336,394
Kategori:
Genre:
Bab 102
Awal aku sampai rumah hari ni, jam 6.00 petang dah ada dekat rumah. Biasa jam ini masih ditengah jalanraya. Kerja tak ada, balik awal lah apa lagi. Dalam perjalanan nak balik tadi, Along call, nak ambil Dhia bawa balik rumah mama. Along cuti seminggu katanya. Anak-anaknya nak main dengan puteri aku. Aku okey je, lagipun jarang mereka dapat jumpa Dhia. Sekejab lagi Along datang ambil Dhia dan nak bawa Dhia makan aiskrim dulu. Memang suka sangatlah Dhia. Aku duduk di sofa sementara tunggu Along sampai dan sementara tunggu Dhia bersiap.

" Mama.. Dhia dah siap!" Berlari riang Dhia ke arahku.

" Amboiii..!! Seronoknya nak jumpa Abang Adam dan Kak Ika ye.."

" Mestilah seronok! Mama jomlah ikut, nanti mama sorang-sorang dekat rumah tak ada kawan.." Dhia mencebik manja. Risaunya..

" Mana ada sorang-sorang. Kan ada uncle..!" Jawabku. Senyum dan peluk Dhia.

"Uncle balik kerja lambat. Tak apa! Nanti Dhia bagitahu papa suruh temankan mama ye!" Alahai si anak. Hahaaha.. aku gelak.

" Tak bolehlah sayang. Lagipun, malam nanti lepas maghrib mama nak jumpa orang. Ada orang nak order kek.." jelasku.

" Kek apa mama? Kek birthday ye..!" Tanyanya lagi.

"Taklah. Kek kahwin tapi kek apa tu mama tak sure, sebab tu mama kena jumpa dia malam ni. Nak confirmkan kek apa.." sambungku lagi.

"Wah!! Mesti best. Kalau kek kahwin mesti tinggi-tinggi kan mama kan.."

"Iye!! Nanti sampaikan salam mama pada atok dan nenek tau.."

"Okey mama!!" Aku peluk dan cium Dhia bertubi-tubi. Dah besar dah anak aku ni. Macam tak percaya je. Tahun depan dah masuk sekolah. Tak sangka juga umur aku pun dah tua. Hahaahaaa..!! Tapi hidup masih sendiri tak ada peneman. Eh!! Mana ada sendiri. Dhia kan ada. Sis Tuti pun ada, abang aku pun ada. Temanlah tu.

"Sis jaga Dhia baik-baik tau. Kalau Along bawa pergi mall, pergi jalan mana-mana pastikan jangan bagi dia jalan sorang-sorang.." pesanku pada Sis Tuti.

" Baik Cikpuan..!"

Pon..pon....!! Hon kereta berbunyi. Along dah sampai. Sis Tuti terus angkat beg pakaian Dhia dan tunggu diluar. Aku pegang tangan Dhia dan hantar Dhia ke kereta Along.

" Assalammualaikum..! Puteri  Mama Long dah siap?!"

" Waalaikumsalam..! Awal lagi dah siap Dhia ni Long. Tak sabar nak makan aiskrim.." Aku bersalaman dengan Along.

" Semangat dia ye..!"

" Mama Long.. Mana abang Adam, Kakak Ika?!"

" Ada tu dalam kereta..!"

"Mama.. Dhia nak masuk dalam kereta ye..!"

" Okey sayang!! Jangan nakal-nakal tau. Jangan jalan sorang-sorang.. !"

" Okey mama!!" Aku peluk dan cium Dhia lagi. Dan Dhia terus masuk dalam kereta bersama Sis Tuti.

" Aliaa taknak ikut?!"

" Tak apalah Along. Insha Allah lain kali. Lagipun malam ni nak jumpa client Angah. Nak order kek katanya.." balasku lembut.

" Oyeke! Okeylah. Along minta diri dulu ya.. Jaga diri baik-baik. Byee..!!"

" Insha Allah..!" Lepas salam, Along terus masuk ke dalam kereta dan terus memandu. Dhia melambaikan tangan padaku dan aku membalas hingga kereta hilang dari pandangan. Aku melangkah masuk, baru je nak tutup pintu pagar. Kereta abang pula muncul masuk ke perkarangan rumah. Dan aku tutup pagar.

"Dhia pergi mana?!"

"Along Faliq ambil nak bawa jalan dan bawa Dhia tidur rumah mama.." kataku menghampiri abang. Kami masuk ke dalam rumah. Aku terus ke dapur ambilkan air sejuk untuk abang. Penat abang aku balik kerja. Duduk bersandar di sofa.

" Thanks.. Adik tak ikut ke?!" Abang ambil gelas dan minum menghilangkan dahaga.

"Taklah. Lagipun malam ni lepas maghrib Angah nak bawa jumpa client dia. Nak order kek kahwin.." jelasku pula. Abang angguk kepala. Tak lama, abang masuk ke biliknya dan aku pun masuk bilik aku. Nak bersihkan diri, solat dan tunggu Angah jemput nanti. Sebelum masuk bilik air. Aku ambil handphone dan duduk di katil.
Angah dan Faliq whatsapp.

"Aliaa.. Angah minta maaf banyak-banyak. Client Angah tunda appointment. Ada hal katanya. Tapi Angah tak sure bila. Nanti Angah info Aliaa ya. Sorry Aliaa..!!" Aku senyum dan terus balas whatsapp Angah.

"Okey Angah..!! Tak apa.."  Kemudian aku buka pula whatsapp dari Faliq. Si perasan ni.


Kalau sehari tak whatsapp aku memang tak sah.

" Yuhuuuuu!!! My dear Aliaa Sofea..!!
Tak jadi keluar dengan Angah kan?!
Jom keluar dengan saya, lepas maghrib saya ambil ya. Ajak Adil sekali. Saya nak belanja makan. Okey muah.. muah!!"

" Nantilah saya info abang. Kalau dia nak, saya join. Kalau dia taknak saya pun taknak.." balasku. Handphone ku letak semula dan aku terus masuk ke dalam bilik air. Lalalaaa... Aku menyanyi-nyanyi.

Selesai solat, aku terus ke ruang tamu. Abang pun baru muncul dari biliknya.

" Eh!! Tak jadi pergi ke?!" Tanya abang.

" Tak. Client Angah ada hal.." kataku dan duduk di sofa. Tv ku pasang. Tak lama handphone abang berbunyi. Itu mesti Faliq. Tak ada orang lain lagi dah.

" Ya!! Dekat rumahlah mana lagi. Kenapa?!" Abang pandang aku.

"Cakap apa? Tak ada. Bila? Kejab aku tanya dia.."

"Dik.. Faliq ajak keluar makan. Nak tak? "

" Kalau abang nak, baru adik join..!" Jawabku bersahaja. Abang angguk dan sambung bercakap ditalian.

" Okeylah. Aku tunggu..!!" Abang matikan handphone. Dan letak handphone diatas meja semula.

" Hmm.. Macam- macam Faliq ni..!" Abang geleng kepala dan gelak kecil. Aku pelik tengok abang. Tiba-tiba pula.

" Abang dah kenapa?!"

" Tak adalah. Oo dik.. Abang nak tanya sikit boleh?!"

" Hmm.. Tanyalah..!!"

"Bila nak kahwin?!" Pertanyaan ini yang paling aku tak suka dengar. Aku buat muka bosan pada abang.

" Tak ada soalan lain ke abang nak tanya?!" Tanyaku semula.

" Ha lah..!! Dah lama juga kut adik bersendiri macam ni. Tak kan tak ada niat nak cari peneman hidup.."

" Buat apa nak cari, dah ada Dhia Afia dah pun. Dialah peneman hidup adik.. "

" Maksud abang ni cari suami. Dhia tu pun perlukan kasih sayang seorang bapa juga. Awak tu pun perlukan kasih sayang suami. Sampai bila nak hidup macam ni.." Start dah abang aku ni.

" Dhia kan ada bapa lagi. Belum mati pun bapa Dhia, sihat walafiat lagi.." selamba je aku cakap. Abang gelak kecil.

"Memanglah tapi kasihan abang tengok Dhia. Kejab kesana kejab kesini. Kan elok kalau menetap satu rumah, satu bumbung, satu tempat, satu kasih sayang parents dia. Taklah sorang duduk utara sorang duduk selatan.." Amboii.. Ayat abang ni kan. Bosan.

" Abang tak payah nak psiko adik sangatlah. Cakap jelah terus terang yang abang tu sebenarnya nak adik rujuk semula dengan Faliq. Kan..?!" Aku jeling pada abang.

" Ha..!! Faham pun. Penat abang cakap panjang-panjang.." abang sambung gelak.

" Abang cakap senanglah. Rujuk bina hidup baru. Lupakan dan maafkan. Hmm.. Bosanlah..!"

" Kan elok bagi peluang kedua. Yang peluang kedua ni kadang-kadang adalah lagi baik dari yang pertama. Dan, sekurang-kurangnya adik ada teman tua nanti.." sambung abang lagi.

" Oo abangku sayang..!! Masalahnya peluang kedua tulah yang paaaaaaling payah nak beri. Sebab orang zaman sekarang ni, bila dah dibagi betis nak peha. Sekali diberi peluang yang kedua, nak lagi peluang ketiga, keempat, ke lapan dan seterusnya. Ingat, perempuan ni apa? Pakai buang, bila perlu je, sekadar sandaran je. Macam tu?!" Kataku tegas. Tak senyum pun. Serius!!

" Itu no komenlah! Tapi tak salah kut kan. Kalau peluang kedua tak dihargai. Tak payahlah peluang lagi. Senang kut kan...!!" Abang sengeh.

" Amboii.. Amboii.. Amboiii!! Mudahnya bercakap. Lama-lama adik ni mati kerana lelaki je tahu tak!! Luka ni masih berbisa lagi, walaupun memaafkan kira bolehlah dimaafkan tapi untuk menerima. Dalam hati ini, biar Allah saja yang tahu..!" Sambungku lagi.

"Tapi... kan ba..."

"Dah.. Dah.. Dah..!! Tak ada tapi-tapi lagi. Hati adik hidup adik, adik serah segalanya pada Allah. Adik malas nak fikir. Jangan tanya soalan ni lagi ye. Harap maklum!!" Aku jeling abang lagi.

" Hahahaaa... !! Sampai macam tu sekali ye. Abang doakan, semoga Allah bukakan pintu hati adik untuk Faliq Alfie bin Kamaruddin semula. Titik..!!!!" Aku berkerut. Geram pula aku dengan abang ni. Nak juga sahabatnya tu, rekomenlah kawan lain ke. Yang lagi hensem, macho, baik, yang banyak duit ke. Sedap sikit telinga. Hehehe!!

"Pelik..!! Ha yang abang ni pula. Bilanya nak kahwin. Umur dah tua sangat dah tu. 

Kahwin pun tak. Lari pula Doktor Dina kang. Baru padan muka..!!" Aku perli abang pula.

" Hahaha.. Abang cakap pasal dia, dia cakap pasal abang pula. Abang lelaki tak apa kahwin lambat.." kata abang.

" Tak apa konon. Awak tu nak masuk 40an dah tau. Kerja ada, rumah kereta semua ada tapi bini tak ada. Tak complete hidup. Rugi!! Sekurang-kurangnya, adik ni ada juga pengalaman berumahtangga tau.." Aku kenakan abang pula.

"Adik kena kahwin kali kedua baru abang kahwin. Macam mana? Setuju?!"

" Ish!! Tak kuasalah.. Sukahati abanglah, nak kahwin atau  tak nak kahwin ke. Terpulang!! Jangan pula kang, abang jadi bujang tua sebab adik sudah.. Siap abang!!"  Aku jeling pada abang.

" Hahahaha.. No komen! Tapi bujang tua pun bermaruah tau. Ada kerjaya, ada pendidikan. Hensem, macho, Zul Arifin pun kalah. Betul tak?!"

" Eee perasan lebih. Abang dan Faliq tu sama jelah. Perasan tak sudah. Memang cunlah koramg ni bersahabat baik. Perangai sama, perasan sama, poyo sama. Segalanya sama.. "

" Hahaha.. Tahu tak apa! Tu namanya sahabat dunia akhirat. Sahabat sejati.."

" Ceh!! Sejatilah sangat..!!" Abang sambung gelak. Aku jeling.

" Adik tak boleh terus fikir macam ni. Kena open sikit, sampai bila nak macam ni. Yang sudah tu sudahlah. Abang nak adik hidup bahagia. Ada family sendiri, ada suami yang boleh jaga adik, jaga makan minum. Kalau abang dah kahwin nanti dan adik still macam ni. Macam mana? Tak tenang hati abang ni.." kata abang. Aku faham maksud abang.

" Kalau ikutkan adik ni. Dah malas dah nak fikir lelaki. Dari Zahwan dulu, bertahun adik tunggu dia, setia jujur pada dia. Tapi akhirnya.. Kecewa! Lepas tu Faliq, sampai bertarung dengan nyawa, bagi seluruh hidup padanya tapi apa dia dah buat. Kecewa lagi adik ni! Dan, arwah Haikal.. Dia baik, setia dan jujur dengan adik. Tak pernah kecewakan dan sakiti adik sikit pun, tapi Allah ambil dia dulu.. Sedih sebenarnya abang. Tapi iyalah, siapalah adik nak tolak takdir. Cukuplah tiga nama tu dalam sejarah hidup adik..!!" Luah aku panjang lebar.

" Sabarlah.. Arwah Haikal tu memang baik. Sama macam pokok bunga mawar. Dalam satu pokok tu ada banyak kuntum tapi adik akan pilih yang masih segar, wangi macam tulah juga kita manusia. Yang baik, yang soleh itulah yang Allah ambil dulu. Redhalah adik.." sambung abang.

"Jadi, Zahwan dan Faliq tu tak baiklah kan. Sebab tu Allah jauhkan mereka tu dari adik. Kan abang kan..!! Apalah abang ni, kawan dengan orang yang tak baik. Adik juga jadi mangsa. Hmm.. Jadinya, abang ni pun mesti tak baik juga lah sebab kawan dengan mereka dan sebab tu tak kahwin lagi kan... Hahahaha " Aku sengaja mengusik abang. Gelak besar.

" Amboi sedapnya mulut. Itu kan namanya takdir penentu segala.. " abang bengang.

" Tau tak apa. So, lepas ni jangan tanya apa-apa ye. Sebab adik serah segalanya pada takdir. Faham!!" Hahaahaaa.. !! Abang gelak je. Aku pun join gelak juga.

"Dah jom..!! Dah sampai dah tu teman mesra adik. Konon nak belanja makan tapi sebenarnya nak jumpa adik. Kalau tak jumpa sehari tak tenang hidupnya... Hahaha..!!" Abang sambung gelak lagi. Aku mencebik.

Kami melangkah keluar bersama. Faliq tunggu diluar kereta dengan tersengeh-sengeh. Ingat hensem?! Macam nak tumbuk je mukanya adalah. Aku buat selamba je.

" Pakai ni je ke?!" Faliq tegur pakaian aku. Aku berkerut.

" Kenapa?"

" Pakailah cun-cun sikit.."

" Nak pergi makan je kut. Takkan nak pakai dress dan makeup bagai.. " kataku.

" Hahahaa.. !!" Faliq gelak.

"Kalau tak boleh, tak apalah. Saya tak jadi pergi...!!"

" Alalalalaaaa.. Janganlah merajuk. Cepat betul sentapnya. Awak pakai apa je pun tetap cun juga. Dah jom Cikpuan silakan masuk..!!"

Ceh!! Membodeklah tu. Ingat aku kisah! Okeylah ni aku pakai jeans dan tshirt lengan panjang. Kalau aku pakai tshirt dan kain batik je macam mana? Malu pula nanti. Tapi aku selamba je, abang pun okey je pergi supermarket dengan aku pakai kain batik. Barulah wanita melayu terakhir.  Tak kisahlah pakai apapun, janji tutup aurat.

Previous: Bab 101
Next: Bab 103

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.