Faliq. Memang siaplah dia..!" Kata Angah.

" Angah.. Aliaa nak tanya sikit boleh?!" Ni lah peluang aku nak tanya. Dah lama nak tahu.

" Tanyalah kenapa?!"

" Aliaa tengok kan. Angah ni banyak betul kawan. Mana-mana Angah pergi dan Angah call je confirm terus dapat info. Aliaa ke Terengganu, Aliaa ke Sabah, Aliaa ke rumah bapa angkat Aliaa, semua Angah tahu. Rasanya Aliaa tak cakap dengan sesiapa kut. Abang pun tak tahu. Tapi Angah ni semua tahu. Kawan-kawan Angah pun semuanya golongan hebat-hebat macam Angah juga.. " kataku. Sangat-sangat ingin tahu.

" Aliaa nak cakap Angah ni banyak kaki kan. Hahaha.!"

" Lebih kuranglah. Hehe!" Segan pula aku.

" Aliaa pun tahu kan. Dulu Angah macam mana. Sosial lebih. Semua orang Angah kawan, macam-macam perangai. Kenal dalam kelab malam, budak rempit, budak yang bermasalah.  Bermula dari kenalan biasa je, sampailah rapat. Kenal sorang, diperkenalkan dengan sorang lagi. Jadi, berjangkit-jangkitlah. Kalau Datin tu, semua bermula butiklah juga. Angah cari customer golongan atasan je dulu. Mama Elly yang banyak tolong kenalkan. Biasalah kalau dah terjoin golongan Datin ni, kena pandai ambil hati. Kita pun kena ikut cara dia. Bila mereka dah suka kawan dengan kita. Bestlah. Kawan jahat baik semua ada. Dari situlah Angah belajar sampai merata kawan Angah. Tulah serba sedikit.." jelas Angah.

" Oh!! Iyeke..!!" Aku dengar semua cerita Angah. Tapi tak semua dia cerita. Ada yang dia terpaksa simpan lagi-lagi yang menyebabkan geng tersembunyi dia. Geng rahsia katanya. Okey!! Aku faham.

" Angah sorry tanya. Tadi Angah cakap dekat Tasya. Yang Chiew tu takut kalau jumpa Angah. Angah ada join gengster ke? Macam takut pula Aliaa dengar..!!" Satu persatu aku cakap. Susun ayat.

"Hahahahaa...!! Taklah. Cuma Angah tahu je semua tu. Angah kan banyak kawan. Chiew tu kan Dato', Angah dapat info dari Dato' Datin jugalah. Aliaa jangan fikir lain pula tau. Taklah Angah sejahat nak join gengster ke kongsi gelap ke tak pun.


Cuma Angah dan Abang Ngah ada buat kerja-kerja amal. Kami tolong budak-budak nakal. Gengster kecil besar lebih kuranglah.." cerita Angah lagi. Aku masih tak faham.

" Kerja amal..!"

" Iya.. Misi kami nak bantu gengster kecil besar ni ke pangkal jalan. Mereka ni bijak-bijak sebenarnya tau tapi sebab salah langkah. Tu yang terjebak kegiatan tak sihat. Angah kan ada pengalaman. Jadi, Angah taknak mereka jadi macam Angah. Dah tua baru nak bertaubat. Tapi group Angah ni tak siapa tahu pun. Rahsia!. Mama dan papa pun tak tahu. Yang tahu Angah dan Abang Ngah je. Kami dua-dua kan wanted dulu. Hehe..!" Aku angguk.

"Bagusnya niat Angah dan Abang Ngah. Baru Aliaa faham..!!" Aku senyum.

" Diam-diam tau. Angah taknak siapa-siapa tahu. Biarkan ia rahsia. Insha Allah sampai masa nanti Angah akan info mama dan papa juga. Aliaa pun jangan fikir lain tau. Itu je Angah minta. Insha Allah group ni tak melibatkan perkara yang jahat. Doakan lah moga misi Angah dan abang Ngah akan berjaya dan berterusan.." jelas Angah lagi.

"Aaminn.. Insha Allah Angah. Yang baik semua dari Allah, jika niat kita baik. Pasti Allah akan bantu dan permudahkan.."

" Aaminn. Terima kasih Aliaa..!!"

"Sebab tulah Angah ni banyak kaki ek. Baru Aliaa faham.. Hehe!!" Angah gelak kuat.

Aku bangga dengan Angah dan Abang Ngah. Mereka gunakan pengalaman mereka untuk menyedarkan golongan yang tersasar ni. Pengalaman menjadi pengajaran dalam hidup mereka. Mereka tak mahu golongan anak muda tersesat dan terus hanyut seperti mereka dulu. Pendosa juga ingin ke syurga. Bila seseorang pendosa betul-betul bertaubat kerana Allah. Hatinya lebih mulia. Semoga niat Angah dan Abang Ngah akan diberkati oleh Allah dan segala usaha Angah dan Abang Ngah akan berjaya membawa anak-anak muda yang terlibat dengan kegiatan tidak baik ini ke jalan yang lurus dan diredhai oleh Allah.

" Sekarang ni Angah pula nak tanya Aliaa. Boleh?!" Alamak!! Ni yang dup, dap, dup, dap ni. Sepertiku tahu je apa pertanyaan Angah ni.

" Okey, tanyalah.."

" Aliaa taknak rujuk dengan Alang lagi ke?!" Hohohooo.. Seperti yang kuduga. Aku senyum je.

" Wow!! Soalan ni susah nak jawab ni Angah.." Angah gelak.

" Hmm.. Bab ni Aliaa tak berani nak cakap iya atau pun tidak. Takut nanti cakap iya tapi hati tak ikhlas dan terpaksa terima. Bahaya tu! Apapun buat masa sekarang ni, Aliaa lebih selesa berkawan. Aliaa serah pada Allah.." Aku harap jawapan aku ni diterima oleh Angah.

" Tak apalah. Janji korang tak bermusuhan. Tapi kalau Aliaa terima Alang semula, memang kami akan rasa bahagia sangat dan happy jangan cakaplah. Tapi iyalah, bab hati perasaan ni bukan boleh dipaksa kan.." kata Angah lagi.

" Itulah. Aliaa memang tak berani nak cakap. Hati kita ni berbolak-balik. Hari ni memang cakap tak suka. Esok pula cakap suka. Jadi, biarlah Allah tentukan segalanya.. " Aku sambung lagi.

" Iyalah. Apapun, Angah akan doakan yang terbaik untuk Aliaa dan Alang.." aku hanya mampu tersenyum saja. Tak berani nak cakap lebih-lebih.

"Aliaa.. Kami semua sayang Aliaa tau. Tak anggap pun Aliaa ni ipar ke bekas ipar ke. Langsung tak. Aliaa tetap family kami. Lagi-lagi mama, kalau tak dapat contact Aliaa. Memang risau sangat.." Terharu sangat aku.

" Terima kasih Angah dan family Angah. Walaupun Aliaa dan Faliq dah tak ada apa-apa tapi penerimaan family Angah terhadap Aliaa, abang dan Dhia sangat.. Entahlah Angah. Tak dapat nak digambarkan keseronokkannya. Terima kasih sangat..!" Jawabku jujur.

" Sama-sama. Eh! Lepas ni kalau Tasya tu kacau Aliaa. Info Angah terus ya. Tahulah Angah nak buat apa dekat budak tu.."

" Baiklah tapi kadang kasihan tengok dia.."

"Memang kasihan sebenarnya. Tapi kadang orang macam tu kena diajar. Kalau tak, dia akan terus berkelakuan begitu. Angah nak dia sedar. Nak dia berfikir. Bukan suka-suka Angah nak belasah dia. Cuma Aliaa kena berhati-hati ya. Kadang mereka ni bertindak dengan mengikut nafsu. Janji mereka puashati. Hati-hati tau!!" Pesan Angah.

" Insha Allah..!!" Aku senyum. Betullah kata Angah. Kalau bertindak mengikut nafsu, memang habislah. Kelak sendiri menyesal.


Sejujurnya.. Bila bersama Angah ni aku rasa selamat je. Aku try juga korek-korek pasal kerja amal dia tu. Tapi dia taknak cakap lebih-lebihlah. Ini mesti ada terlibat kongsi gelap juga kut, kalau tak, takkan Angah tahu pasal kongsi gelap Dato' Chiew tu. Setakat dengar cerita dari kawan-kawan macam mustahil je. Ish!! Aku ni. Tak baik fikir bukan-bukan. Jangan fikir negatif. Asnida dulu dan Asnida sekarang jauh sangat beza. Aku sendiri pun ada pengalaman pahit dengan Angah dulu. Macam-macam. Gerun pun ada kalau ingatkan tapi alhamdulilah, segalanya baik-baik sekarang. Insha Allah sebagai seorang adik. Aku akan doakan yang terbaik untuk Angah dan Abang Ngah. Kagum sebenarnya dengan Angah. 

Previous: Bab 106
Next: Bab 108

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.